YANA balik
ke rumah dengan
perasaan yang sangat
sebal. Geram memikirkan
kejadian pagi tadi. Kenapalah dia
perlu jumpa dengan
mamat belagak
tu? Suka-suka dia
nak kenakan dengan
aku. Aish! Dia menghenyakkan punggungnya
di atas kerusi
dengan kasar.
Mukanya yang
monyok menarik perhatian
Mak Kalsom.
“Kenapa muka
Yana monyok ni?
Macam ada masalah
aja? Tak nak kongsi
dengan umi?” soal
Mak Kalsom. Jelas
riak tidak puas
hati pada wajah
Yana. Ada masalah
dekat tempat kerja
ke? Soalnya sendirian.
Yana terkejut
apabila Mak Kalsom
duduk disebelahnya. Dia
hanya tersenyum. Tidak
tahu bagaimana mahu
memberitahu kejadian petang
tadi dan kelmarin
kepada uminya.
“Kenapa ni,
sayang? Kalau ada
masalah, jangan pendam
sorang-sorang. Ceritalah.
Umi sudi dengar..”
bicara Mak Kalsom
lembut.
Yana mengeluh
panjang. Berlegar-legar ingatannya
kepada kejadian petang
tadi.“Sebenarnya, Yana ada bergaduh
dengan seseorang umi.”
Yana mula bercerita.
Mak Kalsom
berkerut dahi. Bergaduh?
Bergaduh pasal apa? Mak
Kalsom memandang wajah
Yana meminta Yana
menyambung ceritanya.
“Begini,
umi. Masa Yana
keluar cari kerja
dulu, Yana secara
tak sengaja terlanggar seorang
lelaki ni. Yana
bukan sengaja. Tapi,
dia marah Yana
macam Yana ni
salah sangat. Geram
tau umi.”
“Lepas tu,
semalam Yana jumpa
lagi lelaki ni. Dia pelanggan
tetap dekat restoran
Yana bekerja. Dia
boleh kata Yana buat
hari dia jadi malang. Pagi
tadi, habis baju Yana
kena air lopak
dekat tepi jalan.
Rupanya, dialah lelaki
yang bawa kereta
tu. Dia punya
ketawakan Yana, Yana
rasa macam nak
cekik aja dia. Saja
aja nak cari
pasal dengan Yana...”
bicara Yana geram.
Mak Kalsom
hanya tersenyum saja.
Dia ingatkan anaknya
bergaduh dengan siapalah
tadi. Rupa-rupanya berselisih
faham dengan seorang
lelaki.
“Kenapa umi senyum?” soal
Yana kehairanan.
“Yelah, kamu
salah faham ajakan?
Tak usah bergaduh.
Kalau kamu rasa
kamu salah, kamu
minta maaf dan
berbaik semula. Jangan
panjangkan lagi masalah.”
balas Mak Kalsom .
“Tapi... dia
yang mulakan dulu
umi...” bicara Yana
seakan merengek. Anak
sulungnya ini memang
manja dengannya. Mak Kalsom
hanya menggelengkan kepala.
“Tak apa.
Apa salahnya kamu
beralah? Mana tahu
nanti boleh jadi
kawan, jadi kekasih,
jadi suami...” usik
Mak Kalsom.
“Ish, umi
ni... Ada sampai
ke situ pula
umi fikir.” balas
Yana malu-malu. Walaupun
mustahil untuknya berkahwin
dengan mamat belagak itu,
tetapi dia tetap
berasa malu apabila
membicarakan perihal perkahwinan.
Usianya baru menjangkau
ke 18 tahun,
namun dia sudah
berangan untuk memiliki
seorang suami yang
penyayang, menghormati orang
tua dan paling
penting seorang yang romantik. Ah!
Jauhnya berangan, desis hatinya.
“Kalau macam
tu kata umi, Yana beralahlah..
Beralah untuk kebaikan.
Beralah bukan bererti
kalah.”
“Ha, macam
tulah anak umi.”
Mak Kalsom tersenyum
memandang Yana.
“BETUL ke tindakan
aku ni? Patut
ke aku mintak maaf
dengan mamat belagak tu? Tapi, dia yang
mulakan dulu? Kurang
ajar sangat.” omel
Yana seorang diri
didalam bilik.
Adik-adiknya sudah
lama lena dipembaringan
di atas toto
lusuh. Kesemua anak
umi dan baba
perempuan. Jadi, tiada
masalah jika mereka
tidur sebilik. Babanya
pernah mengusulkan cadangan
mahu membuat satu
lagi bilik khas
untuknya kerana dia sudah
meningkat dewasa. Namun,
Yana membangkang. Dia
tidak mahu menyusahkan
babanya. Biarlah duit
itu digunakan untuk
pembelajaran adik-adiknya. Dia
selesa tidur dibilik
ini bersama adik-adiknya.
“Kalau aku mintak
maaf tapi dia
tak nak maafkan
macam mana? Silap-silap
aku kena ‘sembur’
dengan mamat belagak tu....”
bebel dia lagi.
“Ah, belum
cuba belum tahu. Try ajelah. Kalau
dia maafkan, boleh
jadi kawan. Kalau
dia tak nak
maafkan, aku hempuk aje
dengan buku menu
dekat kepala dia.
He he he....”
omel Yana sambil
merancana adegan jahat.
Seketika, dia terlena
bersama adegan yang
dirancangnya.
Kelakarlah Yana ni. Ceriter makin best.
ReplyDelete