Pages

Peminat Novel

Blog Page

2 Sept 2012

Bab 4: Sungguh, Aku Cinta Kamu


Haikal merebahkan tubuhnya di atas katil. Kedua-dua tangannya diletakkan dibelakang kepala. Dia merenung siling. Seketika, Haikal membuka laci yang berada disisinya dan mengeluarkan sekeping gambar. Gambar yang dicuri tanpa pengetahuan empunya badan. Gambar seorang budak perempuan comel tetapi bergaya seperti lelaki. Memakai baju sekolah yang lengannya dilipat sehingga ke siku. Kain sekolahnya sengaja disentengkan ke paras buku lali. Beg yang dipakainya tidak seperti beg rakan perempuan sekelasnya. Begnya mempunyai lambang bendera Manchester United. Mungkin itu pasukan bola kegemaran Isfahani Khalisah. Ya, Isfahani adalah budak perempuan di dalam gambar itu. Haikal merenung gambar itu tanpa kelip dan ingatannya kembali pada kenangan lama.
5 tahun dahulu....
Haikal ketika sekolah amat terkenal dengan sikap nerd. Rambut yang tersisir rapi ke tepi, bingkai cermin mata yang tebal, baju yang sedikit besar menutupi perutnya yang buncit.
Haikal sering dibuli rakan sekelas termasuklah Isfahani. Isfahani kerap membulinya dengan menyuruhnya menyiapkan kerja sekolah, membeli makanan di kantin, membawa begnya. Haikal hanya menurut. Jika dia membantah, Isfahani akan memukulnya. Pernah sekali Isfahani menyuruhnya membuat jalan penyelesaian tugas matematik. Tetapi Haikal tidak mengendahkannya kerana dia perlu membuat kerja sekolahnya terlebih dahulu. Isfahani hanya mendiamkan diri. Haikal fikir dirinya sudah terlepas, tetapi jangkaannya meleset apabila dia melihat Isfahani sedang menunggunya bersama geng yang berperwatakan seperti Isfahani di lorong jalan. Disitu juga dia dipukul. Bibirnya berdarah dan bajunya turut terkoyak. Seluruh badannya terasa sakit. Pasti lebam! Fikirnya sendiri.
“Hoi, budak spec tebal! Kau main-main dengan aku, eh? Bila aku suruh kau buat kerja aku tu, kau buat ajelah. Jangan banyak songeh....” ditunjal-tunjalnya kepala Haikal.
“Bukan saya tak nak buat. Tapi saya nak siapkan kerja sekolah saya dulu. Baru saya buat awak punya.” Haikal menjawab dengan berani.
“Ohh... dah berani menjawab ye...” Isfahani mencengkam baju sekolah Haikal. “Lain kali, kalau aku suruh, kau terus buat. Jangan nak bantah-bantah.. Lagi sekali kau melawan cakap aku, tahulah nasib kau. Faham?!” jerkah Isfahani.
Haikal hanya menganggukkan kepala.
“Dah, jom blah!” Isfahani memberi arahan kepada gengnya. Haikal hanya mampu melihat mereka berlalu meninggalkannya.

 
DERINGAN telefon bimbit Samsung Galaxy Note putih menghentikan lamunannya. Dia melihat skrin telefon bimbitnya terdapat satu pesanan ringkas. Butang open ditekan.
Sayang, where have you been? I masuk kolej member U kata U dah tukar kolej. Why, dear? U cuba nak lari dari I ke? Please reply my message, dear. I miss U... :( - Sofia
Haikal melempar telefon bimbitnya ke sudut tepi katil. Geram! Sofia ni masih tidak faham bahasa agaknya. Sudah banyak kali dia bagitahu bahawa dia tidak menyintai Sofia. Kenapa Sofia masih mengejarnya?
Disebabkan itu, Haikal nekad bertukar kolej. Oleh kerana keluarganya amat berpengaruh dengan mudah dia ditukarkan ke kolej lain. Tetapi, pertemuannya dengan Isfahani amat memeranjatkan. Sangkaannya, dia tidak mungkin dapat berjumpa dengan Isfahani selepas tamat persekolahan. Rupa-rupanya, Isfahani berlajar disini. Sewaktu dia terlanggar Isfahani, dia seakan tidak percaya perempuan itu adalah Isfahani. Isfahani masih seperti dahulu Cuma penampilannya kini lebih brutal. Baju dan seluar yang dipakainya lebih besar dari saiz badannya. Tiada siapa tahu dia menyukai Isfahani sejak dari sekolah. Rahsianya disimpan rapi sehingga ke hari ini. Tetapi kini, dia mahu memiliki Isfahani. Walaupun Isfahani agak kasar, tetapi ada sikapnya yang menarik perhatian Haikal. Justeru itu, Haikal membuat rancangan. Sebab itu dia hanya berlagak biasa sewaktu terlanggar Isfahani. Tidak mahu identitinya diketahui awal. Dia mahu Isfahani menjadi miliknya baru dia membongkar identitinya. Haikal tersenyum senang sambil memikirkan rancangan yang seterusnya.

7 comments:

  1. nice story...
    tak sabar nak trahu apa rancangan haikal akn datang :)

    good luck :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih arin sayuthi.. hee.. masih belajar.. nanti sy update baru, awak baca tau..hee.thx! :D

      Delete
  2. Rupanya dia org 1 sekolah dulu.
    Lepas ni biar Haikal buli balik si Is tu.LOL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pena Tumpoi.. apakah? heee.. tunggu next punya tw.hee

      Delete
  3. Terima kasih Hananorisa :) Saya masih belajar :D

    ReplyDelete
  4. best! lelaki kena buli..hehe

    ReplyDelete

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,