Pages

Peminat Novel

Blog Page

17 Nov 2012

Bab 19: Dia Yang Ku Cinta

Arlisa Dato Majid






WANITA yang anggun itu menerusi masuk ke syarikat Zarith Holdings. Mata-mata yang memandang dirinya seakan kaku tidak bernyawa. Dia hanya tersenyum sinis memandang pekerja-pekerja di syarikat itu.
Langkah kaki diatur perlahan menuju ke pintu lif. Dia mahu berjumpa dengan insan yang sangat dirindui. Pekerja-pekerja yang melepasi dirinya akan terus tergamam melihatnya di syarikat ini. Ada juga yang berbisik-bisik sesama sendiri. Dia hanya buat tidak tahu dan terus menekan punat lif yang menunjuk ke atas.
Selepas dua minit menunggu, akhirnya pintu lif terbuka. Segera dia memasuki ke dalam perut lif dan menekan butang nombor tujuh. Dia mengambil compact powder di dalam beg tangannya dan melihat wajahnya di cermin kecil itu. Dia membetul-betulkan rambut yang terurai terkena angin di luar tadi. Cantik! Puji hatinya.
Akhirnya lif berhenti di tingkat tujuh. Dia keluar dari perut lif dan mula menuju ke bilik utama. Setiap langkahnya pasti akan membuatkan pekerja di situ tergamam. Dia hanya tersenyum sahaja. Tiba di meja setiausaha insan itu, dia mula menyapa.
“Kak Ida....” tegur wanita itu yang sedang melihat Kak Ida khusyuk membuat kerjanya.
Kak Ida mengangkat wajah apabila nama dipanggil. Seketika, terbeliak matanya melihat gerangan itu.
“Li.... Lisa???” soal Kak Ida tidak percaya.
Yes. Lisa here..” balas Lisa lembut.
“Mana Lisa menghilang. Lama akak cari Lisa tahu...”
Lisa tidak mempedulikan pertanyaan Kak Ida dan terus bertanya soalan lain.
“Zarith ada?” soal Lisa sambil memerhati keadaan sekeliling. Masih sama. Banyak kenangan dia di sini dan ternyata kenangan itu masih ada apabila dia melihat pejabat ini langsung tiada perubahan.
“Tuan Zarith meeting...”
“Okey, fine. Saya pergi jumpa dia sekarang....”
“Li... Lisa!!” jerit Kak Ida untuk menghalang Lisa menemui Zarith yang sedang sibuk berbincang bersama Fendi dan Yana.

ZARITH memerhati wajah Yana dan Fendi bersilih ganti. Aku nak cakap apa dengan budak berdua ni ek? Soal hatinya.
“Apahal kau panggil aku dengan Yana ni?” soal Fendi setelah dia mula berasa bosan berada di dalam bilik ini tanpa berbuat apa-apa.
“Err.. ummm... err...” hanya itu saja yang Zarith boleh kata. Sebenarya dia tidak tahu nak kata apa dengan Fendi dan Yana.
“Kenapa Tuan Zarith? Saya ada buat salah ke?” soal Yana pula.
“Ummm.... errr...”
“Err... ummm.. err... ummm.. itu aje dari tadi. Cakaplah ada apa?” bentak Fendi yang mula bosan dengan Zarith.
Zarith mengaru kepalanya yang tidak gatal. Nak cakap macam mana ni. Aduh!
“Aku.... aku.......” balasnya serba salah.
“Aku apa?!” jerkah Fendi yang mula hilang sabar.
“Aku tak suka kau rapat dengan Yana!” balas Zarith senafas. Terkejut dia dengan jerkahan Fendi itu. Kemudian terkulat-kulat dia menutup malu akibat terlepas kata.
Yana dan Fendi tergamam. Tak suka??
But, why??” soal Fendi tak puas hati.
“Dia ni pekerja aku. Aku yang bayar gaji dia. Tapi aku tengok dia lebih banyak layan kau dari aku.” kata Zarith.
“Dan kau Yana. Kau lupa perjanjian kita???” Zarith menyoal Yana pula. Yana hanya menunduk. Mana mungkin dia lupa akan perjanjian itu. Tapi, betul ke dia lebih layan Fendi dari Zarith? Bingung.
“Perjanjian? Perjanjian apa?” soal Fendi ingin tahu.
“Itu kau tak perlu tahu. Dia pekerja aku. Aku yang bayar gaji dia. Jadi, dia kena dengar arahan aku.” Balas Zarith.
Well, kalau aku nak jugak macam mana? Aku boleh bayar dia dua kali ganda...” sengaja Fendi menambah minyak di atas api yang semakin membara.
“Tak boleh! Kau pergilah cari pekerja lain! Lagipun aku bos. Aku lebih perlukan dia daripada kau..” marah Zarith.
“Kau ada Kak Ida. Dia tu asisstant kau. Sepatutnya dia yang tolong kau. Yana ni just lady tea aje.” Fendi tidak mahu mengalah.
Yana yang berada disitu sudah termangu-mangu melihat dua lelaki di hadapannya bergaduh kerananya. Seronok juga ada orang bergaduh sebab aku. Popular jugak aku ni. Hatinya tertawa sendirian.
No way! Dia hak aku... hak aku!” kata-kata Zarith terhenti di situ apabila pintu biliknya dibuka seseorang.

“SAYANG!!!” jerit Lisa yang sudah masuk ke bilik Zarith.
“Lisa..... Lisa...” terjerit-jerit Kak Ida memanggil Lisa yang sudah masuk ke pejabat Zarith.
Zarith, Yana dan Fendi sudah tergamam. Fendi lebih tergamam dan terkaku. Macam mana dia boleh ada dekat sini? Soal hatinya.
“Maaf, Tuan Zarith. Akak tak sempat halang dia..” kata Kak Ida memohon maaf di atas kesalahannya. Tuan Zarith memang tidak suka di ganggu ketika meeting, walaupun wanita itu adalah kekasihnya.
“Tak apa Kak Ida. Ka Ida boleh keluar sekarang...” Kak Ida hanya menganggukkan kepala dan terus keluar dari bilik Zarith.
I miss you so much...” kata Lisa yang terus menghampiri Zarith. Dia tidak mempedulikan wajah-wajah yang sedang memerhatikannya sekarang. Tujuan utamanya ialah Zarith.
Zarith yang masih lagi tergamam terus memandang wajah Yana yang dirasakan ketika ini seperti terkejut dan sedih. Dapat dilihat dari wajah Yana seperti kecewa. Ah! Kenapa dengan aku ni? Lisa sudah depan mata kenapa aku tak gembira. Kenapa aku sedih apabila melihat Yana sedih? Hatinya tertanya-tanya.
“Li... Lisa...” sapa Fendi tergagap-gagap. Lisa melihat wajah Fendi dengan perasaan meluat. Gara-gara lelaki inilah dia terpaksa melarikan diri.
“Hai, Fendi. Lama tak jumpakan? I thought you dah mati..” balas Lisa tanpa perasaan.
Yana dan Zarith tergamam dengan kenyataan Lisa itu. Mati?
“Ah... I... I masih hidup lagi...” balas Fendi tergagap-gagap. Zarith dan Yana semakin hairan. Apa sebenarnya yang berlaku ni?
“Fendi, Yana. Kau orang keluar dulu. Nanti kita jumpa lagi...” Yana yang semakin tidak mengerti segera menanggukkan kepala dan terus meluru keluar meninggalkan pasangan kekasih itu. Kenapa hatinya seperti ditoreh-toreh. Sakit dan pedih melihat adengan itu.
Rupanya itulah Cik Lisa. Wanita yang amat dicintai Tuan Zarith. Kenapa hati? Kenapa kau nak sedih.... hatinya merintih. Yana segera berlalu ke pantri untuk menenangkan hatinya.
Lisa memandang Fendi dengan senyuman sinis. Fendi sudah seperti mayat hidup yang tunggu masa hendak dikebumikan sahaja. Kenapa kau balik, Lisa? Kenapa?? Soal hatinya.
Fendi segera meminta diri dan terus keluar dari bilik yang di rasakan sebagai bilik hukuman baginya.
Dia terus meluru keluar dan menghilangkan diri buat sementara untuk menenangkan hatinya yang semakin tidak keruan. Kenangan itu! Kenangan itu kembali menjelma ke dalam kotak ingatannya.

3 TAHUN SEBELUM
LANGKAH kakinya diatur laju untuk berjumpa dengan Lisa. Dia memerhati kawasan sekeliling untuk mencari Lisa. Matanya terhenti pada sesusuk tubuh yang sedang melutut di tepi pokok. Dia melangkah laju ke arah Lisa.
“Lisa...” sapanya lembut.
“Fendi......” Lisa terus meluru ke arah Fendi dan memeluknya erat. Saat ini, dia amat memerlukan Fendi. Dia betul-betul perlukan Fendi.
“Kenapa ni?” soal Fendi yang masih memeluk Lisa di dalam dakapannya.
“I takut...”
“Takut kenapa, sayang?” soal Fendi lembut.
“You sayang I tak?” tanya Lisa lagi.
Of course, I do. Kenapa ni?”
Esak tangis Lisa mendebarkan hatinya. Janganlah terjadi seperti apa yang ada di fikirannya kini.
“I.... I pregnant.... dah dua minggu...” balas Lisa  teresak-esak.
Fendi tergamam. Pregnant?
Are you sure?” soal Fendi inginkan kepastian.
Yes. I buat pregnancy test pagi tadi. And it’s positive. I tak puas hati, I pergi check doctor. Doktor sahkan I hamil. I hamilkan anak you!”
“Tak mungkin, tak mungkin!” Fendi menggelengkan kepala menidakkan kebenaran yang di dengari tadi.
“Itu bukan anak I. Entah-entah you dah tidur dengan berapa ramai lelaki.” Fendi menyangkal kata-kata Lisa.
Lisa tergamam. Sudah diserahkan segalanya, Fendi tidak mahu mengaku. “Ini anak you, Fendi! Anak you. You orang pertama yang I berikan jiwa dan raga.” Ucap Lisa sebak.
“Huh! Kalau dengan Zarith you berani curang, inikan pula I. Entah-entah berapa jantan you dah tidur. Bila dah sangkut, you senang-senang nak libatkan I..” balas Fendi tanpa perasaan.
Pang!! Satu tamparan kuat hinggap di pipi Fendi.
“I tak sangka. You memang jahat. I ingat you cintakan I. I sanggup curang belakang Zarith kerana cinta I pada you. Tapi, you penipu. I hate you!” Lisa menumbuk-numbuk dada Fendi. Dia mahu melepaskan kemarahannya kepada Fendi. Sampai hati you, Fendi. Hatinya menangis hiba.
Heh! You dengar sini, Lisa. I tak pernah cintakan you. You bukan gadis idaman I. Perempuan yang senang berlaku curang, berpeluk, bercium. I tak nak perempuan macam you jadi isteri I. You tak layak untuk I!” jerkah  Fendi sambil mengenggam kuat lengan Lisa yang memukulnya tadi.
“Sampai hati you, Fendi. I berkorban untuk you, untuk cinta kita. Ini balasan yang I dapat...”
I don’t care. I nak you gugurkan kandungan you itu..”
What?! Gugurkan??” soal Lisa terkejut.
Yes. Gugurkan. I tak nak ada kaitan langsung dengan anak dalam perut you tu. Sama ada dia anak I atau anak jantan lain, I nak you gugurkan!”
“Ini anak kita, Fendi. Anak kita! I cuma ada you saja, Fendi. Tolonglah Fendi. Kita kahwin?” Lisa cuba memujuk Fendi namun tolakan yang dia terima.
“Kahwin? Siapa nak kahwin dengan you? Perempuan yang dah ditebuk lubang?” kata-katanya kedengaran sinis.
“I sayang you, Fendi. I cintakan you. Please, bagi I peluang. Bagi anak kita peluang.”
Stop it! Dia bukan anak I. You gugurkan kandungan ni. I tak nak tahu fasal you lagi. Antara kita putus. You jangan cari I lagi. Titik!” kata Fendi kemudian meninggalkan Lisa yang menangis teresak-esak meratapi nasib dirinya.

BUNYI telefon mematikan ingatannya kepada kenangan itu. Segera dia menekan butang hijau tanpa melihat siapa pemanggilnya.
Hello...” balasnya tanpa perasaan.
Hello, Fendi. Awak dekat mana ni?” soal Yana lembut. Risau dia apabila diberitahu Kak Ida Fendi meluru keluar meninggalkan bilik Zarith. Ada apa-apa yang berlakukah? Kerana dia keluar terlebih dahulu sebelum Fendi.
Hello, Fendi?” tegurnya lagi apabila Fendi masih lagi senyap.
“Ha.. err.. Saya okey. Yana jangan risaulah. Saya ada kerja sikit. Nanti saya call balik. Bye...” Fendi segera mematikan talian.
Yana termangu apabila taliannya dimatikan. Apa sebenarnya yang terjadi ni? Soal hatinya.

ZARITH.. you tak happy ke jumpa I?” soal Lisa selepas kesemua tetamu di bilik Zarith keluar.
“Kenapa you balik?”
“Zarith.....” kata-kata Lisa terhenti di situ apabila suara Zarith melengking kuat kepadanya.
“I tanya kenapa you balik?!” terkedu Lisa dijerkah sebegitu. Belum pernah Zarith meninggikan suara kepadanya. Kenapa kini, dengan mudah Zarith tengking kepadanya?
Because I miss you, I love you...” Lisa masih lagi cuba memujuk walaupun dia dapat melihat wajah merah padam Zarith.
Tiada siapa suka ditinggalkan kekasih saat hati mengujakan kekasih itu. Kalau dia pun ditinggalkan, pasti dia akan melenting seperti ini.
Jawapan Lisa itu membuatkan Zarith tersenyum sinis. Dia segera bangun dan berdiri dihadapan Lisa. “Rindu? Cinta? Apa makna itu semua kalau you tinggalkan I pada saat I perlukan you?”
“I.. I ada sebab, Zarith.” Lisa mempertahankan dirinya.
“Sebab apa? Sebab you nak main-mainkan perasaan I, kan?” soal Zarith tidak dapat menahan marah.
“Bukan, sayang. Bukan.. I... I....” balas Lisa tergagap-gagap. Mana mungkin dia mahu memberitahu Zarith perkara sebenar. Dia meninggalkan Zarith kerana dia mahu melahirkan anaknya bersama Fendi. Tidak sanggup dia mahu mengugurkan anak itu sedangkan yang bersalah adalah dia dan Fendi! Selepas itu, dia cuba mencari kekuatan untuk kembali semula kepada Zarith.
Akhirnya, selepas tiga tahun. Dia memunculkan diri dengan tujuan, dia mahu Zarith menjadi suaminya.
“Apa lagi alasan you? Lima tahun, Lisa. Lima tahun kita menyulam cinta. Dan secara tiba-tiba you hilang tanpa khabar berita. I macam nak mati cari you merata tempat. And now, selepas tiga tahun you kembali. Untuk apa? Untuk teruskan sandiwara you?!” marah Zarith.
Hari ini dengan menghamburkan kemarahannya kepada wanita itu mendatangkan kepuasan kepadanya, memang itu yang akan dilakukan.
Wanita yang amat dicintai kini sudah berada di depan mata. Tapi, kenapa dia seperti benci melihat wanita itu. Hatinya seakan-akan sudah tepu dengan mainan cinta wanita itu. Dia tidak peduli lagi dengan perasaannya terhadap wanita itu kerana kini dia benar-benar yakin dia tidak lagi mencintai wanita itu!
“Zarith.. I... I...” kata-katanya terhenti disitu. Dia buntu mahu memberitahu bagaimana kepada Zarith.
“Sudahlah, Lisa. I dah penat. Penat menunggu you. Selama tiga tahun ni, I cuba hidup tanpa you. Dan I berjaya hidup tanpa you. I sekarang dah bahagia. Cukup bahagia. Jadi, tolong jangan ganggu I lagi. Hubungan kita dah putus semenjak you pergi tinggalkan I pada malam anniversary kita yang kelima tahun. Sekarang, tolong keluar...” bohong Zarith sambil menunjukkan arah keluar.
Dia sudah tidak sanggup memandang wajah Lisa. Serasa mahu menampar wajah mulus itu saja. Hatinya yang selama ini tersiat-siat semakin sakit apabila melihat Lisa di hadapan mata.
“Zarith.. Please, bagi I peluang untuk betulkan keadaan. I tahu I salah. I janji I tak akan tinggalkan you. I janji..” bersungguh-sungguh Lisa mengungkap janji.
“Janji? Kalau you janji, you pasti tak akan tinggalkan I. Sudahlah Lisa. I dah bahagia sekarang. Tolong, tinggalkan I...”
“Sayang.. please...”
I said get out!!!” melengking suara Zarith menghalau Lisa keluar. Pekerja-pekerja diluar terkejut dengan jeritan Zarith. Yana yang berada di pantri pun turut menuju ke Kak Ida. Takut dia mendengar suara Zarith. Kasihan Zarith. Sudahlah ditinggalkan. Kini, Cik Lisa kembali seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Desis hati Yana.
Lisa terkedu mendengar jeritan Zarith. Dia sudah teresak-esak. “You dah tak macam dulu, Zarith..”
“I jadi macam ni sebab you! Keluar!!!”
Lisa segera berlari keluar meninggalkan pejabat Zarith dengan perasaan yang bercampur baur. Sedih, marah, malu, semuanya bersatu. Kau tak akan selamat, Zarith. Aku akan pastikan kau jatuh dalam tangan aku semula!
Zarith merengus kasar. Kenapa kau kembali? Kenapa, Lisa? Aku tak sangka kau berani tunjukkan diri kau setelah apa yang kau buat pada aku. Aku tak maafkan kau, Lisa. Tak akan!

0 comments:

Post a Comment

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,