RUMAH agam Bonda Masiah yang tersergam indah di luar namun sunyi sepi di dalam. Rumah yang sentiasa sunyi itu sedikit sebanyak menakutkan Anis. Bonda Masiah kurang gemar keadaan rumahnya berbunyi bising. Hanya masa-masa tertentu saja dia akan turut serta bersama keluarganya yang lain bersantai dan bergurau senda.
Bonda Masiah
seorang yang tegas dan berpendirian tetap. Bila hitam katanya, maka hitamlah.
Jangan cuba berani hendak memutihkan keputusannya. Bila memikirkan rupa Bonda
Masiahyang bengis tanpa secalit senyuman membuatkan Anis kecut perut.
Anis sedang bertungkus-lumus mengemas rumah
agam itu. Dia mengelap peluh yang mula menitis dari dahinya. Dari tingkat tiga
dia turun pula ke tingkat dua yang menjadi tempat berehat seisi keluarga Bonda
Masiah. Bahagian bawah pula untuk tetamu yang datang ke rumah Bonda Masiah.
Anis menyusun atur kedudukan sofa dan meja yang sedikit lari dari kedudukan
asal. Kemudian dia ke bilik Bonda Masiah yang turut berda di tingkat dua. Dia
mula menyapu lantai dan secara tiba-tiba dia tersepak satu kotak yang berada
tidak jauh dari katil antik yang menjadi pilihan Bonda Masiah.
“Eh, kotak apa
ni?” soalnya sendirian. Dia membelek-belek kotak itu ke depan ke belakang.
Gerak hati menyuruhnya membuka kotak itu tetap akal fikiran menolak
perbuatannya. Baru sahaja dia ingin membuka kotak itu, terdengar suara lengking
milik Bonda Masiah menyebut namanya.
“Anis!!”
terjatuh kotak itu di hadapan Bonda Masiah. Muka Bonda Masiah ketika ini merah
padam. Wajah Anis di pandangnya bersilih ganti dengan kotak yang berada di
hujung kaki Anis. Dia memandang tajam wajah Anis.
“Kau buat apa
hah?!” melengking suara Bonda Masiah.
“Sa....
saya........” kata-kata Anis terhenti di situ. Dia tidak tahu helah apa hendak
di beritahu kepada Bonda Masiah. Kelihatan Bonda Masiah benar-benar marah
kepadanya.
Dia melihat dari
ekor mata kelibat Bonda Masiah menghampirinya. Wajah menyinga Bonda Masiah
benar-benar mengerunkannya. Peluh di dahi sudah tidak dipedulikan lagi.
“Lagi sekali aku
tanya, kau buat apa?!” jerkah Bonda Masiah.
“Saya...
Bonda... saya terjumpa kotak ini dekat hujung katil Bonda.” Penerangan Anis itu
membuatkan Bonda Masiah semakin marah. Tangannya laju sahaja mengayun ke pipi
Anis. Anis memegang pipinya yang kesakitan sambil menitiskan air mata.
“Apa hak kau
geledah barang aku?!”
“Maafkan...
maafkan saya Bonda. Bukan.. bukan niat saya hendak geledah barang Bonda. Tapi
saya... saya betul-betul terjumpa kotak ini dekat hujung katil..” terang Anis
sambil teresak-esak.
Bonda Masiah
mendengus. Kalau orang tahu rahsia aku, habislah aku. Macam mana aku boleh
terlepas pandang ni? Macam mana aku boleh terlupa nak simpan balik. Ah! Semalam
aku kelam kabut nak keluar. Terlupa nak simpan. Mungkin masa kelam kabut aku
terlanggar kotak tu dan kotak tu terjatuh, kata hatinya.
“Jangan nak beri
alasan Anis. Kau nak makan penampar aku lagi ke?!” jerit Bonda Masiah sambil
tangan sekali lagi mahu menampar pipi Anis. Namun hasratnya terbantut, apabila
mendengar jeritan kasar dari arah bilik tidurnya.
“Bonda!!” jerit
Tengku Khalif. Wajah Bonda Masiah berubah. Tengku Khalif segera menghampiri
Anis yang masih teresak-esak. Dia melihat pipi mulus Anis yang kemerahan akibat
tamparan Bonda Masiah.
“Apa ni Bonda?!”
tengking Tengku Khalif. Anis terpana. Setiap kali dia di dera Bonda Masiah
pasti Tengku Khalif akan membelanya. Tengku Khalif sanggup berlaku kurang ajar
dengan Bonda Masiah demi mempertahankannya.
“Kamu selalu aje
nak bela dia kan?”
“Saya bela dia
sebab dia tidak bersalah. Kenapa Bonda nak hukum dia sedangkan dia memang tidak
bersalah.” suara Tengku Khalif mula mengendur. Dia memandang pula wajah Anis.
Sayu dia melihat wajah Anis. Bondanya sungguh kejam.
“Aku pantang
orang usik barang peribadi aku.” kata
Bonda Masiah angkuh.
Tengku Khalis
segera memalingkan wajah kepada Anis. “Betul kamu bongkar barang Bonda?”
soalnya.
Anis menggeleng
bersama kata-kata, “Sumpah, Tengku Khalif. Kotak tu saya jumpa bawah katil. Saya tak usik apa-apa
pun barang Bonda.”
“Bonda dengar
sendirikan? Bukan salah dia. Kenapa dengan Bonda ni? Kalau Bonda tak suka dia,
Bonda pecat saja dia. Bila Ira suruh Bonda pecat dia kenapa Bonda tak pecat?”
soal Tengku Khalif mengingatkan kata-kataadiknya, Sharifah Aira.
“Bonda tak boleh
pecat dia!” tungkas Bonda Maisarah. Wajahnya sekali lagi berubah riak. Tengku
Khalif memandang Bonda Maisarah dengan penuh tanda tanya. Tak boleh? Tapi
kenapa? Soal hatinya.
“Bonda tak boleh
pecat dia. Tak boleh!” jerit Bonda Masiah lagi sebelum berlalu meninggalkan
Tengku Khalif dan Anis yang terpinga-pinga memahami maksud Bonda Masiah.
“SAKIT?” soal
Tengku Khalif yang sedang meyapu ubat ke pipi Anis. Merah menyala pipi Anis.
Pasti kuat Bonda menampar Anis, tingkah hatinya.
Hanya gelengan
kepala yang Tengku Khalif terima namun wajah suram Anis menggambarkan hatinya
yang sedih di atas perilaku Bonda Masiah kepadanya.
“Maafkan Bonda.
Dia sudah tua. Jadi, kita sebagai orang muda hanya memaafkan kesalahannya.”
pujuk Tengku Khalif.
Tiba-tiba esakan
Anis kembali. Tengku Khalif menjadi kalut. “Hei, kenapa ni?”
“Saya.. saya
yang bersalah. Kalau saya tak usik kotak tadi mesti tak jadi macam ni.”
Tengku Khalif
bungkam memikirkan Bondanya.
“ANIS...”
teguran Pak Samad, pemandu peribadi Bonda Masiah mematikan lamunannya. Dia
tersenyum kepada Pak Samad yang sudah di anggap seperti bapa sendiri.Ibunya dan
ayahnya entah hilang ke mana. Semenjak kecil dia tidak dapat berjumpa mereka.
Dia ditempatkan di Pusat Ansuhan Anak-Anak Yatim sehingga di menjangkau usia
dua puluh tahun. Rezeki berpihak kepadanya apabila Bonda menerimanya bekerja di
sini.
“Buat apa dekat
luar sorang-sorang ni? Tak tidur lagi?” soal Pak Samad.
“Belum mengantuk
lagi Pak Samad.” balas Anis.
“Kamu kena pukul
lagi dengan Bonda Masiah ya?” soal Pak Samad apabila melihat kesan tamparan di
pipi Anis.
Anis hanya
tersenyum. Walaupun hatinya sedih dengan sikap Bonda Masiah, namun entah kenapa
sukar benar mahu meninggalkan Bonda Masiah. Seperti ada satu ikatan yang kuat
menyukarkan Anis meninggalkan Bonda Masiah. Ah! Pasti kerana dia sudah lama
bekerja dengan Bonda Masiah menyebabkan dia berat hati mahu meninggalkan
majikannya itu.
“Kenapa kamu tak
berhenti saja, nak. Sedih Pak Samad melihat keadaan kamu. Selalu saja kamu kena
pukul dengan Bonda Masiah.”
“Saya sayang
kerja saya Pak Samad. Saya juga sayangkan Bonda. Kalau saya berhenti, siapa nak
jaga Bonda? Kasihan dia Pak Samad.”
Pak Samad
tersenyum dan berkata, “Kamu ni anak yang baik Anis. Kamu bersabar ya dengan
sikap Bonda tu.” nasihat Pak Samad.
“Pak Samad masuk
tidur dulu. Kamu pun tidurlah. Jangan berembun lama sangat.” sambung Pak Samad
lagi sebelum berlalu meninggalkannya sendirian.
Dari tepi pintu
berkaca itu berdirinya Bonda Maisah. Hatinya merintih namun dia cekalkan hati
kerana peristiwa itu. Tidak mungkin dia dapat melupakan peristiwa itu. Segera
dia berlalu ke biliknya.
IMBAS KEMBALI
“Abang memang
suami yang tak guna! Abang ingat Mai ni tunggul ke dekat rumah? Abang keluar
pagi, balik tengah malam. Dengan mabuk lagi, berfoya-foya. Suami apa abang ni
hah?!” soalan Maisah itu di balas dengan tamparan. Lelaki dayus! Dia mengelap
darah yang mengalir keluar dari bibirnya. Sakit di bibir tidak sesakit hatinya
yang membengkak saban hari dengan sikap suaminya.
“Kau jangan
kurang ajar dengan aku, Mai!” tengking Fuad, suami Mai yang seorang kaki mabuk
dan kaki pukul.
“Saya takkan kurang
ajar kalau abang tak kurang ajar dengan saya. Saya sanggup ketepikan keluarga
saya semata-mata cinta saya pada abang. Tapi apa yang saya dapat? Sepakan,
pukulan, penampar dari abang!” balas Mai sedikit meninggi.
Fuad mencerlung
memandangnya. “Pergi mampuslah dengan keluarga kau! Aku ingat bila aku kahwin
dengan kau, aku akanhidup senang. Rupanya hidup merempat!” jerkah Fuad.
“Abang kahwin
dengan saya kerana harta?”
“Ha ha ha.
Memang itu tujuan aku. Tapi keluarga kau celaka! Bukan nak bagi kesenangan pada
kau tapi dia halau kau keluar. Keluarga apa macam tu. Puih!” dia meludah di
sisi Maisah.
Maisah terkedu.
Benarkah? “Mereka halau saya sebab saya kahwin dengan lelaki yang bukan dari
darah keturunan kami. Saya sanggup di halau keluarga kerana abang tapi abang
buat saya macam ni!” kemarahan Maisah sudah tidak tertahan lagi. Dia menuju ke
arah Fuad dan mula memukul dada Fuad sekuat hatinya.
Namun, apalah
sangat daya seorang perempuan. Kekuatan
yang dimiliki tidak setanding dengan kekuatan seorang lelaki. Secara tiba-tiba
dia di angkat dan di humban keluar rumah. Baju-bajunya di ambil dan di campak
oleh Fuad. Perutnya berasa senak akibat di humban Fuad tadi. Segera dia
mengusap perutnya. Anak aku! Mujur tidak terjadi apa-apa kepada anaknya.
“Aku menyesal
kahwin dengan kau!” kata-kata Maisah mengundang tawa kuat Fuad. Maisah segera
bangun dan mengangkut baju yang berselerakan di atas lantai. Satu tempat sahaja
yang ingin di tujunya sekarang ini. Rumah Umi!
“UMI. Ampunkan
Mai, Umi. Ampukan Mai..” Maisah memeluk kaki Uminya, Mak Engku Kalsom.
Mak Engku Kalsom
memandang sinis. “Cakap aku kau tak nak dengar, sekarang kau melutut merayu
pada aku?”
“Umi, Mai tahu
Mai salah. Ampunkam Mai, Umi..” pujuk Maisah lagi bersama esak tangis yang
makin kuat kedengaran.
“Baik! Aku boleh
maafkan kau. Tapi kau kena bercerai dengan Fuad dan berkahwin dengan Tengku
Imran.”
Maisah segera
mengangguk. “Baik, Umi. Mai akan dia cakap Umi. Ampukan Mai, Umi..”
“BONDA...”
panggilan Sharifah Aira mematikan semua ingatannya kepada kenangan pahit itu.
Dia memaling wajah memandang anak perempuannya itu.
“Iya, sayang...
ada apa?” soal Bonda Maisah lembut.
“Apa yang bonda
fikirkan sekarang?”
“Bonda fikir
bila Ira nak kahwin. Bonda nak sangat timang cucu..” usik Bonda Maisah.
“Bonda ni. Ke
situ pulak. Abang Khalif pun belum kahwin lagi. Takkan Ira nak langkah bendul
pula.”
“Langkah bendul
tak apalah. Janji Bonda dapat timang cucu..” usik Bonda Maisah lagi.
“Bonda...”
panggil Sharifah Aira.
“Kenapa ni?”
“Ira tanya Bonda
jangan marah ya?” soal Sharifah Aira takut-takut. Bimbang soalannya
mendatangkan kemarahan Bonda Maisah.
“Belum tanya
lagi. Macam mana nak tahu Bonda marah ke tak?”
“Janji Bonda tak
marah?” soal Sharifah Aira lagi.
“Bonda janji,
tanyalah..”
“Err... kenapa
Bonda tak nak pecat Kak Anis kalau Bonda bencikan dia?” berubah terus wajah
Bonda Maisah mendengar soalan itu.
“Bonda..”
Sharifah Aira memegang lengan Bondanya. Bimbang melihat perubahan pada Bonda
Maisah.
Bonda Maisah
hanya menggeleng. Tidak tahu hendak kata apa.
“Tidurlah
sayang. Bonda pun dah mengantuk ni. Tidur ya..” Bonda Maisah segera menukar
topik membuatkan muncung Sharifah Aira sedepa. Sharifah Aira segera berlalu
meninggalkan Bondadan menuju ke biliknya.
Bonda Maisah
mengeluh. Dia segera ke almari antik dan membuka laci. Dia mengeluarkan kotak
itu dan mula menuju ke katil. Dia mengeluarkan gambar-gambar lama itu. Tertera
wajahnya bersama Fuad. Gambar anaknya semasa bayi. Dan matanya tertancap pula
pada wajah seorang perempuan yang manis dan cantik. Sharifah Anis Sofia. Ya,
Anis adalah anaknya. Anak yang dikandungkan selama sembilan bulan sepuluh hari.
Dia meneliti wajah gembira Anis.
IMBAS KEMBALI
“Umi mahu kamu
buang anak ini!” tingkah Mak Engku Kalsom.
“Umi!!” jerit
Maisah. Buang anak? Ini anaknya. Kenapa harus dibuang sedangkan dia masih
mempunyai emak?
“Umi tidak mahu
keturunan Fuad berada di dalam keluarga kita. Dia boleh memberi malang kepada
kita!”
“Ini anak Mai,
Umi. Kasihanilah dia. Dia masih kecil tidak mengetahui apa-apa. Dia tidak
bersalah..” Maisah mempertahankan anaknya.
“Kau jangan
melawan cakap aku, Mai!” tiba-tiba Mak Engku rebah di atas sofa membuatkan
Maisah kaku. Dia segera berlari ke arah Mak Engku.
“Umi! Umi!”
panggil Maisah namun tiada sahutan kedengaran.
“MAAFKAN SAYA,
Puan Maisah. Mak Engku tidak dapat diselamatkan..” kata-kata Doktor Peribadi
keluarganya membuatkan Maisah rebah.
“Sayang, bangun
sayang. Makan ubat..” Tengku Ikmal mengejut Maisah yang masih tidak sedarkan
diri. Terkulat-kulat Maisah membuka mata. Tiba-tiba ingatannya menjelma
teringatkan Mak Engku Kalsom.
“Abang, Umi
mana? Umi mana?!” soalnya kasar.
“Umi dah tak ada
sayang...”
“Umi.. ampunkan
Mai, Umi.. ampunkan Mai..” Tengku Ikhmal sedaya upaya memujuk Maisah. Tangisan
kuat anak kecil membuatkan Maisah mengangkat wajah memandang Tengku Ikhmal.
“Anak siapa tu?”
soalnya.
“Anak kita.
Sharifah Anis Sofia.” Tengku Ikhmal sudi menerima Sharifah Anis Sofia menjadi
anaknya cuma arwah Mak Engku Kalsom saja yang membangkang.
“Bukan! Dia
bukan anak aku! Dia pembunuh. Sebab dia, Umi aku mati. Dia keturunan Fuad.
Betullah kata Umi, keturunan Fuad membawa sial kepada kelurga kami. Umi!!!”
jerit Maisah seperti orang terkena histeria.
“Mengucap, Mai.
Mengucap. Ajal maut ditangan tuhan. Tiada siapa pembawa sial. Mengucap...”
Tengku Ikhmal cuba menenangkannya.
PUSAT ASUHAN ANAK-ANAK YATIM
“MAI, peluk dia
buat kali terakhir sayang. Nanti kita tak jumpa dia lagi..” pujuk Tengku
Ikhmal.
“Dia bukan anak Mai. Kenapa mesti Mai nak peluk dia.”
Soal Mai.
“Dia anak
Mai...”
“Bukan! Dia anak
Fuad. Keturunan sial!” Maisah sudah mula naik angin. Tengku Ikhmal segera
memberikan Sharifah Anis Sofia kepada penjaga di pusat tersebut sambil
berbisikkan sesuatu.
“Tolong jaga
anak ini dengan baik. Saya mahu dia selamat. Segala gambar mesti di ambil
mengikut tumbesaran dia.” arah Tengku Ikhmal. Kelihatan penjaga itu hanya
menganggukkan kepala memahami arahan Tengku Ikhmal.
Mereka berdua berlalu
dari Pusat Asuhan itu dengan satu perasaan yang bercampur baur.
“MAAFKAN Bonda,
sayang. Maafkan Bonda..” esak Bonda Maisah sambil mengusap wajah Anis di
gambar. Semua gambar Anis dari kecil sehingga dewasa adalah pemberian arwah
Tengku Ikhmal. Tengku Ikhmal memang sengaja memberi gambaran anaknya membesar
supaya hatinya terpujuk untuk menerima kembali Anis.
Bonda Maisah
agak terperanjat sewaktu Anis datang ke rumahnya meminta pekerjaan. Dari rupa,
kelihatan sama seperti di dalam gambar yang diberikan oleh pekerja arwah Tengku
Ikhmal. Waktu itu, haitnya masih sakit namun dia menerima juga Anis berkerja di
sini semata-mata mahu membalas dendam.
Tetapi, kesabaran
demi kesabarn yang ditunjukkan Anis membuatkan hatinya yang keras seperti batu
menjadi cair seperti ais. Dia harus berterus terang dan memohon kemaafan dari
anakya itu. Dia terus menangis mengakui kesilapannya. Akhirnya dia terlelap
bersama seribu kesilapan yang di lakukannya.
“MAK LIMAH,
tolong panggilkan budak berdua tu masuk bilik saya. Panggil sekali Anis, ya?”
arah Bonda Maisah kepada pembantu rumahnya, Mak Limah.
“Baik, Engku..”
“Ada apa,
Bonda?” soal Tengku Ikhmal sebaik sahaja mereka berdua sampai ke bilik Bonda
Maisah.
“Kita tunggu
Anis dulu..”
Tengku Ikhmal
dan Sharifah Aira saling berpandangan. Kenapa? Pasti itu yang ditanya antara
satu sama lain.
“Maafkan saya,
Bonda. Saya ada kerja tadi.” terang Anis sebaik sahaja tiba di bilik Bonda
Maisah.
“Anis. Masuk
dalam..” arah Bonda Maisah. Anis hanya menurut.
Perlahan-lahan
Bonda Maisah menarik lengan Anis supaya duduk di sebelahnya. Sekali lagi Tengku
Khalif dan Sharifah Aira berpandangan.
Bonda Maisah
membuka kotak lama itu dan mula memberikan sekeping gambar Anis sewaktu anaknya
berusia tujuh belas tahun.
“Ini... ini
gambar saya...” kata Anis.
Bonda Maisah
sudah menangis. Anis menjadi tidak keruan. Apa sebenarnya yang berlaku. Tengku
Khalif dan Sharifah Aira segera meluru ke Bondanya apabila melihat Bonda Maisah
menangis tiba-tiba.
“Kenapa ni,
Bonda?” soal Sharifah Aira.
“Anis... Anis ni
kakak kamu Ira, Khalif. Dia anak kandung Bonda.” Terpempan seketika mereka
bertiga. Kakak? Anak?
“Apa yang ibu
cakap ni?” soal Tengku Khalif.
“Anis atau
Sharifah Anis Sofia adalah anak Bonda. Kakak kamu..” terang Bonda Maisah lagi.
Anis diam tidak berkutik. Betulkah apa yang di dengarinya?
“Bonda letak
kakak kamu dekat Pusat Asuhan Anak-Anak Yatim sebab Bonda benci dengan
keturunan Fuad, ayah Anis. Kerana Fuad, Bonda di buang keluarga. Kerana keturunan
Fuad, Umi Bonda meninggal. Ibu benci keturunan Fuad!” marah Bonda.
“Sebab itu,
Bonda selalu marah Anis. Pukul Anis. Tapi, Bonda tengok Anis sentiasa bersabar.
Anis ikutkan saja kehendak Bonda. Bonda menjadi serba salah. Kasih sayang yang
dahulunya hilang kini hadir semula. Bonda mengaku yang Bonda sayangkan kamu,
Sharifah Anis Sofia..” kata Bonda Maisah dan terus memeluk Anis yang masih kaku
sejak tadi.
Seakan tersedar,
Anis menolak Bonda Maisah. “Maaf. Saya rasa saya bukan anak Bonda. Saya anak yatim.
Anak yang tidak ada ibu bapa. Saya rasa Bonda salah orang.” sangkal Anis.
“Bonda tak tipu
sayang. Tengok ni. Ini semua gambar Anis. Dari kecil sehinggalah sekarang.
Arwah ayah Khalif dan Ira yang berikan gambar ini kepada Bonda. Tengoklah..”
Bonda menunjukkan gambar itu kepada Anis namun Anis segera menepis.
“Tidak! Tidak!”
Anis segera berlari meninggalkan mereka yang berada di bilik. Hatinya bagai
ditusuk sembilu. Sedih, kecewa! Ibu yang tidak tahu di mana ada di depan mata.
Dan Bonda Maisah adalah ibunya. Wajarlah dia begitu menyayangi wanita itu.
Rupanya, ikatan batin kami yang mengikatnya supaya terus menyayanginya.
Dia menangis
sepuasnya di dalam bilik. Ketukan demi ketukan tidak dihiraukan. Hatinya pedih.
Lukanya dalam. Bagaimana dia mahu memaafkan wanita itu sedangakn wanita itu
yang membencinya. Membenci keturunan ayahnya.
Salahkah dia jika dilahirkan di dunia ini? Patutkah kesilapan ayahnya
diletakkan dibahunya. Hatinya menjerit. Apa yang harus aku lakukan, Ya ALLAH.
Akhirnya dia terlelap dengan seribu satu persoalan.
“Bonda.. Bonda..
Bonda nak pergi mana tu?” Anis menyoal apabila melihat kelibat Bonda Maisah
melintas di hadapannya.
Bonda Maisah
tidak menghiraukan pertanyaannya dan segera berlalu menuju ke satu kwasan yang
sangat terang. Semuanya berwarna putih. Dia meneliti kawasan itu. Dia berada
dia mana? Kenapa dia tidak nampak benda lain. Hanya dia dan Bonda Maisah
sahaja.
“Bonda nak ke
mana tu?” dia terus mengejar Bonda Maisah yang semakin jauh meninggalkannya.
“Bonda! Bonda!”
jerit Anis.
Tiba-tiba Bonda
Maisah berhenti dan memandangnya. Senyuman manis terukir di wajah pucat itu.
“Anis. Bonda dah
tak lama dah. Anis jaga diri baik-baik ya? Bonda minta ampun dengan Anis. Bonda
dah abaikan Anis selama ini. Maafkan Bonda ya?” kata Bonda Maisah dan kemudian
berlalu mengikuti lorong kecil yang tidak boleh dimasuki oleh tubuhnya yang
agak besar. Dia menjerit apabila keilbat Bonda semakin hilang dari pandangan
matanya.
“BONDA!!” jerit
Anis kuat. Ya ALLAH, dia bermimpi rupanya. Dia memerhati keadaan sekeliling.
Dia masih berada di rumah Bonda. Segera dia berlari mendapatkan Bonda Maisah.
“Bonda,
Bonda...” jerit Anis sambil berlari menuju ke bilik Bonda Maisah. Kelihatan bilik itu dipenuhi
dengan manusia. Tengku Khalif, Sharifah Aira, Pak Samad, Mak Lijah dan Doktor
Peribadinya berada di situ. Dadanya bergetar hebat. Ya ALLAH, lindungilah dia.
Lindungilah Bondaku. Akhirnya kata-kata itu keluar juga dari mulutnya. Bonda
Masiah ibunya. Ibu kandungnya. Segera dia menerpa menuju ke katil Bonda Maisah.
“Bonda...
Bonda...” panggil Anis perlahan.
“Bonda, Anis
datang ni..” panggil Anis lagi.
“Anis.. anak
Bonda..” Bonda mengengam tangan Anis.
“Bonda, Anis
mintak ampun..” katanya sambil teresak-esak.
“Tak sayang.
Bonda yang patut minta maaf. Bonda yang buang kamu. Bonda yang tinggalkan kamu.
Maafkan Bonda, sayang..”
Anis segera
mengangguk. “Ya, Bonda. Anis maafkan Bonda. Bonda jangan sedih-sedih lagi ya?
Anis akan sentiasa di sisi Bonda..”
Kesemua insan
yang berada disitu mengucap kesyukuran. Alhamdulillah.
Bonda Maisah segera
menarik Anis ke dalam pelukannya. Ya ALLAH, betapa besarnya kebesaranmu Ya
ALLAH. Aku buang anak aku, tapi dia sudi menerima aku. Terima kasih, Ya ALLAH.
Mereka menangis semahunya di dalam pelukan.
Sedih nya...menangis2 dpn computer ni...:'( , terbaik!
ReplyDeletenme watak ade yg tertukar-II . huhu
ReplyDelete