Pages

Peminat Novel

Blog Page

7 Nov 2012

Cerpen - Bonda



RUMAH agam Bonda Masiah yang tersergam indah di luar namun sunyi sepi di dalam. Rumah yang sentiasa sunyi itu sedikit sebanyak menakutkan Anis. Bonda Masiah kurang gemar keadaan rumahnya berbunyi bising. Hanya masa-masa tertentu saja dia akan turut serta bersama keluarganya yang lain bersantai dan bergurau senda.
Bonda Masiah seorang yang tegas dan berpendirian tetap. Bila hitam katanya, maka hitamlah. Jangan cuba berani hendak memutihkan keputusannya. Bila memikirkan rupa Bonda Masiahyang bengis tanpa secalit senyuman membuatkan Anis kecut perut.
 Anis sedang bertungkus-lumus mengemas rumah agam itu. Dia mengelap peluh yang mula menitis dari dahinya. Dari tingkat tiga dia turun pula ke tingkat dua yang menjadi tempat berehat seisi keluarga Bonda Masiah. Bahagian bawah pula untuk tetamu yang datang ke rumah Bonda Masiah. Anis menyusun atur kedudukan sofa dan meja yang sedikit lari dari kedudukan asal. Kemudian dia ke bilik Bonda Masiah yang turut berda di tingkat dua. Dia mula menyapu lantai dan secara tiba-tiba dia tersepak satu kotak yang berada tidak jauh dari katil antik yang menjadi pilihan Bonda Masiah.
“Eh, kotak apa ni?” soalnya sendirian. Dia membelek-belek kotak itu ke depan ke belakang. Gerak hati menyuruhnya membuka kotak itu tetap akal fikiran menolak perbuatannya. Baru sahaja dia ingin membuka kotak itu, terdengar suara lengking milik Bonda Masiah menyebut namanya.
“Anis!!” terjatuh kotak itu di hadapan Bonda Masiah. Muka Bonda Masiah ketika ini merah padam. Wajah Anis di pandangnya bersilih ganti dengan kotak yang berada di hujung kaki Anis. Dia memandang tajam wajah Anis.
“Kau buat apa hah?!” melengking suara Bonda Masiah.
“Sa.... saya........” kata-kata Anis terhenti di situ. Dia tidak tahu helah apa hendak di beritahu kepada Bonda Masiah. Kelihatan Bonda Masiah benar-benar marah kepadanya.
Dia melihat dari ekor mata kelibat Bonda Masiah menghampirinya. Wajah menyinga Bonda Masiah benar-benar mengerunkannya. Peluh di dahi sudah tidak dipedulikan lagi.
“Lagi sekali aku tanya, kau buat apa?!” jerkah Bonda Masiah.
“Saya... Bonda... saya terjumpa kotak ini dekat hujung katil Bonda.” Penerangan Anis itu membuatkan Bonda Masiah semakin marah. Tangannya laju sahaja mengayun ke pipi Anis. Anis memegang pipinya yang kesakitan sambil menitiskan air mata.
“Apa hak kau geledah barang aku?!”
“Maafkan... maafkan saya Bonda. Bukan.. bukan niat saya hendak geledah barang Bonda. Tapi saya... saya betul-betul terjumpa kotak ini dekat hujung katil..” terang Anis sambil teresak-esak.
Bonda Masiah mendengus. Kalau orang tahu rahsia aku, habislah aku. Macam mana aku boleh terlepas pandang ni? Macam mana aku boleh terlupa nak simpan balik. Ah! Semalam aku kelam kabut nak keluar. Terlupa nak simpan. Mungkin masa kelam kabut aku terlanggar kotak tu dan kotak tu terjatuh, kata hatinya.
“Jangan nak beri alasan Anis. Kau nak makan penampar aku lagi ke?!” jerit Bonda Masiah sambil tangan sekali lagi mahu menampar pipi Anis. Namun hasratnya terbantut, apabila mendengar jeritan kasar dari arah bilik tidurnya.
“Bonda!!” jerit Tengku Khalif. Wajah Bonda Masiah berubah. Tengku Khalif segera menghampiri Anis yang masih teresak-esak. Dia melihat pipi mulus Anis yang kemerahan akibat tamparan Bonda Masiah.
“Apa ni Bonda?!” tengking Tengku Khalif. Anis terpana. Setiap kali dia di dera Bonda Masiah pasti Tengku Khalif akan membelanya. Tengku Khalif sanggup berlaku kurang ajar dengan Bonda Masiah demi mempertahankannya.
“Kamu selalu aje nak bela dia kan?”
“Saya bela dia sebab dia tidak bersalah. Kenapa Bonda nak hukum dia sedangkan dia memang tidak bersalah.” suara Tengku Khalif mula mengendur. Dia memandang pula wajah Anis. Sayu dia melihat wajah Anis. Bondanya sungguh kejam.
“Aku pantang orang usik  barang peribadi aku.” kata Bonda Masiah angkuh.
Tengku Khalis segera memalingkan wajah kepada Anis. “Betul kamu bongkar barang Bonda?” soalnya.
Anis menggeleng bersama kata-kata, “Sumpah, Tengku Khalif. Kotak tu  saya jumpa bawah katil. Saya tak usik apa-apa pun barang Bonda.”
“Bonda dengar sendirikan? Bukan salah dia. Kenapa dengan Bonda ni? Kalau Bonda tak suka dia, Bonda pecat saja dia. Bila Ira suruh Bonda pecat dia kenapa Bonda tak pecat?” soal Tengku Khalif mengingatkan kata-kataadiknya, Sharifah Aira.
“Bonda tak boleh pecat dia!” tungkas Bonda Maisarah. Wajahnya sekali lagi berubah riak. Tengku Khalif memandang Bonda Maisarah dengan penuh tanda tanya. Tak boleh? Tapi kenapa? Soal hatinya.
“Bonda tak boleh pecat dia. Tak boleh!” jerit Bonda Masiah lagi sebelum berlalu meninggalkan Tengku Khalif dan Anis yang terpinga-pinga memahami maksud Bonda Masiah.

“SAKIT?” soal Tengku Khalif yang sedang meyapu ubat ke pipi Anis. Merah menyala pipi Anis. Pasti kuat Bonda menampar Anis, tingkah hatinya.
Hanya gelengan kepala yang Tengku Khalif terima namun wajah suram Anis menggambarkan hatinya yang sedih di atas perilaku Bonda Masiah kepadanya.
“Maafkan Bonda. Dia sudah tua. Jadi, kita sebagai orang muda hanya memaafkan kesalahannya.” pujuk Tengku Khalif.
Tiba-tiba esakan Anis kembali. Tengku Khalif menjadi kalut. “Hei, kenapa ni?”
“Saya.. saya yang bersalah. Kalau saya tak usik kotak tadi mesti tak jadi macam ni.”
Tengku Khalif bungkam memikirkan Bondanya.

“ANIS...” teguran Pak Samad, pemandu peribadi Bonda Masiah mematikan lamunannya. Dia tersenyum kepada Pak Samad yang sudah di anggap seperti bapa sendiri.Ibunya dan ayahnya entah hilang ke mana. Semenjak kecil dia tidak dapat berjumpa mereka. Dia ditempatkan di Pusat Ansuhan Anak-Anak Yatim sehingga di menjangkau usia dua puluh tahun. Rezeki berpihak kepadanya apabila Bonda menerimanya bekerja di sini.
“Buat apa dekat luar sorang-sorang ni? Tak tidur lagi?” soal Pak Samad.
“Belum mengantuk lagi Pak Samad.” balas Anis.
“Kamu kena pukul lagi dengan Bonda Masiah ya?” soal Pak Samad apabila melihat kesan tamparan di pipi Anis.
Anis hanya tersenyum. Walaupun hatinya sedih dengan sikap Bonda Masiah, namun entah kenapa sukar benar mahu meninggalkan Bonda Masiah. Seperti ada satu ikatan yang kuat menyukarkan Anis meninggalkan Bonda Masiah. Ah! Pasti kerana dia sudah lama bekerja dengan Bonda Masiah menyebabkan dia berat hati mahu meninggalkan majikannya itu.
“Kenapa kamu tak berhenti saja, nak. Sedih Pak Samad melihat keadaan kamu. Selalu saja kamu kena pukul dengan Bonda Masiah.”
“Saya sayang kerja saya Pak Samad. Saya juga sayangkan Bonda. Kalau saya berhenti, siapa nak jaga Bonda? Kasihan dia Pak Samad.”
Pak Samad tersenyum dan berkata, “Kamu ni anak yang baik Anis. Kamu bersabar ya dengan sikap Bonda tu.” nasihat Pak Samad.
“Pak Samad masuk tidur dulu. Kamu pun tidurlah. Jangan berembun lama sangat.” sambung Pak Samad lagi sebelum berlalu meninggalkannya sendirian.
Dari tepi pintu berkaca itu berdirinya Bonda Maisah. Hatinya merintih namun dia cekalkan hati kerana peristiwa itu. Tidak mungkin dia dapat melupakan peristiwa itu. Segera dia berlalu ke biliknya.

IMBAS KEMBALI
“Abang memang suami yang tak guna! Abang ingat Mai ni tunggul ke dekat rumah? Abang keluar pagi, balik tengah malam. Dengan mabuk lagi, berfoya-foya. Suami apa abang ni hah?!” soalan Maisah itu di balas dengan tamparan. Lelaki dayus! Dia mengelap darah yang mengalir keluar dari bibirnya. Sakit di bibir tidak sesakit hatinya yang membengkak saban hari dengan sikap suaminya.
“Kau jangan kurang ajar dengan aku, Mai!” tengking Fuad, suami Mai yang seorang kaki mabuk dan kaki pukul.
“Saya takkan kurang ajar kalau abang tak kurang ajar dengan saya. Saya sanggup ketepikan keluarga saya semata-mata cinta saya pada abang. Tapi apa yang saya dapat? Sepakan, pukulan, penampar dari abang!” balas Mai sedikit meninggi.
Fuad mencerlung memandangnya. “Pergi mampuslah dengan keluarga kau! Aku ingat bila aku kahwin dengan kau, aku akanhidup senang. Rupanya hidup merempat!” jerkah Fuad.
“Abang kahwin dengan saya kerana harta?”
“Ha ha ha. Memang itu tujuan aku. Tapi keluarga kau celaka! Bukan nak bagi kesenangan pada kau tapi dia halau kau keluar. Keluarga apa macam tu. Puih!” dia meludah di sisi Maisah.
Maisah terkedu. Benarkah? “Mereka halau saya sebab saya kahwin dengan lelaki yang bukan dari darah keturunan kami. Saya sanggup di halau keluarga kerana abang tapi abang buat saya macam ni!” kemarahan Maisah sudah tidak tertahan lagi. Dia menuju ke arah Fuad dan mula memukul dada Fuad sekuat hatinya.
Namun, apalah sangat daya seorang  perempuan. Kekuatan yang dimiliki tidak setanding dengan kekuatan seorang lelaki. Secara tiba-tiba dia di angkat dan di humban keluar rumah. Baju-bajunya di ambil dan di campak oleh Fuad. Perutnya berasa senak akibat di humban Fuad tadi. Segera dia mengusap perutnya. Anak aku! Mujur tidak terjadi apa-apa kepada anaknya.
“Aku menyesal kahwin dengan kau!” kata-kata Maisah mengundang tawa kuat Fuad. Maisah segera bangun dan mengangkut baju yang berselerakan di atas lantai. Satu tempat sahaja yang ingin di tujunya sekarang ini. Rumah Umi!

“UMI. Ampunkan Mai, Umi. Ampukan Mai..” Maisah memeluk kaki Uminya, Mak Engku Kalsom.
Mak Engku Kalsom memandang sinis. “Cakap aku kau tak nak dengar, sekarang kau melutut merayu pada aku?”
“Umi, Mai tahu Mai salah. Ampunkam Mai, Umi..” pujuk Maisah lagi bersama esak tangis yang makin kuat kedengaran.
“Baik! Aku boleh maafkan kau. Tapi kau kena bercerai dengan Fuad dan berkahwin dengan Tengku Imran.”
Maisah segera mengangguk. “Baik, Umi. Mai akan dia cakap Umi. Ampukan Mai, Umi..”

“BONDA...” panggilan Sharifah Aira mematikan semua ingatannya kepada kenangan pahit itu. Dia memaling wajah memandang anak perempuannya itu.
“Iya, sayang... ada apa?” soal Bonda Maisah lembut.
“Apa yang bonda fikirkan sekarang?”
“Bonda fikir bila Ira nak kahwin. Bonda nak sangat timang cucu..” usik Bonda Maisah.
“Bonda ni. Ke situ pulak. Abang Khalif pun belum kahwin lagi. Takkan Ira nak langkah bendul pula.”
“Langkah bendul tak apalah. Janji Bonda dapat timang cucu..” usik Bonda Maisah lagi.
“Bonda...” panggil Sharifah Aira.
“Kenapa ni?”
“Ira tanya Bonda jangan marah ya?” soal Sharifah Aira takut-takut. Bimbang soalannya mendatangkan kemarahan Bonda Maisah.
“Belum tanya lagi. Macam mana nak tahu Bonda marah ke tak?”
“Janji Bonda tak marah?” soal Sharifah Aira lagi.
“Bonda janji, tanyalah..”
“Err... kenapa Bonda tak nak pecat Kak Anis kalau Bonda bencikan dia?” berubah terus wajah Bonda Maisah mendengar soalan itu.
“Bonda..” Sharifah Aira memegang lengan Bondanya. Bimbang melihat perubahan pada Bonda Maisah.
Bonda Maisah hanya menggeleng. Tidak tahu hendak kata apa.
“Tidurlah sayang. Bonda pun dah mengantuk ni. Tidur ya..” Bonda Maisah segera menukar topik membuatkan muncung Sharifah Aira sedepa. Sharifah Aira segera berlalu meninggalkan Bondadan menuju ke biliknya.
Bonda Maisah mengeluh. Dia segera ke almari antik dan membuka laci. Dia mengeluarkan kotak itu dan mula menuju ke katil. Dia mengeluarkan gambar-gambar lama itu. Tertera wajahnya bersama Fuad. Gambar anaknya semasa bayi. Dan matanya tertancap pula pada wajah seorang perempuan yang manis dan cantik. Sharifah Anis Sofia. Ya, Anis adalah anaknya. Anak yang dikandungkan selama sembilan bulan sepuluh hari. Dia meneliti wajah gembira Anis.

IMBAS KEMBALI
“Umi mahu kamu buang anak ini!” tingkah Mak Engku Kalsom.
“Umi!!” jerit Maisah. Buang anak? Ini anaknya. Kenapa harus dibuang sedangkan dia masih mempunyai emak?
“Umi tidak mahu keturunan Fuad berada di dalam keluarga kita. Dia boleh memberi malang kepada kita!”
“Ini anak Mai, Umi. Kasihanilah dia. Dia masih kecil tidak mengetahui apa-apa. Dia tidak bersalah..” Maisah mempertahankan anaknya.
“Kau jangan melawan cakap aku, Mai!” tiba-tiba Mak Engku rebah di atas sofa membuatkan Maisah kaku. Dia segera berlari ke arah Mak Engku.
“Umi! Umi!” panggil Maisah namun tiada sahutan kedengaran.

“MAAFKAN SAYA, Puan Maisah. Mak Engku tidak dapat diselamatkan..” kata-kata Doktor Peribadi keluarganya membuatkan Maisah rebah.
“Sayang, bangun sayang. Makan ubat..” Tengku Ikmal mengejut Maisah yang masih tidak sedarkan diri. Terkulat-kulat Maisah membuka mata. Tiba-tiba ingatannya menjelma teringatkan Mak Engku Kalsom.
“Abang, Umi mana? Umi mana?!” soalnya kasar.
“Umi dah tak ada sayang...”
“Umi.. ampunkan Mai, Umi.. ampunkan Mai..” Tengku Ikhmal sedaya upaya memujuk Maisah. Tangisan kuat anak kecil membuatkan Maisah mengangkat wajah memandang Tengku Ikhmal.
“Anak siapa tu?” soalnya.
“Anak kita. Sharifah Anis Sofia.” Tengku Ikhmal sudi menerima Sharifah Anis Sofia menjadi anaknya cuma arwah Mak Engku Kalsom saja yang membangkang.
“Bukan! Dia bukan anak aku! Dia pembunuh. Sebab dia, Umi aku mati. Dia keturunan Fuad. Betullah kata Umi, keturunan Fuad membawa sial kepada kelurga kami. Umi!!!” jerit Maisah seperti orang terkena histeria.
“Mengucap, Mai. Mengucap. Ajal maut ditangan tuhan. Tiada siapa pembawa sial. Mengucap...” Tengku Ikhmal cuba menenangkannya.

PUSAT ASUHAN ANAK-ANAK YATIM
“MAI, peluk dia buat kali terakhir sayang. Nanti kita tak jumpa dia lagi..” pujuk Tengku Ikhmal.
“Dia bukan  anak Mai. Kenapa mesti Mai nak peluk dia.” Soal Mai.
“Dia anak Mai...”
“Bukan! Dia anak Fuad. Keturunan sial!” Maisah sudah mula naik angin. Tengku Ikhmal segera memberikan Sharifah Anis Sofia kepada penjaga di pusat tersebut sambil berbisikkan sesuatu.
“Tolong jaga anak ini dengan baik. Saya mahu dia selamat. Segala gambar mesti di ambil mengikut tumbesaran dia.” arah Tengku Ikhmal. Kelihatan penjaga itu hanya menganggukkan kepala memahami arahan Tengku Ikhmal.
Mereka berdua berlalu dari Pusat Asuhan itu dengan satu perasaan yang bercampur baur.

“MAAFKAN Bonda, sayang. Maafkan Bonda..” esak Bonda Maisah sambil mengusap wajah Anis di gambar. Semua gambar Anis dari kecil sehingga dewasa adalah pemberian arwah Tengku Ikhmal. Tengku Ikhmal memang sengaja memberi gambaran anaknya membesar supaya hatinya terpujuk untuk menerima kembali Anis.
Bonda Maisah agak terperanjat sewaktu Anis datang ke rumahnya meminta pekerjaan. Dari rupa, kelihatan sama seperti di dalam gambar yang diberikan oleh pekerja arwah Tengku Ikhmal. Waktu itu, haitnya masih sakit namun dia menerima juga Anis berkerja di sini semata-mata mahu membalas dendam.
Tetapi, kesabaran demi kesabarn yang ditunjukkan Anis membuatkan hatinya yang keras seperti batu menjadi cair seperti ais. Dia harus berterus terang dan memohon kemaafan dari anakya itu. Dia terus menangis mengakui kesilapannya. Akhirnya dia terlelap bersama seribu kesilapan yang di lakukannya.

“MAK LIMAH, tolong panggilkan budak berdua tu masuk bilik saya. Panggil sekali Anis, ya?” arah Bonda Maisah kepada pembantu rumahnya, Mak Limah.
“Baik, Engku..”
“Ada apa, Bonda?” soal Tengku Ikhmal sebaik sahaja mereka berdua sampai ke bilik Bonda Maisah.
“Kita tunggu Anis dulu..”
Tengku Ikhmal dan Sharifah Aira saling berpandangan. Kenapa? Pasti itu yang ditanya antara satu sama lain.
“Maafkan saya, Bonda. Saya ada kerja tadi.” terang Anis sebaik sahaja tiba di bilik Bonda Maisah.
“Anis. Masuk dalam..” arah Bonda Maisah. Anis hanya menurut.
Perlahan-lahan Bonda Maisah menarik lengan Anis supaya duduk di sebelahnya. Sekali lagi Tengku Khalif dan Sharifah Aira berpandangan.
Bonda Maisah membuka kotak lama itu dan mula memberikan sekeping gambar Anis sewaktu anaknya berusia tujuh belas tahun.
“Ini... ini gambar saya...” kata Anis.
Bonda Maisah sudah menangis. Anis menjadi tidak keruan. Apa sebenarnya yang berlaku. Tengku Khalif dan Sharifah Aira segera meluru ke Bondanya apabila melihat Bonda Maisah menangis tiba-tiba.
“Kenapa ni, Bonda?” soal Sharifah Aira.
“Anis... Anis ni kakak kamu Ira, Khalif. Dia anak kandung Bonda.” Terpempan seketika mereka bertiga. Kakak? Anak?
“Apa yang ibu cakap ni?” soal Tengku Khalif.
“Anis atau Sharifah Anis Sofia adalah anak Bonda. Kakak kamu..” terang Bonda Maisah lagi. Anis diam tidak berkutik. Betulkah apa yang di dengarinya?
“Bonda letak kakak kamu dekat Pusat Asuhan Anak-Anak Yatim sebab Bonda benci dengan keturunan Fuad, ayah Anis. Kerana Fuad, Bonda di buang keluarga. Kerana keturunan Fuad, Umi Bonda meninggal. Ibu benci keturunan Fuad!” marah Bonda.
“Sebab itu, Bonda selalu marah Anis. Pukul Anis. Tapi, Bonda tengok Anis sentiasa bersabar. Anis ikutkan saja kehendak Bonda. Bonda menjadi serba salah. Kasih sayang yang dahulunya hilang kini hadir semula. Bonda mengaku yang Bonda sayangkan kamu, Sharifah Anis Sofia..” kata Bonda Maisah dan terus memeluk Anis yang masih kaku sejak tadi.
Seakan tersedar, Anis menolak Bonda Maisah. “Maaf. Saya rasa saya bukan anak Bonda. Saya anak yatim. Anak yang tidak ada ibu bapa. Saya rasa Bonda salah orang.” sangkal Anis.
“Bonda tak tipu sayang. Tengok ni. Ini semua gambar Anis. Dari kecil sehinggalah sekarang. Arwah ayah Khalif dan Ira yang berikan gambar ini kepada Bonda. Tengoklah..” Bonda menunjukkan gambar itu kepada Anis namun Anis segera menepis.
“Tidak! Tidak!” Anis segera berlari meninggalkan mereka yang berada di bilik. Hatinya bagai ditusuk sembilu. Sedih, kecewa! Ibu yang tidak tahu di mana ada di depan mata. Dan Bonda Maisah adalah ibunya. Wajarlah dia begitu menyayangi wanita itu. Rupanya, ikatan batin kami yang mengikatnya supaya terus menyayanginya.
Dia menangis sepuasnya di dalam bilik. Ketukan demi ketukan tidak dihiraukan. Hatinya pedih. Lukanya dalam. Bagaimana dia mahu memaafkan wanita itu sedangakn wanita itu yang membencinya. Membenci keturunan ayahnya.  Salahkah dia jika dilahirkan di dunia ini? Patutkah kesilapan ayahnya diletakkan dibahunya. Hatinya menjerit. Apa yang harus aku lakukan, Ya ALLAH. Akhirnya dia terlelap dengan seribu satu persoalan.

“Bonda.. Bonda.. Bonda nak pergi mana tu?” Anis menyoal apabila melihat kelibat Bonda Maisah melintas di hadapannya.
Bonda Maisah tidak menghiraukan pertanyaannya dan segera berlalu menuju ke satu kwasan yang sangat terang. Semuanya berwarna putih. Dia meneliti kawasan itu. Dia berada dia mana? Kenapa dia tidak nampak benda lain. Hanya dia dan Bonda Maisah sahaja.
“Bonda nak ke mana tu?” dia terus mengejar Bonda Maisah yang semakin jauh meninggalkannya.
“Bonda! Bonda!” jerit Anis.
Tiba-tiba Bonda Maisah berhenti dan memandangnya. Senyuman manis terukir di wajah pucat itu.
“Anis. Bonda dah tak lama dah. Anis jaga diri baik-baik ya? Bonda minta ampun dengan Anis. Bonda dah abaikan Anis selama ini. Maafkan Bonda ya?” kata Bonda Maisah dan kemudian berlalu mengikuti lorong kecil yang tidak boleh dimasuki oleh tubuhnya yang agak besar. Dia menjerit apabila keilbat Bonda semakin hilang dari pandangan matanya.

“BONDA!!” jerit Anis kuat. Ya ALLAH, dia bermimpi rupanya. Dia memerhati keadaan sekeliling. Dia masih berada di rumah Bonda. Segera dia berlari mendapatkan Bonda Maisah.
“Bonda, Bonda...” jerit Anis sambil berlari menuju ke bilik  Bonda Maisah. Kelihatan bilik itu dipenuhi dengan manusia. Tengku Khalif, Sharifah Aira, Pak Samad, Mak Lijah dan Doktor Peribadinya berada di situ. Dadanya bergetar hebat. Ya ALLAH, lindungilah dia. Lindungilah Bondaku. Akhirnya kata-kata itu keluar juga dari mulutnya. Bonda Masiah ibunya. Ibu kandungnya. Segera dia menerpa menuju ke katil Bonda Maisah.
“Bonda... Bonda...” panggil Anis perlahan.
“Bonda, Anis datang ni..” panggil Anis lagi.
“Anis.. anak Bonda..” Bonda mengengam tangan Anis.
“Bonda, Anis mintak ampun..” katanya sambil teresak-esak.
“Tak sayang. Bonda yang patut minta maaf. Bonda yang buang kamu. Bonda yang tinggalkan kamu. Maafkan Bonda, sayang..”
Anis segera mengangguk. “Ya, Bonda. Anis maafkan Bonda. Bonda jangan sedih-sedih lagi ya? Anis akan sentiasa di sisi Bonda..”
Kesemua insan yang berada disitu mengucap kesyukuran. Alhamdulillah.
Bonda Maisah segera menarik Anis ke dalam pelukannya. Ya ALLAH, betapa besarnya kebesaranmu Ya ALLAH. Aku buang anak aku, tapi dia sudi menerima aku. Terima kasih, Ya ALLAH. Mereka menangis semahunya di dalam pelukan.

2 comments:

  1. Sedih nya...menangis2 dpn computer ni...:'( , terbaik!

    ReplyDelete
  2. nme watak ade yg tertukar-II . huhu

    ReplyDelete

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,