Pages

Peminat Novel

Blog Page

11 Feb 2013

Bab 14: Pelangi Cinta (Hanna Dayana & Yazid Shah)



KEPULANGAN Abang Long dan Kak Ngah sangat dinanti-nantikan oleh Hanna Dayana. Mereka mahu sangat adiknya yang manja dan pemalas ini berkahwin, kan?
“Hah... Baguslah Abang Long dengan Kak Ngah dah balik. Sini tolong Hanna masukkan gula-gula dalam plastik ni...” arah Hanna Dayana.
“Abang Long baru aje balik. Beg pun tak sempat angkat lagi...” dalih Hakimi.
“Haah... Kak Ngah pun baru sampai ni. Penat pun tak hilang lagi. Makan pun belum lagi. Bagilah Kak Ngah rehat dulu...” Nadira pula mencipta alasan. Tetapi dia memang benar-benar penat. Duduk berjam-jam di dalam flight melenguhkan tulang-temulangnya. Kini baru saja dia menjejakkan kaki, dia disuruh membuat kerja. Zalimnya Hanna!
“Takde-takde... Abang Long dengan Kak Ngah yang beria nak Hanna kahwin, kan? Sekarang tolonglah...!”
“Bukan kita orang yang suruh. Abah yang suruh, kan?”
“Memanglah. Tapi Abang Long dengan Kak Ngah pun setuju kan? Jadi ni semua ada kaitan dengan Abang Long dengan Kak Ngah. Cepat, cepat bungkus gula-gula ni. Nanti tak ada buah tangan untuk orang datang pulak....”
Hakimi dan Nadira berwajah masam. Belum hilang lelah, mereka disuruh buat itu dan ini.
“Nah, amik Baby Syira ni. Jaga dia elok-elok. Kalau Baby Syira nangis, siap Hanna...” Hakimi memberi amaran seraya memberi Baby Syira yang baru berusia lapan bulan itu kepada Hanna Dayana.
“Orang tahulah....! Ha, apa lagi. Buatlah cepat....” balas Hanna Dayana kemudian berlalu ke kamar ‘pengantinnya’.
“Abang dengan Nadira buat dulu. Intan tolong ibu dekat dapur. Nanti kita boleh makan sama-sama...” kata isteri Hakimi seraya menuju ke dapur.
“Pemalaslah Hanna ni!” pekik Nadira tidak puas hati.
“Tahu takpe! Macam manalah hidup Yazid nanti? Mesti dia ‘makan luar’ kalau sikap pemalas ni tak ubah...!” sambung Hakimi pula. Sengaja dia menguatkan volume suaranya supaya Hanna Dayana yang berada di kamar mendengar luahan hati mereka.
“Memang... Mesti Yazid ‘makan luar’ punya. Apa pun tak boleh!”
“Hoi, hoi... Hanna dengar tu. Karang Hanna lari rumah baru tau...!” jerit Hanna dari kamar.
“Cubalah kalau berani!” balas Hakimi.
“Komando Haji Brahim sedia menanti...” sambung Nadira pula.

HANNA DAYANA mengetap bibir. ‘Kurang asam punya abang dan kakak. Semua tak boleh pakai!’
Dia merebahkan badan sebaik sahaja meletakkan Baby Syira di zon selesa dan selamat. Bantal diletakkan di kiri dan kanan Baby Syira. Bimbang juga jika anak kecil ini jatuh. Mahu bertahun dia dipersalahkan di atas kecuaiannya.
Hanna Dayana memandang kipas yang sedang berputar ligat di atas kepalanya. Teringat kembali peristiwa seminggu lepas sewaktu dia dan Yazid Shah memilih cincin dan barang hantaran untuk majlis perkahwinan mereka. Mamat tu punya cerewet, ya ampun!
“Ini okey tak?”
“Banyak batu!”
“Yang ni?”
“Macam orang tua!”
“Ni?”
“Macam cincin tikam!”
“Ishhh... Abang ni kenapa cerewet sangat hah? Semua tak cantik, tak lawa. Habis mana satu yang lawa? Nak dekat satu jam kita bertapa dekat sini. Satu pun abang tak berkenan!” marah Hanna Dayana.
“Alah... carilah yang cantik sikit. Taste sayang ni macam orang tualah!”
“Macam orang tua?? Nah, abang pilihlah sendiri. Malas Hanna nak layan abang. Hanna nak pergi cari barang-barang hantaran. Abang nak barang apa?”
“Abang nak barang-barang dekat JPO. Boleh tak, sayang?” tanya Yazid Shah sambil mengelip-gelipkan matanya. Membulat mata Hanna Dayana mendengar permintaan Yazid Shah. ‘Kau ingat aku ni kerja buat duit ke apa? Sesedap rasa je minta itu, ini. Nak bagi abah bankrup pun agak-agaklah!’
“Pergilah kahwin dengan anak orang kaya kalau nak barang JPO!!”
“Eleh! Abah dah bagi green lightlah pada abang. Dia call abang semalam. Dia bagi abang pilih apa saja yang abang nak. Soal duit jangan risau. Abah boleh support. Abah yang cakap tau!” bohong Yazid Shah.
Hanna Dayana mengecilkan matanya. Dia ni kan.....!
“Eii, mamat sengal!”
“Sengal tak sengal. Abang nak jugak. Abang kan menantu kesayangan dia. Takkan dia nak tengok abang pakai yang selekeh-selekeh...”
“Kerja kerani aje pun! Janganlah nak belagak sangat!!” bentak Hanna Dayana tidak puas hati. Kenapalah ayah ikutkan sahaja kehendak mamat ni. Menantu kesayangan pun lama-lama boleh jadi menantu hantu!
“Cemburulah tu abah lebihkan abang!”
“Tolonglah! Tak ada masa nak cemburu-cemburu. Cuma Hanna kesian abah dapat menantu sengal macam ni!”
“Ha ha ha...” selamba sahaja Yazid Shah gelak. Sebenarnya dia pun bukannya mahu menghabiskan duit bakal bapa mertuanya. Dia cuma mahu menyakat Hanna Dayana sahaja. Dan nampaknya Hanna Dayana benar-benar terkesan dengan kata-katanya.
“Gelaklah, gelak. Biar lalat masuk mulut!”
“Dah, jom-jom. Tak sabarnya abang nak beli barang dekat JPO. Agak-agak berapa ek jumlah semuanya?” kata Yazid Shah sambil mengusap dagunya.

“HANNA jaga Baby Syira ke membuta?” bising Hakimi sebaik sahaja masuk ke kamar Hanna Dayana.
Hanna Dayana membuka kecil matanya. Dia melihat Abang Long sedang memeluk tubuh. Kemudian dia kembali memejamkan mata.
“Hanna....!”
“Emm...”
“Bangunlah!!”
“Hanna mengantuklah, Abang Long...”
“Bukan Hanna yang buat kerja pun. Mengantuk sampai tak boleh celik mata...” bebel Hakimi.
“Abang Long ni bising ajelah. Nanti Baby Syira bangunlah...” kata Hanna Dayana yang masih memejam mata.
“Hoi, budak bertuah! Baby Syira tu dah lama bangun. Merengek aje daripada tadi. Pekak ke? Tak dengar Baby Syira menangis??”
“Yeke? Hanna tak dengar apa-apa pun...” balas Hanna bersahaja.
“Mana nak dengar kalau berdengkur aje kerjanya...”
Senyap.
“Bangunlah... Ibu panggil makan...”
Senyap.
“Hanna bangun sekarang atau....” Hakimi cuba mengugut.
Masih lagi senyap. Kedengaran dengkuran halus Hanna Dayana. Hakimi mengetap bibir. Adik siapalah ini?
“Atau abang buat video call dengan Yazid dan tunjuk perangai tak senonoh Hanna tu...”
Serentak itu, Hanna Dayana terus berdiri tegak. Seram apabila mendengar nama Yazid Shah. Hakimi tergelak kecil. ‘Tahu takut...’
“Ugut aje tahu!” marah Hanna Dayana. Dia membetulkan rambutnya yang berserabut.
“Lagi dua hari Hanna nak kahwin. Perangai tak berubah langsung...”
“Alah... nanti dah kahwin barulah berubah...” jawab Hanna Dayana malas. Abang Longnya memang suka membebel. Mengikut perangai siapa ya?
“Banyaklah dah kahwin baru berubah. Sudah-sudah... Ibu ajak Hanna makan.”

“SEMUA barang dah siap? Lagi dua hari Hanna dan Yazid nak disatukan. Abah tak nak majlis jadi kelam-kabut.” Soal Haji Brahim sewaktu di meja makan.
“Semua dah setle, bah. Cukup lengkap...”
“Dah sedia jadi isteri orang?” soal Kak Ngah pula.
Tersedak Hanna Dayana mendengar pertanyaan itu. Cepat-cepat dia mencapai gelas yang berisi air kosong dihadapannya dan minum dengan rakus.
“Fuh...! Soalan tak agak-agak!” marah Hanna.
“Tak agak-agak apa pulak! Bukannya Kak Ngah tanya Hanna nak anak berapa orang!” balas Nadira. Kini giliran Haji Brahim pula yang tersedak.
“Nadira, cara kamu cakap macam kamu pula yang nak berkahwin ye?”
“Alah, Nadira tanya aje, abah...”
“Kak Ngah, abah nak carikan Kak Ngah jodoh tau...!” bisik Hanna Dayana yang duduk bersebelahan dengan Nadira.
“What?!” jerit Nadira.
Hanna Dayana sudah mengegek ketawa. Manakala seisi keluarga yang lain memandang Nadira dengan pandangan hairan.
“Be... betul ke abah?” tanya Nadira.
“Betul apanya?” soal Haji Brahim kembali.
“Betul ke abah nak carikan calon suami untuk Kak Ngah?” sampuk Hanna Dayana. Dia ketawa besar melihat wajah gelabah Nadira.
“Ha... betullah tu. Lagi berapa bulan Nadira nak habis study kan? Abah memang tengah fikir nak carikan calon suami untuk Nadira...” balas Haji Brahim bersahaja.
“Tapi... Nadira nak sambung master pulak abah...”
“Nak belajar, belajarlah. Tiada siapa nak haling. Kahwin tetap kahwin...”
 “Tapi, Nadira belum bersedia...”
“Hanna boleh. Takkan Nadira tak boleh...”
“Abah....”
“Sudah-sudah. Nanti kita sambung cerita. Bukan kena kahwin sekarang pun kamu nak kalut macam ni. Mah, tolong tambahkan abang nasi. Lapar pula bila Nadira setuju nak kahwin dengan pilihan abang...” kata Haji Brahim bersahaja. Langsung tidak dipandang wajah anaknya yang memuncung seperti itik itu.
“Bila masa Nadira cakap? Abah ni....!” bentak Nadira tidak puas hati.
“Buek... padan muka!” Hanna Dayana sengaja menjadi batu api abahnya. ‘Baru Kak Ngah tahu perasaan Hanna kan? Ha ha ha... Padan muka!’

2 comments:

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,