Pages

Peminat Novel

Blog Page

26 Sept 2012

Bab 8: Sungguh, Aku Cinta Kamu




     Pagi ini Sofia kelihatan bersemangat untuk ke kolej. Dia dapat pergi bersama Haikal. Haikal tidak pulang ke rumahnya semalam. Datin Sarimah menyuruh Haikal bermalam dirumahnya. Banyak juga perkara yang dibualkan antara mereka. Tidak terkecuali soal perkahwinan Haikal dan Sofia.

Tetapi, alasan yang Haikal berikan; tunggu sehingga dia tamat pengajian. Baru difikirkan hal perkahwinan. Tidak mengapalah. Asalkan Haikal sudi berkahwin dengannya sudah cukup mengembirakan hatinya.

“Okey, dear. Jom!” ajak Sofia girang.

Haikal menganggukkan kepala. Mereka beriringan menuju ke Datin Sarimah yang sedang menunggunya diruang tamu. Datuk Fuad awal-awal lagi sudah pergi ke pejabat. Ada meeting penting dengan client katanya.

Auntie, terima kasih tumpangkan Haikal bermalam dekat sini.” bicara Haikal penuh hormat.

“Tak apa, Haikal. Rumah ini sentiasa terbuka untuk Haikal. Ada masa datanglah jenguk kami dekat sini. Selalu kamu ambil Sofi dekat luar aja. Takde masuk jumpa auntie pun..” kata Datin Sarimah seakan berjauh hati.

Haikal memang kerap ke rumahnya. Tetapi kedatangannya hanya untuk mengambil Sofia keluar berjalan-jalan. Dia tidak berkesempatan mengenali hati budi kekasih anaknya. Sebab itu, dia tidak membenarkan Haikal pulang. Dia mahu mengenali bakal menantunya.

Haikal hanya tersenyum tawar. Dia keluar dengan Sofia kerana terpaksa! Sofia sering memaksanya untuk keluar berdua. Sudah diterangkan Haikal tidak menyukai Sofia, tetapi Sofia seakan tidak faham. Buntu memikirkan halnya bersama Sofia.

“Kami pergi dulu ye, mama..” Sofia menyalami tangan mamanya kemudian diikuti Haikal. Seketika, kereta BMW M3 white metallic meluncur laju meninggalkan kediaman keluarga Sofia.


SOFIA menuruti langkah Haikal menuju ke dewan kuliah. Sesampainya mereka di dalam dewan kuliah, Sofia mula bersuara.

Hello, guys! My name Sofia Kirana. You all can call me Sofi. I’m new here! I kekasih Haikal merangkap bakal isteri Haikal. So you, you and you jangan cuba goda Haikal I. Kalau tak, I marah you all....” kata Sofia sambil bergelak ketawa dengan pelajar disitu.

Haikal hanya mendiamkan diri. Matanya menyoroti ke arah Isfahani. Isfahani kelihatan bersahaja. Tidak cemburukah dia? Ah! Mana mungkin dia nak cemburu. Dia tu takde perasaan! Bebel Haikal di dalam hati.

Setelah keadaan sedikit reda, Haikal menarik tangan Sofia supaya mengikutnya menuju ke tempat duduknya. Sofia kelihatan ceria kerana semua pelajar menerima kehadirannya.

“Hai. I Sofi.” Sofia menghulurkan salam perkenalan kepada Isfahani. Isfahani pada awalnya kelihatan terkejut menyambut juga huluran Sofia.

“Isfahani. Panggil Is aje..” jawab Isfahani malas.

“Is aje? Wah! Hebatlah nama you. Kan sayang?” kata Sofia selamba.

Isfahani hanya tersenyum sumbing. Sama aja minah ni dengan laki dia. Memang padanlah korang berdua ni, desis hatinya.

Haikal menyimpan senyum. Geli hati melihat wajah kelat Isfahani. Comel!

No, correction. Bukan Is aje, tapi Is. Clear?”

Sofia ketawa. “Okey, okey. I’m sorry....

Kemudian, huluran juga diberikan kepada Qila dan Borhan.

“Qila”

“Borhan” masing-masing memperkenalkan diri.

“You all mesti kawan Haikal kan? So, now you all pun kawan I  jugak. But, I  warning you, don’t ever close to my boyfriend...” bicara Sofia dalam tawa.

“Sofi...” akhirnya Haikal bersuara. Tidak suka Sofia berkata begitu kepada Isfahani.

Don’t worry, Sofia. I won’t....” balas Isfahani dan terus memalingkan muka ke hadapan. Meluat betul dengan sikap mengada-ngada Sofia itu.

Seketika, kelihatan langkah lemah lembut Profesor kesayangan mereka, Prof. Salleh. Kedengaran bunyi siulan dari pelajar.

Siapa tidak kenal Prof. Salleh. Berbadan tegap tetapi lentik! Prof. Salleh lebih cenderung bersikap lembut. Prof. Salleh bukanlah seorang yang tersasar jalannya cuma sikapnya sahaja yang seakan-akan perempuan.

Morning, class.....” sapa Prof. Salleh. Tangannya yang sentiasa lentik mengundang tawa kami.

Morning, class!” sekali lagi Prof. Salleh bersuara.

Morning, Prof. Salleh.....” jawab kami serentak.

“Okey. Hari ni kita buat aktiviti santai. Sebenarnya I terlambat bangun. Bila dah lambat tu, tahu ajalah kelam-kabut. Exam paper you all I lupa nak bawak.But, syhh....Jangan beritahu mem besar ye? Masak I kalau dia tahu.” kata Prof. Salleh perlahan.

Kesudahannya, dewan kuliah riuh dengan gelak tawa pelajar jurusan perniagaan ni. Prof. Salleh menepuk kedua-dua belah tanggannya menyuruh kesemua pelajar berhenti ketawa. Habislah dia kalau Puan dekan tahu nanti.

Guys..... Silent please... Okey, sekarang kita buka topik untuk dibincangkan secara santai. Any idea?” soal Prof.Salleh.

Masing-masing mula berbisik sesama sendiri. Mungkin memikirkan topik yang sesuai untuk dibincangkan.

Come on, guys... Lambatlah you all ni. I rasa baik kita  bincang pasal kampung halaman. Siapa dekat sini ada kampung?”

Kelihatan  hanya beberapa pelajar sahaja yang mengangkat tangan termasuk Isfahani.

So sad... Tak sampai sepuluh orang yang ada kampung. Rugi sangat...” suara Prof. Salleh seakan kecewa dengan kehidupan sekarang.

Kebanyakan ibu bapa lebih gemar duduk di bandar daripada dikampung sehingga menyebabkan anak zaman sekarang sudah tidak mempunyai kampung dan langsung tidak pernah merasa hidup dikampung. Orang zaman sekarang terlalu mengejar kesempurnaan sehingga lupa asal usul mereka.

“Isfahani, boleh kongsikan dengan kami apa seronoknya duduk dikampung? Please dear... Kesian I dengan budak-budak ni.” Isfahani dengan bangga lantas berdiri.

“Dekat kampung ni best. Lagi-lagi yang dekat dengan  kawasan sawah  padi. Kita boleh tengok macam mana diorang hasilkan beras. Jangan  tahu makan  je. Kena tahu buatnya jugak...” kata-kata Isfahani disambut dengan tawa rakan sekelasnya.

“Lepas tu, kita boleh main lumpur.”

“Eii, lumpur?” soal Sofia kegelian.

Isfahani pantas menganggukkan kepala. “Yes, Sofi. Lumpur. Belum cuba, belum tahu. Dan yang paling seronok sekali kita akan dapat nikmat yang kita tidak akan dapat dekat sini....” bicara Sofi sambil membayangkan ketenangan yang dirasai dikampungnya.

Nikmat? Nikmat apa yang Is ni cakap? Soal Haikal kepada diri sendiri.

“Okey, cukup Isfahani. Sekarang I nak bagi you all assigment. Not really assigment. You all akan bercuti semester tak lama lagikan? So, I nak you all buat team work. Pilih rakan you at least 5 orang dalam satu kumpulan. Ikut dia balik ke kampung dan rasai hidup di kampung. Balik semester, I nak dengar cerita sorang-sorang.  Kalau bercerita tak dapat extra mark, tapi kalau tak cerita I potong markah. Faham?” terang Prof. Salleh panjang lebar.

Kedengaran riuh suara pelajarnya. Pasti ada yang tidak setuju. Tapi dia tidak peduli. Dengan cara inilah dapat mengembalikan suasana hidup di kampung di kalangan pelajarnya.

No excuses, ya? Sekarang you all boleh pilih kawan and nak ke kampung siapa. Lepas semester, I nak dengar cerita you all okey?”

“Okey, Prof....” hanya itu yang kedengaraan dari mulut pelajarnya.



SEJURUS selepas Prof. Salleh meninggalkan dewan kuliah, kelihatan masing-masing berbincang sesama mereka.

Weh, kita tak cukup lagi dua orang ni....” soal Borhan.

“Itulah... Aku pun tak tahu nak ajak siapa. Kalau tipu, nanti kena potong markah pulak!” balas Isfahani.

“Ehem! Excuses me... Kalau saya join awak semua boleh?” Haikal mula mencelah. Inilah peluangnya mendekati Isfahani.

What?! Tak boleh!” tukas Isfahani.

Borhan menyiku lengan Isfahani dan berbisik sesuatu. “Is, bawak ajelah mamat ni. Kita tak cukup orang ni. Aku tak nak kena potong markah....”

Isfahani berdecit. “Yela,yela... Kau boleh ikut. Bawak Sofi sekali.” kata Isfahani sambil mengherot mulutnya ke arah Sofia.

What?! I tak nak. I lebih rela duduk sini daripada kena bertapa dekat kampung....” Sofia menolak ajakan Isfahani.

Please, Sofi. Kesiankan I. I tak nak markah I kena tolak. Please.....” rayu Haikal.

Kalau bukan kerana Isfahani , dia tidak ingin membawa Sofi. Dia mahu berdua-duaan dengan Isfahani dan mahu mengambil hatinya.

Sofia yang mula termakan pujuk rayu Haikal segera bersetuju. “Okey dear.... Anything for you....” balas Sofia sambil melentuk manja dibahu Haikal.

Isfahani mencebik. Menyampah aku. Geletis sangat!
“Okey, great! Kita dah cukup lima orang. Sekarang kita bincang bila masa yang sesuai kita nak gerak ke kampung Is.” kata Borhan seakan memberi arahan.

Mereka mula berbincang. Haikal hanya memandang wajah Isfahani. Isfahani, aku akan tawan hati kau dekat sana, desis hatinya.


2 comments:

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,