Pages

Peminat Novel

Blog Page

13 Oct 2012

Bab 9: Dia Yang Ku Cinta


"SELAMAT PAGI kak Ida.." tegur Yana mesra.
"Selamat pagi.. Awal sampai?" kak Ida melihat jam tangannya. Baru pukul tujuh lima puluh minit pagi. Masa ada sepuluh minit lagi sebelum syarikat ini beroperasi.
Yana hanya tersenyum manis. Nak buat macam mana. Bos akak macam singa! Kalau saya datang lambat, tak pasal-pasal kena buang kerja, bebel hatinya.
"Selamat pagi tuan.." sapa kak Ida apabila melihat Zarith melalui mejanya.
"Hmm... pagi. Yana, masuk bilik saya sekejap." arah Zarith tanpa memandang wajah Yana. Yana mencebik. Belagak.
"Yana jumpa tuan dulu ye kak."
"Baiklah."
"Tuan nak jumpa saya?" soal Yana selepas masuk ke bilik Zarith.
Zarith hanya mendiamkan diri. Dia lebih memberi tumpuan kepada surat-surat yang perlu ditandatangani.
"Ehem, ehem... tuan..."
Zarith memandang tajam wajah Yana. Yana mengigit bibir. Aku silap cakap ke?
Seketika, Zarith mencampak sehelai kertas ke wajah Yana. Kelam-kabut Yana mengambil kertas itu. Tak ada adap punya lelaki, marahnya.
Yana membaca isi di dalam kertas tersebut. Seketika, terbuntang matanya. Perjanjian sulit?
"Apa ni tuan?" soal Yana.
"Kau tak reti baca ke? Itulah masa sekolah, kau selalu ponteng. Sekarang nak baca pun payah." balas Zarith bersahaja.
Yana mengecilkan biji matanya. Mamat nikan, memang sengaja cari pasal dengan aku.
"Saya tahu baca, tapi apa maksud semua ni?" soal Yana lagi.
"Kau baca depan aku sekarang."
"Hah?"
"Aku kata baca!" marah Zarith.
Yana mendengus. Melampau betul.
Pertama : Kau dikehendaki bekerja sebagai pembersih pejabat a.k.a cleaner. Aku nak pejabat aku sentiasa bersih. Tiada habuk, tiada debu.
Kedua: Tiap-tiap pagi, aku nak secawan nescafe panas diatas meja aku sebelum pukul lapan. Buat sama seperti yang kau buat semalam.
Ketiga: Kau juga dilantik menjadi asisstant aku. Memang aku dah ada P.A. Tetapi P.A aku untuk dipejabat. Jika aku ada tugasan diluar, kau kena ikut. Wajib!
Keempat: Jika aku lambat balik, kau pun sama. Selagi aku tak balik, kau pun tak boleh balik. Nanti siapa nak buatkan aku nescafe bila aku rasa mengantuk.
Tiba-tiba bacaan Yana terhenti disitu. Perkara lain dia boleh ikut, tetapi arahan keempat dia bantah. Mana boleh dia balik lewat malam. Siapa yang mahu menghantarnya pulang?
"Tuan, saya rasa arahan nombor empat saya tak boleh ikutlah. Kalau tuan balik pukul dua belas tengah malam, saya pun kena balik waktu yang sama ke?" soal Yana.
Kelihatan Zarith hanya menganggukkan kepala. Tetapi di dalam hati, dia sudah tertawa senang. Sengaja dia mahu menyusahkan Yana. Inilah masanya dia membalas perbuatan Yana terhadapnya dahulu.
"Tapi tuan..."
"Takde tapi-tapi... Nextnext!" arah Zarith supaya Yana menbaca arahan seterusnya.
Yana menjeling. Dia membaca arahan seterusnya.
Kelima: Jangan cuba nak curi tulang. Dekat sini ada CCTV. Tahu tak apa tu CCTV? Budak macam kau memang tak tahu apa tu CCTV. Ha ha ha....
Keenam: Pakaian kau kena elok sikit. Jangan pakai macam orang kampung. Tak up-to date langsung!
Yana mencebik. Macamlah pakaian kau up-to date sangat.
Ketujuh: Jangan cuba goda aku. Aku takkan tergoda dengan perempuan macam kau.
Sekali lagi Yana mencebik. Aku pun tak ingin nak goda kau!
Kelapan: Jika kau melanggar arahan-arahan di atas, gaji kau serta-merta akan ditolak sebulan. Faham?
Sila turunkan tandatangan selepas membaca 'Perjanjian Sulit' ini. Terima kasih.
"Dah bacakan? Bolehlah tandatangan surat tu. Ingat, jangan curi tulang." kata Zarith sambil menyimpul senyum.
Yana mengecilkan  matanya. Geram kerana diri ini terasa dipermainkan. Tak apa, tahulah aku nak ajar kau macam mana nanti. Yana terus menurunkan tandatangannya di atas surat itu. Malas mahu bertikam lidah. Nanti dia juga yang akan kalah. Lebih baik dia ikutkan aje arahan mamat ni. Agak-agak dah tak tahan, aku berhenti kerja ajelah, cadang hatinya.
"Kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu tuan." Yana terus meluru keluar. Sebalnya hati dia ketika ini. Dapat bos yang gila macam ni, lama-lama aku pun boleh gila. Nasib baiklah aku kerja ini kerana mahu membantu baba. Kalau tidak, memang aku ajar mamat tu. Marah hatinya.
Zarith ketawa menang kerana dapat mengenakan Yana. Baru puas hati aku. Ini baru sikit. Tahulah nanti aku nak buat apa lagi dekat kau, desis hatinya. Zarith mula memfokus kepada kerjanya yang semakin menimbun.

3 comments:

  1. hahaha...SULIT betul ye perjanjian tu...ish ish ish...gile agaknya si Zarith zaquan ni...huhuhu

    ReplyDelete
  2. Apalah Si Zarith nak buat dengan Yana.Kesian Yana.Hmmmmph...tak habis-habis.Memang menarik

    ReplyDelete

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,