Pages

Peminat Novel

Blog Page

2 Sept 2012

Bab 2: Sungguh, Aku Cinta Kamu

Kringg……………!!
Jam loceng berbunyi kuat di dalam biliknya.
“Qila, kau tolong tutup jam loceng tu. Aku nak tidur la…” melirih suara Isfahani sambil menarik selimut menutupi keseluruhan badannya.
“Qila…..”
Apabila dia merasakan tiada sahutan dari sahabat baiknya itu, Isfahani segera bangun mendapatkan jam loceng dan menutupnya. Baru sahaja dia ingin merebahkan semula badannya, dia terpandang satu nota kecil di atas meja. Isfahani mengambil nota tersebut dan membacanya.
Is, aku dah tolong kunci jam untuk kau. Cuba kau tengok jam dah pukul berapa? Kita ada class dengan Prof. Khalid weh! Bangun! – Qila
Terkebil-kebil Isfahani cuba memahami nota yang ditinggalkan oleh Qila. Matanya menyoroti ke arah jam. Seketika, terbeliak matanya melihat jam sudah menunjuk pukul sepuluh pagi. Mampus kau Isfahani! Kalau tidur memang tak ingat dunia.
Isfahani pantas berlari ke bilik air dan bersiap ala kadar. Mujur perwatakannya seakan lelaki tidak perlu mengambil masa yang lama untuk bersiap. Isfahani bergegas keluar apabila melihat jam sudah menjangkau ke pukul sepuluh lima belas minit pagi. Terlambat sangat dah ni!

 

DALAM keadaan kelam kabut, Isfahani tidak sedar dia telah terlanggar seseorang. “Aduh!” jerit mereka serentak. Mana tidaknya, kepala berlaga dengan kepala. Sakit woo! Masing-masing terkocoh-kocoh sehingga tidak perasan telah terlanggar antara satu sama lain.
“Maafkan saya..” ujar pemuda itu sambil membantu Isfahani mengangkat buku dan kertas yang bertaburan dilantai.
“Kau ni buta ke……” ayatnya termati disitu saat melihat wajah jejaka tampan dihadapannya. Terkedu, terkelu, semuanya lah! Isfahani dengan pantas menyentuh dadanya yang secara tiba-tiba terasa senak. Dup-dap, dup-dap dapat dirasakan jantungnya ketika ini. Aduh! Time ni pulak kau nak main drama Dejavu di Kinabalu. Tak sesuai okey!
Pemuda itu melambai tangan ke muka Isfahani apabila melihat Isfahani tidak ada respon. Pengsan ke apa budak ni?
“Hello, cik.. Awak okey ke tak?”
Isfahani masih lagi terkaku. Tidak pernah dia melihat wajah jejaka tampan dihadapannya di kolej ini. Pelajar baru kot. Tapi handsome  weh! Kalau Qila tengok ni mesti dah cucuk jarum dah!
Pemuda it terus-terusan melambai ke muka Isfahani. Apabila masih tiada jawapan, pemuda itu mencuit bahu Isfahani.
Isfahani seakan tersedar dari lamunan, mula mengelabah. “Eh, err…. Maaf.. Maafkan saya. Saya tak nampak tadi. Saya dah terlambat ni. Saya pergi dulu.”
Dengan pantas Isfahani berlalu meninggalkan pemuda tadi. Nak toleh ke, tak nak? Hatinya berkira-kira. Ah, toleh ajelah.
Isfahani menoleh ke belakang untuk melihat pemuda itu. Tetapi dia yang terkejut apabila pemuda itu masih lagi memerhatikan dirinya. Dalam tak sedar, Isfahani mengetuk kepalanya sendiri. Isfahani Khalisah, apa ni? Buat malu betul la. Bergegas Isfahani meninggalkan kawasan itu.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,