Pages

Peminat Novel

Blog Page

25 Oct 2012

Bab 10: Sungguh, Aku Cinta Kamu

Haikal



“MAK TOK!!” jerit Isfahani sambil berlari menuju ke mak toknya.
“Is rindu mak tok....” ucap Isfahani jujur. Berlinangan air matanya. Sungguh, dia amat merindui mak tok. Dipeluk dan dicium mak toknya penuh kasih.
“Ish, budak ni. Dah besar pun nak menangis. Malulah kawan tengok...” mak tok menunjuk ke arah mereka. Isfahani hanya mencebik bibir menutup malu.
“Mak tok, kenalkan ini kawan satu kuliah dengan Is. Putih melepak ni namanya Sofea dan yang tinggi lampai ni namanya Haikal. Yang ayu bertubuh kecil ni Qila dan yang handsome gagah perkasa ni Borhan.”
“Kami datang ni sebab nak buat asissgment, nek... harap tak menggangu nenek...” kata Haikal sopan. Isfahani mencebik. Nak tunjuk baiklah tu!
“Panggil aja mak tok.... tak ada susahnya cu... kamu nak buat apa tadi? Asmen, simen? Ish.. payah nenek nak menyebutnya.
Assigmentlah mak tok.” bicara Isfahani dalam tawa. Mereka yang menyimpul senyum.
“Sudah, sudah. Is kamu bawak kawan kamu naik atas. Tunjukkan bilik. Pak su kamu pun tak ada dekat sini. Kejap lagi kita makan tengah hari sama-sama..”
“Baik, Puan!” usik Isfahani sambil memberi tabik. Mak tok memberi cubitan halus di pinggang Isfahani. Menjerit kecil Isfahani. Sahabat yang lain hanya ketawa melihat kemanjaan Isfahani dengan mak tok.
Haikal merenung Isfahani tanpa kelip. Suka apabila melihat Isfahani ceria seperti ini. Seolah-olah Isfahani yang bersifat kasar sudah hilang. Kini dihadapannya Isfahani yang sangat manja.

“INI BILIK KITA.. kita tidur bertiga tidur atas katil ni. Maaflah sempit sikit. Harap korang selesa.” terang Isfahani.
“Hmm.. why not you all tidur bawah. Biar I yang tidur atas. I tak biasa berkongsi katil...” celah Sofi.
Itu dia! Cik Sofi kita dah mengedik! “Baiklah Sofi. Kau boleh tidur atas. Tidurlah selena mungkin ya?”
“You perli I?”
“Eh, mana ada. Aku ikhlas ni. Ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam.”
“Okey, great!” balas Sofia girang.
Qila hanya menjadi pemerhati sejak tadi. Macam-macam hal. Dia menuruti langkah Isfahani yang menuju ke dapur.

“WAH! SEDAPNYA BAU.. mak tok masak apa ni? Makanan kegemaran Is ya? Ada sambal udang petailah... sedapnya...” Isfahani terus duduk di meja makan dan menyeduk lauk tanpa mempedulikan rakannya yang berdiri di sisi meja. Mak tok menggeleng kepala melihat telatah Isfahani.
“Bertuah punya cucu. Kawannya tak dipelawa makan. Mari makan nak. Is ni kalau dah jumpa makanan kegemaran dia, memang tak ingat yang lain.” perli mak tok. Tetapi Isfahani bersikap biasa. Masih menikmati makan tanpa mempedulikan yang lain.
“Hah tengok tu. Betul tak mak tok cakap. Bukan dia dengar apa yang kita cakap. Is, Is...” mereka ketawa melihat Isfahani yang terlalu khusyuk menikmati makanan kegemarannya.
Qila segera menyiku lengan Isfahani. “Amboi, kau makan tak toleh kiri kanan. Belahap betulkan?”
“Aku dah lapar. Aku makan ajelah. Lagipun sedap. Takkan nak tunggu ketua kampung datang baru boleh makan...” seloroh Isfahani.
Qila mencubit pinggang Isfahani. Terdengar Isfahani menjerit kesakitan. “Cuba makan elok-elok sikit. Kan rumah kau ada tetamu jauh. Tak malu ke?” Qila cuba mengingati Isfahani perihal sahabanya yang lain.
Isfahani menepuk dahi. “Alamak! Aku lupalah. Korang, jemputlah makan. Jangan malu-malu. Buat macam rumah sendiri. Mak tok masak sedap tau. Makanlah..” pelawa Isfahani
“Sambal belacan? Petai? Eii, tak naklah makan. Not my taste.” kata Sofia.
Taste tak taste. Nak makan, makan. Kalau tak nak makan, silalah berlapar.” kata Isfahani bersahaja.
Sofia mula mencemberut tanda tidak puas hati. “Sayang.... jom kita makan dekat luar.” suara Sofia yang kedengaran gedik tu menggelikan tekak Isfahani.
“Sofi. Kalau makan dekat luar, kau tetap jumpa petai, sambal belacan. Lebih baik makan dekat sini. Makan free, sedap, bersih terjaga lagi.” bicara Isfahani antara dengar dan tidak kerana mulutnya penuh dengan makanan dan tersembur-sembur mengenai Sofia apabila dia bercakap.
“Pengotorlah you ni. Sayang, tengoklah kawan you ni.” Rengek Sofia.
“Sofi, listen! Ini rumah dia. Tolong hormat sikit. Kalau you tak nak makan, duduk diam-diam dalam bilik. I nak makan. Ini memang favourite I. So, behave youself!” suara Haikal meninggi.
Sofia merengus panjang kemudian dia menyuakan juga nasi ke mulutnya. Isfahani tersenyum kemenangan. Padan muka kau! Menggedik sangat.

2 comments:

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,