Pages

Peminat Novel

Blog Page

13 Oct 2012

Bab 7: Dia Yang Ku Cinta


PAGI ITU Yana bangun agak  awal. Mungkin  mahu  mencari pekerjaan baru.  Dia yang hanya memakai t-shirt tanpa jenama berserta seluar jeans yang agak lusuh melewati  meja makan.
Kelihatan keluarganya yang lain sudah menunggunya dimeja makan. Mahu menikmati sarapan pagi bersama-sama sebelum baba dan adik-adiknya pergi menunaikan kewajipan kepada kerja dan sekolah.
“Assalamualaikum, baba..” kata Yana seraya menyalami tangan babanya.
“Waalaikumusalam. Ha awal bangun hari ni?” soal Pak Bakri. Dia memerhati anak sulungnya itu. Mahu mencari kerjakah? Kasihan Yana. Sepatutnya dalam usia dia seperti ini dia sedang bergembira bersama teman-temannya. Maafkan baba, sayang.
“Ha’ah.. baba. Yana kena cari kerja. Takkan nak biarkan baba bekerja seorang.”
“Rehatlah sehari dua dulu. Baru pergi cari kerja ya? Kamu dari mula kerja di restoran tidak pernah cuti. Tak penat ke?” Mak Kalsom mencelah sambil menuang air teh O panas ke dalam cawan Pak Bakri.
“Tak apalah umi. Yana kesian tengok baba. Baba pun bukan sihat sangat ni. Nanti kalau baba jatuh sakit, siapa nak bagi kita makan?”
“Baba tak ada apa-apa Yana. Janganlah kamu risau.” kata baba perlahan.
Yana merenung wajah babanya. Sudah ternampak baris-baris kedut di wajah babanya. Kasihan baba. Baba terlalu bekerja keras untuk keluarga kami. Aku tahu baba sakit, penat. Tapi dia hanya buat macam biasa sahaja. Tidak mahu kami sekeluarga risau akan keadaannya. Yana harus bantu baba. Yana akan cuba sedaya upaya meringankan beban baba, desis hatinya.
“Umi, marilah makan sekali..” pelawa Yana.
“Kamu makanlah dulu. Umi nak tengok adik-adik kamu pakai kasut sekolah sekejap.” Yana menganggukkan kepala.

“AKU nak cari kerja dekat mana lagi ni. Dah puas aku pusing kawasan ni. Semua tak nak ambil aku bekerja.  Aku ada kelulusan SPM. Cuma keputusan aku taklah membanggakan. Dapat 2A saja. Susahlah macam ni!” rintih Yana.
Yana terus melilau mencari pekerjaan. Seketika, dia terpandang satu artikel yang ditampal di dinding bangunan.
Pembancuh air diperlukan dengan segera! Pengalaman tidak diperlukan. Berminat sila hubungi kami.
“Pembancuh air? Okey jugak ni. Dapat jugak aku bantu baba. Aku memang mahir buat air. Baik aku cuba.”
Yana menggoyakkan artikel itu dan mula mencari syarikat  Zainal Holdings. Nama syarikat pun dah gah. Mesti hebatlah pejabatnya.

“BETUL ke ni syarikatnya? Memang gah sangatlah! Gerun  pulak aku nak mintak kerja. Kalau semua pekerjanya sombong macam mana?” bebel Yana dihadapan syarikat Zainal Holdings.
“Belum cuba belum tahu. Yana, kau boleh. Chaiyok, chaiyok!” Yana mula melangkah ke dalam syarikat itu.
Seketika terbeliak matanya melihat kecantikan bangunan ini. Gaya moden yang diselitkan dengan gaya tradisional menampakkan keunggulan bangunan ini. Yana masih lagi khayal melihat keindahan bangunan itu sehingga dia tidak sedar dia sudah berada dihadapan kaunter pertanyaan itu.
Hello, miss.. Can I help you?” soal wanita yang agak seksi pemakaiannya. Baju sendat tanpa lengan menampakkan lagi badan montoknya. Apa nak jadilah perempuan zaman sekarang ni. Pakai baju macam tak cukup kain! Bebel hatinya.
“Ehem! Miss.....” tegur wanita itu lagi.
“Eh! Maaf. Saya nampak artikel ni dekat kawasan-kawasan sini. Ini ke pejabatnya?” soal Yana sambil menunjukkan artikel tadi.
Yes. Ini syarikatnya. Awak nak mintak kerja ke? Saya rasa baik tak payahlah. Big boss ni cerewet sikit orangnya. Bukan semua orang boleh buat air yang kena dengan tekak dia. Silap-silap nanti you kena simbah dengan air tu.” kata wanita seksi itu.
Gulp! Biar betul bosnya macam tu? Seram semacam aje.
“Tapi, you pandai buat air tak?” soal wanita seksi itu tiba-tiba.
“Pan... pandai..” jawab Yana tergagap-gagap.
“Kalau you pandai, you trylah. Mana tahu air you kena dengan citarasa tuan.”
Nak cuba ke tak? Hatinya berkira-kira. Yana, kau kena ingat. Kau dah besar. Ini tanggungjawab kau membantu baba.
                Tapi kalau air aku tak kena dengan citarasa dia macam mana?
Belum cuba, belum tahu. Kau kena berani. Takkan kau masih nak susahkan baba lagi? Hatinya bermonolog sendirian.
“Ermm.. saya cubalah. Tingkat berapa ye?” soal Yana.
“Okey. You nampak lif hujung koridor sanakan? You naik lif tu tingkat tujuh. Good luck..” bicara wanita itu seakan memberi semangat.
“Terima kasih..” Yana menganggukkan kepala dan berlalu ke arah lif.

TING..!!
Yana sampai di tingkat tujuh. Dia mula mengatur langkah menuju ke kaunter hadapan. Kaunter  lagi. Payah betullah. Jumpa bos macam nak jumpa Perdana Menteri, bebelnya.
“Kak, saya datang ni nak mintak kerja sebagai pembancuh air. Masih ada kosong lagi tak?” soal Yana kepada wanita yang bertudung cream itu. Manis sungguh wajahnya. Bukan seperti wanita yang dia jumpa dibawah tadi.
Wanita itu tersenyum manis kepadanya. “Nak mintak kerja ye? Boleh.. tapi dengan syarat..”
“Syarat? Syarat apa kak?” soal Yana kehairanan. Dekat artikel tulis pengalaman tak diperlukan. Bila sampai sini, nak bersyarat-syarat pulak.
“Syaratnya.. adik kena buat secawan air untuk tuan dulu. Kalau dia tak komen apa-apa, maknanya adik diterima bekerja disini. Tetapi, jika tuan mengamuk, adik faham-fahamlah eh? Akak dekat bawah dah cakapkan?”
Kelihatan Yana menganggukkan kepala. Payah juga dapat bos yang cerewet ni. Mengada-ngada!
“Mana biliknya kak?” soal Yana sambil memerhati keadaan sekeliling. Senyap. Pasti bos cerewet itu tidak suka keadaan yang agak bising. Menakutkan!
“Mari akak tunjukkan.” ajak wanita itu. Mereka menuju ke sebuah bilik yang agak tersorok kedudukannya.
“Ini namanya bilik pantri. Semua bahan ada. Jadi tak payah susah-susah cari dekat luar. Nanti kalau ada barang yang dah habis, bagi tahu akak. Akak pergi beli, ya?” kata wanita itu lembut.
“Oh ya. Nama adik siapa? Lupa pulak akak nak tanya. Terus suruh buat kerja pulak..” kata wanita itu dalam tawa.
Yana hanya tersengih. “Nama saya Faryana. Panggil Yana aja.”
“Faryana? Wah! Sedap nama tu. Kalau jadi artis mesti glamour? Nama akak Shahidah. Panggil kak Ida aja ya?” mereka bersalaman.
“Artis? Takdenya jadi artis kak. Result SPM pun teruk. Sebab tu boleh mintak kerja pembancuh air je..” balas Yana.
Kak Ida menupuk bahu Yana. “Tak apalah Yana. Kerja pembancuh air pun kerja juga. Rezeki yang halal. Lagipun bukan semua orang tau boleh buat air untuk tuan ni. Dia tu cerewet sikit.” kata kak Ida perlahan. Bimbang jika tuannya dengar.
“Belum tentu lagi kak. Entah-entah air saya tak kena dengan citarasa dia.”
“Belum cuba, belum tahukan? Dah, dah. Buat air cepat. Nanti bagi pada tuan ya? Selawat banyak-banyak. Insya-Allah Yana diterima bekerja. Akak sambung kerja dulu ya?” kata kak Ida sambil berlalu dari pantri.

3 comments:

  1. yeah! bak kata org korea- Fighting!! buat yana..and fighting juga buat penulis cerita ni! :D

    ReplyDelete
  2. Nak jadi pembancuh air pun susah.Kesian Yana.Apa jadi lepas ni yer.

    ReplyDelete

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,