“Aku tak nak
kahwin.... aku tak nak kahwin....!” Jerit Maisarah sekuat hati. Geram hatinya
bila memikirkan permintaan ibunya tadi. “Woi.. kau ni kenapa? Dh buang tebiat
ke jerit tengah-tengah malam ni... kalau nak emosional pun, tengoklah kiri
kanan dulu... kau kenapa?” tanya Farah kehairanan melihat kawannya tiba-tiba
seperti singa lapar. Maisarah dan Farah merupakan kawan karib sejak dibangku
sekolah lagi. Segala suka dan duka akan diluahkan pada kawan karibnya itu.
Sehinggakan sudah bekerja pun, mereka tetap bersama seperti tidak boleh
dipisahkan lagi. “Ibu aku telefon tadi... sibuk sangat suruh aku kahwin dengan
jejaka idaman malaya dia tu.. aku rimas la.. aku baru je mula kerja.. takde
masa la aku nak fikir pasal kahwin ni....” Luah Maisarah. Maisarah binggung.
Dia tidak tahu hendak buat apa lagi. Bila dibangkang cadangan ibunya, ibunya
akan mengugut supaya menganggap ibunya sudah mati. Maisarah jadi serba salah.
Hendak ditolak permintaan ibunya, dia takut. Ibunya tidak akan sambil lewa
dengan apa yang dikatakan. Tapi kalau dia terima permintaan ibunya, dia pasti
hidupnya tidak akan bahagia. “Relaks lah kawan.. aku rasa ibu kau ada
sebabnya.. mungkin dia tak nak kau berkawan dengan orang yang kurang akhlaknya.
Kau tahu jelah duduk kat KL ni macam mane.. ramai yang jahat dari yang baik..”
kata-kata Farah menghentikan ingatannya pada ibunya. “Aku rasa kau terima jelah
pinangan orang tu... mana tahu dia yang terbaik untuk kau...” sambung Farah
lagi... “ Aku belum bersedia lagilah, Farah..” balas Maisarah. “Entahlah, aku
pun tak tahu nak kata apa.. tapi bagi aku, kau terima jelah pinangan diorang
tu.. kau fikirlah baik-baik farah... aku cuma bagi pendapat je..” kata Farah.
Keadaan menjadi sepi seketika. Masing-masing tengah melayan perasaan. Akhirnya
Farah bersuara “Dahlah Maisarah, aku nak tidur. Esokkan kita kerja. Kau pun
tidur jugak.. nanti jadi kerja aku pulak kena kejut kau pagi esok.. kau tu
kalau tidur macam beruang kutub.. hahaha...” perli Farah diakhiri dengan gelak.
“Kurang asam kau, Farah” jerit Maisarah smbil mencampak bantal ke arah Farah
tapi bantal itu hanya mengena dinding biliknya. Maisarah tersenyum. “Kau memang
kawan baik aku, Farah” omel Maisarah di dalan hati.
*****
“Maisarah..
jomlah kita pergi makan.. perut aku dah berbunyi ni..” ajak Farah bila tibanya
waktu tengah hari. “Itu jelah kerja kau kan? Makan, makan, makan.... macam mana
tak gemuk? Kalau gemuk sangat, lelaki tak pandanglah..” kata-kata Maisarah
membuatkan muncung Farah sedepa. “Aku gurau jelah.. gemuk-gemuk kau, kau tetap
cantik.. tapi pandangan mata akulah.. kalau pandangan mata orang lain, aku tak
tahu.. hahahahaha......” ketawa Maisarah sekuat hati sambil berjalan
meninggalkan kawan baiknya itu. “Sesekali dapat menyakat kau, seronok jugak, Farah...”
omel Maisarah seorang diri. Mereka berdua berjalan ke arah kedai mamak
dihadapan pejabat mereka. Sesudah mereka mengambil makanan yang diinginkan,
mereka mencari meja yang paling hujung. Mereka tidak mahu diganggu dengan bunyi
bising diluar. Sedang mereka menikmati makanan, Maisarah meluahkan rasa
hatinya. “Farah, kau rasa patut ke aku terima pinangan diorang tu?” soal
Maisarah. “Ya Allah.... kau ni, tak habis-habis lagi ke cerita semalam? Aku dah
cakapkan, kalau ikut pendapat aku, aku memang suruh kau terima.. tapi walau
macam mana pun, kau tetap kena fikir buruk baiknya kalau kau terima pinangan
diorang tu..” jawab Farah. “Panjangnya kau berleter, Farah..... mengalahkan ibu
aku pulak...” omel Maisarah tetapi hanya terluah di dalam hati sahaja. “Itu aku
tahu.. tapi aku tak sukalah didesak buat sesuatu yang aku tak suka.. kau pun
tahu perangai aku macam mana kan?” soal Maisarah. “Entahlah Maisarah.. aku pun
tak tahu nak cakap apa.. kau fikirlah baik-baik... dahlah, mari kita makan..”
ajak Farah sambil menyuakan nasi ke dalam mulutnya.
*****
Setibanya mereka
dirumah, mereka terus merebahkan diri diatas katil. “Farah... aku tak laratlah
nak masak hari ni.. kau masak pulaklah.. tolong ye....” rayu Maisarah seperti
kanak-kanak. “Kau ni kan..... yelah.. aku masak.. tapi masak maggi jelah...
hahaha...” gelak Farah sambil bangun menuju ke arah dapur. Ingatan Maisarah
kembali kepada perbualannya dengan ibunya tempoh hari. “Maisarah, walau apapun
yang terjadi, kau mesti bernikah dengan Azhari.. itu pilihan terbaik untuk
kau...” suara ibunya mula meninggi. “Oh, nama mamat tu Azhari...” omel Maisarah
didalam hati. “Ibu, Sarah bukan budak kecil lagi... bagilah Sarah buat pilihan
Sarah sendiri.. jodoh, pertemuan, biarlah Allah yang tentukan, ibu...” rayu
Maisarah agar ibunya faham isi hatinya.“Ibu tidak peduli... kau tetap kena
kahwin jugak dengan budak Azhari tu... dia budak baik... jangan kau melawan
cakap ibu..” tengking ibunya sambil
menghempas gangang telefon. Maisarah tidak menyangka ibunya akan memaksa dia
untuk berkahwin dengan pilihan ibunya. Bagi Maisarah, perkahwinan terlalu awal
baginya. Lagipun tidak mungkin dia mampu melupakan jejaka yang pernah bertakhta
dihatinya suatu ketika dahulu. Syukri, nama yang tidak pernah hilang dari
ingatannya. Dia masih ingat lagi percintaan mereka di alam persekolahan yang
membuatkan dia tidak memandang lelaki lain yang ingin mendekatinya.. Tetapi,
jodoh tidak menyebelahi mereka, apabila Syukri terpaksa berpindah sekolah mengikuti
keluarganya. Sejak dari itu, mereka tidak lagi menghubungi antara satu sama
lain. Maisarah reda. Mungkin Syukri bukan jodoh baginya. Tetapi, kini ibunya
mahu dia bernikah dengan lelaki yang di sendiri tidak kenal. Mungkinkah perkara
itu akan terjadi? Mampukah dia menyintai lelaki itu seikhlas hatinya? Pelbagai
soalan yang berada di benak fikirannya. Ketukan pintu mengembalikan lamunannya
ke alam nyata. Maisarah membuka pintu dan mendapati Farah sudah tercegat
dihadapan pintu sambil memegang dua mangkuk berisi maggi. Perutnya mula
berkeroncong apabila mencium aroma maggi buatan Farah. “Dah, jom kita makan”
pelawa Farah sambil menghulurkan mangkuk ke arah Maisarah. Mereka berjalan
menuju ke ruang tamu dan duduk menikmati maggi sambil menonton tv.
*****
Telefon diatas
meja berdering menandakan ada panggilan masuk. Maisarah melihat di skrin
telefonnya dan tertera nama ibunya. “Assalammualaikum, ibu.. Ada apa ibu
telefon Sarah pagi-pagi ni? Soal Maisarah. “Waalaikummussalam... ha, Sarah
malam ni keluarga pihak lelaki nak datang makan malam dekat rumah kita.. nak
jumpe kau katanya.. kau balik malam ni jugak, jumpa bakal mentua kau.. jumpa
sekali bakal suami kau..” balas ibunya. “Tapi,ibu..” Maisarah ingin membalas
kata ibunya tetapi dipintas cepat oleh ibunya. “Ibu tidak peduli... kau kena
balik jugak.. kalau tidak anggap ibu sudah mati.” sekali lagi ibunya menghempas
gagang telefon membuatkan Maisarah berkecil hati dengan sikap ibunya. “Ibu
kenapa buat Sarah macam ni?” rintih Maisarah seorang diri. Maisarah berjalan
lemah ke meja Farah “Farah, malam ni aku kena balik rumah keluarga aku. Ibu aku
tadi telefon... dia kata keluarga pihak lelaki nak datang makan malam dekat
rumah aku..” beritahu Maisarah. “Yeke? Baguslah.. kau jumpa je dulu... mane
tahu lepas kau dah jumpe dia, hati kau akan terbuka untuk terima dia.. aku tahu
kau boleh hadapinya...” Farah memberi kata semangat apabila melihat Maisarah
hanya mendiamkan diri.
*****
Maisarah
memberhentikan kereta Viva betul-betul dihadapan rumah orang tuanya. Hati Maisarah
berdebar-debar saat melihat kereta Vios berada diperkarangan rumahnya. Maisarah
seakan ingin berpatah balik, tapi bila terkenangkan ugutan ibunya tempoh hari,
membuatkan Maisarah serba salah. “Ya Allah... kau kuatkanlah hati aku dan kau
berilah jalan terbaik untuk aku...” mohon Maisarah didalam hati. Maisarah
memandu memasuki perkarangan rumahnya. Perlahan-lahan Maisarah keluar dari kereta
dan membuka pintu rumahnya. “Assalammualaikum...” Maisarah memberi salam kepada
semua yang berada diruang tamu. “Waalaikummussalam... itu pun dia.. baru kita
sebut-sebut nama dia.. Sarah, masuk nak... jumpa dengan mak dan ayah mertua
kau..” arah ibunya. Maisarah berjalan menghampiri wanita yang dikatakan bakal
menjadi ibu mertuanya tidak lama lagi. Kemudian, Maisarah bersalam pula dengan
lelaki yang bakal menjadi ayah mertuanya. Tiba-tiba mata Maisarah tertancap
kepada lelaki yang asyik merenungnya dari tadi. “Macam aku kenal mamat ni..”
kata Maisarah didalam hati. Tapi dibiarkan sahaja kerana Maisarah rasa dia tersalah
orang. “Ibu... Sarah tolong Mak Yam kat dapur ye...” mohon Maisarah kepada
ibunya. Maisarah melangkah laju meninggalkan tetamu yang ada, tetapi dia dapat
rasakan yang lelaki tadi masih memandangnya. Maisarah tidak mempedulikan
pandangan itu dan terus menuju ke dapur. “Mak Yam... sedapnya bau... tahu-tahu
je Sarah tengah rindu dengan masakan Mak Yam” usik Maisarah. “Kamu ni Sarah..
ada-ada jelah.. tolong Mak Yam sendukkan lauk ni.. tetamu kita mesti dah
lapar...” kata Mak Yam. Maisarah menyenduk kuah asam pedas ke dalam mangkuk dan
di bawanya ke ruang makan. “Ibu, ayah, mak cik, pak cik.... jemput makan...”
pelawa Maisarah sambil menyenduk nasi ke dalam pinggan. “Sarah, kau tak pelawa
Azhari makan? Kesian dia.. kau ni Sarah... Azhari.. mari makan sekali...”
pelawa ibu apabila melihat Azhari masih lagi duduk di ruang tamu. Maisarah
hanya mengetap bibir apabila ibu menegur sikapnya.
*****
Suasana menjadi
ceria dengan kehadiran bakal mertua Maisarah. Maisarah yang tidak selesa di
usik oleh keluarga pihak lelaki terus membawa diri keluar ke beranda. Maisarah
merenung bintang yang tersergam indah. Dalam keadaan khayal merenung bintang,
Maisarah dikejutkan dengan satu suara. “Assalammualaikum, Sarah....” sapa
lelaki itu. Maisarah menoleh dan terkejut melihat lelaki itu berada
dibelakangnya. “Mana dia tahu nama aku? Oh.. yela..tadikan ibu ada sebut nama
aku.. memanglah dia tahu” omel Maisarah didalam hati. “Waalaikummusalam...”
balas Maisarah tetapi tidak berani memandang wajah lelaki itu. “Awak masih
ingat saya? soal lelaki itu. “Hah? Aku kenal dia ke? Pelik....” soal Maisarah
didalam hati. “Saya kenal awak ke?” soal Maisarah. “Hmm... awak memang dah
lupakan saya..” kata Azhari. Maisarah semakin hairan dengan kata-kata lelaki
itu. “ Saya Mohd Azhari Syukri Bin Othman. Kita pernah bersekolah di sekolah
yang sama.. tapi saya terpaksa pindah sekolah kerana ayah saya di tukarkan ke
Melaka.. sekarang awak dah ingat?” Soal Azhari. Maisarah terkebil-kebil
memikirkan perihal lelaki ini. “Mohd Azhari Syukri? Kat mana aku pernah dengar
nama tu?” soalnya seorang diri. Tiba-tiba Maisarah terkedu “ Syukri??? Mamat
yang aku pernah tangkap cintan tu ke?? Aduh..... malunya....” Maisarah berbisik
di dalam hati. “Tak sangkakan kita masih dapat berjumpa lagi.. saya ingat kita
memang dah takde jodoh..” kata Azhari sambil memandang bintang. “Apa maksud
awak?” Maisarah beranikan diri bertanya walhal dia bingung dengan apa yang di
ucapkan oleh lelaki itu. “Sebenarnya, lepas saya bertukar sekolah, ada jugak
rasa nak berhubung semula dengan awak.. hari-hari saya tunggu panggilan dari
awak tapi takde.. saya fikir mungkin awak sudah melupakan saya.. sebab tu saya
tak pernah menghubungi awak..” kata Azhari. “Aku ingat kau yang dah lupakan
aku...” omel Maisarah seorang diri. “Apa awak cakap, Sarah? Saya tak
dengarlah...” soal Azhari apabila melihat mulut Maisarah terkumat-kamit seperti
berkata sesuatu. “Erk..... takde pape... saya hairanlah, macam mana awak begitu
yakin yang saya ni Sarah yang awak kenal dulu?” soal Maisarah. Azhari tersenyum
mendengar pertanyaan Maisarah. “Tak mungkin saya boleh melupakan wajah insan
yang berjaya mencuri hati saya..” jawab
Azhari sambil mengenyit mata. Maisarah tertunduk malu mendengar pengakuan
Azhari. “Saya harap awak sudi terima saya sebagai suami awak..” soal Azhari. Maisarah
hanya mendiamkan diri. “Ya Allah... adakah dia jodoh yang telah kau utuskan
kepadaku? Jika benar, aku bersyukur Ya Allah. Terima kasih Ya Allah” Maisarah
mengucap beribu kesyukuran di dalam hatikerana setelah sekian lama mereka
terpisah akhirnya mereka dipertemukan dan bakal berkahwin. Maisarah tersenyum
sendiri.
*****
Hari yang di
nantikan menjelang tiba. Akhirnya pada tanggal 10.09.2011 Maisarah dan Azhari
diijab kabulkan. Siapa sangka lelaki yang dia tak nak berkahwin tu adalah
lelaki yang bertakhta dihatinya dahulu hingga kini. Maisarah bersyukur kerana
apa yang diimpikan menjadi kenyataan. “Maisarah.. macam mane kau boleh kahwin
dengan ex-boyfriend kau ni.. nasib
baik kau jumpe dulu. Kalau tak, mesti dia jadi laki aku.. hahaha.........” usik
Farah membuatkan muka Maisarah berona merah. “Aku pun tak tahu nak cakap apa.
Tapi aku bersyukur sangat sebab dia yang jadi suami aku...” balas Maisarah. “Sudah-sudah...
pengantin perempuan keluar cepat. Pengantin lelaki dah sampai...” kata Mak
Andam. Farah mengapit Maisarah dan membawanya ke pelamin. Selang 10minit,
pengantin lelaki pun datang dan duduk di sebelah pengantin perempuan. Debaran
di hati Maisarah hanya Tuhan sahaja yang tahu. Acara tepung tawar dilakukan
oleh keluarga pengantin perempuan dahulu dan diikuti oleh keluarga pengantin
lelaki. Selepas itu, acara mengambil gambar bersama pengantin untuk kenangan.
Sedang asyik mereka mengambil gambar, Azhari sempat berbisik ke telinga Maisarah
yang kini menjadi isterinya. “Terima kasih sayang sebab sudi terima abang..”
Maisarah hanya tersipu malu tetapi di dalam hatinya, dia bersyukur di atas apa
yang dia miliki hari ini. “Terima kasih Ya Allah.”
kalau dah jodoh tak kemana....terbaikkkk
ReplyDeletemmg terbaik!
ReplyDeleteHmmm memg best
ReplyDelete