Pages

Peminat Novel

Blog Page

11 May 2013

MINI NOVEL : AKU TOMBOY, DIA PLAYBOY (Bab 10)


Tok! Tok! Tok!
AKU ketuk meja kafe yang diduduki oleh Am dan rakan-rakan dia. Menyampah pulak aku tengok geng-geng dia. Semua ‘stok kaki perempuan’. Tak layak buat laki!
“Aku ada benda nak cakap dengan kau...” tegas dan yakin sekali bicaraku. Kali ni aku sendirian. Aku memang tak nak Ard ikut masuk campur. Tak nak dia masuk campur atau tak nak ganggu pertemuan aku dengan Am? Erk!

“Am, kita orang gerak dululah. Karang duduk sini, ada kena boxing kang...” perli salah seorang ‘stok kaki perempuan’ yang masih berada di meja bulat.. Aku menjeling tajam. Boxing tak ada. Muay thai, nak?
“Okey, bro. Kita jumpa dekat kelas nanti...” ujar Am pula.
“Kau hati-hati sikit dengan minah tomboy ni, Am Takut patah riuk tulang kau...” kata kawan Am yang membuatkan Am ketawa mengekek. Amboi, ‘stok kaki perempuan’ ni. Melebih pulak, kan?
Ha ha ha... Jangan risaulah. Tak ke mana pun dia ni. Bukan kuat sangat pun. Nampak je macam jantan, tapi hati tisu weh!” Aku pantas melihat Am. Ni perli ke kutuk?
“Okey-okey. Kita orang gerak dulu...” pamit ‘stok kaki perempuan’ tu.
“Apa hal?” soal Am kepadaku. Matanya memandang tepat ke dalam mataku. Handsome juga mamat playboy ni. Eh, kenapa macam kena pukau je ni? Cepat-cepat aku mengalih pandang melihat deretan pelajar yang baru nak masuk dalam kafe. Nak sarapan pagi agaknya. Ai, pagi tadi tak sempat masak ke sampai nak sarapan dekat kafe. Pemalas!
“Kenapa ni?” soal Am.
Gulp! Aku telan air liur. Mata aku pantas melihat tangan aku yang dipegang oleh Am. Wah, ambil kesempatan dalam kesempitan!
Am tersenyum sinis. Dia memang sengaja memegang tangan Si Tomboy ni. Mahu menguji tahap keimanan Sha. Dan nampaknya keimanan Sha sangatlah nipis kerana Sha kelihatan kalut. Ha ha ha...
Aku segera menarik tangan aku dari pegangan Am. Jantung tak usah cakaplah, berdebar laju macam lari 100 meter. Eleh, macamlah jauh 100 meter tu, kan? “Ish, apa pegang tangan aku ni? Hari tu kau pegang pinggang aku. Sekarang pegang tangan aku pulak!” sebal, geram, sakit hati. Semua rasa bersatu. Hari tu kau pegang tangan Sarah, sekarang kau berani pegang tangan aku pulak? Memang cari nahas ni!
“Alah, tak luaklah kalau pegang pun!”
Aku mengecilkan mata. Mamat ni aku nampak kecik-besar, kecik-besar jelah!
“Kau ingat aku hadap sangat tangan kau tu?” herdik Am lagi.
Okey, sebelum angin Narutto aku menjelma, baik cepat-cepat aku bagi tahu tujuan aku nak jumpa dia. “Apa-apa ajelah. Aku datang sini sebab aku nak bagi amaran....”
“Amaran apa sayang?” Am mengeluarkan suara romantiknya. Aku... Aku bagaikan tergoda. Weh, Sha! Agak-agaklah nak tergoda dengan mamat ni sekalipun! Aku cuba mengingati diri sendiri. Makan hati berulam jantung la kalau aku tergoda dengan Si Playboy ni!
“Sayang nenek kau!” aku marah Am. Am hanya mengegek ketawa. Macam mana nak bagi amaran ni. Dari tadi dia duk usik hati aku. Aish!
“Aku tak tahu apa motif kau baik-baik dengan sepupu aku, tapi aku nak kau jauhkan diri daripada dia...” ujarku tegas.
Am mengerut dahi. “Laa... Apesal pula? Kau tak suka ke aku jadi adik sepupu ipar kau?” soal Am sebelum dia kembali ketawa. Wah, bantai gelak nampak?
Aku menunjal kepala Am. “Tolonglah... Lelaki macam kau ni tak layak buat suami tahu tak? Kaki perempuan!”
Am segera melihat kaki dia. “Kaki aku macam kaki perempuan ke, Sha?”
Aku mengeluh. Mamat ni memang sengaja nak main-mainkan aku! “Kau ni memang tak faham bahasa, kan?” soalku sinis.
Am mengangkat bahu. “Yup. Aku memang tak faham dan tak akan sesekali faham... Hal kita belum selesai. Kau ingat tu...” Am mengingatkan aku tentang kejadian yang memalukan di library.
Aku mendengus kasar. “Tapi, kau tak  payahlah libatkan Sarah. Dia bukan tau apa-apa....” penat. Penat aku bercakap dengan Si Am ni. Takkan pernah mengalah. Aku tak kisah kalau dia nak berdendam dengan aku sekalipun, tapi perlu ke libatkan Sarah yang langsung tak ada kaitan?
“Sarah memang tak ada kaitan dalam hal ni. Aku memang ikhlas nak berkawan dengan dia. Aku pun anggap dia kawan je. Cuma dia yang teruja sangat dengan aku. Aku nak buat macam mana?” balas Am sedikit bangga. Bangga plus poyo. Kau ingat kau artis sampai orang nak teruja-teruja.
“Kawan pun tak payahlah sampai nak pegang-pegang tangan anak dara orang!” bentak aku tidak puas hati.
“Macam aku cakap tadi, tak luak pun...” balas Am bersahaja.
Ya Allah, mamat ni. Penatnya bercakap dengan dia. Karang kalau aku berkhutbah di pagi Rabu ni, telinga kau bernanah pulak. Kau ingat dosa tu tak bertambah? Apa ke sengal punya playboy.
“Memang tak luak bagi kau. Tapi luak bagi Allah. Aku kesian betul dengan kau ni. Muka handsome tapi hal-hal agama, kosong!”
Aku nampak Am senyum sinis. “Tak payah bagi ceramah dekat akulah. Kau pun apa kurangnya. Mengubah ciptaan Tuhan. Lahir sebagai perempuan tapi nak jadi jantan!” tukas Am kasar sebelum dia meninggalkan aku yang terpinga-pinga di meja bulat. Erk! Betul jugak apa yang dia cakap. Aku seperti cuba mengubah ciptaan Illahi. Astahgfirullah, aku hampir leka dan lalai.



‘Surat cinta untuk Sha’
Biar nampak tak handsome, yang penting baik.
Biar nampak tak cantik, yang penting sopan.
Biar nampak tak sepadan, yang penting bahagia.
Biar ada yang mengata, yang penting hanya kau yang aku puja...
With love,
Mr.A


WALAWEH! Surat cinta dari Mr.A lagi. Aku dah melonjak kesukaan. Tapi... Macam mana Mr.A ni tahu rumah aku? Musykil tahap nak cungkil gigi ni. Ha ha ha! Aku dah start merapu!
“Ard! Sarah! Sini-sini...” aku menjerit dari luar rumah. Buruk sungguh perangai aku ni, kan? Menjerit macam tarzan memanggil monyet! Ha ha ha!
“Ada apa, ada apa? Ada pencuri ke?” soal Ard kalut. Aku yang melihat Ard keluar membawa helmet terus menghamburkan tawa.
Weh, Ard. Tak payahlah bawak helmet!”
Ard menggaru kepala yang aku rasa tidak gatal. Mungkin pening dengan situasi sekarang. Ha ha ha!
“Kak Sha, ada apa ni... riuh sampai ke dalam bilik Sarah.” soal Sarah seraya menenyeh mata. Ni lagi sorang, kerjanya buat taik mata je! Dah boleh buka kilang baja ‘taik mata’ dah.
“Korang sinilah. Tengoklah apa yang aku dapat ni...” ujarku teruja. Mau tak teruju, nyah. Mr.A bagi ayat-ayat cinta. Makin cair hati ni tapi aku tak tahu siapa sebenarnya Mr.A ni. Aku ada juga cuba bertanya jika ada sesiapa yang menggunakan gelaran Mr.A kepada rakan-rakan sekuliah aku tapi rata-rata tidak pernah mendengar gelaran itu. Jadi, siapa ya?
Surat cinta yang berada di tangan aku dirampas kasar oleh Ard. “Hoi, koyaklah!” aku memarahi Am. Bukan senang nak ada peminat. Jadi, kenalah hargai. Eleh, Sha. Kau sebenarnya gatal, kan? Ha ha ha!
Ard mencebik bibir manakala Sarah pula membuat muka teruja plus jakun plus terkejut. Mesti dia tak sangka tomboy macam aku ni pun ada peminat tegar. Ewah! Tak hagak-hagak!
“Kak Sha ada peminat seyh. Pewittt!” Sarah begitu teruja sekali sambil membaca ayat-ayat itu berulang-ulang kali. Aku sudah tersenyum sipu. Malu!
“Tak mungkin, tak mungkin...” kata Ard sambil bersungguh-sungguh menggeleng kepala.
Aku mengerut dahi. Apehal minah ni? Tiba-tiba je...
“Apa yang tak mungkin?”
“Haah, Kak Ard. Apa yang tak mungkinnya?” soal Sarah pula.
“Aku rasa, kan.... Orang ni mesti buta hati. Tak pun dia tersalah orang. Macam mana tomboy ganas macam kau boleh ada peminat. Pelik...”
Srah ketawa kecil mendengar kata-kata Ard. Kurang asam punya kawan!
Aku mengepal penumbuk dan berkata, “Aku rasa, kan. Aku rasa macam nak tumbuk muka kau sekarang jugak!”
“Argh! Lari!!” jerit Ard yang sudah melangkah besar masuk dalam rumah. Aku pun apa lagi, memulakan acara kejar-mengejar. Sarah pula ketawa mengengek di luar rumah.

4 comments:

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,