Pages

Peminat Novel

Blog Page

18 May 2013

MINI NOVEL : AKU TOMBOY, DIA PLAYBOY (Bab 12)


TUNGGU punya tunggu, tepat pukul 12.30 malam Sarah balik juga. Sayup-sayup aku dengar pintu depan dibuka. Aku bergegas bangun dan berlari masuk ke bilik Ard. Tapi sebelum tu, aku sempat menutup dan mengunci pintu bilik Ard.  Mujurlah malam ni Ard tak kunci pintu bilik. Katanya nak teman aku tunggu Sarah. Tapi, hampeh! Dia bantai membuta. Tapi tak kisahlah, janji dia sudi teman aku walaupun sebenarnya tak berteman langsung!
“Ard... Ard...” aku gerak Ard suruh bangun. Ard menggeliat kecil sebelum kembali lena. Ish, minah ni. Aku kejut bukannya nak terus bangun. Buat taik mata lagi.
“Ard! Weh, bangunlah!” aku kejut Ard agak kasar. Ard pun apalagi, mendadak bangun. Dia nampak kelam-kabut sungguh! Ha ha ha! Sempat lagi aku gelakkan Ard.
“Apa? Apa?” soal Ard yang mungkin masih mamai.
“Sarah dah balik...” terangku sedikit perlahan. Tidak mahu Sarah tahu yang kita orang belum tidur lagi sebab tunggu dia. Ceh! Kita orang? Aku sorang jelah!
“Hah? Parah? Siapa yang parah?” soal Ard mamai.
Ya Rabbi. Minah ni, blur memanjanglah! Aku tepuk bahu dia. “Sarah, bukan parah...” aku sengaja menyebut nama Sarah sedikit kuat biar Si Mamai ni dapat tangkap apa yang aku cakap.
“Oh, Sarah... Kenapa dengan dia? Biarlah dia. Aku mengantuk ni... huwarghhh!!” Ard menguap luas. Sungguh... sungguh kureng ajaq!
“Ish, kau ni. Kata nak bercakap dengan Sarah. Dia baru balik tu. Cuba kau tengok jam pukul berapa?” soalku sambil memegang kepala Ard dan menelengkan sekejap kepala dia melihat jam dinding.
Ard yang masih mamai, terus melihat jam tanpa menepis. Seketika, terbuntang matanya melihat jarum pendek ke 12 belas manakala jarum panjang berhenti di angka 7. Maknanya sekarang dah pukul 12.35 malam?
“Uish! Berani betul minah ni balik malam-malam buta. Kita yang ala-ala jantan ni pun tak berani balik malam macam ni. Paling lewat pun pukul 10 malam. Kan? Kan?” soal Ard dengan nada blurnya. Hadoi, dia ni. Masa nilah kau nak banyak cakap, kan?
“Ye... ye... sebab tu aku nak kita jumpa Sarah and tegur sikit perangai tak semenggah dia  tu... jom-jom...” aku mengajak Ard. Bukan mengajak tapi memaksa sebenarnya sebab aku tarik tangan Ard. Bukan dia rela nak jumpa Sarah. Hadoii....
Tok! Tok! Tok!
Pintu dibuka.
“Eh Kak Sha, Kak Ard. Tak tidur lagi?” soal Sarah yang ketika itu baru meleraikan rambut yang diikat seperti ekor kuda.
Aku memandang Sarah dari atas ke bawah. Mak aii! Pakaian! Seksi-seksa! Sakit mata aku. “Sarah pergi mana? Dengan baju seksi-seksi macam ni...”
“Sarah pergi birthday party kawan Abang Am. Baju ni Abang Am yang belikan. Cantikkan, Kak Sha...” soal Sarah sambil memperagakan baju tak cukup kain tu.
“Sarah... Sarah... kenapa nak keluar tak beritahu Kak Sha dulu? Kalau jadi apa-apa dekat Sarah macam mana? Apa Kak Sha nak jawab dengan Pak Ngah?” sengaja aku menyebut nama Pak Ngah. Biar Si Sarah ni sedar apa yang dia buat ni boleh buatkan Pak Ngah kena serangan jantung!
“Kan Sarah dah bagi tahu dekat Kak Ard. Kak Ard tak bagi tahu Kak Sha ek? Kak Ard ni....” runggut Sarah.
Ard sudah bercekak pinggang. Benganglah tu sebab tak fasal-fasal dia dipersalahkan. Aku cepat-cepat mencelah sebelum Ard mengamuk ala-ala Dracula.
“Jangan nak salahkan Kak Ard. Dia ada beritahu Kak Sha. Tapi kenapa bukan Sarah yang beritahu Kak Sha sendiri?”
“Alah, Kak Sha ni. Masa tu Kak Sha tengah mandi. Macam mana nak bagi tahu. Lagipun Abang Am dah tunggu depan rumah...”
“Depan rumah? Kiranya Am dah tahulah kita duduk mana? Sarah ni pun... kenapa beritahu rumah kita dekat mana. Kalau jadi apa-apa dekat kita, siapa nak tolong? Am tu bukan boleh percaya sangat...” aku dah mula membebel. Pantang betullah bila ada lelaki yang dah tahu kita orang duduk dekat mana. Privacy mungkin diganggu. Ish!
“Apalah Kak Sha ni. Lelaki baik macam Abang Am tu pun Kak Sha tak percaya. Teruk betul...”
Ewah! Si Sarah ni mula nak tunjuk perangai buruk dia dah. Nak cakap aku bukan-bukan pulak.
“Sarah... bahasa tu jaga sikit eh. Hormat sikit Kak Sha yang lebih senior dari Sarah. Jangan fasal jantan, Sarah jadi kurang ajar.” Ard mula menyinga. Dia mana boleh orang muda kurang ajar dekat orang yang lebih berusia.
Sarah mencebik. “Betul apa Sarah cakap. Kak Sha ni je yang lebih-lebih sangat. Abang Am tu bukannya teruk pun. Dia baik je Sarah tengok. Kak Sha je yang suka buat fitnah.”
Sudah! Mula dah Si Sarah ni. Karang dengan aku-aku mengamuk sakan.
“Sarah! Kak Ard dah cakap kan jangan fasal jantan, Sarah jadi kurang ajar. Sarah tu duduk dengan kami. Jadi, Sarah dah jadi tanggungjawab kami. Kami tak nak sesuatu berlaku dekat Sarah.” terang Ard tegas. Aku mengangguk tanda bersetuju dengan kata-kata Ard. Amanah dan tanggungjawab yang diberikan harus dilaksanakan dengan baik. Aku tak nak satu hari nanti dipersalahkan kerana sambil lewa jaga anak dara sorang ni.
“Kak Ard pun sama. Busuk hati!” herdik Sarah.
“Kau ni menumpang buat cara menumpang. Ikut peraturan tuan rumah. Baru dua minggu duduk sini dah buat kepala. Jangan nak kurang ajar sangat!”
Itu dia! Ard kalau dah geram memang terus cakap aku-kau. Hilang sudah Kak Ard-Sarah.
“Ingat Sarah nak sangat duduk sini? Hidup kena kongkong! Macam hidup dalam gua zaman batu!” balas Sarah yang sudah berani meninggikan suara.
“Kalau tak suka, blah la! Tunggu apa lagi? Memang payah kalau bercakap dengan budak mentah macam kau ni. Jangan sebab sayang entah apa-apa ni, tergadai body!” gumam Ard geram.
Aku memegang tangan Ard tanda jangan menambah arang dalam api. Keadaan sudah tidak terkawal. Ard sudah menghalau Sarah dan Sarah pula seperti suka sangat hendak keluar dari rumah ni. Nampaknya aku kena cepat-cepat call Pak Ngah supayakan masukkan Sarah ke hostel semula. Biar dia terikat dengan undang-undang hostel pula. Kita bagi sedikit kelonggaran, dia nak pijak kepala. Ha, sekarang rasakan bila duduk hostel.
“Memang Sarah nak blah pun! Dua-dua otak kolot! Huh!” herdik Sarah sebelum menghempas pintu bilik dia.
Ard mendengus kasar. “Kurang ajar betul sepupu kau ni! Baru dua minggu duduk sini. Tak sampai sebulan kenal Si Playboy tu, dah kurang ajar. Tak respect kita yang lebih tua dari dia.”
“Dah... dah... dah...” aku memenangkan Ard. Pelik. Sarah ni sepupu aku ke sepupu Ard? Si Ard pulak terlebih emo.


ASSALAMUALAIKUM... Pak Ngah...” aku memberi salam sebaik saja Pak Ngah menjawab panggilanku.
“Ada apa Sha? Fasal Sarah ke?”
“Pak Ngah, sebelum tu Sha nak minta maaf sangat-sangat dekat Pak Ngah...”
“Eh, kenapa ni Sha?” ternyata Pak Ngah terkejut dengan ungkapan maaf aku. Aku tak kira. Aku tetap nak minta maaf juga sebab aku tak jaga amanah yang Pak Ngah berikan dengan sebaik-baiknya.
“Sebenarnya... semalam Sha dan Sarah bertengkar...”
“Bertengkar? Fasal apa?”
“Se... semalam dia keluar rumah tak beritahu Sha. Dekat pukul 1 pagi baru dia balik...” jelasku.
“Astaghfirullahalazim... dia pergi mana?”
“Sarah kata pergi birthday party. Sha tegurlah sikap dia. Tapi dia macam tak boleh terima... dia kata Sha kongkong dia...” balasku sebak. Iyalah, bila orang kata kita bukan-bukan mestilah kita sedih, kan?
“Ya Allah, budak bertuah ni. Habis dia dekat mana sekarang?” soal Pak Ngah.
“Dia... dia dah keluar. Housemate Sha halau dia.”
“Hmm... Pak Ngah tak tahu nak kata apa. Memang begitu perangai dia. Suka bertindak ikut suka. Pak Ngah ingat bila dia dah masuk U, eloklah perangai. Rupanya makin tak senonoh...”
“Sha minta maaf, Pak Ngah...” sekali lagi aku meminta maaf kepada Pak Ngah. Rasa bersalah ni menggunung tinggi, setinggi Gunung Everest.
“Tak apalah. Nanti biar Pak Ngah cari dia.” putus Pak Ngah.
“Pak Ngah tak marah Sha, kan? Tak benci Sha, kan?” soalku lagi. Bimbang dengan pertengkaranku dengan Sarah menimbulkan rasa kurang senang dalam diri Pak Ngah. Aku dengar Pak Ngah ketawa. Ketawa fasal aku tanya soalan merepek atau ketawa mengejek?
“Sha jangan risaulah. Pak Ngah tak marah, tak benci Sha pun. Sha dan jalankan tanggungjawab Sha dengan baik, cuma Sarah tu keras kepala sikit. Ini pun dia dah telefon Mak Ngah suruh ambil dia dekat kolej. Dia kata nak cari rumah sewa. Tak nak duduk hostel. Pak Ngah letak dulu ya, Sha? Pak Ngah nak pergi ambil Sarah. Nanti apa-apa Pak Ngah telefon Sha, ya?” lembut sekali bicara Pak Ngah dipendengaran telingaku. Ternyata adik abah ni memang baik macam abah aku!

1 comments:

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,