Pages

Peminat Novel

Blog Page

19 Nov 2012

Cerpen: Alahai! Abang BMW


ADIRA MAISARAH. Amboi, nama macam artis gitu! Tapi bukan artis ye. Cuma pembantu butik saja. Orangnya jenis biasa-biasa tapi suka menyanyi dan suka buat ‘peel’ sendiri. Perangai paling buruk Adira adalah suka melawan. Bukan melawan apa, cuma melawan kata aje. Tak suka lelaki kaya yang belagak gila! Kalau jumpa orang macam ni, memang ‘kaw-kaw’ kena kutuk.

“Dalam kehidupan ini, yang terindah. Melalui dunia.......”
Bang!!
Alamak! Keretaku bawaku jalan-jalan!
“Hoi, pompuan. Kau ni letak mata dekat lutut ke hah? Tak nampak kereta mahal ni nak keluar?” marah abang BMW itu. Abang BMW keluar dari kereta untuk melihat siapa yang menjahanamkan kereta mahal dia. Wow! Muka sangat handsome okey. Tapi perangai belagak tak boleh blah!
Oho hoi!! Abang BMW, cakap elok-elok tak boleh ke? Abang ingat saya pekak ke? Terpekik, terlolong macam ni. Hilang akal ke apa??” kan dah kena sound. Itulah, pantang betul jumpa mamat kaya belagak macam ni!
“Sebab kau tu sengal! Tak nampak agaknya kereta aku nak keluar.. buta!” bebel abang BMW itu lagi.
Toksah nak membebellah abang BMW oii.. bukan salah saya sorang aje. Yang abang main redah keluar tu kenapa? Cermin depan, kiri, kanan bukan main mahal. Tapi tak gunakan dengan sebaiknya. Rugi duit je..” betah Adira balik. Kan memang perangai dia suka melawan kata, kan?
Eh, eh pompuan ni. Aku tangan kang baru tahu!” ugut abang BMW yang sudah mengangkat tangan mahu menampar Adira.
“Kalau cinta ditangan-tangakan. Kalau kasih, dicium-ciumkan. Eh, apa aku merepek ni???” soal Adira kepada diri sendiri apabila dia merasakan kata-katanya sangat merepek!
“Kau nak aku cium kau ke?!” marah abang BMW itu.
“Amboi, marah bebenor abang BMW ni..” perli Adira.
Kelihatan lelaki itu mengetap bibir menahan geram. “Siapa nak ganti rugi kereta mahal aku ni??” soal abang BMW.
“Ini kereta siapa?” soal Adira tanpa riak bersalah.
“Kereta akulah. Takkan kereta kau pulak!” kata abang BMW kasar.
“Oh.. ini kereta abang. Kalau itu kereta abang, abang repairlah sendiri. Kereta Myvi saya ni pun saya repair sendiri. Habis kemek muka depan dia yang kiut ni. Jumpa lagi bang! Assalammualaikum!” ujar Adira seraya masuk ke dalam kereta dan memecut laju.
Adira memandang lelaki itu dari sisi cermin kereta dan kelihatan lelaki itu seperti berkata-kata. Macam marahkan dia sahaja. Nasib abanglah, abang BMW. Tak dapat Adira nak menolongnya. Oho hoi!!
++++++++
“SAYANG! Kasihku abadi. Cintaku mekar dihati ini..... Oi, mak kau mekar takkan layu!” latah Adira. Mengegek-ngegek Kak Siti mentertawakan pekerjanya itu.
“Kak Siti ni. Buat Dira terkezut aje tau!” marah Adira.
“Kau ni kalau tak menyanyi memang tak sah,kan?” soal Siti yang masih ketawa.
"Biasalah, sis! Itu rutin harianku. Tanpa nyanyianku, sumbanglah dunia. Gelaplah dunia. Oho hoi!!” kan dah keluar ‘peel’ dia.
Kak Siti mencubit lengan Adira. Menyeringai Adira. “Main-main eh! Hari ni ada customer handsome nak datang nak try baju batik dia. Nanti Dira layan ye? Akak ada hal dekat luar sekejap..”
Ehem-ehem. Nak dating dengan Abang Joe ye kak? Pujaan hatiku. Eh, cut! Sekali pujaan hatimu daa!” kata Adira sambil ketawa.
“Amboi, elok sangatlah perangai perempuan macam tu ye.. nanti tak ada yang masuk meminang baru tahu!”
“Takpelah, kak. Tak teringin pun nak kahwin. Dira lebih rela single but available. Laku tu!” ujar Adira bangga.
“Jangan cakap besar sangat, Dira oii. Karang melekat dengan abang handsome yang nak datang kejap lagi, susah pulak. Dahlah handsome, kaya pulak tu!”
Oho hoi! Akak, kalau mulut akak masin. Saya kahwin nanti akak makan nasi dengan garam aje. Jangan doakan macam tu kak. Seram saya dibuatnya.” Kata Adira sambil membuat aksi mengigil-gigil.
Kak Siti ketawa mendengar celoteh Adira. Budak ni memang baik. Rajin pulak tu. Cuma suka buat perangai sendiri.
“Sudah-sudah. Akak dah lambat ni. Nanti cik abang marah pulak. Kirim salam customer kita nanti ye.” Kata Kak Siti seraya meninggalkan Adira di butiknya.
I’m the bos! I’m the bos! Hurayy!!” jerit Adira tanpa segan silu. Dia mula mengemas stok-stok baju yang baru sampai sambil menyanyi riang.
++++++++
DERAPAN langkah kaki mengejutkan Adira. Segera dia berpaling. Abang BMW?!
“Kau?” soal abang BMW itu terkejut.
“Aaaa... errr...”
“Kau yang langgar kereta mahal aku tadi kan?” soal abang BMW itu lagi sambil menghampiri Adira.
Alamak! Apa lagi, cabut! Adira segera berlari mengelilingi butik apabila dia dikejar abang BMW. Ke depan, ke belakang dia cuba mengelak dari di tangkap oleh abang BMW.
Setelah lima minit main kejar-kejar akhirnya abang BMW itu mengalah. Termengah-mengah apabila dia cuba bercakap.
Wait, wait, wait... apasal awak lari?” soal abang BMW itu sambil menarik nafas.
“Dah... dah abang kejar saya. Saya larilah. Takkan nak buat joget pulak..” loya buruk pulak minah ni.
“Apa abang buat dekat sini?” soal Adira lagi.
“Saya nak ambil baju sayalah. Takkan nak masuk meminang awak pulak!”
“Amboi, bergurau kasar nampak?”
“Kasar tak kasar. Dah awak tak nak ganti rugi kereta saya.” Perli abang BMW itu.
“Okey, okey. Saya salah. Saya mintak maaf, okey?” kata Adira.
Abang BMW itu merenung Adira atas bawah. Apehal pulak mamat ni. Dah kena sampuk hantu mata ke apa? Eh, ada ke hantu mata??
“Nama siapa?” soal abang BMW.
“Adira Natasha. Tapi! Bukan penyanyi Adira tu ye. Nama aje sama..” kata Adira sambil tersenyum sumbing.
“Nama abang?” soal Adira apabila melihat abang BMW diam tanpa kata. Sampuk dek hantu bisu pulak ke?
“Nama saya, Khairil. Panggil aje abang Khai. Lebih manis gitu..” kata Khairil sambil tersenyum-senyum.
Yucks! Manis tak baik untuk kesihatan. Nanti kena kencing manis pulak!” sound Adira selamba.
“Eh, eh budak ni. Aku tak tuntut bayaran dah kira bagus tahu tak?” Khairil menjengilkan biji matanya. Saja buat garang.
“Tapi, kena denda. Dan Adira wajib bayar denda tu..” kata Khairil dengan riak bersahaja.
“Denda apa pulak? Berapa nak kena bayar??? 10 sen? Seringgit? Seratus?” soal Adira selmba.
Oi mak nenek! Bukan denda tu lah! Muka aje lawa, tapi sengal ye...” bebel Khairil.
Adira hanya tersengih.
“Abang BMW nak ambil baju yang mana?? Saya tolong ambilkan....” kata Adira yang sudah melangkah menuju ke bilik baju khas bagi golongan yang kaya-raya dan berlagak. Termasuklah mamat ni.
“Baju batik warna biru dengan merah hati...” jawab Khairil sambil berjalan melihat baju-baju di butik itu.
“Kejap ya, saya pergi ambil. Jangan buat onar, ya??” balas Adira bersahaja. Mana tahu , bila dia tak nak bayar ganti rugi kereta abang BMW tu, abang BMW buat sepah dekat butik ni. Masak kena rebus dengan Kak Siti nanti.
“Adira bos ke dekat sini??” soal Khairil dari luar bilik baju khas itu.
“Apa ke pulak bos. Kalau saya bos, orang yang abang mintak order tu siapa? Takkan kuli saya pulak!” jerit Adira dari dalam.
“Mana tahu!” jerit Khairil semula apabila dia merasakan Adira sengaja menjerit kepadanya. Bukannya dia jauh beribu-ribu batu sampai kena jerit.
“Ha, ni pun. Nah!” Adira menghulurkan dua pasang baju batik yang renyuk. Terbeliak biji mata Khairil melihat baju itu.
“Cik adik manis, boleh tak gosok baju tu. Awak ingat baju abang tu cap ayam ke?” soal Khairil.
“Laaa.... saya ingat cap pagoda tadi. Lari!!” kata Adira dan terus berlari menuju ke satu bilik khas untuk mengossok baju pelanggannya. Dia saja aje bagi baju yang belum bergosok kepada Khairil. Mahu melihat reaksi lelaki itu. Padahal butiknya sudah mempunyai etika menggosok baju pelanggan sebelum menyerahkan kepada pelanggan.
“Budak ni kan, kecik besar je aku tengok tau!” marah Khairil sambil mundar-mandir dihadapan bilik yang Adira masuk tadi.
“Abang BMW, saya dah umur dua puluh dua tahun, bang. Dah besar dah..”
“Dah besar konon. Perangai macam budak-budak!” marah Khairil sambil menggelengkan kepala. Kemudian dia tersenyum. Dia senang berkenalan dengan Adira. Belum pernah dia berjumpa dengan budak perempuan yang otak ‘gila-gila’ macam Adira ni. Adira ni jenis ‘selamba badak’., orang kata.
Oho hoi!! Senyap je. Tidur ke apa?” soal Adira. Tersentak Khairil apabila disergah Adira.
“Banyaklah tidur. Kalau nak tidur, baik abang balik rumah. Tidur atas katil empuk. Lagi best.”
“Orang kaya memang macam tu kan? Belagak tak sudah..” bebel Adira tetapi agak perlahan.
“Adira cakap apa? Abang tak dengarlah...” laung Khairil dari luar.
“Hah, takde apa-apalah. Saya cakap abang ni handsome sangat. Macam Shah Rukh Khan!” ujar Adira seraya keluar dari bilik itu. Dia melipat dengan kemas baju batik dan di masukkan ke dalam beg kertas. Dia menghulurkan beg itu kepada Khairil.
“Shah Rukh Khan?? Bangla mana pulak ni?” soal Khairil pelik sambil menyambut huluran Adira.
Adira memandang wajah Khairil tanpa kelip. Seketika, terhambur ketawanya. Khairil semakin pelik. Apehal pulak ni?
“Bangla?? Sah, orang kaya memang jakun! Shah Rukh Khan tu bukan bangla lah! Dia tu pelakon Hindustan yang paling femes dan handsome.” Kata Adira yang masih lagi ketawa.
Khairil sudah terkulat-kulat menutup malu. Alahai! Sekali mamat hindustanlah!
“Berapa semua sekali?” soal Khairil.
“Sekejap saya tengok..” balas Adira dan pergi ke kaunter untuk melihat harga kedua-dua baju tersebut.
Seketika terbeliak matanya.
“RM2,199?!!” kata Adira sedikit menjerit. Mahalnya! Tapi, biasalah harga baju butikkan. Tapi, belum pernah dia jumpa harga baju semahal ni. Paling mahal pun dalam lapan ratus ke seribu sahaja. Kalau dah kaya, dua ribu macam dua ringgit! Bebel hatinya
“Nah, dua ribu setengah. Keep the change.” Kata Khairil seraya meletakkan not lima puluh ringgit mengikut harga baju itu.
“Eh, eh. Tak payahlah. Sekejap saya pulangkan balancenya.” Tolak Adira sambil membuka laci untuk menyimpan duit yang agak banyak bagi dirinya.
Nope! Kalau tak ambik, bertambah denda Adira...” kata Khairil tegas.
Ala... Bencinya jumpa mamat kaya belagak ni!!
“Errr... tapi....”
“Takde tapi-tapi. Adira ambik atau tambah denda??” kata Khairil. Suka dia dapat mengusik Adira. Walaupun baru berkenalan, namun dia seperti sudah lama mengenali Adira. Perwatakan Adira yang ceria mengembirakan hati kecilnya.
“Yela, yelah! Kalau tak memaksa, memang tak sah, kan???” marah Adira.
“Jom...” ajak Khairil yang sudah memusingkan badan mahu keluar.
“Jom? Jom ke mana?” soal Adira kehairanan.
“Jom pergi bayar denda?” kata Khairil bersahaja.
Erk! Bayar denda? Macam pelik aje denda yang nak kena bayar ni? Tergadai body ke? Oh tidak!
No, no, no.... cannot, cannot, canot... abang BMW ingat saya takde maruah ke? Suka-suka aje nak suruh saya gadai body. Hilang akal ke apa?!” marah Adira.
Khairil kelihatan terpinga-pinga. Seketika, terhambur ketawanya yang pada pendengaran Adira sangat menjengkelkan. Orang kaya memang macam ni! Dengus hatinya.
Oii, cik adik. Awak ingat abang ni bapak ayam ke? Nak makan body orang. Abang nak ajak awak makan sayang oii.. bukan ajak pergi gadai body..” perli Khairil yang masih ketawa kuat. Alahai! Cute betul budak ni.
“Eh, yeke? Err......” Adira malu tahap tak payah pakai blusher. Pipi dia dah merah macam kena sepak laju-laju.
He he he...” hanya itu sahaja yang keluar dari mulut Adira. Khairil menggelengkan kepala. Macam-macam, kata hatinya.
“Saya tak boleh keluarlah. Nanti siapa nak jaga kedai ni?” soal Adira setelah lima minit menahan malu. Muka masih merah padam cuma malu itu sudah berkurangan.
“Ye tak ye jugak. Macam nilah. Abang pergi belikan makanan. Kita makan dekat sini ajelah. Adira nak makan apa? Abang belanja..”
Muka Adira berubah ceria.
“Oleh kerana abang nak belanja, saya nak pizza satu. Nak yang large punya!” kata Adira saya mendepakan tangannya.
“Eh, macam mintak peluk aje?” usik Khairil. Semerta, Adira mendekapkan kedua-dua tangannya ke dada. Geli hati Khairil melihat reaksi Adira. Tahu takut.
“Tunggu sini. Abang pergi beli sekejap. Jangan cuba lari. Kalau abang dapat tangkap Adira, abang cium Adira dekat situ jugak...” ugut Khairil.
Adira menjelirkan lidah. Khairil ketawa melihat Adira dan kemudian keluar menuju ke Pizza Hut. Hatinya senang.
Adira melihat langkah Khairil dengan pandangan pelik. Baru kenal, tapi mesra semacamlah pulak! Baik hati betul abang BMW ni tak mintak ganti rugi. Tak adalah belagak sangat. Belagak sikit je. Tapi dia baik. Terpikat pulak hati ni! Eh, nak mengatal pulak hati ni! Marah hatinya.
++++++++
ADIRA, orang tu dah ambil baju belum?” soal Kak Siti yang baru pulang menemui kekasih hatinya.
“Dah, dah siap makan tengahari sama-sama dah..” kata Adira bersahaja.
“Makan tengah hari. Wow! Advanced kamu ni ye, Dira. Belum apa-apa dah makan sama-sama...” peril Kak Siti.
“Amboi, kak. Perli kasar nampak?”
Ha ha ha. Mahunya tak peril. Tadi kata tak nak lelaki kayalah, apalah. Sekarang kemain lagi. Dah makan tengah hari.” Usik Kak Siti.
“Nak buat macam mana, Kak Siti oiii... kena bayar denda.”
Kak Siti mengerut dahi. “Denda? Denda apa pulak ni??” soal Kak Siti tidak faham.
“Saya terlanggar kereta mahal dia pagi tadi kak. Itu yang saya lambat masuk kerja tadi. Tup-tup, terjumpa dekat sini. Mujur dia tak mintak ganti. Dia cuma mintak temankan dia makan aje... selamat saya, kak..” terang Adira.
“Oh... dia macam suka Adira aje?” kata Kak Siti sambil tersenyum. Dia tahu siapa lelaki yang Adira maksudkan itu.
“Suka? Mengarutlah akak ni. Saya ni manalah layak dengan orang kaya macam dia tu. Jauh panggang dari api..”
Aik, bunyi macam orang kecewa aje?” usik Kak Siti lagi. Ala, Adira. Akak tahu awak suka dia jugakkan. Kata hatinya.
Ish, mana ada. Jangan nak buat gosip liar ye...” marah Adira.
Eleyh. Tak nak mengaku konon. Tak percaya, tunggulah esok. Silap-silap dia masuk meminang!” kata Kak Siti.
Melebih pulak Kak Siti ni. Adira hanya mendiamkan diri. Malas dia mahu berbalah kata dengan majikannya.
++++++++
BILA dia mendekatiku, hati ku rasa sesuatu.. Bila dia.......
“Assalamualaikum.....”
Ucapan salam itu menghentikan nyanyian Adira.
“Waalaikumussalam.. Eh, abang Khairil. Buat apa dekat sini? Nak tempah baju lagi ke?” soal Adira.
“Eh. Tak, tak. Hari ni abang nak tempah lain.” Kata Khairil sambil tersenyum manis.
Alahai, gugur iman aku tengok senyuman dia. Sweet sangat!
“Tempah lain? Tempah apa? Sini jual baju aje, bang. Tak jual kek, basikal.” Seloroh Adira.
Khairil tertawa senang. Puas dia berbincang dengan adiknya, Siti. Rupanya Siti adalah adiknya. Cuma adiknya tidak suka bersenang-lenang dengan harta keluarga. Jadi, dia membuka butik ini untuk menyara hidupnya. Sebab itu, dia menempah baju di kedai Siti untuk membantu perniagaan adiknya.
“Abang nak tempah oranglah hari ni..” kata Khairil sambil tersenyum-senyum.
“Tempah orang? Apa ke peliknya nak tempah orang??” soal Adira kebingungan.
“Ini tempahan special sikit.” Kata Khairil sambil mengenyit mata.
“Eh, eh. Mata tu nak kena tembil ke?” peril Adira.
“Amboi, kasarnya...”
Muncul Kak Siti dari bilik belakang.
“Eh, abang Khai. Buat apa dekat sini?” soal Kak Siti berpura-pura tidak tahu tujuan lelaki itu ke mari.
“Adik abang.... abang datang ni nak tempah orang...” kata Khairil bersahaja.
“Adik? Abang? Cup, cup, cup... apa kes ni? Eden bingung...” kata-kata Adira membuatkan Khairil dan Siti tertawa.
Alahai, mental ke apa diorang ni?
“Dia sebenarnya abang Kak Siti..” kata Siti.
“A... abang?!!!” soal Adira terkejut. Sangat terkejut!
“Amboi, muka jangan terkejut sangat. Nanti tak laku.” Usik Kak Siti. Segera aje Adira menutup mulutnya yang ternganga.
So, dah jelaskan?” soal Khairil.
“Dah jelas? Jelas apa ni?” soal Adira hairan.
“Tempahan orang tu....” kata Khairil sambil memuncungkan bibir menunjuk Adira.
“Hah?! Tempah saya? Nak buat apa???” soal Adira terkejut. Ni jadi dua kali ganda terkejut.
“Tempah jadi isterilah!” usik Kak Siti.
Tercengang Adira. Isteri? Jadi, isteri abang BMW ni? OMG! Suka, suka, suka!! Tapi, dia kaya dan belagaklah! Tapi, belagak sikit aje. Dia menyimpan senyum. Aii, Adira. Dah tukar selera pada orang kaya pulak ke? Ini namanya jodoh!
No, no, no...!” sangkal Adira tiba-tiba. Sengaja bikin suspen.
“Kenapa?” tanya Khairil dan Siti serentak. Muka Khairil kelihatan keruh. Hati sudah suka kena reject pulak!
“Nak tempah, kena jumpa keluarga saya dulu. Saya masih ada ibu ayah. Buat masa ni, kita berkenalan aje dulu. Baru aje kenal pagi semalam. Itupun sebab terlanggar kereta mahal abang. Takkan nak buat isteri terus?”
“Hati abang tidak pernah salah memilih isteri..” kata Khairil sedikit bangga.
“Amboi, macam pernah ada isteri aje?” peril Adira.
Terkulat-kulat muka Khairil dengan sindiran Adira. Hati dah kata suka, sapu ajelah!
“Habis, macam mana?” soal Khairil.
“Macam mana apa?” soal Adira pelik.
“Setuju tak dengan tempahan tu?”
“Macam saya kata tadi, jumpa ibu bapa saya dulu. Buat masa ni, kita berkawan dulu.. okey, jelas?” soal Adira.
“Kawan pun kawanlah. Siti, nanti bincang dengan mama abang nak kahwin. Suruh mama hantar meminang rumah Adira secepat mungkin. Abang nak kahwin!” arah Khairil kepada Siti.
“Baik, bos!” balas Siti.
Adira menyimpan senyum. Kejap lagi nak telefon ibulah. Nak bagi tahu ada orang nak masuk meminang. Bagi tahu aje pihak perempuan setuju. He he he... Bukan apa, malu nak mengaku tadi. Biar aje abang BMW ni tertunggu-tunggu. Alahai! Abang BMW. Oho hoi!!

10 comments:

  1. haha! best la! cute2 je! ♥♥♥

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. tq Anonymous.. tapi lain kali, letak nama k.. jgn guna Anonymous je.. mcm org ghaib lak.hee :D

      Delete
  3. tq...bestt...cukup terhibur...

    ReplyDelete
  4. laju sangat.....kalu wt corner2 skit..lg best kot...anyway,still terhibur..tahniah

    ReplyDelete
  5. Haha...sweetnye.selambe giler adira ngn abg bmw-MY NAME IS L

    ReplyDelete
  6. cool n sweet...-iezahtakuya

    ReplyDelete
  7. Easy come easy go?
    Well, gelojoh betul....

    ReplyDelete
  8. ����...

    ReplyDelete

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,