ADIRA
MAISARAH. Amboi, nama macam artis gitu! Tapi bukan artis
ye. Cuma pembantu butik saja. Orangnya jenis biasa-biasa tapi suka menyanyi dan
suka buat ‘peel’ sendiri. Perangai
paling buruk Adira adalah suka melawan. Bukan melawan apa, cuma melawan kata
aje. Tak suka lelaki kaya yang belagak gila! Kalau jumpa orang macam ni, memang
‘kaw-kaw’ kena kutuk.
“Dalam kehidupan ini,
yang terindah. Melalui dunia.......”
Bang!!
Alamak! Keretaku bawaku
jalan-jalan!
“Hoi, pompuan. Kau ni letak mata dekat lutut
ke hah? Tak nampak kereta mahal ni nak keluar?” marah abang BMW itu. Abang BMW
keluar dari kereta untuk melihat siapa yang menjahanamkan kereta mahal dia.
Wow! Muka sangat handsome okey. Tapi
perangai belagak tak boleh blah!
“Oho hoi!! Abang BMW, cakap elok-elok tak boleh ke? Abang ingat saya
pekak ke? Terpekik, terlolong macam ni. Hilang akal ke apa??” kan dah kena sound. Itulah, pantang betul jumpa mamat kaya belagak macam ni!
“Sebab kau tu sengal! Tak
nampak agaknya kereta aku nak keluar.. buta!” bebel abang BMW itu lagi.
“Toksah nak membebellah abang BMW oii.. bukan salah saya sorang aje. Yang abang main redah keluar tu
kenapa? Cermin depan, kiri, kanan bukan main mahal. Tapi tak gunakan dengan
sebaiknya. Rugi duit je..” betah
Adira balik. Kan memang perangai dia suka melawan kata, kan?
“Eh, eh pompuan ni. Aku tangan kang
baru tahu!” ugut abang BMW yang sudah mengangkat tangan mahu menampar Adira.
“Kalau cinta
ditangan-tangakan. Kalau kasih, dicium-ciumkan. Eh, apa aku merepek ni???” soal Adira kepada diri sendiri apabila
dia merasakan kata-katanya sangat merepek!
“Kau nak aku cium kau
ke?!” marah abang BMW itu.
“Amboi, marah bebenor abang BMW ni..” perli Adira.
Kelihatan lelaki itu
mengetap bibir menahan geram. “Siapa nak ganti rugi kereta mahal aku ni??” soal
abang BMW.
“Ini kereta siapa?” soal
Adira tanpa riak bersalah.
“Kereta akulah. Takkan
kereta kau pulak!” kata abang BMW kasar.
“Oh.. ini kereta abang.
Kalau itu kereta abang, abang repairlah
sendiri. Kereta Myvi saya ni pun saya repair
sendiri. Habis kemek muka depan
dia yang kiut ni. Jumpa lagi bang!
Assalammualaikum!” ujar Adira seraya masuk ke dalam kereta dan memecut laju.
Adira memandang lelaki
itu dari sisi cermin kereta dan kelihatan lelaki itu seperti berkata-kata.
Macam marahkan dia sahaja. Nasib abanglah, abang BMW. Tak dapat Adira nak
menolongnya. Oho hoi!!
++++++++
“SAYANG!
Kasihku abadi. Cintaku mekar dihati ini..... Oi, mak kau mekar takkan layu!”
latah Adira. Mengegek-ngegek Kak Siti mentertawakan pekerjanya itu.
“Kak Siti ni. Buat Dira terkezut aje tau!” marah Adira.
“Kau ni kalau tak
menyanyi memang tak sah,kan?” soal Siti yang masih ketawa.
"Biasalah, sis! Itu rutin harianku. Tanpa
nyanyianku, sumbanglah dunia. Gelaplah dunia. Oho hoi!!” kan dah keluar ‘peel’
dia.
Kak Siti mencubit lengan
Adira. Menyeringai Adira. “Main-main eh! Hari ni ada customer handsome nak datang nak try baju batik dia. Nanti Dira
layan ye? Akak ada hal dekat luar sekejap..”
“Ehem-ehem. Nak dating
dengan Abang Joe ye kak? Pujaan hatiku. Eh,
cut! Sekali pujaan hatimu daa!” kata Adira sambil ketawa.
“Amboi, elok sangatlah
perangai perempuan macam tu ye.. nanti tak ada yang masuk meminang baru tahu!”
“Takpelah, kak. Tak
teringin pun nak kahwin. Dira lebih rela single
but available. Laku tu!” ujar Adira
bangga.
“Jangan cakap besar
sangat, Dira oii. Karang melekat dengan abang handsome yang nak datang kejap lagi, susah pulak. Dahlah handsome, kaya pulak tu!”
“Oho hoi! Akak, kalau mulut akak masin. Saya kahwin nanti akak makan
nasi dengan garam aje. Jangan doakan macam tu kak. Seram saya dibuatnya.” Kata
Adira sambil membuat aksi mengigil-gigil.
Kak Siti ketawa mendengar
celoteh Adira. Budak ni memang baik. Rajin pulak tu. Cuma suka buat perangai
sendiri.
“Sudah-sudah. Akak dah
lambat ni. Nanti cik abang marah pulak. Kirim salam customer kita nanti ye.” Kata Kak Siti seraya meninggalkan Adira di
butiknya.
“I’m the bos! I’m the bos!
Hurayy!!” jerit Adira tanpa segan
silu. Dia mula mengemas stok-stok baju yang baru sampai sambil menyanyi riang.
++++++++
DERAPAN langkah kaki mengejutkan Adira. Segera dia
berpaling. Abang BMW?!
“Kau?” soal abang BMW itu
terkejut.
“Aaaa... errr...”
“Kau yang langgar kereta
mahal aku tadi kan?” soal abang BMW itu lagi sambil menghampiri Adira.
Alamak! Apa lagi, cabut!
Adira segera berlari mengelilingi butik apabila dia dikejar abang BMW. Ke
depan, ke belakang dia cuba mengelak dari di tangkap oleh abang BMW.
Setelah lima minit main
kejar-kejar akhirnya abang BMW itu mengalah. Termengah-mengah apabila dia cuba
bercakap.
“Wait, wait, wait... apasal awak lari?” soal abang BMW itu sambil
menarik nafas.
“Dah... dah abang kejar
saya. Saya larilah. Takkan nak buat joget pulak..” loya buruk pulak minah ni.
“Apa abang buat dekat
sini?” soal Adira lagi.
“Saya nak ambil baju
sayalah. Takkan nak masuk meminang awak pulak!”
“Amboi, bergurau kasar
nampak?”
“Kasar tak kasar. Dah
awak tak nak ganti rugi kereta saya.” Perli abang BMW itu.
“Okey, okey. Saya salah.
Saya mintak maaf, okey?” kata Adira.
Abang BMW itu merenung
Adira atas bawah. Apehal pulak mamat
ni. Dah kena sampuk hantu mata ke apa? Eh, ada ke hantu mata??
“Nama siapa?” soal abang
BMW.
“Adira Natasha. Tapi!
Bukan penyanyi Adira tu ye. Nama aje sama..” kata Adira sambil tersenyum
sumbing.
“Nama abang?” soal Adira
apabila melihat abang BMW diam tanpa kata. Sampuk dek hantu bisu pulak ke?
“Nama saya, Khairil.
Panggil aje abang Khai. Lebih manis gitu..” kata Khairil sambil
tersenyum-senyum.
“Yucks! Manis tak baik untuk kesihatan. Nanti kena kencing manis
pulak!” sound Adira selamba.
“Eh, eh budak ni. Aku tak
tuntut bayaran dah kira bagus tahu tak?” Khairil menjengilkan biji matanya.
Saja buat garang.
“Tapi, kena denda. Dan
Adira wajib bayar denda tu..” kata Khairil dengan riak bersahaja.
“Denda apa pulak? Berapa
nak kena bayar??? 10 sen? Seringgit? Seratus?” soal Adira selmba.
“Oi mak nenek! Bukan denda
tu lah! Muka aje lawa, tapi sengal ye...” bebel Khairil.
Adira hanya tersengih.
“Abang BMW nak ambil baju
yang mana?? Saya tolong ambilkan....” kata Adira yang sudah melangkah menuju ke
bilik baju khas bagi golongan yang kaya-raya dan berlagak. Termasuklah mamat ni.
“Baju batik warna biru
dengan merah hati...” jawab Khairil sambil berjalan melihat baju-baju di butik
itu.
“Kejap ya, saya pergi
ambil. Jangan buat onar, ya??” balas Adira bersahaja. Mana tahu , bila dia tak
nak bayar ganti rugi kereta abang BMW tu, abang BMW buat sepah dekat butik ni.
Masak kena rebus dengan Kak Siti nanti.
“Adira bos ke dekat
sini??” soal Khairil dari luar bilik baju khas itu.
“Apa ke pulak bos. Kalau
saya bos, orang yang abang mintak order tu
siapa? Takkan kuli saya pulak!” jerit Adira dari dalam.
“Mana tahu!” jerit
Khairil semula apabila dia merasakan Adira sengaja menjerit kepadanya. Bukannya
dia jauh beribu-ribu batu sampai kena jerit.
“Ha, ni pun. Nah!” Adira
menghulurkan dua pasang baju batik yang renyuk. Terbeliak biji mata Khairil
melihat baju itu.
“Cik adik manis, boleh
tak gosok baju tu. Awak ingat baju abang tu cap ayam ke?” soal Khairil.
“Laaa.... saya ingat cap
pagoda tadi. Lari!!” kata Adira dan terus berlari menuju ke satu bilik khas
untuk mengossok baju pelanggannya. Dia saja aje bagi baju yang belum bergosok
kepada Khairil. Mahu melihat reaksi lelaki itu. Padahal butiknya sudah
mempunyai etika menggosok baju pelanggan sebelum menyerahkan kepada pelanggan.
“Budak ni kan, kecik
besar je aku tengok tau!” marah Khairil sambil mundar-mandir dihadapan bilik
yang Adira masuk tadi.
“Abang BMW, saya dah umur
dua puluh dua tahun, bang. Dah besar dah..”
“Dah besar konon.
Perangai macam budak-budak!” marah Khairil sambil menggelengkan kepala.
Kemudian dia tersenyum. Dia senang berkenalan dengan Adira. Belum pernah dia
berjumpa dengan budak perempuan yang otak ‘gila-gila’
macam Adira ni. Adira ni jenis ‘selamba
badak’., orang kata.
“Oho hoi!! Senyap je. Tidur ke apa?” soal Adira. Tersentak Khairil
apabila disergah Adira.
“Banyaklah tidur. Kalau
nak tidur, baik abang balik rumah. Tidur atas katil empuk. Lagi best.”
“Orang kaya memang macam
tu kan? Belagak tak sudah..” bebel Adira tetapi agak perlahan.
“Adira cakap apa? Abang
tak dengarlah...” laung Khairil dari luar.
“Hah, takde apa-apalah.
Saya cakap abang ni handsome sangat.
Macam Shah Rukh Khan!” ujar Adira seraya keluar dari bilik itu. Dia melipat
dengan kemas baju batik dan di masukkan ke dalam beg kertas. Dia menghulurkan
beg itu kepada Khairil.
“Shah Rukh Khan?? Bangla
mana pulak ni?” soal Khairil pelik sambil menyambut huluran Adira.
Adira memandang wajah
Khairil tanpa kelip. Seketika, terhambur ketawanya. Khairil semakin pelik. Apehal pulak ni?
“Bangla?? Sah, orang kaya
memang jakun! Shah Rukh Khan tu bukan bangla lah! Dia tu pelakon Hindustan yang
paling femes dan handsome.” Kata Adira yang masih lagi ketawa.
Khairil sudah
terkulat-kulat menutup malu. Alahai! Sekali mamat hindustanlah!
“Berapa semua sekali?”
soal Khairil.
“Sekejap saya tengok..”
balas Adira dan pergi ke kaunter untuk melihat harga kedua-dua baju tersebut.
Seketika terbeliak
matanya.
“RM2,199?!!” kata Adira
sedikit menjerit. Mahalnya! Tapi, biasalah harga baju butikkan. Tapi, belum
pernah dia jumpa harga baju semahal ni. Paling mahal pun dalam lapan ratus ke
seribu sahaja. Kalau dah kaya, dua ribu macam dua ringgit! Bebel hatinya
“Nah, dua ribu setengah. Keep the change.” Kata Khairil seraya
meletakkan not lima puluh ringgit mengikut harga baju itu.
“Eh, eh. Tak payahlah.
Sekejap saya pulangkan balancenya.”
Tolak Adira sambil membuka laci untuk menyimpan duit yang agak banyak bagi
dirinya.
“Nope! Kalau tak ambik, bertambah denda Adira...” kata Khairil
tegas.
Ala... Bencinya jumpa
mamat kaya belagak ni!!
“Errr... tapi....”
“Takde tapi-tapi. Adira
ambik atau tambah denda??” kata Khairil. Suka dia dapat mengusik Adira.
Walaupun baru berkenalan, namun dia seperti sudah lama mengenali Adira.
Perwatakan Adira yang ceria mengembirakan hati kecilnya.
“Yela, yelah! Kalau tak
memaksa, memang tak sah, kan???” marah Adira.
“Jom...” ajak Khairil
yang sudah memusingkan badan mahu keluar.
“Jom? Jom ke mana?” soal
Adira kehairanan.
“Jom pergi bayar denda?”
kata Khairil bersahaja.
Erk! Bayar denda? Macam
pelik aje denda yang nak kena bayar ni? Tergadai body ke? Oh tidak!
“No, no, no.... cannot,
cannot, canot... abang BMW ingat saya takde maruah ke? Suka-suka aje nak
suruh saya gadai body. Hilang akal ke
apa?!” marah Adira.
Khairil kelihatan
terpinga-pinga. Seketika, terhambur ketawanya yang pada pendengaran Adira
sangat menjengkelkan. Orang kaya memang macam ni! Dengus hatinya.
“Oii, cik adik. Awak ingat abang ni bapak ayam ke? Nak makan body orang. Abang nak ajak awak makan
sayang oii.. bukan ajak pergi gadai body..”
perli Khairil yang masih ketawa kuat. Alahai! Cute betul budak ni.
“Eh, yeke? Err......”
Adira malu tahap tak payah pakai blusher.
Pipi dia dah merah macam kena sepak laju-laju.
“He he he...” hanya itu sahaja yang keluar dari mulut Adira. Khairil
menggelengkan kepala. Macam-macam, kata hatinya.
“Saya tak boleh
keluarlah. Nanti siapa nak jaga kedai ni?” soal Adira setelah lima minit
menahan malu. Muka masih merah padam cuma malu itu sudah berkurangan.
“Ye tak ye jugak. Macam
nilah. Abang pergi belikan makanan. Kita makan dekat sini ajelah. Adira nak
makan apa? Abang belanja..”
Muka Adira berubah ceria.
“Oleh kerana abang nak
belanja, saya nak pizza satu. Nak yang large
punya!” kata Adira saya mendepakan tangannya.
“Eh, macam mintak peluk
aje?” usik Khairil. Semerta, Adira mendekapkan kedua-dua tangannya ke dada.
Geli hati Khairil melihat reaksi Adira. Tahu takut.
“Tunggu sini. Abang pergi
beli sekejap. Jangan cuba lari. Kalau abang dapat tangkap Adira, abang cium
Adira dekat situ jugak...” ugut Khairil.
Adira menjelirkan lidah.
Khairil ketawa melihat Adira dan kemudian keluar menuju ke Pizza Hut. Hatinya
senang.
Adira melihat langkah
Khairil dengan pandangan pelik. Baru kenal, tapi mesra semacamlah pulak! Baik
hati betul abang BMW ni tak mintak ganti rugi. Tak adalah belagak sangat.
Belagak sikit je. Tapi dia baik. Terpikat pulak hati ni! Eh, nak mengatal pulak
hati ni! Marah hatinya.
++++++++
“ADIRA, orang tu dah ambil baju belum?” soal Kak Siti yang baru
pulang menemui kekasih hatinya.
“Dah, dah siap makan
tengahari sama-sama dah..” kata Adira bersahaja.
“Makan tengah hari. Wow! Advanced kamu ni ye, Dira. Belum
apa-apa dah makan sama-sama...” peril Kak Siti.
“Amboi, kak. Perli kasar
nampak?”
“Ha ha ha. Mahunya tak peril. Tadi kata tak nak lelaki kayalah,
apalah. Sekarang kemain lagi. Dah
makan tengah hari.” Usik Kak Siti.
“Nak buat macam mana, Kak
Siti oiii... kena bayar denda.”
Kak Siti mengerut dahi.
“Denda? Denda apa pulak ni??” soal Kak Siti tidak faham.
“Saya terlanggar kereta
mahal dia pagi tadi kak. Itu yang saya lambat masuk kerja tadi. Tup-tup, terjumpa dekat sini. Mujur dia
tak mintak ganti. Dia cuma mintak temankan dia makan aje... selamat saya,
kak..” terang Adira.
“Oh... dia macam suka
Adira aje?” kata Kak Siti sambil tersenyum. Dia tahu siapa lelaki yang Adira
maksudkan itu.
“Suka? Mengarutlah akak
ni. Saya ni manalah layak dengan orang kaya macam dia tu. Jauh panggang dari
api..”
“Aik, bunyi macam orang kecewa aje?” usik Kak Siti lagi. Ala, Adira.
Akak tahu awak suka dia jugakkan. Kata hatinya.
“Ish, mana ada. Jangan nak buat gosip liar ye...” marah Adira.
“Eleyh. Tak nak mengaku konon. Tak percaya, tunggulah esok. Silap-silap
dia masuk meminang!” kata Kak Siti.
Melebih pulak Kak Siti
ni. Adira hanya mendiamkan diri. Malas dia mahu berbalah kata dengan
majikannya.
++++++++
“BILA dia mendekatiku, hati ku rasa sesuatu.. Bila dia.......
“Assalamualaikum.....”
Ucapan salam itu
menghentikan nyanyian Adira.
“Waalaikumussalam.. Eh,
abang Khairil. Buat apa dekat sini? Nak tempah baju lagi ke?” soal Adira.
“Eh. Tak, tak. Hari ni
abang nak tempah lain.” Kata Khairil sambil tersenyum manis.
Alahai, gugur iman aku
tengok senyuman dia. Sweet sangat!
“Tempah lain? Tempah apa?
Sini jual baju aje, bang. Tak jual kek, basikal.” Seloroh Adira.
Khairil tertawa senang.
Puas dia berbincang dengan adiknya, Siti. Rupanya Siti adalah adiknya. Cuma
adiknya tidak suka bersenang-lenang dengan harta keluarga. Jadi, dia membuka
butik ini untuk menyara hidupnya. Sebab itu, dia menempah baju di kedai Siti
untuk membantu perniagaan adiknya.
“Abang nak tempah
oranglah hari ni..” kata Khairil sambil tersenyum-senyum.
“Tempah orang? Apa ke
peliknya nak tempah orang??” soal Adira kebingungan.
“Ini tempahan special sikit.” Kata Khairil sambil
mengenyit mata.
“Eh, eh. Mata tu nak kena
tembil ke?” peril Adira.
“Amboi, kasarnya...”
Muncul Kak Siti dari
bilik belakang.
“Eh, abang Khai. Buat apa
dekat sini?” soal Kak Siti berpura-pura tidak tahu tujuan lelaki itu ke mari.
“Adik abang.... abang
datang ni nak tempah orang...” kata Khairil bersahaja.
“Adik? Abang? Cup, cup, cup... apa kes ni? Eden bingung...” kata-kata Adira
membuatkan Khairil dan Siti tertawa.
Alahai, mental ke apa
diorang ni?
“Dia sebenarnya abang Kak
Siti..” kata Siti.
“A... abang?!!!” soal
Adira terkejut. Sangat terkejut!
“Amboi, muka jangan
terkejut sangat. Nanti tak laku.” Usik Kak Siti. Segera aje Adira menutup
mulutnya yang ternganga.
“So, dah jelaskan?” soal Khairil.
“Dah jelas? Jelas apa
ni?” soal Adira hairan.
“Tempahan orang tu....”
kata Khairil sambil memuncungkan bibir menunjuk Adira.
“Hah?! Tempah saya? Nak
buat apa???” soal Adira terkejut. Ni jadi dua kali ganda terkejut.
“Tempah jadi isterilah!”
usik Kak Siti.
Tercengang Adira. Isteri?
Jadi, isteri abang BMW ni? OMG! Suka,
suka, suka!! Tapi, dia kaya dan belagaklah! Tapi, belagak sikit aje. Dia
menyimpan senyum. Aii, Adira. Dah
tukar selera pada orang kaya pulak ke? Ini namanya jodoh!
“No, no, no...!” sangkal Adira tiba-tiba. Sengaja bikin suspen.
“Kenapa?” tanya Khairil
dan Siti serentak. Muka Khairil kelihatan keruh. Hati sudah suka kena reject pulak!
“Nak tempah, kena jumpa
keluarga saya dulu. Saya masih ada ibu ayah. Buat masa ni, kita berkenalan aje
dulu. Baru aje kenal pagi semalam. Itupun sebab terlanggar kereta mahal abang.
Takkan nak buat isteri terus?”
“Hati abang tidak pernah
salah memilih isteri..” kata Khairil sedikit bangga.
“Amboi, macam pernah ada
isteri aje?” peril Adira.
Terkulat-kulat muka
Khairil dengan sindiran Adira. Hati dah kata suka, sapu ajelah!
“Habis, macam mana?” soal
Khairil.
“Macam mana apa?” soal
Adira pelik.
“Setuju tak dengan
tempahan tu?”
“Macam saya kata tadi,
jumpa ibu bapa saya dulu. Buat masa ni, kita berkawan dulu.. okey, jelas?” soal
Adira.
“Kawan pun kawanlah. Siti,
nanti bincang dengan mama abang nak kahwin. Suruh mama hantar meminang rumah
Adira secepat mungkin. Abang nak kahwin!” arah Khairil kepada Siti.
“Baik, bos!” balas Siti.
Adira menyimpan senyum.
Kejap lagi nak telefon ibulah. Nak bagi tahu ada orang nak masuk meminang. Bagi
tahu aje pihak perempuan setuju. He he
he... Bukan apa, malu nak mengaku
tadi. Biar aje abang BMW ni tertunggu-tunggu. Alahai! Abang BMW. Oho hoi!!
haha! best la! cute2 je! ♥♥♥
ReplyDeletehaha ,
ReplyDelete0k 0k
tq Anonymous.. tapi lain kali, letak nama k.. jgn guna Anonymous je.. mcm org ghaib lak.hee :D
Deletetq...bestt...cukup terhibur...
ReplyDeletelaju sangat.....kalu wt corner2 skit..lg best kot...anyway,still terhibur..tahniah
ReplyDeleteHaha...sweetnye.selambe giler adira ngn abg bmw-MY NAME IS L
ReplyDeletecool n sweet...-iezahtakuya
ReplyDeleteBest...so sweet
ReplyDeleteEasy come easy go?
ReplyDeleteWell, gelojoh betul....
����...
ReplyDelete