Pages

Peminat Novel

Blog Page

15 May 2013

MINI NOVEL : AKU TOMBOY, DIA PLAYBOY (Bab 11)


AISYAH??”
“Abang... Abang Luqman??” soalku tergagap-gagap. Mahu tak tergagap. Abang Luqman ni senior aku merangkap lelaki yang aku admirer dalam diam. Oh boy! Apa dia buat dekat sini?
“Lama tak jumpa Aisyah, kan?” soal Abang Luqman. Okey, aku rasa macam berada diawang-awangkan sebab nampak sweet sangat dia panggil aku, Aisyah. Kalau mamat-mamat lain panggil nama penuh aku, macam minta penyepak je. Geli-geliman!

“Haah, kan. Lepas Abang Luqman habis tingkatan lima, terus tak jumpa. Abang Luqman buat apa dekat sini?” soalku teruja. Bukan teruja, tapi gatal plus miang keladi! Ha ha ha! Iyalah, Abang Luqman ni kan jejaka idaman Malaya. Awek-awek dekat sekolah dulu minat dekat dia termasuklah aku sekali. Tapi, hampeh! Dia langsung tak layan. Asyik dengan buku je. Meluat!
“Abang baru habis study. Ni tengah pratikal dekat sini. Hari ni hari pertama abang. Tak sangka jumpa Asiyah dekat sini.” terang Abang Luqman.
“Pensyarah lah ni?” soalku terkejut. Dahlah handsome, jadi pensyarah pula. Hatiku berbunga-bunga kembali.
“InsyaAllah...” Abang Luqman tersenyum manis kepadaku. Oh boy! Sesungguhnya.... aku masih suka dia! Gatal!
“Kenapa Aisyah tengok abang macam tu?”
Gulp! Rasa nak tersedak dengar soalan dia. Aku cepat-cepat pandang tempat lain. Tapi betul ke tadi aku tengok dia? Malunya!
“Asiyah rindu abang, eh? Yelah, lama tak jumpa, kan...” usik Abang Luqman. Aku pantas tengok dia. Boleh tahan gatal juga Abang Luqman ni. Dah hilang dah perangai ‘ulat buku’ dia ke sampai boleh usik-usik aku macam ni?
Ha ha ha... Perasanlah abang ni... Sha... Maksud Aisyah, Aisyah kagum dengan abang. Tak sangka, abang bakal jadi pensyarah. Abang mengajar subjek apa?” soalku bagi menutup debar. Rasa nak gugur jantung bila dia cerita pasal rindu-rinduan ni. Kalau aku ni jenis tak tahu malu, boleh aje aku cakap aku rindukan dia. Tapi, kan dia tahu aku ni wanita yang budiman. Ececeh!
“Abang mengajar jurusan perniagaan...”
“Oh... kenapa tak ajar engineering. Boleh kita jumpa selalu...”
“Hah? Apa Aisyah cakap? Abang tak dengarlah...”
Eh! Aku cakap apa tadi? Aku ada cakap apa-apa ke?  “Aisyah cakap apa?”
“Entah. Abang dengar hujung-hujung je. Ring-ring. Apa yang ring?” soalku Abang Luqman balik.
Ring-ring? Aku cakap apa tadi? Kejap-kejap! Adakah aku sebut engineering tadi? Oh boy! Aku dah ingat apa aku cakap! Argh! Malu lagi. Nasib baik Abang Luqman tak sedar.
“Oh! Aisyah cakap Aisyah nak pergi beli jajan Super Ring. Jajan yang bentuk bulat macam donut tu. Kaler warna oren tu. Abang nak? Aisyah belikan...” Fuh! Cepat dan pantas aku memberi jawapan. Agak-agak boleh diterima pakai tak? Hentam sajalah labu!
“Oh... Abang ingat apalah ring-ring tadi. Aisyah ni dah besar pun kuat makan jajan ek? Nanti bulat macam donut baru tahu...” bebel Abang Luqman tapi telinga aku ni macam dengar dia bagi ayat-ayat cinta pulak!. Ewah!
He he he... Tiba-tiba tekak teringin nak makan...” aku tipu lagi. Nasib kaulah labu. Labu lagi jadi mangsa aku. Ha ha ha!
Abang Luqman geleng kepala. Alahai, comelnya dia ni....
“Okeylah, Aisyah. Abang nak pergi mendaftar dulu. Nanti kena marah pula kalau terlambat. Ada masa, kita jumpa lagi. Okey?”
Perkataan ‘ada masa’ tu maksudnya akan ada perjumpaan lagilah, kan? Wah! Suka-suka!
Abang Luqman tersenyum manis kepadaku sebelum dia melangkah masuk ke pejabat Dekan. Nak mendaftar masuklah tu. Oh! Abang Luqman! Ececeh!


SHA... Aku nak keluar beli makan ni. Kau nak kirim apa-apa tak?” soal Ard kepadaku. Aku dengar Ard tanya aku tapi mulut ni macam tak mampu nak bersuara sebab kepala aku duk teringat dekat Abang Luqman je!
Sebiji bantal tepat kena kepala aku. Aduh! Siapa punya kerjalah ni! Aku toleh kiri. Aku nampak Ard dah tercongok sambil cekak pinggang. Dah macam Mak Lemah kawan mak aku! Ha ha ha!
“Kau kenapa, Ard?” Aku berpura-pura tanya. Padahal aku memang dah tahu apa yang dia tanya tadi.
Ard mendengus geram. Marahlah tu.
“Aku nak keluar beli makan. Kau nak kirim apa-apa tak??” tekan Ard dengan mimik muka sekali. Hadoi, dua kali tengok macam rupa Pak Cik Ramli kawan abah aku. Ha ha ha! Suka-suka je aku samakan Ard dengan kawan-kawan mak abah aku.
“Sha!” jerit Ard. Aku rasa sekarang ni dia sangat-sangat bengang. Dua kali dia tanya, dua kali aku tak jawab. Nasib kaulah, Ard oii!
“Ye! ye! Aku dengar. Kau tak payah nak jerit-jerit macam kita ni duduk dalam hutan!”
“Oh, aku jerit macam dalam hutan. Habis kau jerit macam panggil monyet, beruk, gajah tu tak apa pulak?” bidas Ard. Sedas aku kena! Aku tersengih senget. Ard ni nampak je macam cool. Tapi sekali dia hembus, boleh bernanah telinga
“Okey-okey. Tak payah nak berleter sangatlah! Belikan aku Mee Goreng Mamak dan Neslo Ais ‘kaw-kaw’ punya. Kau belanja. Cantik!”
“Huh! Aku yang tengah sengkek ni lah kau sibuk duk suruh belanja!” bebel Ard lagi tetapi dia tetap menuju ke motor kesayangan dia tu dan start enjin dan... pecut! Ha ha ha! Ini namanya marah-marah sayang!


ADUH!!”
“Masa makan jangan nak berangan sangat, boleh tak?” bebel Ard.
 “Bila masa pulak??” soalku tidak puas hati. Aku tengah pegang sudu dan garfu ni. Tak nampak ke? Bila masa aku berangan? Ish! Ard ni pun.
“Tu... tu...” Ard memuncungkan bibir ke arah letak-duduknya garfu yang aku pegang. “Dari tadi aku tengok kau duk pintal-pintal Mee Goreng Mamak tu guna garfu. Nak makan buat cara nak makan. Dengan Mee Goreng pun kau ‘layan’...”
Eh? Dalam semacam je maksud minah ni. “Hotak kau! Kau ingat aku ni teruk bebenor sampai Mee Goreng pun aku nak ‘layan’. Tolonglah buat statement baik-baik sikit.” dengusku geram.
Ard mengekek ketawa. Panas hati! Panas hati!
Weh, Sarah mana?” Baru aku perasan yang malam ni Sarah tak ada dengan kita orang. Kalau tak, riuh mulut dia cerita pasal Am. Am handsome lah, Am baik lah, Am itulah, inilah. Ya Allah. Rimas!
Aku nampak Ard jongket bahu. Tanda tak tahulah tu. “Entah. Dia kata ada hal dekat luar. Dia keluar masa kau tengah solat Maghrib tadi...”
Waktu Maghrib orang bersiap nak bertemu Sang Pencipta. Tetapi Si Sarah ni boleh pulak merayap. Apa nak jadi dengan Sarah ni? Setan dah penuh dalam kepala agaknya. Aku bingkas bangun melangkah ke bilik untuk mengambil telefon bimbit sebelum kembali duduk di kerusi meja makan. Nama Sarah dicari dalam buku telefon. Aku cepat-cepat dail nombor Sarah selepas jumpa nama dia. Beberapa saat menunggu, “Sorry. Please try again later.”
Tut... tut...
“Dapat?” soal Ard kepadaku.
Aku menggeleng. Hati ni mulalah nak risau. Si Sarah ni dahlah anak dara. Kalau jadi apa-apa dekat dia, macam mana? Apa aku nak jawab dengan Pak Ngah? Suka buat aku susah hatilah.
“Kau rasa dia pergi mana? Dengan siapa?” soalku sedikit bimbang.
Ard membuat muka... aku tak tahu nak gambarkan muka dia macam mana. Tapi kata-kata dia membuatkan aku terkejut. Takkan lah...
“Aku rasa dia hang out dengan Am. Si Playboy tu.”

1 comments:

  1. titanium tube - Baojititanium.blogspot.com
    The design is inspired 평택 출장샵 by 전주 출장안마 the famous 과천 출장마사지 Sistine Chapel of the Nile. The 제천 출장안마 tower, which connects the Nile with the titanium tubing Egyptian

    ReplyDelete

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,