SETELAH
berbincang, akhirnya Hanna Dayana dan Yazid Shah bersetuju. Keluarga kedua-dua
belah pihak gembira bukan kepalang. Mujur mereka sudah berumur, jika tidak
kegembiraan ini diraikan dengan melonjak-lonjak kesukaan!
Hanna
Dayana dan Yazid Shah yang mahu berkahwin tetapi keluarga mereka yang terlebih
excitednya! Macam-macam yang mereka mahu lakukan sampai kadang-kadang Hanna
Dayana terfikir, siapa yang hendak naik atas pelamin sebenarnya.
Mamat
tu tak usah cakaplah. Dekat-dekat nak kahwin ni, dia hilang entah ke mana. Bila
ditanya, alasannya sibuk! ‘Hello, kerja setakat kerani nak sibuk apanya?
Bukannya kerja berlambak macam jawatan tu manager pun!’
Akhirnya
segala persiapan dibuat oleh Hanna Dayana dan keluarga kedua-dua belah pihak.
Bila Hanna Dayana menghantar sms kepada Yazid Shah untuk bertanya mengenai tema
dan warna baju pengantin mereka, dengan mudah Yazid Shah membalas,
Ikut sayanglah. Sayang yang nak
kahwinkan?
Amboi, bahasa! Belum
apa-apa sudah bersayang-sayang! Lepas itu dikatanya Hanna Dayana yang hendak
berkahwin? Hanna Dayana berkahwin dengan orang bunian ke apa? Sampai dia tidak
mahu memberi pendapat langsung. Memang ting-tong!
‘Tunggulah bila kita dah
kahwin nanti. Aku ajar kau cukup-cukup..’
gerutu hati Hanna Dayana, geram.
Sudahnya,
Hanna Dayana memilih tema ungu-putih untuk tema majlis mereka nanti. ‘Nasiblah
dia nak kata apa pun. Siapa suruh tak sumbang idea?’
Selebihnya
keluarga dia dan keluarga Yazid Shah yang akan uruskan kecuali barang hantaran dan cincin. Hantaran dikehendaki mengikut seperti apa yang
dibincangkan oleh keluarga mereka. Tujuh berbalas sembilan. ‘Banyaknya... apa aku nak beli ek? Ubat tidur
satu guni okey tak? Kot-kot mamat tu banyak cakap, letak aje ubat tidur dalam
minuman dia. Mesti zzz punyalah!’ Hanna Dayana merencana rancangan nakalnya.
“Oit!
Berangan apa cik kak? Berangan malam pertama ke??” usik Adawiyah seraya
menghamburkan tawa.
Terkejut Hanna Dayana dengan sergahan sahabatnya itu.
Terkejut Hanna Dayana dengan sergahan sahabatnya itu.
“Otak
hang malam pertama!” marah Hanna Dayana. ‘Orang tengah kusut ni, dia boleh
cerita malam pertama pulak!’
“Marah
pulak? Kenapa dengan kau ni? Muka macam orang yang dipaksa dan terpaksa duduk
dalam gua seumur hidup. Berserabut aku tengok!”
Hanna
Dayana mendengus.
“Mana
aku tak serabut, beb. Mamat tu tak membantu langsung! Semua perkara dia
lepaskan pada aku dan keluarga kami. Dia sedap goyang kaki. Tinggal bawa
punggung duduk atas kerusi pelamin je...” rungut Hanna Dayana.
“Alah...
Rilekslah. Benda pun dah setle, kan? Tak payah nak pening-pening lagilah.
Karang kalau kau stress, muka serabai, mahu lari laki kau!’
“Memanglah
yang lain dah setle. Cuma barang hantaran dan cincin lagi belum setle. Itu semua
kita orang kena beli sendiri. Habis kalau dia asyik mengelak aje, bila nak
setle?”
“Kau
cakap baik-baiklah dengan dia... kau terkejut dengan semua ni. Macam tu juga
dia. Jadi, korang kenalah ada kesefahaman untuk mengindahkan hubungan korang
ni...” panjang lebar Adawiyah memberi nasihat ikhlasnya itu.
Hanna
Dayana mengerling Adawiyah.
“Amboi,
gaya cakap macam dah berpengalaman je. Pernah kahwin eh Puan Adawiyah? Boleh
share petua memikat suami tak?”
“Amvoi,
amvoi, amvoi... kemain lagi eh! Kalau nak petua, bacalah novel Projek Memikat
Suami. Mesti berjaya punyalah!” balas Adawiyah bersahaja.
Pecah
tawa antara mereka. Ini kerana mereka memang pernah membava novel itu.
Pandangan pertama mereka, ada ke perempuan yang sanggup buat begitu untuk
memikat hati suaminya yang keras macam batu itu. Tetapi, dia tidak sangka pula,
kisahnya lebih kurang sama macam kisah dalam novel itu. Yang menjadi
persoalannya, sanggup atau tidak Hanna Dayana buat begitu kepada Yazid Shah?
‘Eii...! Tak sanggup mak!’
“Weh,
kau jadi pengapit aku eh?” Hanna Dayana segera menukar topik. Malas mahu memikirkan kesengalan mamat itu.
“Ish!
Tak naklah aku!” tolak Adawiyah bersungguh-sungguh.
Hanna
Dayana sudah mencebik.
“Alah...
kenapa pula? Kau kan BFF aku...”
“Sebab...
orang tua-tua pernah berkata. Kalau kita jadi pengapit untuk orang kahwin, kita
akan lambat jodoh.” Terang Adawiyah. Bukan dia tidak mahu menjadi pengapit
Hanna Dayana. Hanna Dayana itulah satu-satunya sahabat sejatinya. Cuma dia
takut jika kata orang tua-tua dulu benar lagi sahih. Mahu tangan dan
menggeletar baru dapat naik pelamin. Tak sanggup!
“Hah?
Yeke? Dulu elok aje aku jadi pengapit untuk kakak sepupu aku. Sampai tak sangka
secepat ni aku kahwin... kau ni biar betul?” tanya Hanna Dayana, curiga.
‘Tak
nak tolong, cakaplah tak nak tolong. Janganlah buat statement macam tu. Sedih
hati kawanmu ini....’
Adawiyah
menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Macam tu pulak? Apa-apa ajelah! Okeylah,
aku jadi pengapit kau. Mana tahu orang tua tu auta je lebih sebab tak nak anak
cucu dia tumpang glamour atas pemain tu...”
Tiba-tiba
sahaja tawa Hanna Dayana berderai. Adawiyah mengangkat kening.
“Apasal
kau gelak?” soal Adawiyah tidak puas hati.
“Okey-okey.
Aku rasa orang tua tu memang auta. Tapi part tumpang glamour tu aku rasa fakta!
Sebab kau memang gila glamour! Hahaha...”
“Hampeh
punya kawan!” marah Adawiyah.
MASUK
hari ini, sudah dekat sepuluh kali abah mengingatkannya untuk membeli cincin
dan barang-barang untuk dibuat hantaran. Kata abah, takkan berkahwin tanpa
cincin dan hantaran?
Hanna
Dayana yang pada awalnya menadah telinga kini tidak sanggup lagi menadah kerana
ia sikit-sikit bertukar menjadi nanah. Pedih woo...!!
Jadi,
dia sekali lagi terpaksa meringankan mulut untuk bercakap dengan Yazid Shah.
Nombor Yazid Shah di dail. Dia menunggu beberapa saat sebelum panggilannya
berjawab.
“Assalamualaikum...”
sepeti biasa Hanna Dayana membuka mukadimah dengan memberi salam.
“Waalaikumussalam...”
sepatah sahaja Yazid Shah membalas.
‘Tenang
Hanna, tenang. Mamat ni saja nak bikin hati kau panas.’ Dia bermonolog
sendirian. Cuba menenangkan hati.
“Err...
saya menganggu ke?”
Tutt...
tutt...
“Aik?
Putus??” Hanna Dayana cuba mendail sekali lagi dan tidak lama kemudian
taliannya disambut.
“Awak...
tadi ke....”
Tutt...
tutt...
Hilang
ingatan sekejap. ‘Mamat ni dah kenapa? Aku rasa nak bertukar jadi bom atom
lepas tu sumbat dalam mulut dia!’
Hanna
Dayana mendail sekali lagi dan dia mahu mengeluarkan api naga untuk memarahi
lelaki itu. Panggilannya dijawab. Cepat-cepat Hanna Dayana memuntahkan lava
sebelum talian diputuskan sekali lagi oleh Yazid Shah.
“Awak
ni dah kenapa?! Main end call pulak! Awak ingat kredit saya ni free untuk awak
sorang je ke?!” tempik Hanna Dayana. Baru puas hatinya.
Keadaan
sepi seketika. Satu saat. Dua saat. Tiga saat. Empat saat. Lima saat.
“Sudah?
Puas?” soal Yazid Shah.
“Puas
apa pulak?” soala berbalas soalan.
“Dah
puas marah abang? Sayang nak tahu kenapa abang end call?”
Senyap.
“Sebab
sayang tak ikut syarat abang...”
“Syarat
apa pulak ni? Awak jangan main-main boleh tak?”
“Hah, tulah
syarat yang sayang tak ikut. Abangkan dah tetapkan syarat. Sayang kena panggil abang,
abang. Dan abang kena panggil sayang, sayang. Dah lupa ke?”
Hanna Dayana
menepuk dahi. Macam mana dia boleh lupa. Tapi...
“Eh, buka
ke syarat tu hanya termaktub bila kita sah menjadi suami isteri. Sekarang ni siapa
yang pelupa?” hentam Hanna Dayana.
Yazid Shah
tergelak kecil. Hanna Dayana mencebik.
“Memang
betul syarat tu sah bila kita dah jadi suami isteri. Tapi abang nak sayang biasakan
daripada sekarang. Nanti tidaklah terbelit lidah depan mama papa, abah ibu...”
“Hmm, betul
jugakkan...” buat pertama kalinya Hanna Dayana bersetuju dengan pendapat Yazid Shah
jika mengikut logik akal.
“Sayang
ni comellah...” tanpa sedar meletus kata-kata itu dipendengaran telinga Hanna Dayana.
“Hah?” Hanna
Dayana terkejut dan terperanjat. Dia seperti mendengar Yazid Shah memanggilnya
comel tapi... ‘Ke aku yang tak korek telinga?’
“Err.. tak
ada apa-apalah. Ada apa call abang ni. Rindu ke?” gurau Yazid Shah.
“Yucks!
Tak ada masa nak rindu-rindu...” sangkal Hanna Dayana.
Yazid Shah
hanya ketawa sahaja. Dia langsung tidak mengambil hati dengan kata-kata Hanna Dayana.
Mereka tidak pernah bercinta, bagaimana mahu merasa rindu? Amboi, bermadah pula
dia malam-malam begini.
“Sebenarnya,
abah dah bising-bising. Dia tanya bila kita nak beli barang hantaran dan cincin.”
“Kalau begitu,
esoklah kita keluar. Lepas abang habis kerja. Esok sayang free tak?”
“Saya memang
sentiasa free. Maklumlah penanam anggur berjaya! Hahaha...” Hanna Dayana cuba bercanda.
“Ehem-ehem!
Nak abang letak call ke? Abang cakap apa tadi???” tegur Yazid Shah , serius.
“Err...
Sorry, a.... abang....”
hehe.. cptlah, mreka kahwin.. haha
ReplyDelete