Pages

Peminat Novel

Blog Page

2 Sept 2012

Bab 3: Sungguh, Aku Cinta Kamu

Dari jauh, Isfahani sudah dapat melihat lambaian sahabatnya, Qila dan Borhan di sudut tepi koridor fakultinya. Isfahani berjalan pantas ke arah mereka.
“Weh, kenapa kau tak kejut aku tadi?”
“Aku dah berpuluh kali kejut kau. Tapi, biasalah kau tu. Kejap lagilah, nantilah. Aku tak nak kena denda, jadi aku pergi dulu la. Itu yang aku kuncikan jam untuk kau..” Isfahani mencebik mendengar jawapan jujur Qila.
Borhan bersuara setelah lama menyepi. “Tapi, mujur Prof. Khalid belum masuk lagi tau! Dia ada hal sikit.”
“Fuh! Selamat aku. Dahlah, jom masuk” Isfahani berjalan masuk ke dewan kuliah.


Selang 10 minit, keadaan bilik yang bising mula sunyi sepi apabila melihat kelibat seseorang lelaki masuk ke dalam dewan kuliah. Wajah pemuda itu sedikit menunduk menyukarkan Isfahani melihat wajah lelaki itu.
“Mamat mana pulak ni?” bisik Borhan di telinga Isfahani.
Lecturer baru kot?” soal Qila. Isfahani hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.
Gulp! Isfahani terkedu apabila lelaki itu mengangkat wajahnya. “Alamak! Ni mamat yang aku langgar tadi. Dia lecturer baru ke? Matilah aku….” Bisiknya seorang diri.
Qila mencuit bahu Isfahani. “Eh, kau cakap apa? Aku tak dengarlah…”
“Eh! Ha, tak ada apa-apa…” Mana aku nak sorok muka ni. Janganlah dia perasan aku.
“Assalamualaikum, semua... Saya pelajar baru dekat sini. Nama saya Haikal Asyraf Dato Mahmud. Boleh saya berkenalan dengan kamu semua? Bermula dengan awak...” Haikal menunding jari ke arah Isfahani sambil tersenyum lebar.
Kesemua pelajar memandangnya. Alamak! Aku ke? Masak-masak. Isfahani menoleh ke kanan dan ke kiri sebelum berdiri. Dia hanya tersembung sumbing apabila Haikal memandangnya tanpa kelip. Belum sempat Isfahani memperkenalkan diri, Haikal berkata “Eh, bukan ke awak yang langgar saya tadi? What a suprises... Tak sangka jumpa awak dekat sini..” Haikal tersenyum sinis memandang Isfahani.
Eh! Mamat ni. Sengaja nak malukan akulah tu. “Err... err....” tergagap-gagap Isfahani cuba menjawab pertanyaan Haikal. Serentak,Qila dan Borhan mencucuk pinggang Isfahani menyebabkannya menjerit kuat, “Ha’ah!” Dengan pantas Isfahani menutup mulutnya apabila pelajar di situ mentertawakannya. Tidak terkecuali beruk dua ekor ni. Nantilah korang! Malukan aku ye. Isfahani menjeling tajam Qila dan Borhan membuatkan masing-masing terus berhenti ketawa.
Apabila keadaan sedikit reda, Isfahani mula memperkenalkan diri. “Err... Nama saya Isfahani Khalisah binti Tajudin. Boleh panggil saya Is aje. Berusia 22 tahun. Alamat rumah, err... Eh, nak kena bagitahu jugak ke?” soalnya terpinga-pinga. Apa punya soalan ni weh! Kenapa dengan mamat ni lidah kau jadi kelu hah?
“Cik Is aje, boleh jugak kalau awak nak bagitahu alamat awak. Senang sikit kalau saya nak masuk meminang..” Isfahani mencebik. Dia menunjukkan penumbuk ke arah Haikal.
“Bukan Is aje. Is, Is, Is....” nada Isfahani sedikit meninggi.
“Baiklah cik Is, Is, Is..” Isfahani mengecilkan matanya apabila Haikal mempermainkan kata-katanya. Geramnya aku dengan mamat ni! Tunggulah nanti, taulah aku nak balas macam mana. Ini Isfahani lah!
Belum sempat Isfahani membalas kata-kata Haikal, Isfahani terdengar suara orang berdeham. Prof. Khalid! Isfahani pantas duduk dan mengeluarkan buku ekonominya. Haikal meluru pantas ke kerusinya atau erti kata lain dibelakang Isfahani. Sengaja dia duduk disitu. Haikal mula fokus kepada Prof. Khalid yang sedang mengajar dihadapan.

SELEPAS kelas dengan Prof. Khalid selesai, Isfahani, Qila dan Borhan bergegas meninggalkan dewan kuliah. Isfahani tidak mahu melayan Haikal yang sewel! Tetapi, sangkaannya meleset kerana Haikal terus mengejar mereka.
“Cik Is, Is, Is.... Tunggulah sekejap...” panggil Haikal sedikit mengah.
Ya Allah! Mamat ni. Ada kena hempuk dengan buku aku karang. “Is lah. Is!” jerit isfahani geram.
“Amboi, garangnya cik Is, Is, Is kita ni...” Haikal masih lagi bermain-main dengan namanya. Qila dan Borhan sudah menyimpul senyum. Geli hati melihat Isfahani dipermainkan. Selalu Isfahani jaguh menyakat orang. Kali ni, rasakan!
“Kau ni kan... Dah la budak baru. Lepas tu sengaja nak cari pasal dengan aku kan? Kau belum kenal lagi aku siapa...” Isfahani merenung tajam wajah Haikal. Geram sungguh! Berani betul mamat ni main-main dengan aku.
“Eh, apa pulak tak kenal? Baru aje tadi kita berkenalan. Awak cik Is, Is, Is kan?” Haikal masih mengusik. Sengaja!
Isfahani sudah mula melipat lengan bajunya. Marah sangat dah tu. Borhan pantas mencelah. Tak sanggup kalau Isfahani mengamuk. Perempuan ni kalau dah mengamuk, memang tak ingat perasaan malu. “Maaflah bro, angin dia tak berapa baik. Kita orang gerak dululah...” Borhan mencuit Qila menyuruh Qila menarik Isfahani yang tengah memandang Haikal tanpa kelip.
Haikal hanya melihat Isfahani berlalu meninggalkannya. Plan A selesai. Plan B pulak! Haikal pun terus berlalu meninggalkan tempat perbalahan antara mereka sambil menyanyi riang.

MEREKA menuju ke cafe  untuk mengisi perut yang mula berkeroncong. Isfahani menghempas begnya di atas meja. Qila dan Borhan terkejut dengan perbuatan Isfahani. Malu weh! Pasti itu yang terdetik di hati masing-masing.
“Aku bengang gila dengan mamat tu. Ada dia main-main dengan nama aku. Dia ingat dia siapa.” Isfahani mengempal penumbuk. Membayangkan dirinya sedang menumbuk muka Haikal. Padan muka!
Rileks la wei. Kau ni pun kalau nak mengamuk, agak-agak la.. Dekat cafĂ© kot...” Qila cuba menenangkan hati Isfahani yang tengah membara. Itulah sahabat sejati beb!
“Tapi kan, macam mana mamat tu bole sesat kat sini ek? Pelajar baru pulak tu? Bukan ada prosudernya ke?” soal Borhan kehairanan.
“Ala... Dia anak orang kaya. Biasalah tu. Buat hal dekat kolej lain, pindah kolej lain. Dia ingat dia ada share kat kolej ni agaknya...” balas Isfahani geram.
“Tapi dia handsome lah, Is... Tergoda aku tengok..” Qila membuat muka gatalnya. Aku dah agak dah si Qila ni.
Isfahani pantas mencubit tangan Qila. “Kau ni memang gatal eh? Mamat yang kau baru tangkap cintan dua hari lepas macam mana? Takde pendirian betullah!” marah Isfahani.
“Ouch! Sakitlah, Is...” Qila menggosok tangannya. Perit! “Aku main-main ajelah. Aku dah tak pandang mamat lain dah. Aku nak mamat tu jugak. Nati aku tunjuk dekat kau...” Qila mula berbasa-basi.
“Siapa Qila? Kau tak bagitahu aku pun...” suara Borhan seakan merajuk.
“Nanti aku tunjuk dekat korang...”
“Eii, dah la.. Jom kita makan. Tak fasal-fasal korang yang kena makan dengan aku nanti.” Isfahani pantas menuju ke tempat nasi campur. Tapi dalam fikirannya masih lagi Haikal. Tunggulah! Ada lori, ada bas.. Ada hari, aku balas!

5 comments:

  1. Replies
    1. Terima Kasih Pena Tumpoi. Saya pun masih berlajar. Kalau ada yang kurang tu, tegur2 la ye..hehe. InsyaAllah nanti sy update. Tapi awak bc tw.hee

      Delete
  2. dah bace... jom try kat sini lakkk ----> http://annawafie.blogspot.com/2012/09/cinta-itu-milik-aku-2.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mana? okey tak? heee..ok2..sy terjah awak pnye lak..hee

      Delete
  3. wah! lawak btol si is ni...plan ape la ek si haikal ni...

    ReplyDelete

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,