“KAU
ORANG berdua pergi mana hah? Tak patut betullah. Hari ni first
day aku kerja dekat sini. Aku sampai aje
bos tak ada. Bukan kata bos, asisstant dia pun hilang. Dari pagi tadi
keluar baru balik. Kau orang ni pergi meeting
ke dating?” sindir Fendi sinis.
“Rilekslah. Aku... aku...
kita orang memang ada meeting.
Betulkan Yana?” soal Zarith tergagap-gagap kepada kepada Yana yang kelihatannya
seperti berkhayal memandang Fendi. Minah
ni pantang nampak lelaki handsome.
Mulalah nak berangan. Tapi aku lagi handsome
dari Fendi. Tak ada pun dia nak pandang aku macam ni. Apa aku melalut ni? Dia
tak pandang aku lagi bagus. Buat sesak otak aje.
Zarith menyiku lengan
Yana apabila melihat Yana masih lagi berada di dalam dunianya sendiri. Minah ni tak pandai cover line langsunglah! Marah hatinya.
“Eh! Ha betul, betul. Kita orang pergi dating. Eh meeting...!”
Yana sudah mula melatah.
Zarith menahan rasa
geram. Boleh pulak kau melatah, bebel
hatinya.
“Betul ke ni?” soal
Fendi.
“Betul!” balas Zarith dan
Yana serentak kemudian mereka saling berpandangan. Mungkin terkejut kerana
mereka menjawab jawapan yang sama.
“Okey, aku percaya cakap
Yana tapi bukan cakap kau Zarith. Sekarang pergi sambung kerja..” kata Fendi.
Yana dan Zarith segera
mengangguk namun anggukan Zarith terhenti. “Eh,
siapa bos ni?” soal Zarith.
“Kau...!” Yana dan Fendi
pula membalas serentak.
Mendengar perkataan ‘kau’
dari mulut Yana membuatkan Zarith mencerlung tajam ke arahnya. Yana kelihatan terkulat-kulat
menyedari kesilapannya.
“Tuan...” balas Yana
perlahan namun jelas di pendengaran telinga Zarith. Zarith hanya tersenyum
sinis.
“Fendi, welcome to Zarith Holdings. Kerja betul-betul. Jangan nak curi tulang dan
jangan nak mengatal dengan anak dara orang. Faham?” soal Zarith. Yana
mengerling sekilas wajah Zarith. Macam sama je
dengan ‘Perjanjian Sulit’ aku tu. Tapi aku tak dibenarkan mengurat dia. Eleyh. Aku pun tak inginlah, bebel
hatinya.
“Yana, buat dua cofee macam biasa. Satu untuk Encik
Fendi satu lagi untuk saya.” arahan Zarith menghentikan bebelan hatinya. Yana
terus berlalu meninggalkan tuan-tuannya yang semakin rancak berbual. Mungkin berbual
mengenai hal syarikat.
“ENCIK
FENDI, cofee services...”
kata Yana ceria. Yana kelihatan lebih selesa dengan Fendi berbanding Zarith.
“Thank you...” Fendi tersenyum sambil menyambut huluran secawan kopi
itu. Aromanya menusuk hidung.
“Minumlah. Saya keluar
dulu...” Yana tersenyum manis kepada Fendi.
“Wait, wait. Duduk dulu. Kita berkenalan dulu..” ujar Fendi
menghentikan langkah Yana. Yana kembali berdiri di hadapan Fendi.
“Duduk dulu..” arah
Fendi. Yana hanya menurut. Dia duduk berhadapan dengan Fendi. Sejuk sikit hati
ni tengok muka tenang Encik Fendi. Tak macam mamat tu. Garang macam hulk. Nasib baik tak bertukar hijau. Jadilah
Zarith Hulk. He he he. Hatinya tertawa
sendirian membayangkan wajah Zarith bertukar menjadi Hulk.
“Senyum, senyum. Ingat orang
dekat ke?” soal Fendi tiba-tiba.
Yana kelihatan
terpinga-pinga. “Orang dekat?”
“Ha’ah. Orang dekat.” balas
Fendi bersahaja.
“Siapa?”
“Sayalah”
“Encik Fendi?”
“Yup!”
“Buat apalah saya nak
ingat dekat Encik Fendi. Encik Fendi depan mata saya. Tunggulah balik rumah
nanti, baru saya ingat dekat Encik Fendi..” seloroh Yana.
“Ha ha ha... Awak ni memang pandai buat kelakar. Saya suka awak..”
“Suka?”
“Yup, suka.”
“Ha ha ha.. Encik Fendi pun pandai melawak..”
“Nope! Saya serius..” muka Fendi bertukar serius membuatkan Yana
gelisah mahu berada lebih lama di dalam bilik Fendi.
“Err... Encik Fendi
minumlah air tu. Saya keluar dulu.” Yana segera memboloskan dirinya daripada Fendi.
Fuh! Buaya darat nak menjerat mangsa.
Yana segera ke bilik Zarith.
ZARITH ke hulur, ke hilir
di dalam biliknya. Hatinya resah. Kenapa Yana tak hantar air untuk aku lagi ni.
Dah dua puluh minit aku tunggu dia. Pengsan ke apa budak ni?
Dia berbual dengan Fendi
dulu ke? Apa yang dia orang bualkan ek?
Mengumpat aku? Berkenalan? Bercinta? Fendi ajak kahwin? Ya ALLAH! Apa yang aku
fikirkan ni. Takkan aku cemburu kot? Tapi pandangan Fendi terhadap Yana macam
serius je. Mamat tu jatuh cinta dekat Yana ke? Aku merepek apa lagi ni, marah
hatinya. Dia merengus kuat.
Ketukan di pintu
membuatkan dia kelam kabut kembali ke kerusi empuknya. Selepas keadaan sedikit
tenang, dia memberi arahan masuk. Kelihatan Yana membawa dulang yang berisi
secawan kopi dan kuih koci kegemarannya.
Sejak bila dia menggemari
kuih itu, tidak pula dia tahu. Yana sering membawa kuih-muih untuk diberikan
kepadanya. Sudah puas dia menolak, namun Yana berkeras. Akhirnya dia mengalah
dan sekarang semua kuih itu menjadi kegemarannya. Dia tersenyum sendirian.
“Tuan... saya bawakan
kuih kegemaran tuan ni..” kata Yana sambil menyusun cawan dan pinggan itu di
atas meja bulat.
Zarith berjalan perlahan
menuju ke arah Yana. Dia memerhati Yana dari atas hingga bawah. Yana yang menyedari
dirinya diperhatikan segera menoleh. Dia hanya tersenyum tanpa memikirkan
apa-apa.
“Minumlah...” pelawa
Yana. Zarith segera melabuhkan punggung di kerusi. Dia menghirup air itu. Memang
sedap. Dulu dia sengaja mengutuk air Yana tidak sedap kerana tidak mahu Yana
berkerja di syarikatnya. Namun kini, air itu tidak pernah lari darinya. Sehari tidak
minum air itu, membutakan dia gelisah seperti kehilangan sesuatu. Gilakah dia?
“Duduklah dulu..” ajak
Zarith.
“Hah? Duduk?” soal Yana.
Zarith hanya
menganggukkan kepala. Yana hanya menurut. Dia turut melabuhkan punggung
bersebelahan Zarith.
Zarith melihat Yana tanpa
kelip. Yana kelihatan gelisah. Apahal pulak
mamat ni. Semacam aje aku tengok.
Tadi Encik Fendi, sekarang dia pulak.
“Kau ni baik jugakkan?”
soalan Zarith membuatkan Yana tersedak akibat tercekik air liur sendiri.
“Uhuk! Uhuk!”
“Eh, kau okey tak?” soal Zarith cemas.
“Saya okey, saya okey...”
“Baru puji sikit, dah
kembang setaman..” perli Zarith. Yana hanya mencebik.
“Aku betul-betul mintak
maaf pasal hal pagi tadi..” kata Zarith mengingati kejadian pagi tadi.
“Tak apa tuan. Saya dah maafkan
. Ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam..!” Yana cuba berseloroh tetapi
hampa kerana muka Zarith tiba-tiba sahaja bertukar keruh.
“Tuan... tuan.. kenapa
ni?” soal Yana.
“Kau nak tahu pasal Lisa?”
soal Zarith. Lisa? Lisa itu wanita yang mamat
ni cakap pagi tadikan? Yana memandang hairan wajah Zarith. Kenapa secara
tiba-tiba Zarith bersikap baik hati mahu bercerita perihal kekasih hatinya itu.
“Kau nak tahu tak?” soal
Zarith sekali lagi. Yana hanya kaku memandang Zarith. Mengangguk tidak,
menggeleng pun tidak. Tidak tahu mahu memberi reaksi bagaimana. Kedengaran keluhan
panjang dari Zarith.
sambung lagii...:D
ReplyDeleteNak lg please......
ReplyDeleteNak lagiiii :)
ReplyDeleteZarith dah pandai luahkan perasaan pada Yana.Ini sudah bagus. Please cepat sambung ceriter boleh tak?
ReplyDelete