Pages

Peminat Novel

Blog Page

2 Nov 2012

Bab 17: Dia Yang Ku Cinta


“KAU ORANG berdua pergi mana hah? Tak patut betullah. Hari ni  first day aku kerja dekat sini. Aku sampai aje bos tak ada. Bukan kata bos, asisstant dia pun hilang. Dari pagi tadi keluar baru balik. Kau orang ni pergi meeting ke dating?” sindir Fendi sinis.
“Rilekslah. Aku... aku... kita orang memang ada meeting. Betulkan Yana?” soal Zarith tergagap-gagap kepada kepada Yana yang kelihatannya seperti berkhayal memandang Fendi. Minah ni pantang nampak lelaki handsome. Mulalah nak berangan. Tapi aku lagi handsome dari Fendi. Tak ada pun dia nak pandang aku macam ni. Apa aku melalut ni? Dia tak pandang aku lagi bagus. Buat sesak otak aje.
Zarith menyiku lengan Yana apabila melihat Yana masih lagi berada di dalam dunianya sendiri. Minah ni tak pandai cover line langsunglah! Marah hatinya.
Eh! Ha betul, betul. Kita orang pergi dating. Eh meeting...!” Yana sudah mula melatah.
Zarith menahan rasa geram. Boleh pulak kau melatah, bebel hatinya.
“Betul ke ni?” soal Fendi.
“Betul!” balas Zarith dan Yana serentak kemudian mereka saling berpandangan. Mungkin terkejut kerana mereka menjawab jawapan yang sama.
“Okey, aku percaya cakap Yana tapi bukan cakap kau Zarith. Sekarang pergi sambung kerja..” kata Fendi.
Yana dan Zarith segera mengangguk namun anggukan Zarith terhenti. “Eh, siapa bos ni?” soal Zarith.
“Kau...!” Yana dan Fendi pula membalas serentak.
Mendengar perkataan ‘kau’ dari mulut Yana membuatkan Zarith mencerlung tajam ke arahnya. Yana kelihatan terkulat-kulat menyedari kesilapannya.
“Tuan...” balas Yana perlahan namun jelas di pendengaran telinga Zarith. Zarith hanya tersenyum sinis.
“Fendi, welcome to Zarith Holdings.  Kerja betul-betul. Jangan nak curi tulang dan jangan nak mengatal dengan anak dara orang. Faham?” soal Zarith. Yana mengerling sekilas wajah Zarith. Macam sama je dengan ‘Perjanjian Sulit’ aku tu. Tapi aku tak dibenarkan mengurat dia. Eleyh. Aku pun tak inginlah, bebel hatinya.
“Yana, buat dua cofee macam biasa. Satu untuk Encik Fendi satu lagi untuk saya.” arahan Zarith menghentikan bebelan hatinya. Yana terus berlalu meninggalkan tuan-tuannya yang semakin rancak berbual. Mungkin berbual mengenai hal syarikat.

“ENCIK FENDI, cofee services...” kata Yana ceria. Yana kelihatan lebih selesa dengan Fendi berbanding Zarith.
Thank you...” Fendi tersenyum sambil menyambut huluran secawan kopi itu. Aromanya menusuk hidung.
“Minumlah. Saya keluar dulu...” Yana tersenyum manis kepada Fendi.
Wait, wait. Duduk dulu. Kita berkenalan dulu..” ujar Fendi menghentikan langkah Yana. Yana kembali berdiri di hadapan Fendi.
“Duduk dulu..” arah Fendi. Yana hanya menurut. Dia duduk berhadapan dengan Fendi. Sejuk sikit hati ni tengok muka tenang Encik Fendi. Tak macam mamat tu. Garang macam hulk. Nasib baik tak bertukar hijau. Jadilah Zarith Hulk. He he he. Hatinya tertawa sendirian membayangkan wajah Zarith bertukar menjadi Hulk.
“Senyum, senyum. Ingat orang dekat ke?” soal Fendi tiba-tiba.
Yana kelihatan terpinga-pinga. “Orang dekat?”
“Ha’ah. Orang dekat.” balas Fendi bersahaja.
“Siapa?”
“Sayalah”
“Encik Fendi?”
“Yup!”
“Buat apalah saya nak ingat dekat Encik Fendi. Encik Fendi depan mata saya. Tunggulah balik rumah nanti, baru saya ingat dekat Encik Fendi..” seloroh Yana.
Ha ha ha... Awak ni memang pandai buat kelakar. Saya suka awak..”
“Suka?”
Yup, suka.”
Ha ha ha.. Encik Fendi pun pandai melawak..”
Nope! Saya serius..” muka Fendi bertukar serius membuatkan Yana gelisah mahu berada lebih lama di dalam bilik Fendi.
“Err... Encik Fendi minumlah air tu. Saya keluar dulu.” Yana segera memboloskan dirinya daripada Fendi. Fuh! Buaya darat nak menjerat mangsa. Yana segera ke bilik Zarith.

ZARITH ke hulur, ke hilir di dalam biliknya. Hatinya resah. Kenapa Yana tak hantar air untuk aku lagi ni. Dah dua puluh minit aku tunggu dia. Pengsan ke apa budak ni?
Dia berbual dengan Fendi dulu ke? Apa yang dia orang bualkan ek? Mengumpat aku? Berkenalan? Bercinta? Fendi ajak kahwin? Ya ALLAH! Apa yang aku fikirkan ni. Takkan aku cemburu kot? Tapi pandangan Fendi terhadap Yana macam serius je. Mamat tu jatuh cinta dekat Yana ke? Aku merepek apa lagi ni, marah hatinya. Dia merengus kuat.
Ketukan di pintu membuatkan dia kelam kabut kembali ke kerusi empuknya. Selepas keadaan sedikit tenang, dia memberi arahan masuk. Kelihatan Yana membawa dulang yang berisi secawan kopi dan kuih koci kegemarannya.
Sejak bila dia menggemari kuih itu, tidak pula dia tahu. Yana sering membawa kuih-muih untuk diberikan kepadanya. Sudah puas dia menolak, namun Yana berkeras. Akhirnya dia mengalah dan sekarang semua kuih itu menjadi kegemarannya. Dia tersenyum sendirian.
“Tuan... saya bawakan kuih kegemaran tuan ni..” kata Yana sambil menyusun cawan dan pinggan itu di atas meja bulat.
Zarith berjalan perlahan menuju ke arah Yana. Dia memerhati Yana dari atas hingga bawah. Yana yang menyedari dirinya diperhatikan segera menoleh. Dia hanya tersenyum tanpa memikirkan apa-apa.
“Minumlah...” pelawa Yana. Zarith segera melabuhkan punggung di kerusi. Dia menghirup air itu. Memang sedap. Dulu dia sengaja mengutuk air Yana tidak sedap kerana tidak mahu Yana berkerja di syarikatnya. Namun kini, air itu tidak pernah lari darinya. Sehari tidak minum air itu, membutakan dia gelisah seperti kehilangan sesuatu. Gilakah dia?
“Duduklah dulu..” ajak Zarith.
“Hah? Duduk?” soal Yana.
Zarith hanya menganggukkan kepala. Yana hanya menurut. Dia turut melabuhkan punggung bersebelahan Zarith.
Zarith melihat Yana tanpa kelip. Yana kelihatan gelisah. Apahal pulak mamat ni. Semacam aje aku tengok. Tadi Encik Fendi, sekarang dia pulak.
“Kau ni baik jugakkan?” soalan Zarith membuatkan Yana tersedak akibat tercekik air liur sendiri.
“Uhuk! Uhuk!”
Eh, kau okey tak?” soal Zarith cemas.
“Saya okey, saya okey...”
“Baru puji sikit, dah kembang setaman..” perli Zarith. Yana hanya mencebik.
“Aku betul-betul mintak maaf pasal hal pagi tadi..” kata Zarith mengingati kejadian pagi tadi.
“Tak apa tuan. Saya dah maafkan . Ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam..!” Yana cuba berseloroh tetapi hampa kerana muka Zarith tiba-tiba sahaja bertukar keruh.
“Tuan... tuan.. kenapa ni?” soal Yana.
“Kau nak tahu pasal Lisa?” soal Zarith. Lisa? Lisa itu wanita yang mamat ni cakap pagi tadikan? Yana memandang hairan wajah Zarith. Kenapa secara tiba-tiba Zarith bersikap baik hati mahu bercerita perihal kekasih hatinya itu.
“Kau nak tahu tak?” soal Zarith sekali lagi. Yana hanya kaku memandang Zarith. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Tidak tahu mahu memberi reaksi bagaimana. Kedengaran keluhan panjang dari Zarith.

4 comments:

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,