Pages

Peminat Novel

Blog Page

27 Jan 2013

Bab 9: Pelangi Cinta (Hanna Dayana & Yazid Shah)



AWAL pagi lagi Hanna Dayana sudah bergayut di telefon.Dia menghubungi Abang Longnya, Hakimi yang kini sudah menetap di Melaka. Hanna Dayana mengadu mengenai cadangan abah mahu mengahwinkannya dengan kenalan kawan abah. Hanna Dayana mengharap sangat Abang Long akan membantah dan membantunya menentang perkahwinan ini. Tetapi, lain pula jawapan Abang Long.
“Abang Long tak rasa pilihan abah dan ibu itu salah.Abah buat macam tu pun demi kebaikan Hanna juga.Restu.Restu itu penting dalam sesebuah hubungan. Kalau Hanna cintakan lelaki lain tetapi abah dan ibu tak restu macam mana? Hanna tidak boleh berkahwin dengan lelaki pilihan Hanna tu. Derhaka namanya. Abang Long rasa cadangan abah tu bagus dan Abang Long setuju sangat...” panjang lebar Hakimi menerangkan situasi supaya adiknya faham kenapa abah berbuat begitu.
Hanna Dayana mencebik.‘Tak sokong adik betullah, Abang Long ni!’
“Tapi Abang Long...Hanna tak kenal dialah.Nak cinta apatah lagi.Macam mana nak bahagia?”
Hakimi ketawa kecil.
“Hanna... Bahagia akan hadir kalau Hanna ikhlas terima dia sebagai suami. Memang perasaan tak boleh dipaksa. Tapi kalau Hanna semai dengan benih yang betul, pasti akan tumbuh segar.”
Hanna Dayana diam. Cuba mentafsir kata-kata Abang Long.
“Siapa nama lelaki yang bertuah tu?” tanya Hakimi.
“Yazid...” balas Hanna Dayana sepatah. ‘Suka-suki aje kata lelaki bertuah. Abang Long tahu tak adikmu sudah tiada tuah sejak berkenalan dengan mamat tak cukup akal tu?’
“Yazid... Hmm... Kalau Hanna terima Yazid. InsyaAllah, Allah akan bukakan pintu bahagia buat Hanna dan Yazid. Yang penting, kena ikhlas.Ingat cakap Abang Long ni.”
“Lagi pula, bercinta selepas berkahwin lebih afdal tau!” sambung Hakimi lagi.
Hanna Dayana menjelir lidah.‘Lebih afdal konon!Habis Abang Long bercinta dulu baru kahwin afdal sangat ke?’
“Dengar tak apa Abang Long cakap ni?” tegur Hakimi di talian.
“Hmm...” sahut Hanna Dayana malas.
“Terima aje.Okey?”
“Tapi...” rengek Hanna Dayana. Dia mengharap sangat Abang Long akan sama-sama membantu menentang keputusan abah. Tapi...
“Tapi apanya lagi?” soal Hakimi sedikit keras.
“Hanna belum puas bermanja dengan abah dan ibu.Lagipun Hanna baru aje habis sekolah.Hanna nak juga merasa bekerja, merasa pegang duit sendiri.”
“Dah kahwin pun bukan tak boleh bermanja dengan abah dan ibu.Lagipun Hanna dah dua puluh tahun.Umur macam ni dah sesuai sangat berkahwin.”
“Abang Long... Hanna masak belum pandai.Mengemas rumah tak tahu. Hanna cuma tahu tidur aje..Macam mana nak jadi isteri orang?”Hanna memberi alasan yang pada fikirannya alasan itu sangat logik.
“Kalau dah tak tahu tu, kenalah belajar.Bukan duduk rumah goyang kaki. Sepatutnya Hanna dah boleh bantu ibu memasak atau mengemas rumah. Sampai bila nak harapkan ibu aje?Ibu tu dah tua. Hanna tak kesian tengok ibu ke?” kata Hakimi dalam masa yang sama cuba memujuk adik bongsunya itu.
“Kesian tu memang kesian. Tapi.....” Hanna masih lagi cuba memberi alasan namun cepat dipintas oleh Hakimi.
“Sudah-sudah.Jangan nak tapi-tapi lagi. Kalau Hanna sayangkan abah, ibu, Abang Long dan Kak Ngah, Hanna terima cadangan abah ni. Tindakan abah menjodohkan Hanna dengan Yazid itu satu keputusan yang baik. Biar Si Yazid tu kontrol Hanna sikit. Manja tak bertempat. Mengalahkan budak-budak...” bebel Hakimi di talian.
Telinga Hanna Dayana ketika ini sudah terasa membengkak dengan kutukan dan bebelan Abang Longnya. Dia segera mencelah, “Sudahlah! Abang Long ni membebel aje. Patutlah cepat tua! Tak membantu langsung.Hanna nak skype dengan Kak Ngahlah.Mana tahu Kak Ngah boleh tolong Hanna.”
“Merajuklah tu. Abang Long rasa jawapan Kak Ngah sama dengan jawapan Abang Long. Percayalah... Kirim salam abah dan ibu. Ada masa Abang Long telefon lagi..”
“OMG! Siapa yang telefon siapa ni?” perli Hanna Dayana.
Terdengar Hakimi menepuk dahi.
“Alamak! Sorry... Terima kasih kerana sudi menelfon Abang Long... Assalamualaikum...” Hakimi mengakhiri perbualan mereka dengan memberi salam.
“Waalaikummussalam...” jawab Hanna Dayana seraya memutuskan talian dan mencampak telefon bimbit jenama Samsung itu di atas katil.
Kemudian, dia berlalu ke meja yang menempatkan komputer riba yang juga berjenama Samsung.Dia amat menggemari barangan berjenama Samsung itu.Jika boleh, dia mahu kesemua peralatan di dalam rumah ini menggunakan jenama terkemuka itu.Hanna Dayana tersenyum sendirian memikirkan impiannya itu.
Punat ‘on’ ditekan.Dia menunggu beberapa saat sebelum mengaktifkan wi-fi dan membuka laman sesawang Skype. User ID dan kata laluan dimasukkan sebelum nama Kak Ngahnya, Nadira dicari.
‘Kak Ngahnya sedang online.Pasti sedang berskype sakan dengan lelaki-lelaki senegaranya.’ Hanna Dayana mencebik bibir.
Video call ditekan.Dia menunggu beberapa saat sebelum panggilan video callnya dijawab.Muncul wajah Kak Ngah disebalik skrin komputer riba itu.Berseri-seri wajah Kak Ngah yang belajar jauh diperantauan itu. ‘Duduk negara omputih, makin putih pula wajah Kak Ngah...’ katanya di dalam hati.
“Assalammualaikum, Kak Ngah...” sapa Hanna Dayana ceria.
“Waalaikummussalam, Hanna. Rindunya Kak Ngah dengan Hanna!” balas Nadira juga ceria.
“Eleh!Rindu konon.Kalau rindu, kenapa tak telefon?”
“Bukan Kak Ngah tak nak telefon. Tapi Kak Ngah sibuk sikit dua, tiga bulan ni. Banyak assignment nak kena submit hujung bulan ni.” Terang Nadira yang mengambil jurusan kedoktoran ini.
“Abah dan ibu mana? Dia orang sihat?” tanya Nadira.
Memuncung Hanna Dayana apabila Nadira bertanya mengenai abah dan ibunya.
“Kak Ngah...”
“Kenapa ni?” tanya Nadira sedikit pelik.
Suasana sepi seketika.Nadira menjadi semakin tidak sabar apabila adiknya terus mendiamkan diri.
“Cakaplah.Kenapa? Jangan diam aje...”
Hanna Dayana menghembus nafas.
“Hanna kena kahwin...” balas Hanna Dayana tiada perasaan.
“Hah?!Hanna nak kahwin?” terjerit kecil Nadira mendengar kata-kata Hanna Dayana.
“Ish! Kak Ngah ni. Pekak ke?Duduk bertahun-tahun dekat negara omputih tu sampai salji masuk telinga!” marah Hanna Dayana.
“Habis tu?” soal Nadira perlahan.
“Hanna kata Hanna kena kahwin, bukan nak kahwin...” jelas Hanna.Sengaja dia menekankan perkataan kena itu.Biar Kak Ngah faham sikit.
Seketika terdengar hambur ketawa Kak Ngah.Semakin mendidih hati Hanna Dayana.‘Orang serius.Dia boleh gelak-gelak pula!’
“Kak Ngah!” jerit Hanna Dayana tidak puas hati.
“Sorry-sorry.Kak Ngah cuma pelik. Siapa yang nakkan Hanna yang pemalas ni?” kata Nadira sebelum dia menghamburkan tawanya lagi. Lucu apabila Hanna Dayana memberitahu yang dia kena kahwin. Siapakah lelaki malang itu?
Bibir Hanna Dayana memuncung. ‘Kalaulah Kak Ngah depan mata, aku dah baling bantal dekat muka Kak Ngah.’
“Hanna cakap betul-betullah!”
Nadira menghabiskan sisa tawanya sebelum berkata, “Siapa lelaki tu? Kak Ngah kenal ke?” tanya Nadira mula serius. Dia memang geli hati dengan kata-kata adiknya namun perkara ini tidak boleh dibuat main-main. Kerana ini melibatkan maruah keluarga dan perasaan sendiri!
Hanna Dayana menggeleng.
“Kak Ngah tak kenal.Ini anak kawan abah.Dah lama tak jumpa. Baru dua, tiga hari jumpa dah suruh Hanna kahwin dengan anak kawan abah tu. Hanna tak naklah, Kak Ngah...” renggek Hanna Dayana.
Keadaan sepi seketika. Nadira cuba memikirkan jalan penyelesaian adiknya itu namun dia menemui jalan buntu.
“Sorry, my dear. Kak Ngah tak boleh bantu. Hanna sendiri tahu perangai abah macam mana, kan?” tolak Nadira. Bukan dia tidak mahu membantu adiknya tetapi keputusan yang telah dibuat oleh abah jangan sesekali mahu membantah. Buruk padahnya nanti.
Nadira masih ingat lagi sewaktu dia di tingkatan tiga. Ketika itu, keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) nya mendapat keputusan cemerlang. Abah menyuruhnya memohon Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tetapi dia berdegil. Kerana terlalu mengikut kawan, dia telah memohon Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional di Johor Bahru.
Nasibnya baik apabila dia diterima di Sekolah Menengah Teknik (ERT) Azizah di Johor Bahru. Tetapi, apabila abah mengetahui dia tidak memohon MRSM seperti yang disarankan oleh abah, dia terus tidak dibenarkan belajar di mana-mana sekolah berasrama. Berhari-hari juga dia cuba memujuk abah supaya membenarkannya belajar di Sekolah Menengah Teknik Azizah. Tetapi keputusan abah tetap muktamad. Abah kata, sekarang pun sudah pandai ingkar cakap abah, macam mana dah dewasa nanti? Abah kata lagi, mungkin Nadira sudah tidak memerlukan abah dan ibu. Buatlah apa saja yang Nadira hendak buat. Selepas itu, hubungannya dengan abah menjadi renggang. Dia nekad mahu memujuk abah dan berjanji akan mendengar segala kata-kata abah. Abah kata, abah buat begitu demi masa depannya. Abah mahu lihat dia berjaya. Dia berjanji bersungguh-sungguh dengan abah yang dia tidak akan sesekali membantah cakap abah dan akhirnya hubungan mereka kembali mesra.
Semenjak kejadian itu, dia tidak lagi melawan atau membantah cakap abah. Memang tidak akan tenteram hidupnya diselubungi dengan perasaan bersalah.
“Tapi Kak Ngah....” renggekkan Hanna Dayana mematikan ingatan pahit itu.
“Kak Ngah tak beranilah. Hanna pun jangan cuba-cuba ingkar kata-kata abah. Kak Ngah tak nak Hanna jadi macam Kak Ngah. Faham?” Terang Nadira.
“Tak apa! Tak nak tolong, tak apa. Kak Ngah dengan Abang Long sama aje. Memang tak sayangkan Hanna! Tahulah Hanna nak buat apa nanti. Hanna nak suruh abah carikan suami untuk Kak Ngah juga. Baru adil, kan?” kata Hanna Dayana geram seraya menekan butang end video call sebelum sempat Nadira membalas apa-apa.
‘Arrghh!!’ Hanna Dayana menjerit lagi.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,