Pages

Peminat Novel

Blog Page

30 Nov 2012

Bab 21: Dia Yang Ku Cinta


MALAM itu, Zarith masih berada di pejabatnya. Dia buntu memikirkan kesudahan hubungannya bersama Lisa.
Sebelum Lisa muncul, hari-hari dia berharap Lisa akan datang dan memeluknya memohon maaf kerana meninggalkan dirinya begitu lama. Dan Lisa kembali kerana ingin menjadi permaisuri hatinya.
Namun, kini bila Lisa kembali, hatinya menjadi tidak senang. Benci dia melihat wajah itu. Wajah yang pernah mendapat tempat di hatinya.
Dia buntu memikirkan perasaannya. Tetapi yang pasti, dia lebih mementingkan perasaan Yana daripada perasaan Lisa. Entah kenapa, dia menjadi tidak keruan apabila Yana sudah melihat Lisa dihadapan matanya.
Serasa ingin pergi berjumpa Yana dan berterus-terang bahawa dia sudah tiada apa-apa perasaan terhadap Lisa. Namun untuk apa dia memberitahu perasaannya sedangkan dia dan Yana tidak mempunyai apa-apa hubungan. Logikkah dia menceritakan perasaannya kepada wanita yang langsung tiada apa-apa dengannya.
Khayalannya mati di situ apabila dia mendengar ketukan pintu dari luar. Siapa yang belum balik lagi ni? Soal hatinya.
“Masuk...” dia memberi arahan kepada pekerjanya yang masih belum pulang.
“Tuan Zarith...” panggilYana perlahan. Bimbang kedatangannya itu mengundang kemarahan Zarith.
“Yana??” soal Zarith terkejut. Buat apa dia dekat sini? Bukan ke dia dah balik jam enam tadi.
“Kopi??” soal Yana kembali.
Zarith hanya mendiamkan diri. Tidak tahu mahu minum ataupun tidak.
Berhati-hati Yana masuk ke bilik Zarith. Dia tidak mahu sebarang bunyi mengundang amarah tuannya itu. Dia meletakkan perlahan secawan kopi yang telah dibuatnya tadi.
“Kenapa tak balik lagi?” soal Zarith tanpa perasaan.
“Tuan dah lupa perjanjian kita? Saya tak pernah lupa..” Yana cuba mengingatkan kembali perjanjian itu kepada Zarith. Dia tidak dibenarkan balik selagi Tuan Zarith tak balik.
Lagipun, bagaimana dia boleh balik dengan tenang jika dia melihat tuannya dalamkesusahan. Hatinya menjadi tidak tenteram mahu meninggalkan Zarith dalam keadaan yang kusut.
“Oh.. I’m sorry. Disebabkan saya, awak yang jadi mangsanya. Awak baliklah...” Zarith memberi keizinan kepada Yana. Namun Yana menggeleng pantas.
“Tak nak. Saya ingat janji itu dan saya akan cuba tepati janji itu, Tuan...”
Zarith menghembus nafas panjang. Dia sudah menyusahkan Yana. Dengan pantas, dia mencapai beg kerja dan kunci keretanya.
“Jom saya hantar awak balik.. dah malam sangat ni..” dia menilik jam ditangannya. Sudah menunjuk sembilan malam. Pasti keluarga Yana risau nanti, desis hatinya.
“Sekejap, saya ambil beg..” Yana segera berlari menuju ke bilik pantri dan mengambil beg di dalam kotak besar yang berada di bilik itu. Dia segera mengikut langkah Zarith yang sudah menuju ke arah lif.
Yana mengamati wajah tanpa riak lelaki itu. Kasihan dia. Kalaulah Cik Lisa tak kembali, pasti tak jadi macam ni. Tapi kalau Cik Lisa tak kembali, dia tetap macam ni. Sebab dia cintakan Cik Lisa, kata hati Yana.
Ting!
Pintu lif terbuka. Bergegas-gegas Yana masuk ke dalam perut lif apabila Zarith sudah menekan punat G untuk ke bahagian parking. Mereka hanya senyap sahaja di dalam lif. Sesekali terdengar keluhan panjang Zarith. Apa yang difikirkannya, ya? Soal hatinya ingin tahu.
Akhirnya mereka tiba di bahagian parking. Langkah kaki Zarith ketika ini semakin lemah longlai membawa hati yang gundah-gelana.
Sesampai sahaja mereka di hadapan kereta Zarith, Zarith terjelepuk jatuh sambil menangis teresak-esak. Yana tergamam. Ya ALLAH! Ini kali pertama dia melihat lelaki menangis kerana cintanya kepada seorang wanita. Tegarnya Cik Lisa melukai hati Tuan Zarith. Dengan pantas, dia menahan Zarith dari terus terduduk di lantai.
“Tuan Zarith!!” jerit Yana.
“Aku benci dia. Aku benci dia!” kata Zarith kasar.
“Tuan.... Bawa mengucap, Tuan. Allah itu ada, Tuan. Sabar Tuan...” Yana cuba menenangkan Zarith. Hatinya turut merasai kesedihan itu apabila dia merasakan matanya sudah bergenangan dengan air mata. Ya ALLAH, kasihannya dia! Jerit hatinya.
“Kenapa dia buat aku macam ni, Yana. Kenapa? Aku cintakan dia. Ireally love her....” rintihan Zarith itu menyentuh tangkai hatinya.
“Sabar, Tuan. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah tidak pernah zalim dalam merencanakan perjalanan kita, Tuan. Bawa mengucap Tuan...” berkali-kali Yana menyuruh Zarith beristighfar.
“InsyaALLAH, pasti ada ganjaran yang lebih baik jika Tuan reda dengan kesudahan ini...” sambung Yana lagi.
Tiada lagi kata balas dari Zarith. Cuma kedengaran esak tangisnya yang begitu menyayat hati. Yana mengusap perlahan belakang Zarith. Cuba untuk menenangkan hatinya yang keliru itu. Mereka berada dalam keadaan begitu selama sepuluh minit.
Selepas Zarith merasa reda. Dia cuba bangun dan berdiri. Kasihan Yana. Dia terpaksa menjadi tempatnya meluahkan rasa.
“Rasa okey sekarang?” soal Yana setelah membantu Zarith bangun dari duduknya.
Zarith menanggukkan kepala dan berkata, “Sorry, saya dah susahkan awak...”
Kata Zarith yang sudah menukar panggilan aku-kau kepada saya-awak. Sejuk sikit hati Yana mendengarnya.
“Tak ada susahnya Tuan. Kita sesama islam memang patut saling membantu. Kali ni mungkin Tuan. Lepas ni mana tahu saya pulak...” kata Yana sambil tersenyum.
Zarith memandang wajah Yana dengan pandangan redup. Baiknya budak ni. Kenapalah selama ni, aku selalu cari pasal dengan dia. Dia terlalu baik.
“Terima kasih...” hanya itu yang Zarith mahu kata. Dia sebenarnya malu dengan Yana. Menangis depan budak ni. Macam manalah muka aku, kan. Pasti buruk. Alahai, jatuh saham. Tapi sebab perempuan tu, aku jadi macam ni!
“Mari, saya hantar awak balik..” ujar Zarith sambil membuka pintu untuk Yana. Yana tergamam dan memandang wajah Zarith tanpa kelip.
Zarith hanya memandang wajah Yana dengan perasaan berdebar-debar. Kenapa ni? Hatinya tertanya sendirian.
Akhirnya Yana masuk juga ke dalam kereta. Dia melihat sahaja wajah Zarith yang masuk ke dalam kereta dengan ekor mata.
“Kita pergi makan dulu, nak?” soal Zarith tiba-tiba.
“Makan??” soal Yana terpinga-pinga. Aik? Dah tak sedih ke?
“Iyelah, makanlah. Awak tak lapar ke? Saya lapar ni...”
“Err... lapar, lapar, lapar...” jawab Yana tergagap-gagap.
“Okey, great. Saya nak bawak awak satu tempat. Pasti awak suka..” kata Zarith sambil tersenyum.
Ah, sudah. Ke mana pulak mamat ni nak bawak aku...

RESTORAN SELERA MANJA. Mulut Yana ternganga. Ini... ini.....
“Kenapa, terkejut??” soal Zarith tanpa berpaling wajah Yana.
Mestilah terkejut. Inikan tempat mereka bergaduh dulu. Kenapamamat ni bawak dia ke sini?
“Kenapa datang sini?” soal Yana ingin tahu.
“Hmmm... saja...” kata Zarith sambil berlalu meninggalkan Yana terpinga-pinga.
“Assalammualaikum, Kak Zati....” Zarith memberi salam sebaik sahaja sampai di kaunter pembayaran. Muka Kak Zati ceria tapi bertukar muka terkejut apabila melihat Yana masuk ke kedainya.
“Yana??” soal Kak Zati pelik.
Yana hanya tersenyum sumbing. Kenangan ni....
“Assalammualaikum, Kak Zati...” ucap Yana lembut.
“Macam mana Yana boleh ada dekat sini. Dengan... dengan Zarith??” soal Kak Ida ingin tahu.
“Panjang ceritanya, kak...” balas Yana pendek.
“Pendekkan. Ceritalah dengan akak.” Ajak Kak Zati yang sudah menarik Yana ke meja. Zarith hanya melihat sahaja langkah Kak Zati dan Yana menuju ke meja. Biarlah dia orang nak bercerita. Jangan mengutuk aku, sudah!
Yana pun mula membuka cerita dari awal dia di terima bekerja sehinggalah dia berada di sini sekarang. Kak Zati hanya terangguk-angguk mendengar ceritanya. Sesekali mata Yana melihat Zarith yang berada tidak jauh dari meja mereka. Mata mereka berlaga namun cepat-cepat Yana melarikan pandangan matanya kerana hatinya kian berdebar-debar dengan pandangan itu.

SETELAH setengah jam berada di restoran Kak Zati, Zarith dan Yana meminta diri kerana Zarith merasakan sudah terlalu lewat malam untuk gadis seperti Yana pulang. Dia tidak mahu kerana Yana menuruti perjanjian mereka, Yana dimarahi keluarga.
“Meriah bercerita tadi? Mengumpat saya ke??” soal Zarith yang sedang memandu.
Eh, err. Mana ada. Tuan ni buat fitnah aje tau..” balas Yana gugup. Padahal ada mengumpat sikit aje, desis hatinya.
“Cakap gagap-gagap ni macam betul aje?” perli Zarith. Berubah terus muka Yana. Dah benda betul, memang cepat kantoilah.
He he he..” itu sahaja yang keluar dari mulut Yana. Malu tahap dah tak boleh buat muka tembok dah.
“Jadi betullah?” soal Zarith inginkan kepastian.
“Adalah sikit-sikit..” jawab Yana jujur.
Terbeliak mata Zarith. Kurang asampunya budak. Aku depan mata dia, dia sempat mengutuk.
“Amboi, sedap aja mengata saya ya? Disebabkan itu, esok kena denda. Datang awal sebelum saya datang dan awak kena duduk di pejabat saya sehari suntuk. Ada faham?” soal Zarith yang tidak memandang wajah Yana.
Kedengaran Yana berdecit. Pasti geram kerana dirinya di denda. Zarith menyimpan senyum.
“Kalau tak paksa memang tak bolehkan?” soal Yana tidak puas hati.
“Awak ada pilihan lain ke??” soal Zarith pula.
“Tuan... kalau saya ada pilihan. Dah lama saya cincang-cincang Tuan masak asam pedas. Sedap jugak tu!” kata Yana selamba.
Berkerut-kerut dahi Zarith. “Muka handsome macam ni nak masak asam pedas? Takdestandard langsung. Masaklah chicken chop ke. Berselera jugak orang nak makan...” seloroh Zarith.
“Muka handsome perangai buruk  buat apa?” balas Yana bersahaja.
“Mengata lagi. Mulut tu nak kena cubit agaknya..” kata Zarith. Tangan kirinya sudah berada di hadapan mulut Yana. Geram dengan mulut dia yang banyak celoteh ni.
Yana sedaya upaya cuba mengelak dari di cubit. Tiba-tiba tangan Yana digenggam erat oleh Zarith. Yana seakan terkaku. Tetapi Zarith masih mendiamkan diri, cuma tangannya masih memegang kejap tangan Yana.
“Tuan.. tangan sa...” kata-kata Yana terhenti disitu apabila Zarith memotong percakapannya.
Syhhh... biarkan sekejap..” balas Zarith dan terus memegang erat tangan Yana. Tangan Yana semerta menjadi sejuk dengan genggaman Zarith yang menyebabkan hatinya semakin tidak keruan.
Zarith berasa tenang dalam genggaman itu. Apabila dia memegang tangan Yana, segala masalahnya bersama Lisa hilang begitu sahaja. Benarkah aku cintakan Yana? Hatinya menyoal sendirian.



3 comments:

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,