PAGI ni
aku dikejutkan dengan adengan romantik pasangan ‘kekasih’ yang sedang
berpegangan tangan di sebuah kompleks membeli-belah. Aku kenal perempuan tu dan
aku lebih kenal lelaki itu. Siapa lagi kalau bukan Sarah dan Am? Aku kira lepas
Sarah keluar dari rumah dia akan insaf. Tapi tak, malah lebih menggedik lagi
dengan Si Am tu. Getis lain macam!
“Jom...”
ajakku tiba-tiba.
Ard
menoleh. “Nak pergi mana?”
Aku
berdecit sambil memuncungkan bibir ke satu arah. “Tu... tu...”
“Tu
bukan ke Sarah dengan Am? Dia orang buat apa dekat sini?” soal Ard. Mata Ard
terus-terus melihat pasangan ‘kekasih’ itu bermesra-mesraan.
“Ni
yang aku nak buat kaji selidik ni. Jom lah...” ajakku lagi. Tak sabar aku nak
tengok reaksi dua mangkuk ni. Bila dah geram, bahasa aku memang kasar sikit.
Aku dan
Ard terus mengekori pasangan ‘kekasih’ itu. Mereka berhenti dan melabuhkan
duduk di sebuah kerusi rehat yang terletak di antara kedai. Tanpa melengah, aku
segera menegur. “Wow... wow... wow... asyik... asyik... asyik... asyiknya bercinta....” dalam
menegur sempat pula aku menyanyi lagu penyanyi dangdut yang terkenal satu
ketika dahulu, Amalina. Ard nak bantai gelak dah tapi aku sempat beri jelingan
tajam terus dia tak jadi gelak.
“Korang
buat apa dekat sini?” tanya Am. Muka dia memang terkejut habis. Macam kena
tangkap dengan pencegah maksiat pulak. Ha
ha ha!
“Ard...
dia tanya kita buat apalah dekat sini. Kita buat apa ek?” tanyaku kepada Ard.
Ard
yang jenis selamba badak terus menjawab, “Kita orang berkelah dekat sini. Tak
sangka pulak jumpa pasangan bercinta yang macam bertahun-tahun tak jumpa. Kan
Sha, kan?”
Tiba-tiba
aku dengar Sarah mendengus. “Apa hal ni, Kak Sha? Kak Ard? Jangan nak menyibuk
boleh tak?”
Tajam
terus pandangan mataku kepada Sarah. “Tak... tak boleh kalau tak menyibuk.
Teruk-teruk kau pun, kau masih sepupu
aku. Anak Pak Ngah. Jangan nak kerek sangat
la. Kau belum kenal Am ni siapa. Jangan ingat aku tak bagi amaran dekat kau
tau!” aku membentak, tak puas hati.
“Suka
hati Sarah lah. Diri Sarah pandai-pandai Sarah la nak jaga. Jaga je diri Kak
Sha tu. Dah la macam jantan, nak belagak hero pulak!”
Pang!
Satu
tamparan hinggap di pipi Sarah. Aku terkedu, Ard ternganga. Sarah pula sudah
menangis teresak-esak. “Apa ni Abang Am?”
“Lain
kali cakap tu bertapis sikit. Sha ni sepupu Sarah. Hormat dia sikit. Abang tak
suka perempuan yang tak tahu homat orang lain.”
Aku?
Aku memang tak sangka Am sanggup tampar Sarah. Sanggup back-up aku kerana mulut celupar Sarah tu. Hati aku tak usah
cakaplah. Sedikit sebanyak ada juga rasa terharu sebab Am sanggup pertahankan
aku dari terus dikutuk oleh budak hingusan ni! Sarah... Sarah... kan dah kena sedas!
“Kak
Sha yang mulakan dulu! Kenapa Abang Am nak back-up
Kak Sha pulak? Dia bukan sesiapa bagi abanglah!” jerit Sarah, geram barangkali.
Aku
dengar Am mendengus. Kasar sekali bunyinya.
“Kalau
Sha ni orang lain pun, abang akan tetap tampar Sarah. Abang tak suka perempuan
yang kurang ajar. Tengok dari cara Sarah cakap dekat Sha tadi, memang tak
menampakkan ciri-ciri perempuan yang abang suka! Sarah tak sesuai untuk abang!”
Aku
ternganga. Dalam playboy-playboy mamat
ni pun dia tetap ada ciri-ciri idaman wanita yang dia nak? Hebat!
“Abang!”
Sarah menjerit. Aku dan Ard perhatikan je budak berdua ni bertekak. Dalam hati
dah tumbuh bunga-bunga bahagia kerana Am sanggup back-up aku walaupun kita orang selalu bergaduh. Sayang juga Am
dekat aku, kan? Erk!!
“Kau
okey Sha?” soalan Am itu mematikan lamunan aku yang sedang ralit memandang Am.
“Err...
aku okey, aku okey. Kau jangan risaulah...”
Ard
menarik lenganku tanda menyuruh kami beredar. Alaa... belum puas tengok muka
Am. Oh boy! Apa aku merepek ni?
Takkan dia baru back-up aku, aku dah
nak cair dengan dia??
“Kita
orang gerak dululah...” Ard meminta diri apabila aku senyap sejak tadi.
Ard
pantas menarikku mengekorinya. Dalam tak rela, langkah kakiku atur juga
mengikuti Ard.
****
“SHA....”
panggil Ard.
“Weh, Sha!!” jerit Ard pula apabila aku
tidak menyahut panggilannya. “Ha! Apa dia?”
“Kau ni
dah kenapa? Macam tak betul je? Yang kena sepak tu sepupu kau. Bukannya kau.
Kenapa kau pulak yang macam terkena penyakit hilang ingatan ni?”
“Banyaklah
kau punya hilang ingatan. Aku cuma tak sangka yang Am sanggup back-up aku...”
“Haah
la kan. Aku pun pelik. Tak pernah-pernah Am nak back-up kau. Sanggup tampar budak yang dia suka pulak tu. Tak ke
gila?”
“Memang
gila!” sahutku menyetujui kata-kata Ard.
“Kau
rasa tak apa yang aku rasa?” soal Ard tiba-tiba.
“Rasa-rasa...”
kataku tanpa mengetahui maksud ‘rasa’
Ard itu. “Aku rasa dia dah berubahlah...” sambungku lagi.
Ard
menepuk dahi. Kuat. Laa... kenapa pulaklah minah
ni? “Kau kenapa?”
“Kenapalah
aku dapat kawan macam kau ni??” soal Ard tiba-tiba.
“Laa...
kenapanya?” tanyaku kembali yang tidak faham kata-kata Ard.
“Aku
tak maksudkan yang Am tu dah berubah. Maksud aku, aku rasa Am tu sukakan kau!”
“Ha??!”
aku tercengang. “Gila kau!”
“Apa
gila pulak? Betullah. Kalau tak, takkan lah dia beria-ia nak back-up kau. Takde pekdahnya (faedah) dia suka-suka nak back-up kau. Kau pun tahu kan dia dah lama usyar Si Sarah tu. Tapi sebabkan kita ada, dia payah nak dapat
Sarah. Sekarang bila kita dah tak amik port
fasal Sarah, kenapa dia boleh marah buah hati dia? Cuba kau fikir...” telah
Ard.
“Ye...
ye... cuba kalau aku fikir... haah la, Ard...” kataku membuat senyuman Ard
melebar.
“Kan??”
“Haah...
Sah la kau otak kau dah biol. Takde maknanya dia nak back-up aku sebab dia sukakan aku. Entah-entah dia memang dah
insaf....” sangkalku. Mustahillah Am nak suka dekat aku? Mati hidup semula pun
belum tentu aku ni nampak istimewa dalam hati dia. Chet! Temberang lebih minah
ni.
****
MALAM itu
aku dikejutkan lagi dengan sepucuk surat yang diletakkan di luar pagar rumah
ketika aku nak kunci pagar. Kali ni siap bagi bunga mawar. Sekuntum mawar
merah. Cewahhh!! Aku cepat-cepat
mengambil bunga mawar dan surat itu dan terus mengunci pagar kemudian masuk ke
rumah. Aku duduk sebelah Ard yang ketika itu sedang melayan kartun Naruto.
Ard
yang perasan kelibatku lantas bertanya, “Apasal weh?”
Aku meunjukkan
surat dan bunga mawar kepada Ard. Semerta dia bangun. Matanya terbeliak luas.
Mungkin terkejut barangkali. “Siapa bagi?”
“Entah...”
jawabku sepatah. Tanpa melengah, laju saja tanganku mengoyak sampul surat itu
dan terus membaca isi kandungan di dalamnya.
Pen merah pen biru,
You marah, I love you
“Ek
eleh! Pantun zaman purba! Poyolah....” kataku seperti tidak puas hati. Aku
mencampakkan surat itu kepada Ard. Ard pula yang membacanya.
“Weh
Sha. Kau baca tak habis. Ada lagi ni...”
“Ah... Malaslah aku. Ni mesti
sambungan kisah pen tu. Pen biru pen hitam, You marah I pitam. Kan?” canggahku.
“Taklah... cuba kau baca ni...”
Aku pun capai kembali surat itu dan
membacanya. Seketika, mataku terbeliak luas.
Dalam hati ada taman,
Taman indah taman impian,
Bila hati sudah berkenan,
Sudikah awak jadi peneman?
With love,
Mr. A
P/S: Harap awak sudi balas tanda awak sudi jadi
teman saya. Letak saja di luar pagar rumah awak. Nanti saya akan ambil.
“Mr. A?!” jerit aku dan Ard
serentak. Tidak lama kemudian, aku sudah tersenyum sipu.
“Indahnya perasaan bila ada yang
berkenan...” kataku sedikit berbangga.
Ard mencebik. “Sekali jumpa, orang
tua takde gigi. Baru padan muka kau!”
“Eleyh...
cemburu la tu...” aku mengusik Ard.
“Kau nak balas tak surat dia ni?
Inilah masanya kau tau siapa Mr. A kau tu...” Ard memberi cadangan.
Aku diam. Betul juga kata Ard.
Sampai bila nak bercinta dalam surat je kan? Bercinta? Aku gelak dalam hati.
Merepek sungguh aku ni.
“Nantilah aku balas...” aku
berdalih. Sebenarnya aku tengah memikirkan ayat yang sesuai supaya tak nampak
janggal dan gelojoh. Yelah, mata tak pernah bertentangan mata. Tapi Mr. A tu
sudah menunjukkan minat kepada aku. Takkan aku nak menolak? Tapi macam mana
pula dengan Abang Luqman? Ahh... kusut otak aku. Takkan aku nak dua orang
sekali gus? Tapi orang tua-tua pernah berkata; ikutlah kata hatimu. Nescaya
kamu akan memiliki insan yang sejiwa denganmu. So?? Aku kena bagi ujian untuk dua-dua lelaki ni.
Ok sngt2.. nice
ReplyDeleteNatry-
Tq Natry for the komen :)
DeleteBEST LAMA JUGA X ADA N3 BARU NAK BOLEH ,SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN SEMUA.
ReplyDeleteTerima kasih baby mio. Selamat Hari Raya juga ^^,
Deletebest...cepat sambung eh kak..good luck!!!
ReplyDeleteHaiiiii..Cakkk!!
ReplyDeletedone follow sini no. 66
sudilah kiranya follow me back yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)
http://tengkubutang.blogspot.com/
dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/
best nak lagi xD
ReplyDeleteKakak ,, bab 16 xde ke ? Ke xde sambungan lagi ..
ReplyDeleteIeyra emily: ada. Tp masih dlm proses editing. Myb akan fokus utk keluar buku sj kut. Kalau xlulus, akan dipos dlm blog ni :)
ReplyDeleteakak x de sambungan ke?
ReplyDeleteAda. Tapi direhatkan buat seketika atas sebab2 tertentu. InsyaAllah dah ada, saya akan up juga dalam blog ni :)
DeleteKak takda sambungannya ka tak sabar baca ni , novel ni best sangat buat buku boleh ?
ReplyDelete:)
DeleteKalau ada rezeki adalah cerita ni dalam versi cetak. Apa2 pn harap dpt sabar menunggu ya
Akak,bestnye citer nie...bile akak nk wat episod 16 plak?? X sabar nie....
ReplyDeleteMasih dalam mud 'direhatkan'. Kekangan masalah dik. InsyAllah akan diupkan semula kisah mereka ya :)
DeleteMasa***
DeleteDh di buku kan ke?
ReplyDeleteOh... Belum... Belum mencuba nasib lg utk dibukukan. Kalau ada rezeki bertemu la kisah mereka versi cetak. Kalau tidak saya tamatkan dalam blog saja :)
DeleteOh... Belum... Belum mencuba nasib lg utk dibukukan. Kalau ada rezeki bertemu la kisah mereka versi cetak. Kalau tidak saya tamatkan dalam blog saja :)
Deletebest cite akak ... Taknak sambung ke ? Excited dah sy nk bce bab seterusnya nie .. ^_^"
ReplyDelete*afyna
InsyaAllah Afyna. Masih dalam proses baikpulih cerita. Nnt sy update ya.
DeleteNyway thanks sudi baca :)
InsyaAllah Afyna. Masih dalam proses baikpulih cerita. Nnt sy update ya.
DeleteNyway thanks sudi baca :)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBEST!!! Cepat-cepatlah sambung. Tak sabar nak baca!!1
ReplyDeleteKnp Tak de sambungan ke kat sini....😢
ReplyDeleteKak cahaya faliya, best sngt cite ni! Keep it up yer. Xsabar nak tunggu bab 16.mohon kak cahaya update ye:) i will wait for it.
ReplyDeletesatu malam baca dari ep1-15,tup tup 16 takder,alaaa 😔
ReplyDeletei love it...tp sdihny smbgn xde plk.uwaaa😭😭😭
ReplyDeleteAkk sambunglah lagi.. Tak sabar.. Ke dh dibukukan?
ReplyDeleteXde sambungan ke? Alaaa..citer ni best la..harap akan ada sambungan
ReplyDelete