Seminggu
kemudian....
Hari yang dinanti
menjelang tiba. Keputusan sepakat sudah dibuat. Akhirnya mereka menaiki kereta
Toyota Alphard putih milik daddy Haikal. Pada awalnya, Isfahani membantah.
Tidak mahu menaiki kereta Haikal. Dia lebih rela menaiki bas daripada terpaksa
mengadap muka Haikal. Tetapi setelah didesak oleh dua orang sahabat baiknya,
akhirnya Isfahani bersetuju.
Mereka akan bertolak ke
Kedah. Kampung halaman mak toknya. Mak tok adalah panggilan Isfahani kepada
neneknya. Hanya dia sahaja yang memanggil neneknya mak tok. Abang-abangnya
memanggilnya nenek. Ini kerana Isfahani dijaga dari kecil oleh mak toknya.
Hinggalah usianya menjangkau tiga belas tahun baru dia dijaga oleh keluarganya.
Pada awalnya, Isfahani menangis kerana tidak mahu meninggalkan mak tok. Tetapi
mak toknya berkata; apa pun yang terjadi, ibu bapa kitalah yang berhak terhadap
kita. Akhirnya dalam terpaksa, Isfahani akur.
Kini baru dia mengerti
mengapa mak tok berkata begitu. Kalau
tidak sehingga kini dia pasti tidak merasa kasih sayang ibu dan ayahnya. Dia
bertuah mempunyai keluarga yang begitu menyayanginya.
“Cik Is, kita dah boleh
gerak ke?” teguran Haikal mematikan lamunannya.
“Marilah.”
Mereka mula menaiki
kereta. Sofia setia disisi Haikal manakala mereka bertiga duduk dibahagian
belakang. Seketika, kereta Toyota Alphard itu laju menempuh jalan utama.
KEADAAN sunyi tanpa suara mahupun
bunyi dj berceloteh di radio amat membosankan. Kesemuanya sedang lena tidur.
Cuma Isfahani sahaja yang berjaga. Dengan keadaan kereta yang bergerak-gerak,
mana mungkin dia dapat melelapkan mata dengan selesa.
Lantaran itu, dia
mencapai mp4 di begnya. Earphone disumbatkan ke telinganya. Kemudian, dia
mengeluarkan buku diari yang sentiasa berada di beg silangnya.
Pada helaian pertama
tertera gambarnya bersama-sama rakan sekelasnya. Dalam dia leka melihat gambar
itu, dia menyoroti matanya ke wajah lelaki itu. Budak spec tebal. Seketika igatannya kembali menjelma.
“Hoi! Budak spec tebal. Kita orang nak ambik gambar kenangan ni. Kau nak join tak?” soal Isfahani.
Tersengih-sengih Haikal
apabila Isfahani mengajaknya bergambar bersama. Dia segera berjalan ke arah
mereka.
“Budak spec tebal, sini ambik
gambar sebelah aku..” Isfahani menarik tangan Haikal supaya bergambar
disebelahnya.
Haikal seakan tidak
percaya. Isfahani sudi bergambar dengannya. Tetapi bak kata orang, rezeki
jangan ditolak. Berseri-seri wajah Haikal dapat bergambar dengan kekasih pujaan
hatinya itu.
“Okey. Ready semua. Say cheese!!” kata rakan sekelasnya yang menjadi camera man dari tadi.
Haikal tersenyum lebar
sehingga menampakkan gigi putihnya yang tersusun rapi. Inilah peluang Isfahani
mengenakan Haikal. Semasa rakannya menyuruh mereka bersedia, dia bergerak sedikit ke belakang Haikal dan
membuat muka seakan-akan monyet. Dia sengaja mengelembungkan pipinya dan
menarik kedua-dua telinganya dan bermata juling. Pasti kelakar, desis hatinya.
Dalam dia mengingati
kenangan itu, secara tidak sedar dia telah menyebut sesuatu.
“Budak spec tebal....”
Secara tiba-tiba kereta
berhenti secara mengejut. Merka berganjak sedikit ke hadapan. Qila, Borhan
serta Sofia terjaga dari lena. Mujur tidak berlaku apa-apa. Cuai betullah mamat ni! Marah hatinya.
“Kenapa ni sayang?” soal
Sofia terkejut dengan situasi yang baru belaku tadi. Pasti Haikal penat memandu
sendirian sejak awal pagi tadi.
“Takde apa-apa. Ada anak ayam dekat jalan tadi.” bohong Haikal.
Mereka segera memusing
kepala memandang luar. Sudah sampai di perkampungan Isfahani rupanya. Isfahani
juga tidak menyangka secepat ini mereka sampai. Nampaknya Haikal mahir
dikawasan ini. Dia hanya memberikan peta yang dilukisnya kepada Haikal untuk
menunjukkan arah ke rumah mak toknya. Malas dia mahu berbual dengan Haikal.
Pasti Haikal akan mempermainkannya lagi.
“Maafkan
saya. Saya betul-betul tak sengaja. Ada sesiapa yang cedera ke?” soal Haikal
sambil menyoroti wajah mereka yang berada dibahagian belakang dari arah cermin.
Mereka semua menggelengkan kepala tanda tiada siapa yang cedera.
Mata
Haikal masih lagi memandang wajah Isfahani dari arah cermin hadapan. Isfahani
perasan renungan itu tetapi dia hanya membiarkan sahaja. Dasar buaya darat!
Awek dekat sebelah pun kau berani pandang lain. Gatal! Bebelnya di dalam hati.
‘Budak
spec tebal’. Itulah gelaran yang Isfahani berikan kepadanya. Kenapa secara
tiba-tiba Isfahani menyebut nama itu. Sebab itu, secara tidak sengaja dia
menekan brek kecemasan. Dia amat terkejut kerana Isfahani masih mengingatinya.
Isfahani juga menyukainyakah? Hatinya berteka-teki sendiri. Aku akan tawan hati
kau, Is. Seketika, dia kembali memfokus kepada pemanduannya.
sambung cpt dah tak sabar ni.....
ReplyDelete:) tq
Deletebst2 tp pndek....
ReplyDeletepost lagi post lagii..
ReplyDelete