Aku nak jumpa kau. Urgent gila!
HANNA
DAYANA menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada teman sehidup sematinya,
Adawiyah. Dia mahu berkongsi kesedihan, kebuntuan dan kesengalan mamat tu.
Beberapa saat menunggu, mesejnya berbalas.
Okey. Bagi aku sepuluh minit.
Jarak rumah Adawiyah
dengan rumah Hanna Dayana tidaklah terlalu jauh. Cuma selang lima buah rumah
sahaja. Kerana itu Adawiyah mengatakan yang dia akan sampai dalam masa sepuluh
minit. Dia akan menanti dengan penuh kesabaran.
“Macam
mana nak cakap dekat mamat tu yang keputusan ni sangat-sangat gila! Aku budak
lagi. Diri sendiri pun belum puas bermanja, dah nak ada laki? Dengan mamat tu
pula tu. Stressnya..” Hanna Dayana membebel sendirian di dalam kamarnya. Dia
berjalan ke hulur ke hilir. Kadang-kadang dia duduk, kadang-kadang dia baring.
Apa yang dia buat sekarang jadi serba tidak kena. Kepala asyik memikirkan
perihal kahwin itu aje.
“Perlu
ke aku turun bawah minta nombor telefon mamat tu? Tapi aku kan tengah merajuk
dengan abah.” Katanya sendirian.
Dia menghempaskan
badannya di atas tilam empuk beralaskan cadar berwarna putih dan berbunga-bunga
kecil berwarna merah jambu. Dia berpusing ke kiri menghadap ke tingkap. Hanna
Dayana cuba memikirkan baik buruk jika dia menerima lamaran itu.
Yang
baiknya, dia tak perlu susah-susah bekerja. Minta saja dekat mamat tu. Pasti
mamat tu akan tunaikan. Tapi mamat tu bukannya orang kaya pun nak minta itu,
minta ini.
Dia pun
tak perlu nak pening-pening fikir makan, pakaiannya kerana mamat itu yang akan
membelikan segala keperluannya dari atas sehingga bawah.
Tapi...
keburukannya pula, dia terpaksa menjadi isteri mithali yang perlu menjaga makan
minum mamat tu. ‘Aku mana tahu masak? Nak minum air pun suruh ibu buatkan...’
dia menggaru kepala yang tidak gatal.
Tak
boleh bersosial sana-sini. Kena jaga rumah dan maruah suami. ‘Ala, melepaslah
aku nak lepak dengan kawan-kawan nanti. Takkan nak duduk terperap dekat rumah
aje? Nak jadi apa? Tong drum? Membesarkan badan?’
Jadi
isteri, kena beri tanggungjawab kepada suami. Adakah ‘tanggungjawab’ itu wajib?
‘Ah, mestilah wajib. Itukan memang tanggungjawab si isteri. Masa tingkatan lima
kan ada belajar sikit-sikit fasal tanggungjawab seorang isteri. Bukan dari segi
zahir je, batin pun harus dititikberatkan... tapi aku belum bersedia lagi.
Kalau dapat anak awal macam mana? Mampu ke aku nak jaga?’
Hanna
Dayana mengeluh. Nampaknya keburukan lebih banyak dari kebaikan. Jadi, dia
harus menolak lamaran itu. Dia tidak mahu hidupnya menyusahkan dan disusahkan
oleh sesiapa. Lagipun Hanna Dayana memang belum bersedia. Dia mahu lelaki yang
bakal menjadi suaminya adalah lelaki yang dia cintai dan mencintainya. Dan
bukan mamat tak cukup akal itu sepatutnya menjadi suaminya.
Kini,
keputusannya tekad. Hanna Dayana bangun dari pembaringan. Dia mahu turun ke
bawah dan ingin menolak cadangan abah. Dia juga mahu meminta nombor telefon
Yazid Shah dan berbincang mengenai perkahwinan mereka yang tak akan pernah
menjadi. Hanna Dayana mahu Yazid Shah turut sama berganding bahu untuk membantah
cadangan kedua-dua ibu bapa mereka. Belum sempat dia berbuat apa-apa, telefon
bimbitnya berbunyi menandakan ada pesanan ringkas masuk. Dia menekan skrin
untuk melihat mesej itu. Mesej dari Adawiyah.
Aku dah kat depan gate rumah kau.
Lincah sikit!
‘Kau ni
memang nak lincah (cepat) ajelah!’ Dengan langkah pantas, Hanna Dayana menuruni
tangga menuju ke ruang halaman rumah. Terpancul wajah Adawiyah disebalik pagar
berwarna kuning emas itu. Ibu memang mengemari warna kuning. Kalau boleh, satu
rumah dia hendak warna kuning. Mujurlah, ibu tak melaksanakan impiannya dengan
jayanya. Kalau tak, rumah dah macam istana diraja pula.
“Hah,
ada apa panggil aku pagi-pagi ni? Aku nak layan korea pun tak senanglah!” marah
Adawiyah.
Hanna
Dayana mengerut dahi. Pagi? Segera dia melihat jam di telefon bimbitnya dan....
“Otak
hang pagi. Ini dah pukul dua belas setengah tengah hari. Kau ni sejak-sejak dah
tak sekolah ni, otak makin problem eh?” sound Hanna Dayana selamba.
Adawiyah
terkulat-kulat mendengar kutukan selamba Hanna Dayana.
“Yeke
tengah hari? Macam pagi aje aku tengok?” kata Adawiyah menutup kesalahannya
tadi.
“Banyak
cekadaklah kau ni!” marah Hanna Dayana.
“Kau
nak ajak aku sembang dekat pagar ni je ke?” sound Adawiyah pula.
“Eh!
Lupa pula nak ajak kau masuk. Jemput masuk Puan Adawiyah...”
“Terima
kasih Cik Hanna Dayana. Santapan beta sudah siap?” soal Adawiyah ala-ala
Permaisuri Diraja. Mereka berjalan beriringan menuju ke taman buatan ibu Hanna
Dayana.
“Belum
Puanku. Patik tidak sempat berbuat apa-apa lagi Puanku. Air kosong boleh?”
tanya Hanna Dayana yang turut melayan ‘kesengalan’ yang melanda Adawiyah.
“Cik
Hanna Dayana. Tuan hamba kan tahu beta tidak minum air kosong. Beta cuma minum
air oren sahaja. Tuan hamba mengalami masalah daya ingatankah?” sound Adawiyah
selamba. Mereka sudah duduk di kerusi meja bulat yang berada di taman buatan
itu.
Membulat
mata Hanna Dayana medengar kutukan sahabatnya itu. Namun dia tetap melayan
kerenah Adawiyah.
“Maafkan
patik, Puanku. Patik bukan mengalami masalah daya ingatan. Tapi Patik terpaksa
berbuat begitu kerana Patik lihat badan Puanku kini sedikit bulat daripada
biasa. Pasti Puanku terlalu banyak tidur dan minum minuman bergula secara
berlebihan. Jadi, dengan meminum air kosong ini, ia dapat mengurangkan berat
badan Puanku yang semakin meningkat ni, Puanku. Ampun Puanku...”
“Woi!
Suka kau aje kata aku gemuk!” marah Adawiyah tiba-tiba.
Mengekek
Hanna Dayana mentertawakan Adawiyah. ‘Itulah. Nak main kotor sangat. Tak minum
air kosong konon!’
“Tapi
serius wei! Kau memang nampak gemuk. Kau membuta je ke apa?” soal Hanna Dayana.
“Yeke
aku nampak gemuk ni, wei? Gilalah! Malu gila kalau budak-budak sekolah kita
nampak aku macam ni...” kata Adawiyah sedih. Makin terbahak-bahak Hanna Dayana
ketawa melihat mimik muka ‘kasihan’ Adawiyah itu.
“Kau
kena diet, beb. Kalau tak, badan kau sebijik macam tong drum dekat sekolah kita
tu!” sempat Hanna Dayana mengutuk Adawiyah dengan menyamakan Adawiyah dengan
tong drum pancaragam di sekolahnya.
“Kuang
asam ketullah kau ni!” marah Adawiyah.
“Eh,
beb. Aku ada problem ni...” cepat-cepat Hanna Dayana menukar topik sebelum
Adawiyah bertukar menjadi singa betina!
“Masalah
apa pula ni? Masalah negara? Masalah rumahtangga?” tanya Adawiyah.
“Masalah
rumahtangga jangan sebut-sebut wei!” kata Hanna Dayana tidak puas hati.
“Apasal
pulak?” tanya Adawiyah pelik.
“Sebab.....”
belum habis Hanna Dayan berkata-kata, Adawiyah cepat memintas.
“Sebelum
sebab-sebab kau keluar dari mulut kau. Baik kau buat air untuk aku. Aku
hauslah. Jauh gila kot nak datang rumah kau ni...”
“Otak
hang jauh! Jarak lima rumah je kot!” marah Hanna Dayana. ‘Selang lima rumah dia
kata jauh? Memang sah badan bakal jadi tong drum.’
“Tunggu
sini kejap. Aku buat air...”
“Chup-chup!
Kau ke yang buat air? Sah-sah tak sedap. Suruh ibu buatlah! Cakap anak
kesayangan dia nak air oren. Okey?”
“Mengada-ngada!”
balas Hanna Dayana seraya masuk ke dalam rumah. Adawiyah sudah lama mengenali
keluarga Hanna Dayana sehingga ibu dan abah Hanna Dayana pun di anggap ibu dan
abah sendiri sampai memanggil mereka ibu dan abah. Jangan melebih sudah!
Selepas
sepuluh minit menunggu, Hanna Dayana kembali ke taman dengan membawa sejag air
oren berserta dua gelas dan juga sepinggan karipap hasil tangan ibu Hanna
Dayana. Ibu Hanna Dayana kalau masak memang tip-top!
“Peh!
Ini namanya rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari. Ibu macam tahu-tahu je
aku belum makan dari pagi tadi..” kata Adawiyah yang sudah mencapai seketul
karipap sebelum sempat Hanna Dayana meletakkan dulang di atas meja bulat itu.
“Woi!
Kau ni agak-agaklah pun. Macam kebulur tak makan sepuluh hari tu kenapa?” marah
Hanna Dayana sambil meletakkan dulang di atas meja.
“Marah
pula. Memang aku rindu masakan ibu pun. Lama gila kot aku tak datang sini.”
Kata Adawiyah bersahaja.
“Bagus
juga kau tak datang. Karang badan kau dari tong drum terus jadi King Kong
pula...” perli Hanna Dayana.
“Amboi,
bahasa! Nak beta murka ke?” tanya Adawiyah.
Hanna
Dayana hanya ketawa sahaja. Dia hanya bergurau sahaja dengan Adawiyah.
Takkanlah dia mahu mengutuk sahabat baiknya. ‘Tapi... dia memang dah gemuklah!’
“Beb...”
panggil Hanna Dayana.
“Apa?”
balas Adawiyah yang sedang menguyah karipap tetapi dalam masa yang sama duduk
bermain telefon bimbit.
“Wei!
Dengarlah aku nak cakap ni! Masa-masa nilah kau nak menggatal!” kata Hanna
Dayana tak puas hati.
“Apa?
Aku balas mesej abang akulah!” marah Adawiyah balik.
“Banyaklah
kau punya abang! Bila masa kau ada abang?”
“Abang
angkatlah!”
“Mana
sama!”
“Apa
yang tak sama pula?”
“Iyalah.
Dia tu abang angkat kau aje pun. Yang nak anggap macam abang kandung tu kenapa?”
“Alah.
Samalah tu...”
“Sengal!”
Keadaan
sepi seketika. Hanna Dayana membiarkan Adawiyah melayan mesejnya terlebih
dahulu. Dia kalau boleh mahu Adawiyah mendengar luahan perasaannya dan
sama-sama memikirkan jalan penyelesaian untuknya. Selepas beberapa minit, Hanna
Dayana nampak Adawiyah menyimpan telefon bimbitnya ke dalam kocek seluar.
“Okey.
Aku dah bersedia. Apa masalah yang kau hadapi sampai serabut aku tengok kau
ni.”
“Serabut
ke?” soal Hanna Dayana kembali.
“Mahu
tak serabut. Cuba kau tengok selipar yang kau pakai tu. Sebelah kanan abah
punya, sebelah kiri ibu punya. Gila hebat fesyen kau sekarang? Ha ha ha!” perli
Adawiyah bersama gelakan sinis.
Tangan
Hanna Dayana pantas menggetis lengan Adawiyah sehingga Adawiyah menjerit
kesakitan.
“Main
kasarlah kau ni!” bentak Adawiyah tidak puas hati.
“Main-main
lagi. Aku serius ni!”
“Yelah,
yelah. Apa ceritanya?” tanya Adawiyah. Adawiyah sudah kembali serius. ‘Teruk
benar aku tengok kawan aku sorang ni. Masalah apa pula ni?’
“Beb,
kau rasa umur macam kita ni patut kahwin ke?”
“Apsal
kau tanya macam tu pula?”
“Aku
tanya tu jawab jelah! Banyak tanya pula!” marah Hanna Dayana.
Adawiyah
menggaru kepalanya yang dilitupi dengan pashima berwarna ungu lembut.
“Entah!
Tapi mak aku kata, masa zaman muda-muda dulu. Umur sebaya kita ni dah layak
dapat anak sorang. Kira umur lapan belas tahun tu dah boleh kahwinlah...”
terang Adawiyah.
Terkejut
Hanna Dayana mendengar cerita yang disampaikan oleh mak Adawiyah kepada
Adawiyah.
“Kau
biar betul?” tanya Hanna Dayana cuak.
“Apa tak
betul pula? Kau tengok adik beradik aku berapa ramai? Sepuluh orang tahu tak.
Mak aku dah umur lima puluh enam tapi adik aku lagi tiga orang masih sekolah
rendah lagi. Aku ni pula baru habis tingkatan enam. Jadi, cuba kau fikir umur
berapa mak aku kahwin? Dan umur berapa mak aku dapat abang aku yang sulung tu?”
soal Adawiyah.
Kini
giliran Hanna Dayana pula menggaru kepala. ‘Terer gila mak Si Adawiyah ni.
Dalam masa lima puluh enam tahun, sepuluh anak dia boleh dapat. Kalau aku
kahwin umur dua puluh tahun. Agak-agak berapa anak aku boleh dapat? Lapan
mungkin? Argh!’ Hanna Dayana mengetuk perlahan kepalanya.
“Kau ni
dah kenapa? Teruk benar aku tengok? Ada masalah ke?”
“Aku
memang ada masalah beb!”
“Masalah
apa?”
“Abah
suruh aku kahwin!”
“Hah?!”
“Kau ni
tak payahlah jerit kuat-kuat!” marah Hanna Dayana sambil memandang kiri dan
kanan. Bimbang abah atau ibu dengar dan datang ke mari.
“Kau
biar betul?”
“Apa
tak betul pula? Bukan ke kau kata mak kau kahwin awal. Jadi, kau rasa umur
macam aku ni patut kahwin ke tak?” sound Hanna Dayana.
Adawiyah
menganggukkan kepala.
“Tapi
siapa, beb? Aku kenal ke?”
“Kau
tak kenal. Ni anak kawan abah aku. Dia orang kawan lama. Dah lama tak jumpa.
Tapi bila jumpa dua, tiga hari ni. Terus bagi cadangan nak kahwinkan aku dengan
anak teruna dia. Tak ke gila?” tanya Hanna Dayana.
“Memang
gila! Tapi hensem tak lelaki tu?”
“Hensemlah
juga. Muka dia ala-ala k-pop sikit. Rambut pacak-pacak, mata bulat. Hidung
taklah mancung tapi gila comel!” puji Hanna Dayana dalam tidak sedar.
“Puji
lain macam aje ni? Syok ke?” sound Adawiyah.
“Otak
hang!”
“So,
apa keputusan kau?” tanya Adawiyah. ‘Tak sangka aku, nak kahwin dah kawan aku
ni. Dengan lelaki muka k-pop pula tu! Jelesnya!’
“Aku
tak nak kahwinlah, beb..”
“Apsal
pula? Muka market tu!”
“Kau ni
tak habis-habis dengan k-pop kau tulah!”
“Marah
pula?”
“Mestilah
marah! Kau boleh tolong aku tak?”
“Tolong
apa?” tanya Adawiyah.
“Tolong
cakap dekat abah yang aku tak nak kahwin. Aku nak kerja atau sambung belajar.
Kalau aku kahwin, pergerakan aku terbatas. Boleh tak?” pinta Hanna Dayana.
“Ish!
Tak naklah aku! Aku tak berani. Kau tahu kan abah kau tu bekas komando. Sekali
dia menjerit, lintang-pukang aku lari.” Tolak Adawiyah. Gerun bila mengenangkan
ketegasan abah Hanna Dayana. Nampak lembut tapi bila dia keluarkan suara singa
jantan dia, mahu pengsan dekat situ!
“Kau
ni! Tolonglah!” pinta Hanna Dayana lagi.
“Ibu!
Ibu buat apa tu?” soal Adawiyah sebaik sahaja ternampak Hajah Asmah di tepi
taman berhampiran mereka.
“Wei! Aku jumpa ibu kejap ek?” Adawiyah segera berlalu
meninggalkan Hanna Dayana yang ketika itu sudah pun menjadi singa betina.
‘Gerun mak!
best2.. bgi dia kahwin cpt sikit.. hehe
ReplyDeletenak tngok cra dia mrajuk ngan brmanja mcm mna? hehe
tq Ruuna Qizbal... :)
Deletehehe..
ReplyDeletedatang menjemput tuk join random 25
http://sna-aai.blogspot.com/2013/01/tag-25-random-facts-about-me.html