Pages

Peminat Novel

Blog Page

23 Oct 2012

Bab 14: Dia Yang Ku Cinta



PADA MALAM ITU, Zarith seperti tidak senang duduk apabila teringatkan kesungguhan Fendi mahu bekerja di syarikatnya. Hanya kerana perempuan itu!
Tangannya pantas mengambil telefon bimbit. Nama ‘Yana budak gedik’ dicari. Tangannya menekan laju butang kekunci telefon.
~Salam.. kau buat apa? Bz ke?
Dia menunggu dalam resah. Balas ke tidak budak ni. Setelah sepuluh minit, akhirnya telefonnya berbunyi tanda ada mesej masuk. Segera dia menekan butang hijau. Tertera nama Yana. Dia menguntum senyum melihat mesej Yana.
~Wassalam. Saya baru lepas sembahyang. Kenapa?
Laju saja tangan Zarith membalas mesej Yana.
~Nothing. Saja nak try kau. Nak tahu kau dah pandai taip mesej belum. Kau kan jakun. Ha ha ha....
~Amboi tuan, sedap mengutuk saya ye? Tuan pun jakun juga.
Mereka saling berbalas mesej.
~Jakun apa?
~Jakun tak pernah jumpa awek cute macam saya. Ha ha ha...
~Perasannya budak ni!
~Mengaku ajelah tuan.
~Sudah, sudah. Jangan nak merepek. Esok kawan aku akan mula kerja di syarikat. Aku nak kau layan dia dengan baik. Ada faham?
~Eleyh! Tukar topik nampak. Baiklah cik abang. Saya menurut perintah. Jumpa esok. Assalamualaikum...
Gulp! Zarith memegang dada. Dapat dirasakan dadanya ketika ini berdegup kuat. Apa kena dengan aku ni. Baru dia sebut cik abang dah gabra semacam. Belum lagi dia sebut sayang, cinta. Ish! Apa yang aku merepek ni. Melalut aje dari pagi tadi. Patutlah Fendi kata aku blur. Lebih baik aku tidur.
Zarith segera melekapkan kepala di atas bantal dan akhirnya dia terlena.


YANA gelisah. Macam mana dia boleh terlepas tulis cik abang. Malunya. Dia nak tulis cik tuan. Tangan gatal-gatal taip cik abang. Ya Allah, mana nak letak muka ni.
Masaklah nak menjawab esok. Nak kena tebal muka nak jumpa dia ni. Wahai tangan, tolong jangan buat perangai gedik lagi ya? Memang malu habis sekarang ni. Aku tak tahu apalah tanggapan mamat tu nanti. Jangan dia kata aku syok dia sudahlah. Malu aku nak berdepan dengan dia. Tak pasal-pasal kena pecat.
Tenang, Yana. Tenang. Fikir fositif. Jangan kalut. Benda kecik. Boleh satle. Kau berlagak biasa aje. Kalau dia tanya jawablah kau ter... ter... kira tak sengajalah tu kan. Huh! Tenang. Sekarang sila tidur selena yang mungkin. Dia mula baring di atas toto dan melihat kembali mesej ‘ter....’ itu tadi. Dia memejam mata. Macam nak tercabut nyawa bila tersalah buat sesuatu. Malu satu hal! Akhirnya dia terlena bersama telefon yang di pegangnya erat.

4 comments:

  1. Tq tapi pendek sangat.sungguh aku cinta x ada n3 baru ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada... tp belum tertaip lagi..hee..maaf ye..nt dh update, bc tau ^^,

      Delete
  2. short but best...hehe

    ReplyDelete
  3. Dah ada bunga dalam taman nampak bagi Yana dan Zarith. Best.

    ReplyDelete

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,