“AWAK!! Awak
nak main layang-layang tak?” soal Isfahani sebaik sahaja dia nampak kelibat
Haikal keluar dari kamar tidurnya.
“Hah? Layang-layang??” soal Haikal
terpinga-pinga. Dia yang baru bangun tidur sudah diajak bermain layang-layang.
Mandi belum, makan pun belum.
“Yelah...”
“Sekarang ke?”
“Ish. Apa pulak sekarang? Petang
nantilah. Dah-dah. Cepat mandi. Lepas tu sarapan. Mak tok mintak tolong awak
parut kelapa. Mak tok nak masak rendang daging. Cepat tau. Saya tunggu dekat
luar.” Kata Isfahani kemudian berlalu ke luar rumah.
Haikal menggaru-garu kepalanya.
Kenapa Is hari ni mesra semacam je? Selalu menjeling. Seketika, Haikal menepuk
dahi. Bukan ke dia orang dah berbaik semalam. Patutlah Isfahani layan dia baik
sangat.
Haikal masuk kembali ke dalam bilik
mengejutkan Borhan sebelum mencapai tuala yang tergantung di belakang pintu
bilik dan berlalu ke bilik air untuk menyegarkan badan. Haikal tersenyum
sendirian di dalam bilik air. Dia langsung tidak menyangka hubungannya dengan
Isfahani akan baik. Lebih mudah untuk dia berterus-terang tentang dirinya dan
memberitahu isi hatinya kepada Isfahani. Dia berharap sangat Isfahani tidak
terkejut dan membenci dirinya. Haikal menyanyi kecil di dalam bilik air.
Riangnya hati sehingga dia boleh bernyanyi-nyanyi di dalam bilik air.
Sofia yang baru sahaja turun untuk
bersarapan terdengar nyanyian riang di dalam bilik air. Suara seperti Haikal.
Gembira semacam je?
Lantas dia bertanya kepada Borhan
yang sedang duduk di meja makan sambil menahan kuap.
“Kenapa dengan Haikal tu? Pagi-pagi
dah bernyanyi?”
Senyap. Sofia melihat Borhan yang masih
terkatup mata segera menampar lengan lelaki itu. Borhan menjerit kecil.
“Oii, apa ni? Sakitlah!”
“Tahu pun sakit. I cakap you tak
dengar ke? Tidur ajelah you ni!” marah Sofia.
“Ish! Suka hati akulah! Kau nak apa
ni? Tak menganggu aku tak boleh ke?” balas Borhan kasar. Sakit hati apabila
perempuan gedik ini menganggu lenanya. Ah! Borhan di mana-mana sahaja boleh
terlena.
“I tanya kenapa Haikal menyanyi-nyanyi
dalam toilet tu?” Sofia menyoal kembali dengan pertanyaan tadi.
“Oh.. Haikal kata Isfahani ajak dia
pergi main layang-layang petang nanti. Hari ni pun angin tengah kuat. Memang
bestlah kalau nak main layang-layang. Terbang tinggi. Dia punya excited macam
tak pernah main layang-layang. Eh, orang bandar memang jakun eh? Tak pernah
main layang-layang ke?” soal Borhan yang sedikit pelik melihat tingkah Haikal.
Jakun.
Sofia pantas menolak kepala Borhan
menggunakan dua jarinya. “Banyaklah you punya jakun!” marah Sofia kemudian
berlalu menuju ke kamar.
“Oii! Suka-suka kau je main kepala
aku! Bapak aku bayar zakat tahu tak?” bentak Borhan tidak puas hati.
Hati Sofia meledak geram. Kurang
ajar! Belum apa-apa dah pandai ajak main layang-layang. Lepas ni apa pulak?
Ajak main kahwin-kahwin? Haikal ni pun satu melayan aje. Jakun sangat tu
kenapa? Bila aku ajak teman makan dekat pekan, banyak songeh. Tapi kalau
perempuan tu ajak, laju je kaki kau kan? Marah hatinya.
“HAIKAL...
awak tak siap lagi ke? Cepatlah!” teriak Isfahani dari luar rumah. Dia sudah
kepanasan menunggu Haikal macam menunggu anak Dato’ datang bertandang ke
rumahnya pula.
“Ye-ye. Sekejap. Saya datanglah
ni..” jerit Haikal dari dalam rumah. Bergegas Haikal menuruni tangga sebelum
betul-betul berdiri di hadapan Isfahani.
“Sorry, I’m late..” katanya
serba-salah.
“Memang sangat-sangat lambat pun
Encik Haikal. Naik kematu saya tunggu awak tau!”
“Kematu? Apa tu?” Haikal
menggaru-garu kepala. Peliknya bahasa?
Isfahani mengegek ketawa mendengar
pertanyaan Haikal. Memang anak orang bandar betullah!
“Takde apa-apalah. Cepat tolong
saya.” Kata Isfahani. Lebih kepada memberi arahan sebenarnya.
Isfahani menarik tangan Haikal dan
betul-betul berdiri di bawah pokok kelapa. Pengangan tangan yang tidak dilepaskan
itu mendamaikan hati Haikal. Haikal tersenyum sendirian.
Isfahani yang pelik melihat sikap
Haikal mula menyoal, “Kenapa awak senyum sorang-sorang ni?”
“Tu...” bibir Haikal mengunjukkan
tangan yang dipegang Isfahani.
“Opps. Sorry. Tak sengaja..”
Isfahani memohon maaf di atas keterlanjurannya.
“Tak apa. Saya okey aje. He he he..”
balas Haikal bersahaja.
Terbeliak mata Isfahani mendengar
kata Haikal yang selmba itu. Rasa aneh mula menyapa. Tetapi dia cepat-cepat
membuang kerana ada tugas lebih penting memerlukan perhatiannya.
“Okey. Mak tok suruh kita parut
kelapa. Tapi sebelum tu, kita kena ambil kelapa dulu..” terang Isfahani sambil
mendonggak kepala melihat ke buah kelapa yang sudah masak.
“Jomlah!” ajak Haikal.
“Pergi mana?”
“Kata pergi ambil buah kelapa. Buah
kelapa dekat kedailah kan?” soal Haikal yang tidak faham akan maksud Isfahani
tadi.
Isfahani sudah menepuk dahi. Apa
punya jakunlah mamat bandar ni. Rungutnya di dalam hati.
“Bukan-bukan. Maksud saya, awak kena
panjat pokok kelapa. Ambil dari pokoknya. Lebih segar..”
Membulat mata Haikal mendengar
suruhan itu. “Hah? Pan.. panjat pokok?” soal Haikal terkejut.
“Iyelah. Nak buah kelapa kenalah
panjat pokok. Takkan nak bertapa bawah pokok kelapa ni tunggu sampai buah
kelapa tu gugur pulak..” ujar Isfahani yang geram dengan sikap ‘blur’ Haikal.
“Tapi saya mana tahu panjat...” kata
Haikal perlahan.
Kini giliran Isfahani pula
membulatkan matanya. Aduh! Masalah berkawan dengan orang bandar nilah. Isfahani
menepuk dahi.
“Jakunnya awak ni. Sudahlah. Saya
pergi minta tolong Borhan sekejap. Awak tunggu sini. Saya nak awak tengok dan
belajar. Tunggu sini!” arah Isfahani.
Haikal hanya menganggukkan kepala.
Membantah tidak, melawan pun tidak. Memang benar dia tidak tahu. Jadi, dia
harus belajar.
Isfahani mendengus sebelum masuk ke
rumah untuk memanggil Borhan.
“Borhan! Borhan!” jerit Isfahani.
“Ye-ye. Apehal terpekik ni?
Bisinglah. Aku nak tidur pun tak senang.” Marah Borhan kerana Isfahani
menganggu tidurnya.
Tangan Isfahani laju sahaja menepuk
belakang badan Borhan. “Kau ni kan, asyik membuta ajelah! Tolonglah aku. Ambil
buah kelapa. Mak tok nak masak rendang ni..” rayu Isfahani.
“Ala.. Haikal kan ada. Suruhlah
dia..” balas Borhan sambil meraup muka. Kacau betullah!
“Cik abang! Kalau si mamat tu tau,
tak adalah aku suruh kau, ngek! Cepatlah. Nanti Mak Tok baliklah.”
“Ngek-ngek tengkorak kau! Dahlah
mintak tolong orang. Cakap baik-baik tak boleh ke?” bentak Borhan tidak puas
hati.
Isfahani sudah mengelip matanya
tanda memohon maaf. “Cepatlah....” renggek Isfahani.
“Ish! Mak nenek ni! Yelah-yelah...”
Borhan mengalah.
Mereka berdua menuruni tangga dan
menuju ke arah di mana Haikal berdiri ketika ini. Kaku. Itulah yang Isfahani
lihat pada diri Haikal ketika ini. Kaku macam kayu! Isfahani mendongkol geram. Muka
aje handsomelah. Buat kerja pun tak reti.
Borhan membuat seliparnya sebelum
memanjat pokok kelapa itu. Sesampainya di bahagian yang di kehendaki, dia
bertanya berapa biji Mak Tok hendak guna. Isfahani menjelaskan Mak Tok nak guna
dalam tiga biji. Mak Tok nak beri rendang daging kepada jiran tetangga.
Haikal yang melihat sedari tadi
hanya memandang sepi. Tinggi sangatlah kalau nak suruh aku panjat. Kalau aku
jatuh, pokok kelapa ni ada insuran tak untuk aku? Ah! Aku sudah melalut sampai
ke situ pula.
“Haikal...!!” teriak satu suara
sebelum Haikal merasakan sikunya perit. Dia melihat dirinya sudah terbaring di
tanah manakala Isfahani menghempap badannya. Seketika, pandangan mereka
berlaga. Asyik terlalu asyik sehingga degupan di dada mereka mengubah rentak
lebih laju sebelum Isfahani sedar akan keadaan itu dan cepat-cepat berdiri dan
membetulkan rambut serta bajunya.
“Berangan ajelah awak ni! Nasib kepala
awak tak jadi kelapa. Kalau tak, apa saya nak jawab dengan keluarga awak??”
marah Isfahani.
Haikal segera bangun dan
membersihkan badan. Dia melihat luka yang memedihkan sikunya itu. Terdapat sedikit
kesan calar dan berdarah di siku. Walaupun nampak sikit lukanya, tetapi jika
kena air. Perit!
“Awak okey tak?” soal Isfahani yang
mula cemas melihat Haikal membelek-belek sikunya. Seketika, terbeliak matanya
melihat kesan calar di siku Haikal.
“Eh, awak lukalah! Tunggu sini. Saya
ambil ubat.” Isfahani bergegas naik ke atas dan mengambil segulung kapas dan
sebotol minyak gamat dan di bawa turun ke bawah.
Dia menghampiri Haikal dan menarik
Haikal duduk di pondok di hadapn rumahnya. Botol minyak gamat di buka sebelum
kapas di tarik sedikit. Minyak gamat itu dituang ke atas kapas sebelum
dilekapkan ke siku Haikal.
“Sakit sikit, eh..” kata Isfahani.
Tetapi kesakitan itu langsung tidak
di rasai oleh Haikal. Yang di rasai kini adalah rasa bahagia. Bahagia kerana
Isfahani mengambil berat tentangnya. Dia melihat wajah cemas Isfahani dengan
pandangan redup. Haikal sayangkan awak, Is. Kalaulah awak tahu...
“Haikal... what’s wrong, dear?” sapa
Sofia tiba-tiba sebelum dia mencelah duduk ditengah-tengah di antara Haikal dan
Isfahani. Sofia memberi jelingan sebelum melihat siku Haikal.
Isfahani mengumam geram. Macamlah aku
heran sangat dengan laki kau ni! Aku cuma mak sapukan ubat je. Karang jatuh
pulak saham laki kau kalau berparut!
“Kenapa ni?” soal Sofia prihatin.
Soalan Sofia itu menjengkelkan hati
Isfahani. Ambil berat konon.
“Takde apa-apalah, Sofi..” kata
Haikal lemah. Hilang terus moodnya sebaik sahaja Sofia datang menganggu
ketenangnya.
“Kalau takde apa-apa, takkan boleh
luka macam ni?” soal Sofia tidak puas hati. Pantas wajahnya dipalingkan
menghadap Isfahani. Isfahani hanya menjongket bahu tanda tidak tahu.
“I okey ajelah. Tadi I tak perasan
buah kelapa jatuh ke bawah. Nasib baik Is ada. Dia yang tolak I tadi..” terang
Haikal.
“Is tolak you???” soal Sofia seperti
tidak puas hati saja.
“No. I mean, dia selamatkan I dari
terkena buah kelapa tu. Dahlah, benda kecil aje. Tak payah nak besar-besarkan..”
malas Haikal mahu melayan Sofia. Baru sahaja dia bangun dari duduk, Sofia
memeluk lengannya.
“Hari ni teman I lunch dekat pekan
jom. I hungry fast food.”
Haikal menggelengkan kepala manakala
Isfahani menjuihkan bibir. Gedik!
“Sofi. Borhan dengan Mak Tok dah
bersusah payah nak masakkan kita rendang daging. Takkan kita nak makan dekat
luar pulak? Dah la. Kita makan dekat rumah je. Tak lari ke mana fast food you
tu.” Balas Haikal bersahaja.
Isfahani sudah mengenggek ketawa. Pandangan
tajam Sofia dia biarkan sahaja. Ingat aku takut?
“You.....”
“Jom, Is. Saya tengok Borhan dah
turun tu. Tadi kata nak parut kelapa kan? Boleh ajar saya tak?” soal Haikal
tanpa mempedulikan renggekan Sofia.
Isfahani sudah mejerit kesukaan di
dalam hati. Nasib kaulah, Sofi. Dapat pakwe macam ni.
Sofia menghentak-hentak kakinya
tanda geram dengan penolakan Haikal. Ah, sejak Haikal berada di sini bersama
Isfahani. Dia sudah makin dilupakan. Dia tidak boleh menerima penolakan itu. Dia
harus berbuat sesuatu!
nak lagi boleh best sangat....
ReplyDeletebaby mio: akan di uodate dlm masa terdekat ni
DeleteHahaha...padan muka Sofia...mengedik sngt!! Lama akak tk update crte ni...rindu saya kt crte ni..hehehe thanks kak ;-)
ReplyDeletehehehe.... :D tq
Delete