Pages

Peminat Novel

Blog Page

4 Nov 2012

Bab 11: Sungguh, Aku Cinta Kamu





SELESAI MAKAN, mereka bersantai-santai di pondok, berdekatan dengan pokok rambutan. Sofia tidak turut serta kerana dia lebih gemar berehat dari menyertai mereka. Bosan katanya. Apa yang hendak di bosankan tidak pula Haikal ambil tahu.
Baginya, budak bandar sepertinya sepatutnya gembira dapat datang menjejakkan kaki ke kampung. Pemandangan yang cantik, udara yang segar, tenang. Itulah yang dia idamkan selama ini. Bukan duduk di tengah kota yang begitu sesak dan tercemar dengan pelbagai bunyi.
“Kau orang nak rambutan tak?” soalan Isfahani mengembalikan Haikal ke alam nyata.
“Nak, nak!” jawab Qila dan Borhan. Haikal hanya menjadi pemerhati sahaja. Tekaknya juga sudah berasa kemanisan buah rambutan itu.
“Okey, tunggu kejap.” Isfahani sudah bersedia untuk memanjat. Itulah kerjanya jika berada di kampung. Suka memanjat!
Eh, eh.. awak nak ke mana tu?” soal Haikal terpinga-pinga melihat Isfahani yang sudah menghampiri pokok rambutan.
“Nak panjatlah. Nak buat apa lagi?” jawab Isfahani kasar.
“Hah! Panjat?!” soal Haikal yang terkejut. Gila apa nak panjat.
“Err.. ambil pakai tanggalah...” sambung Haikal lagi.
Qila, Borhan dan Isfahani sudah ketawa terbahak-bahak. Pertama kali dalam hidupnya mendengar orang ambil buah rambutan pakai tangga.
“Mana ada orang ambil buah pakai tangga Encik Haikal oii...”
“Ta... tapi kalau jatuh macam mana?”
Don’t worry. Aku jaguh memanjat.” kata Isfahani mula mendabik dada. Qila dan Borhan sudah mencebik mendengar kata-kata Isfahani. Tak sudah-sudah dengan angkat bakul sendiri!
“Sudah, sudah. Aku dah kecur liur ni. Ambiklah cepat!” arah Qila. Isfahani hanya menganggukkan kepala. Dia membuka selipar dan mula memanjat dari satu dahan ke satu dahan sehinggalah tiba di satu rimbunan daun yang penuh dengan buah rambutan yang merah menyala. Pasti manis!
Ready ya? Haikal kau pun tangkap jugak tau. Kau kan jakun!” sempat Isfahani memperli Haikal. Kelihatan Haikal terpingga-pingga dan menganggukkan kepala.
“Satu, dua, tiga... sambut!!” jerit Isfahani dari atas dan membaling buah rambutan yang dipetiknya ke bawah. Kelihatan Haikal terkocoh-kocoh berlari ke sana-sini untuk menyambut buah rambutan itu. Isfahani sudah ketawa terbahak-bahak melihat telatah Haikal.
“Nak lagi ke?” jerit Isfahani. Mereka mendongak memandang Isfahani.
“Cukuplah. Dah banyak ni...” balas Borhan dari bawah.
“Okey, aku turun sekarang..”
“Hati-hati weh!” jerit Qila mengingatkan keselamatan Isfahani.
Isfahani berhati-hati menuruni pokok rambutan. Perlahan-lahan dia memijak dahan-dahan pokok rambutan namun pada langkah terakhir dia tersilap langkah apabila secara tak sengaja telah memijak sedahan pohon yang hampir patah membuatkan dia hilang imbangan. Isfahani menutup matanya. Dalam hati hanya mampu bertawakal sahaja jika apa-apa berlaku kepadanya.
“Isfahani!!!” jerit mereka serentak.
Eh! Aku tak jatuh ke? Tak sakit pun badan. Sedap semacam je, desis hatinya. Isfahani segera membuka matanya dan.. Gulp! Terkaku dia melihat wajah Haikal yang berada di depan matanya.
“Awak tak apa-apa?” jelas riak risau terpamer di wajah Haikal. Dia merenung Haikal tanpa kelip. Baru kini dia dapat melihat dengan jelas wajah Haikal. Alis mata yang cantik tapi sedikit sepet. Muka putih bersih tanpa jerawat. Bibirnya merah segar. Tanda bukan seorang penghisap rokok.
Mak aih! Handsomenya mamat ni! Jerit hatinya.
“Awak...” lembut suara Haikal memapar ke telinganya. Dia masih lagi berkhayal memandang wajah lembut Haikal. Tapi wajah dia mirip siapa ek? Ah! Lantaklah. Handsome sangat-sangat ni. Cair hati ni di buatnya. Erk! Takkan jatuh cinta kot.
“Isfahani!!!”

GEDEBUK!! Bunyi orang jatuh katil. Bergegas mak tok dan Qila menuju ke biliknya. Isfahani sudah terkulat-kulat cuba memahami situasi. Kenapa aku boleh ada atas katil pulak? Bukan tadi aku dalam pelukan Haikal ke? Erk! Aku mimpi ke?? Desis hatinya.
“Ya Allah, anak dara ni.. itulah. Dah banyak kali mak tok pesan. Lepas makan jangan terus tidur. Kan dah mimpi yang bukan-bukan. Siap jatuh katil lagi..” bebel mak tok sambil berlalu menuju ke ruang tamu semula melayan kawan-kawan Isfahani.
Isfahani hanya tersengih seperti kerang busuk. Qila merapati Isfahani dan mulalah edisi siasat dia.
“Kau mimpi apa? Semacam je. Sampai jatuh kali. Mimpi malam pertama ke?” perli Qila. Isfahani segera mengetuk kepala Qila.
“Apa ke situ kau merepek. Kau dah tak sabar sangat ke nak kahwin. Boleh aku suruh Kamal masuk meminang kau cepat-cepat..” Qila mencebik. Dia mahu mengenakan Isfahani tetapi dia yang terkena. Nasib badan kalau berlawan kata dengan Isfahani ni. Tak pernah nak menang, bebel hatinya.
“Habis tu kau mimpi apa? Ceritalah, ceritalah..” rengek Qila.
“Tapi... janji jangan gelak...” Isfahani memberi amaran.
“Janji. Promise. Aku tak gelak. Ceritalah cepat..” desak Qila.
“Aku mimpi Haikal dukung aku..” senafas sahaja Isfahani mencerita detik bahagia mimpinya.
Membulat mata Qila mendengar cerita Isfahani. “What?!”
Syhh!! Perlahan sikit jerit tu. Kau nak mak tok dengar ke?” marah Isfahani.
“Buat apa dia peluk kau?” soal Qila.
“Aku jatuh pokok masa  panjat nak ambil buah rambutan. Salah pijak dahan aku terjatuh. Tahu-tahu aku ada dalam pelukan dia.” terang Isfahani. Qila sudah tersengih-sengih.
“Tapi, aku dengar ada suara perempuan nyaring sebut nama aku. Itu yang aku terkejut. Terus gedebuk jatuh katil...”
Ha ha ha.. Mesti tu suara Sofi. Hati-hati Is. Kau ada persaingan..” kata Qila.
“Persaingan? Persaingan apa?”
“Persaingan merebut hati Haikal. Kau suka Haikal kan?” teka Qila.
Ish! Merepeklah kau ni!” tungkas Isfahani.
“Jangan nak tipulah. Aku tahu dari renungan matamu wahai cik Isfahani..”
Isfahani segera mencubit pinggang Qila dan berkata, “Kau jangan nak buat gosip tak bertauliah dekat sini. Tahu dek mak tok, malam ni jugak aku kena kahwin dengan Haikal. Mak tok bukan boleh dengar aku ada seseorang. Mulalah nak fikir pasal kahwin.” marah Isfahani.
“Mak tok!!” jeritan Qila membuatkan Isfahani terkejut dan segera menekup mulut sahabatnya itu.
“Iya, ada apa?” kedengaran suara mak tok dari arah ruang tamu menyahut panggilan Qila.
“Hah.. tak ada apa-apa mak tok. Qila nak minta izin meronda kawasan kampung ni..” kata Isfahani.
“Ha, pergilah. Ajak Borhan, Haikal dan Sofi sekali. Bawa dia orang pusing kampung. Jangan balik lewat sangat.” balas mak tok. Qila sudah mengegek ketawa melihat wajah menyinga Isfahani.

1 comments:

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,