AKU berlari-lari anak di
kawasan taman reaksi. Ini memang rutin mingguan aku. Setiap pagi ahad, aku akan
meluangkan sedikit masa untuk bersenam. Sihat untuk tubuh badan selepas penat
bekerja selama lima hari.
Aku mengeliatkan tubuh
badan menjadikan badan aku lebih segar. Setelah dua puluh minit berlari, aku
mengambil tempat duduk yang agak jauh dari tumpuan orang ramai. Aku mula duduk
dan mengelap peluh yang mula menitik dari wajahku. Dalam sedang aku leka
melihat pemandangan sekeliling yang dipenuhi dengan manusia, aku terpandang
susuk tubuh yang begitu menarik perhatian. Dia tengah melakukan senaman ringan.
Pasti baru selesai berlari.
Aku meneliti wajahnya. Wajah
yang putih berseri tanpa sebarang jerawat. Matanya yang sedikit sepet namun
nampak sangat kena dengan rupanya. Bibirnya yang merah tanda bukan penghisap
rokok. Hati aku berdegup secara tiba-tiba. Entah kenapa, kaki aku melangkah
perlahan menuju ke arah lelaki itu.
“Assalamualaikum...” aku
mula menyapa lelaki itu. Kelihatannya lelaki itu agak terkejut menerima
kehadiran aku di sini. Aku pun tidak tahu kenapa aku ingin sangat mengenali
lelaki itu.
“Assalamualaikum..” aku
memberi salam sekali lagi apabila melihat lelaki itu seakan kaku melihat aku.
“Wa...
waalaikumussalam...” lelaki itu menjawab salamku.
“Boleh saya duduk?” entah
kenapa hari ini aku begitu berani menegur lelaki yang tidak aku kenali.
“Silakan....” jawab
lelaki itu sambil mengelap peluh.
Aku masih lagi meneliti
wajahnya tanpa kelip. Wajahnya kelihatan tenang sekali.
“Nama siapa?” aku mula
menyoal.
Lelaki itu sekali lagi
terkejut mendengar pertanyaanku. Pasti dia berasa pelik kerana seorang
perempuan begitu berani menghampiri lelaki yang tidak dikenali tanpa rasa
was-was.
“Kamal...” jawab lelaki itu sepatah.
Kamal? Sedap nama, semanis tuannya.
“Saya Kamelia...” aku menghulur salam perkenalan
kepadanya. Kelihatan Kamal teragak-agak menyambut huluran tangannya namun dia
tetap menyambut juga.
“Kita kawan?” entah kenapa ayat itu yang terkeluar
dari mulutku.
“Kawan?” soal Kamal.
“Ya, kawan. Nama pun dah tahu. So kita kawanlah
kan?” aku menyoal kembali.
Kamal memandang aku dengan riak pelik. Aku mengambil
kesempatan itu dengan melihat wajahnya. Setiap kali aku melihat wajahnya, jantungku
semakin kuat berdegup. Aku jatuh cintakah?
“Macam mana? Jangan risau. Saya bukan orang jahat.”
aku menyedapkan hatinya. Mana ada perempuan yang ingin berbuat jahat kepada
lelaki.
Kamal menganggukkan kepala dan kemudian menguntum
senyum. Hatiku semakin tidak keruan. Pesona matanya membuat aku seakan-akan
terpukau. Sah aku jatuh cinta.
Kami berbual ringkas mengenali hal masing-masing. Kamal
pada awalnya kelihatan kekok mula selesa dan berbicara itu ini denganku. Ada sahaja
yang diceritakannya. Apabila dia bercerita aku akan terus-menerus melihat
wajahnya. Hatiku tenang melihat ketenangan mukanya. Sesekali dia menoleh ke
arahku dan menguntum senyum kemudian menyambung semula ceritanya. Aku semakin
tidak keruan.
SELEPAS pulang dari bersenam, aku merehatkan badan
di dalam bilik mahu membaca novel terbaru keluaran Kaki Novel. Baru beberapa
helai aku membaca, telefon aku berbunyi tanda ada mesej masuk. Aku melihat nama
yang memberi mesej kepadaku. Aku tersenyum sendirian. Kamal. Kami sempat
bertukar-tukar nombor telefon sebelum masing-masing menuju ke rumah
masing-masing. Tidak sangka secepat ini Kamal menghubungiku. Lantas, butang hijau ku buka.
~Salam.
Maaf menganggu. Buat apa? – Kamal
~Wassalam.
Tak menganggu pun. Takde buat apa-apa. Kenapa ya? – Kamelia
~
Saja aja mesej awak. Takde orang marahkan? – Kamal
Aku tersenyum melihat mesejnya itu. Orang nak
marah? Siapa? Aku tidak mempunyai teman istimewa. Tiada siapa akan marahkan ku
jika aku berkawan dengan dia. Tetapi dia? Dia sudah berpunyakah?
~Takde
siapa nak marahkan saya. Saya masih solo but avalaible tau. He he he.. –
Kamelia.
Aku cuba melawak. Aku menunggu mesejnya selama
sepuluh minit namun tiada balasan. Hatiku hampa. Mesej kami terhenti disitu. Aku
kembali menyambung pembacaanku.
Seketika, terdengar deringan telefonku. Aku melihat
nama pemanggil itu. Kamal? Butang hijau segera ku tekan.
“Assalamualaikum, Kamal...” aku mula memberi salam.
“Waalaikumussalam....” Kamal membalas.
Seketika, perbualan kami menjadi sepi. Dia diam
begitu juga denganku. Tidak tahu hendak berbual apa. Hatiku sentiasa berdegup
kencang mendengar suaranya.
“Awak free
tak malam ni?” soalnya tiba-tiba.
“Free. Kenapa?”
pantas saja aku menjawab pertanyaannya. Aku belum betul-betul kenal dengannya. Kenapa
dengan berani aku menerima ajakannya.
“Saya... saya ingat nak.... nak ajak awak keluar.”
Kamal tergagap-gagap mengajak aku keluar.
Keluar? Hati
melonjat riang entah kenapa. Serasa aku sudah lama mengenalinya sehingga aku
tidak takut jika berlaku apa-apa kepadaku.
“Boleh, malam ni. Pukul lapan dekat Kafe Seri
Cempaka.” aku memberitahu tempat perjumpaan kami malam ini.
“Terima kasih. Terima kasih. Kita jumpa malam ni. Assalamualaikum.”
Kelihatan Kamal begitu gembira menerima kata setuju dariku. Aku tersenyum
sendirian. Baju apa yang ku pakai untuk berjumpa dengannya. Aku terus menuju ke
almari baju dan mula memilih baju yang bersesuaian untuk berjumpa dengan
pencuri hatiku. Ya, aku yakin aku sudah jatuh cinta dengannya.
KAFE SERI CEMPAKA. Aku menunggu dalam resah. Sudah
hampir setengah jam aku menunggunya, namun bayangnya tak kunjung tiba. Dia jadi
datang ke tidak ni. Aku memerhati kawasan sekeliling. Kafe ini sudah penuh
dengan orang ramai. Biasalah malam minggu pasti ada perjumpaan antara
rakan-rakan tidak terkecuali jugak
pasangan bercinta dan bakal bercinta. Bakal bercinta? Hatiku ketawa sendirian
memikirkan perkara yang mustahil terjadi.
Pandangan
mataku terhenti di luar kafe. Aku melihat Kamal berjalan menghampiriku. Senyumannya
tidak pernah lekang dari wajahnya. Jantung berdegup lagi setelah beberapa jam
menyepi. Sah, aku memang cintakan dia!
“Assalammualaikum...” Kamal memberi salam sambil
tersenyum manis.
“Waalaikumussalam..” aku membalas salamnya.
“Dah lama sampai?” Kamal menyoal sambil matanya
mencari kelibat pelayan. Dia mula mengamit pelayan yang dekat dengan meja
sebelah.
“Taklah, baru aje
sampai.” bohongku. Takkan aku mahu beritahu aku menunggunya dari jam tujuh
empat puluh lima minit malam tadi. Ah, memalukan!
“Makan apa?” soal pelayan itu.
“Awak nak makan apa?” soal Kamal kepadaku.
“Saya ikut awak jelah..”
Kamal mula memesan Nasi Goreng Pattaya bersama air
Fresh Oren untuk kami berdua. Seketika, pelayan itu mula berlalu selepas
mengambil order dari Kamal.
Kamal memandang aku dengan pandangan yang aku
sendiri kurang pasti. Aku hanya mampu tersenyum menutup gugup di dada. Namun setelah
lima minit dia memandang aku, aku mula bersuara kerana berasa tidak selesa
diperhatikan terus-menerus.
“Kenapa awak pandang saya macam tu?”
“Awak perempuan pertama yang berani menegur saya. Awak
tak takut ke kalau saya ni orang jahat?” soalan Kamal membuatkan aku terkejut. Dia
orang jahatkah? Hati aku tetap menidakkan kata-kata Kamal. Aku tahu dia pasti
orang baik. Cuma dia mahu menguji aku saja.
Aku tersenyum dan menjawab pertanyaanya, “Saya
yakin awak ni orang baik..”
Kata-kata dariku membuat Kamal tersenyum senang. Aku
semakin tidak keruan. Hati ingin
bertanya tentang statusnya, tetapi lidah menjadi kelu untuk berkata-kata. Seketika, pelayan tadi menghampiri meja kami
dan membawa dulang berisi makanan yang dipesan Kamal. Selepas meletakkan makan
tersebut di atas meja, pelayan itu berlalu ke meja lain untuk mengambil pesanan
mereka yang datang ke Kafe Seri Cempaka ini.
“Makanlah...” Kamal mempelawaku. Aku segera
mengangguk dan menyua sudu ke mulutku.
Kami banyak bercerita mengenai hal-hal pejabat,
kawan-kawan. Sememangnya Kamal seorang yang suka bercerita. Dari awal makan,
hanya dia sahaja yang bercerita itu ini. Aku cuma tengok wajahnya saja sambil
melayan rentak degupan jantungku ini.
“TERIMA KASIH sudi keluar dengan saya.”
“Sama-sama..” aku membalas.
Kami berjalan keluar menuju ke kereta
masing-masing. Makan malam pertama ini adalah perkara terindah yang aku pernah
buat. Sebaik sahaja aku masuk ke kereta, Kamal mengetuk cermin keretaku. Aku segera
membuka cermin kereta.
“Kenapa?” soalku.
“Saya nak bagi awak ni.” Kamal menghulurkan sampul
surat berwarna coklat kepadaku. Aku melihat wajahnya kehairanan.
Dia hanya tersenyum manis. “Balik nanti baru baca.
Saya balik dulu. Assalamualaikum...” Kamal berlalu ke keretanya dan seketika
keretanya meluncur laju meninggalkan tempat pertemuan pertama kami.
Aku pun terus memandu dengan berhati-hati menuju ke
rumah.
SEBAIK SAHAJA aku sampai di rumah, aku terus
mengoyak sampul surat itu untuk melihat apa yang berada di dalamnya. Seketika terbeliak
mataku melihat gambarku pelbagai reaksi di taman itu. Ini semua gambarku ketika
aku melakukan senaman.
Sepucuk surat yang terselit antara gambar-gambar
itu aku tarik. Aku mula membaca tulisan itu.
Assalamualaikum,
Kamelia...
Tujuan
saya menulis surat ini adalah untuk berterus terang dengan awak. Sudah lama
saya perhatikan awak. Ini semua gambar awak yang saya ambil secara curi-curi
sewaktu awak bersenam di taman tu. Saya minta maaf kerana mengambil gambar awak
tanpa kebenaran awak. Bila awak tegur saya pagi tadi, saya rasa gembira sangat
kerana akhirnya awak perasan jugak kehadiran saya dekat taman tu. Saya rasa saya
patut berterus terang dengan awak. Kamelia.. SAYA SUKA KAMU... kalau awak pun
sukakan saya, kita jumpa esok jam enam petang lepas habis kerja. Saya tunggu awak
dekat sana. Jika awak tak datang, saya faham. Saya takkan ganggu awak lagi. Awk
fikirlah masak-masak.
Ikhlas,
Kamal.
Aku tidak tahu mahu berreaksi bagaimana. Hati memang
suka tetapi terkejut. Bila masa dia ambil gambar aku? Dan macam mana aku boleh
tak perasan dia selama ni. Jantungku semakin berdegup kencang. Rasanya aku tahu
apa jawapan hatiku. Aku segera masuk ke bilik dan mula menghafal lirik lagu.
JAM ENAM PETANG. Aku menunggu Kamal dengan sabar. Tanganku
semakin sejuk menunggu kehadirannya. Keputusan sudah dibuat. Aku sukakan dia. Aku
mahu dia jadi kekasihku.
Kelihatan Kamal berlari-lari anak menuju ke arahku.
Aku tersenyum melihat tingkah lakunya. Hati semakin berdebar.
“Assalamualaikum.. maaf terpaksa tunggu.” kata Kamal.
“Takpe.
Mari kita duduk dekat hujung sana.” aku menunjuk ke satu arah dan Kamal hanya
menuruti langkahku.
Seketika, Kamal terkaku melihat
permandangan disitu. Di dahan-dahan pokok, aku meletak sehelai kertas yang
tertulis AKU SUKA KAMU dan AKU SUKA DIA berselang seli. Di situ juga terdapat tikar
yang di alas di atas rumput bersama bekalan makanan untuk kami selepas aku
meluahkan isi hatiku kepada.
Aku
menyuruh Kamal duduk di tikar itu manakala aku berdiri dihadapannya sambil
memegang gitar.
“Awak,
dengar betul-betul ya?” kelihatan Kamal masih lagi berkhayal. Pasti dia
terkejut dengan semua ini. Aku tersenyum manis kepadanya dan memetik satu
persatu tali gitar dan ia mula mengeluarkan melodi. Aku mula bernyanyi sambil
mata terus memandang wajahnya.
Aku Suka Dia - Ainan Tasneem
Aku
lihat dia di sana
Aku
ingin mendekatinya
Aku
cuba menghampirinya
Lalu
aku menyapa dia
Dia
pun membuka bicara
Dan
aku mulai mengenalnya
Kita
mula bermain mata
Mula
timbul rasa bahagia
Bila
dia mendekati diriku
Hatiku
rasa sesuatu
Bila
dia senyum kepadaku
Hatiku
rasa tak menentu
Aku melihat
senyuman di wajahnya. Aku tahu dia faham disebalik lagu ini. Aku terus
menghayati nyanyianku.
Terkadang
hatiku bertanya
Adakah
dia dah berpunya
Kerana
diriku berasa
Aku
jatuh cinta padanya
Aku
ingin memilikinya
Aku
ingin menjaganya
Aku
ingin mencinta dia
Aku
ingin hidup dengannya
Mugkinkah
aku kan berjumpa dengannya
Untuk
meluahkan rasa
Mungkingkah
aku kan berdiam diri saja
Menunggu
cinta darinya
Aku terus memetik
gitar dengan penuh perasaan. Biar dia tahu isi hatiku benar-benar tulus.
Ku
terima satu nota darimu
Yang
tertulis AKU SUKA KAMU
Aku
menunjuk helaian kertas yang tergantung di dahan-dahan pokok besar itu.
Akhirnya
kini ku kan mampu ceria
Diriku
sangat gembira
Akhirnya
kini aku mulai bahagia
Menerima
cinta darinya
AKU
SUKA DIA
Sebaik
sahaja aku menghabiskan lirik lagu itu, Kamal menepuk tangan dengan penuh
bahagia. Dia faham isi hatiku melalui lirik lagu ini. Aku tersenyum malu kerana
ini kali pertama aku meluahkan rasa melalui lagu. AKU SUKA DIA! AKU SUKA DIA!
“Terima
kasih Kamelia..” bicara Kamal.
“Sama-sama
kasih...” aku membalas.
“Marilah
makan. Saya sempat masak spaghetti pagi
tadi. Khas untuk awak..”
Kamal
memandangku dengan penuh kasih. Aku membalas renungannya. Seperti lirik lagu
tadi. Kini, aku bahagia. Aku bahagia disampingnya.
P/S: Saya dapat idea masa dengar lagu ni. Hehehe. jangan lupa komen :)
P/S: Saya dapat idea masa dengar lagu ni. Hehehe. jangan lupa komen :)
wah! bernas la idea...suke3x!
ReplyDeleteheee.. mekaseh :D
DeleteSweet sngat … ade lgi x ?
ReplyDelete