Pages

Peminat Novel

Blog Page

13 Nov 2012

Bab 18: Dia Yang Ku Cinta



“ENCIK FENDI, boleh saya masuk?” soal Yana di celah pintu yang di kuak dari luar.
Fendi mengangkat wajah sebaik mendengar suara itu. Dia menguntum senyum.
“Masuklah..”
“Maaf menganggu Encik Fendi...” Yana cuba berbasa-basi.
“Panggil Fendi aja baru tak di kira menyusahkan..”
“Fendi? Sini pejabat Encik Fendi. Nanti orang fikir saya tak hormat Encik pulak...” Yana menyangkal kata-katanya.
“Depan orang awak panggil saya Encik Fendi. Kalau kita berdua panggil aje Fendi. Boleh?”
“Err... baiklah Encik. Eh, Fendi...”
“That’s my girl. Ada apa nak jumpa saya ni?” Fendi mula menyoal tujuan utama Yana datang ke biliknya.
“Err... err..” kelihatan Yana tergagap-gagap untuk  memulakan bicara.
“Tak apa. Saya jenis open minded. Tanyalah..” kata-kata Fendi itu melegakan hatinya.
“Siapa Lisa?”
Soalan Yana membuatkan wajah Fendi berubah riak. Macam mana Yana tahu mengenai Lisa. Siapa yang beritahu Yana tentang Lisa. Sudah lama nama Lisa tidak di sebut dan  kini selepas 3 tahun, nama itu kembali menjelma.
“Fendi?” Fendi tersentak mendengar namanya dipanggil. Dia memandang Yana dan menarik nafas panjang.
“Mana Yana tahu?” soal Fendi.
“Err.. dari Encik Zarith..”
“Zarith?” soalnya kehairanan. Kenapa dengan begitu mudah Zarith bercerita tentang kekecewaannya kepada Yana. Dahulu, seluruh keluarganya bimbang melihat keadaan Zarith. Sudah puas di pujuk supaya bercerita tentang masalahnya. Zarith lebih rela berdiam diri. Namun wajahnya menampakkan kekecewaan yang sedang dia alami. Fendi segera membuang jauh-jauh ingatan itu dan mula memandang Yana yang masih lagi menunggu jawapan darinya.
“Lisa tu kekasih Zarith..” balas Fendi senada.
“Kenapa putus?” soal Yana tidak sabar.
“Bukan putus. Tapi Lisa yang tiba-tiba menghilang diri selepas mereka sama-sama menyambut ulang tahun perkenalan mereka yang kelima tahun.”
“Habis, tak dapat cari ke?” soal Yana lagi.
“Tak.. dia terus hilang. Sudah puas kami cari. Nombor dia pun dah tukar. Macam mana kami nak cari lagi.” rintih Fendi.
Yana hanya mampu mendiamkan diri. Kasihan Encik Zarith. Patutlah muka dia dari awal nampak seperti kehilangan. Walaupun dia garang macam singa namun jiwanya kosong.
 Zarith tidak bercerita keseluruhan cerita. Zarith hanya bercerita bagaimana mereka berdua berkenalan dan bercinta. Selepas itu, cerita itu terhenti di situ apabila Zarith seakan sedar dia sudah terlebih cerita mengenai Lisa. Segera dia menghalau Yana keluar dari pejabatnya.
Yana menjadi tidak puas hati kerana hatinya meronta ingin mengetahui kisah selanjutnya. Justeru itu, dia pergi ke bilik Fendi meminta penjelasan.
“Err.. saya harap Fendi tidak beritahu Encik Zarith tentang hal ini. Dia tidak tahu saya bertanya kepada Fendi..” mohon Yana.
“Boleh. Tapi dengan satu syarat.”
“Syarat apa?”
“Keluar makan dengan saya malam ni?”
“Keluar? Kita berdua?”
“Yelah. Habis tu, Yana ingat kita nak keluar dengan siapa? Ziana Zain, Adibah Noor?” Fendi berseloroh membuatkan Yana tidak dapat menahan tawa.
“Amboi, sukanya dia..” teguran Fendi itu membuatkan Yana terus berhenti ketawa. Fendi ketawa geli hati melihat wajah Yana menahan tawa.
“Malam ni? Pukul lapan malam? Saya ambil awak dekat rumah?” soal Fendi kembali.
Yana sudah berasa serba salah. Dia sudah meminta pertolongan dengan Fendi. Takkan dia mahu menolak ajakan lelaki itu. Bimbang juga jika Fendi memberitahu Zarith. Pasti teruk di marahi Zarith.
“Baiklah, saya setuju. Fendi tulis alamat saya.” Fendi mula menulis alamat yang disebutkan Yana. Dia menguntum senyum.
“Thanks sayang..” Fendi mengenyit mata kepada Yana. Yana hanya mampu menggeleng.

FENDI sudah berada di perkarangan rumah Yana. Dia mengambil telefon bimbit yang berada di dashboard dan mula mencari nama Yana. Dia mendail untuk memberitahu keberadaannya di hadapan rumah Yana.
“Sekejap ye Fendi. Lagi lima minit saya turun.” Yana segera mematikan talian dan bertungkus-lumus menyiapkan diri secepat mungkin. Macam mana dia boleh tertidur selepas sembahyang maghrib. Mujur dia tersedar dan kala itu jam sudah menunjukkan ke angka tujuh lima puluh sembilan minit malam. Terlambat!
Selepas berpuas hati melihat dirinya di cermin, dia bergegas keluar kerana bimbang Fendi panas punggung menunggunya namun sangkaannya meleset apabila melihat Fendi sudah berada di dalam rumahnya bersama umi, baba dan adik-adiknya. Dia segera bergerak ke arah mereka.
“Maafkan saya, Fendi. Saya terpaksa buat awak tertunggu-tunggu. Saya tertidur tadi..” perlahan saja Yana menyebut perkataan tidur. Sebenarnya dia malu apabila Fendi berada di rumah buruknya itu. Dia tidak mahu Fendi menjadi simpati kepadanya.
“Itulah Fendi. Penat sangat agaknya kerja dekat pejabat tu. Pak cik tengok dia makin kurus. Kamu tolonglah tengok-tengok anak Pak Cik ni ya.” mohon baba.
“InsyaALLAH Pak Cik. Yana ni dah jadi tanggungjawab saya menjaga dia di pejabat.” Fendi cuba menyedapkan hati orang tua Yana. Pasti mereka bimbang melihat Yana bekerja keras sehingga menjadi kurus seperti ini. Kurus, kurus pun masih menawan. Oh hati! Kau sudah gila bayang. Fendi tersenyum sendirian.
“Marilah Fendi. Umi, babah. Yana pergi dulu ya?” pamit Yana sambil menyalami tangan kedua ibu bapanya. Tersentuh Fendi melihat tingkah laku Yana yang amat manis dipandangan matanya. Sopan santun, manis. Ah! Jika Yana ni anak yatim piatu sekalipun dia sanggup menerima Yana kerana hatinya benar-benar sukakan gadis ini. Hatinya menjerit sendirian.
“Kami pergi dulu Pak Cik, Mak Cik..” giliran Fendi pula menyalami orang tua Yana. Kemudian dia berhenti di hadapan adik-adik perempuan Yana dan bertanya, “Adik-adik yang comel ni, nak abang belikan apa-apa tak?”
“Tia, nak coklat cadbury yang besar!” adik bongsu Yana, Fatiah mula meminta.
“Ika pun nak coklat jugak! Lagi besar dari Tia tau abang!” kata adik ketiganya, Farika.
“Ina... Ina...” kata adik keduanya tergagap-gagap. Farina kelihatan takut-takut mahu meminta kerana umi dan babah tidak pernah mengajarnya meminta-minta kepada orang lain.
“Cakap aje. Nanti abang belikan ya?” pujuk Fendi.
“Ina... Ina nak teddy bear...” perlahan sahaja suaranya. Bimbang di marahi baba agaknya.
“Fendi, jangan dilayan sangat budak-budak ni.” tegur Pak Bakri.
“Tak apalah, Pak Cik. Saya tak ada adik perempuan. Biarlah adik-adik ni jadi adik saya kalau Pak Cik dan Mak Cik izinkan..”
Tergamam seketika Yana. Adik-adik? Apa maksud dia?
“Boleh, boleh. Kecik tapak tangan, satu padang bola Pak Cik tadahkan...” seloroh Pak Bakri mengundang tawa semua kecuali Yana. Dia masih lagi cuba memahami kata-kata Fendi sebentar tadi.
“Sudah, pergilah cepat. Nanti terlambat pula. Hati-hati ya. Jaga anak Pak Cik baik-baik ya, Fendi..”
“InsyaALLAH Pak Cik. Kami pergi dulu ya?” sopan Fendi meminta diri. Mereka berdua berjalan menuju ke kereta Fendi. Fendi segera membukakan pintu kereta untuk Yana.
“Eh! Tak apalah Fendi. Saya boleh buka sendiri.” Yana cuba menolak.
“Tak boleh. Hari ini saya nak layan awak macam puteri raja. Silakan masuk Tuan Puteri Faryana...” Yana memandang wajah Fendi tanpa kelip. Macam mana dia tahu nama penuh aku? Soalnya sendirian.
Fendi tersenyum manis kepada Yana. Pasti Yana tertanya-tanya bagaimana dia tahu nama penuh Yana. Sebelum dia menjemput Yana, puas dibodeknya setiausaha Zarith, Kak Ida untuk memberitahu nama Yana. Kak Ida pada awalnya tidak mahu memberitahu kerana Yana bekerja untuk Zarith. Namun setelah berbakul-bakul pujian di berikan kepada wanita beranak dua itu baru di beritahunya nama Yana. Faryana Binti Bakri. Sedap nama tu.
“Masuklah. Ke nak saya dukung awak?” kata-kata Fendi itu membuatkan Yana kelam-kabut masuk ke dalam kereta. Dukung? Gila! Kelihatan Fendi menahan tawa sehingga merah padam mukanya. Sukalah tu dapat kenakan aku, bebel hati Yana.
Fendi segera beralih ke bahagian pemandu. Pintu di buka dan dia masuk. Kemudian, kereta mewah itu meluncur laju ke arah destinasi pilihannya.
“Encik Fendi...” panggil Yana.
Senyap.
“Encik..... Fendi....” panggil Yana lagi.
Sunyi.
Apahal pulak ni. Senyap tiba-tiba. Tadi bukan main galak usik aku. Ni senyap pula. Yana menggaru kepalanya yang terasa gatal. Tiba-tiba tangannya berhenti.
“Fendi...” panggilnya perlahan. Baru dia tahu kenapa Fendi berdiam diri. Kerana dia memanggil Fendi dengan gelaran Encik.
“Iya sayang....” usik Fendi.
“Panggil Encik Fendi tak dengar. Panggil Fendi, laju aje menyahut. Benci!” marah Yana.
“Saya kan dah kata. Kalau kita berdua, awak kena panggil saya Fendi. Kalau dekat pejabat, baru betul panggil Encik Fendi..” terang Fendi.
“Habis panggil sayang tu pulak?” saja Yana bertanya soalan itu.
Terdengar tawa halus dari mulut Fendi. “Bila awak panggil Fendi.... alahai lemah lutut saya dengar...” kata Fendi ceria. Yana pula sudah mencebik. Gatal! Keadaan menjadi sepi seketika.
“Kenapa awak melayan sangat permintaan adik saya tu?” baru dia teringat tujuan dia memanggil Fendi tadi sehingga dia membalas dengan panggilan sayang!
“Tak apalah Yana. Adik-adik Yana kan masih kecil lagi. Biarlah...” balas Fendi.
“Tapi Fendi, keluarga kami orang susah. Tak patut Fendi belikan mereka apa-apa. Saya takut nanti dia orang mahukan barang tu lagi sedangkan kami tak mampu..” terang Yana.
“Izinkan saya jadi abang mereka...” jawab Fendi bersahaja.
“Abang? Apa maksud awak?”
“Abang iparlah! Kenapa awak ni slow sangat sayang oii..” bebel Fendi.
Gulp! Abang ipar? Biar betul dia ni. Baru kenal dah mintak jadi abang ipar.
Fendi memandang Yana sekilas lalu. Dia tahu Yana terkejut. Dia pun tidak menyangka secepat ini dia berterus-terang. Gelojohlah kau ni, Fendi! Marah hatinya.
“Jangan risau. Saya bergurau saja tadi...” Fendi berpura-pura ketawa namun dalam hatinya sedikit kecewa kerana Yana tidak faham isi hatinya.
Fuh! Bergurau kasar si Fendi ni. “Ha ha ha.  Saya tahu Fendi bergurau. Kita nak makan dekat mana ni?” cepat saja Yana mengubah topik. Tidak mahu membincangkan perihal hati dan perasaan lagi.
Wajah Fendi yang sedikit kecewa berubah riak.
“Adalah, rahsia...” kata Fendi penuh kejutan.
 Dia ada kejutan untuk Yana. Khas untuk Yana! Biarlah. Mungkin dia masih belum kenal aku. Tak apalah. Bagi dia masa. Satu hari nanti, dia pasti menjadi milik aku. Dia memujuk hatinya.

TAMAN PERMAINAN itu menjadi pilihan Fendi makan malam bersama Yana. Yana kelihatan terkejut kerana sangkanya mereka akan makan di sebuah restoran. Rupanya, di taman permainan! Macam budak-budak, getus hatinya.
“Kita dah sampai...” kata Fendi ceria.
“Taman permainan?” soalnya kehairanan. Apa kes pulak datang sini. Nak ajak main buai ke apa, bebel hati Yana.
“Haah. Kita makan dekat sini.”
“Kenapa taman permainan? Kenapa tak dekat kedai makan aje?” soal Yana.
“Dah nama pun kejutan... inilah kejutan dia. Pasti Yana suka. Mari, saya bawak Yana pergi  satu tempat..” ajak Fendi yang sudah keluar dari kereta. Yana yang tidak banyak soal segera menurut.
“Tapi, sebelum itu.....” Fendi mengeluarkan kain hitam dari poket seluarnya dan menghampiri Yana.
“Kena tutup mata dulu....” sambungnya lagi.
“Tutup mata? Ala... kenapa??” rengek Yana.
“Suprises, sayang. Cepat.. pejam mata tu. Saya nak tutup mata Yana ni...” arah Fendi. Yana yang mula tidak puas hati tu hanya menurut. Fendi segera melekapkan kain kecil itu ke mata Yana dan mula mengikatnya.
“Jangan risau. Saya bukan orang jahat..” kata Fendi apabila melihat Yana menggigit bibir seperti ketakutan. Takkan dia mahu buat jahat kepada wanita yang kian menempat di hatinya.
“Jom!” ajak Fendi yang sudah mula memegang erat tangan Yana. Dia mengikut langkah Fendi dengan berhati-hati. Kawasan itu dipenuhi dengan lopak air. Pasti tempat ini hujan pagi tadi, teka hati Fendi.
Selepas beberapa minit berjalan, dia berhenti di satu tempat. Perlahan-lahan dia membuka ikatan di mata Yana.
“Taraa....!” kata Fendi sambil menunjukkan ke arah satu tempat yang dipenuhi dengan cahaya pelbagai warna.
Yana kelihatan terkaku melihat keindahan taman permainan itu yang sudah dipenuhi dengan pelbagai lampu yang berwarna-warni. Lampu itu ada yang berbentuk hati, rama-rama, burung dan pelbagai bentuk lagi. Cantik! Puji hatinya.
“Cantiknya Fendi...” kata Yana sambil mengelilingi taman permainan itu.
“Kan saya dah kata, Yana mesti suka. Mari, kita dudk dekat sana...” ajak Fendi yang sudah bergerak ke sebuah meja yang berada di taman itu.
Di atas meja itu sudah dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat. Ada spaghetti, chicken chop, kek red velvet, air orange jus, sedikit buah-buahan berserta kacang di hidangkan sebagai pencuci mulut.
Terdapat juga lilin wangi yang di hiasi di atas meja itu dan juga radio kecil yang berada di tepi hidangan makanan yang sedang mengalunkan alunan muzik perlahan. Romantiknya mamat ni! Kata hati Yana memuji kesungguhan Fendi menyiapkan semua ini untuknya. Ini kali pertama dia melalui ini semua jadi dia tidak mengesyaki apa-apa kerana dia terlalu teruja dengan keindahan ini.
“Suka?”
“Suka. Suka sangat. Terima kasih Fendi. Ini kali pertama orang layan saya macam ni. Terharunya saya...”
“Kan saya dah kata, malam ni saya akan layan Yana macam Tuan Puteri. Saya sanggup jadi dayang....”
“Ha ha ha....” meletus ketawa Yana.
“Kenapa awak ketawa?” soal Fendi kehairanan.
“Mana ada dayang lelaki. Dayang untuk perempuan ajalah!”
Fendi kelihatan malu kerana dia tersalah cakap. Betullah, mana ada dayang jantan. Jatuh standrad aku, desis hatinya. Akhirnya mereka ketawa kuat memikirkan hal dayang itu. Berangannya!
ZARITH berjalan perlahan-lahan menuju ke taman permainan. Dia mahu menenangkan diri memikirkan tentang Lisa yang saban hari menyesakkan otak dan dadanya.
Dia tidak tahu arah ke mana dia mahu pergi. Diikutkan saja arah kakinya berjalan ke mana. Namun, langkahnya terhenti apabila mendengar ilaian tawa dari satu arah. Dia mencari suara itu. Seakan kenal pemilik suara itu. Puas dia mengamati suara itu sehinggakan dia tidak sedar kakinya sudah melangkah menuju ke arah suara itu.
Tiba-tiba langkahnya terhenti apabila dia dapat melihat dengan jelas dua raut wajah yang berada dihadapannya sekarang. Buat apa dia orang dekat sini? Soal hatinya.
Zarith segera mencari tempat untuk menyembunyikan diri. Dia mahu lihat sendiri apa yang dilakukan oleh sahabat dan kekasihnya. Kekasih? Dia menggeleng pantas. Yana bukan kekasih aku. Makin tak betul otaknya kini.
“So, Tuan Puteri. Nak makan apa?” soal Fendi yang berpura-pura menjadi pelayan Yana.
Yana tersenyum manis. “Fendi, tolong ambilkan saya laksa tu..” arah Yana seakan-akan Permaisuri.
“Laksa?” soal Fendi kembali. Dia memerhati meja makan itu. Mana ada laksa, soal hatinya.
“Ya, laksa. Yang tepi kek tu....” Yana mula menunjukkan laksanya dan kemudian meletus tawa Fendi sehingga membuatkan Yana hairan. Mintak laksa pun nak gelak ke? Bebel hatinya.
“Sayang, itu bukan laksa.... itu spaghetti....” terang Fendi sambil menahan tawa.
“Spag.. spag... ape tu?” soal Yana ingin tahu.
“Spaghetti tu makanan orang barat. Rupa aja macam laksa. Cuma nama sedap dia spaghetti.” terang Fendi lagi.
“Oh. Malunya saya. Nama makanan pun tak tahu...” perlahan Yana membalas.
“Tak apalah dear. Saya kan ada. Kalau tak tahu, awak tanya aja ok my princess??” pujukan Fendi menceriakan kembali suasana yang mahu suram.
“Dah, jom makan.” Sambung Fendi lagi sambil menyedukkan spaghetti dan dimasukkan ke dalam pinggan Yana. Kelihatan Yana takut-takut mahu memakan makanan itu. Namun setelah diberitahu bahawa makanan itu halal yang ditempah khas di sebuah restoran, baru Yana berani merasa makanan itu.
“Sedaplah...” kata Yana teruja. Fendi menguntum senyum melihat kebahagiaan di wajah Yana. Yana bahagia, Fendi pun bahagia, sayang. Katanya di dalam hati.
Sayang? Dear? Apahal Fendi panggil dia macam tu? Minah tu pun pantang orang melayan, laju je kau melayan jugak eh? Bebel hatinya.
Dia melihat drama sebabak tadi, hatinya sudah panas membara. Lagi-lagi bila Fendi memanggil Yana sayang, buatkan hatinya mahu meletup ketika itu juga. Namun ditahankan juga, kerana dia mahu menjaga reputasi dirinya.
‘Kalau aku mengamuk tak tentu fasal, kan buat malu je. Lagipun dia bukan kekasih aku. Suka hati dialah nak keluar dengan siapa pun kan?’
‘Tapi, aku... aku... aku tak suka dia rapat dengan playboy tu.’
‘Untuk apa? Kau bukan suka Yana pun kan?’
‘Memang aku tak sukakan dia, tapi....’
‘Tapi apa Zarith. Kalau kau tak sukakan, biarkan mereka. Kalau kau suka, kau kena pastikan Fendi tak rampas Yana dari kau.’
‘Tak! Aku tak suka dia! Aku ada Lisa!’
‘Lisa? Dia dah lama tinggalkan kau. Kini, kau ada Yana. Jangan bohong dengan hati kau, Zarith.’
Hatinya bersoal jawab. Dia buntu. Kalau tak suka, kenapa ada perasaan cemburu? Aku suka diakah? Soalnya. Ah! Aku tak suka dia! Aku tak suka dia! Kata hati yang menidakkan perasaannya. Kemudian, dia terus berlalu meninggalkan dua insan yang sedang bergembira itu dengan satu perasaan yang dia sendiri kurang pasti.

P/S: maaf jika ada yang silap. 
(1) Zarith bercinta bukan 2 tahun tapi 5 tahun
(2) adik Yana ada 3 orang. Nama pun saya dah tukar. maaf salah nama adik Yana pada awal cerita 

1 comments:

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,