Pages

Peminat Novel

Blog Page

24 Nov 2012

Bab 12: Sungguh, Aku Cinta Kamu



“ISFAHANI...” panggil Haikal perlahan. Dia melihat dari tadi Isfahani duduk termenung di pondok di hadapan rumah mak tok. Entah apa yang ada di fikiran Isfahani agaknya, desis hati Haikal.
Isfahani terkejut dengan panggilan itu. Dia memandang Haikal atas ke bawah. Apahal pulak mamat ni datang sini? Ada aku kena smack down dengan Sofi kang. Tadi dah la mimpi entah apa-apa, kata hatinya. Isfahani menggeleng-geleng kepalanya dua tiga kali. Cuba membuang ingatan terhadap mimpi ngeri tadi.
Haikal kehairanan melihat reaksi Isfahani. Kenapa pulak main geleng-geleng ni. Segera dia menghampiri Isfahani.
“Awak tak apa-apa ke?” soaol Haikal yang masih berdiri.
“Aku okey..” jawab Isfahani sepatah.
Masing-masing mendiamkan diri. Isfahani memandang ke utara, Haikal pula memandang ke selatan. Masing-masing melayan perasaan.
“Ehem.. boleh saya duduk?” soal Haikal setelah agak lama menyepi.
“Duduklah. Pak Su aku buat pondok ni memang untuk duduk. Bukan buat perhiasan..” balas Isfahani selamba.
Haikal berdeham. Cuba membuang rasa pedih di hati. Isfahani melayannya seperti musuh. Dia mahu memulihkan hubungan mereka kembali. Dia juga mahu berterus-terang tentang dirinya, tentang ‘budak nerd’. Tapi, dia tidak mempunyai kekuatan. Dia bimbang dengan pengakuannya akan membuat Isfahani makin membenci dirinya dan menganggap dia cuba menipu dan cuba membalas dendam akan perbuatan Isfahani kepadanya dahulu.
Mana mungkin dia mahu menyakiti insan yang amat dia cintai semenjak zaman persekolahan lagi. Bulilah dia, deralah dia. Cuma dia tidak mahu Isfahani terus hilang dari pandangannya. Sungguh, dia amat mencintai Isfahani. Sehingga ke hari ini perasaan itu masih ada malah makin kuat.
“Awak masih marahkan saya?” soal Haikal.
Senyap.
“Awak marahkan saya?” soal Haikal lagi.
Masih senyap. Dia memandang wajah Isfahani. Kelihatan Isfahani begitu asyik melihat pemandangan dihadapannya. Dia turut mengalih pandang melihat apa yang dipandang Isfahani. Ternyata ia sungguh mendamaikan.
Burung-burung berterbangan menutupi awan yang sangat cantik. Burung-burung itu seperti membuat bentuk seperti mata. Kadang-kadang burung itu membuat bentuk seperti hati. Indahnya ciptaan Tuhan. Ini kali pertama dia melihat keindahan seperti ini. Di bandar belum tentu dapat melihat kerana  rata-rata kawasan sudah dipenuhi dengan bangunan yang tinggi seperti mahu menyentuh langit.
Inilah kedamaian yang dia cari selama ini. Hatinya sedikit tenang melihat kicauan burung seperti bermaharajalela di langit.
 Dia mengucap kesyukuran kerana masih diberi kesempatan melihat keindahan ini. Lebih-lebih lagi bersama insan yang amat di cintai. Dia memaling wajah memandang Isfahani. Dan ternyata Isfahani juga turut memandangnya. Pandangan mereka bertaut. Hatinya semakin berdebar-debar. Segera Isfahani mengalihkan pandangan memandang ke rumah jiran mak tok.
“Awak marahkan saya?” untuk kesekian kalinya, soalan itu ditanya lagi.
“Marah? Untuk apa?” balas Isfahani.
“Marah di atas perbuatan saya selama ini. Niat saya hanya untuk berkawan sahaja. Saya tak ada niat lain.” Balas Haikal bersungguh-sungguh.
“Saya tak marah. Cuma geram aje. Belum pernah ada orang berani mati kacau saya. Saya ni jahat tau..” Isfahani cuba menakut-nakutkan Haikal. Tetapi ia tidak memberi kesan langsung kepada Haikal. Badan kecik macam ni, nak takut apa, kan? Soal hatinya.
“Awak gangster sangat ke?” Haikal mula menyoal apabila merasakan Isfahani sudah mahu bercakap dengannya.
Hello, saya ni memang gangster tau. Sebut aje nama Is. Semua lelaki takut nak dekat dengan saya. Cuma awak sorang aje yang berani. Itu yang saya panas hati tu.” Balas Isfahani bersahaja.
“Saya berani dekat sebab saya sayang awak..” kata Haikal perlahan.
“Apa awak cakap? Saya tak dengarlah..”
Eh, tak ada apa-apa. Saya cakap awak ni gangster sangat. Tak padan dengan perempuan. Semua orang awak nak ajak bergaduh.” Balas Haikal menutup keterlanjurannya tadi.
“Oh. Taklah gangster mana. Saja tunjuk garang. Biar lelaki hormat sikit dekat kaum hawa. Kalau tak semua perempuan dalam dunia buat macam mainan. Bila suka ambik, bila dah patah sikit, terus buang dalam tong sampah. Perempuan ada maruah tau..” Isfahani cuba membela kaumnya.
“Tak semua lelaki macam tu..”
“Tapi, kebanyakannya macam tu kan?” soal Isfahani semula.
Eh, apalah kita melalut cakap pasal maruah perempuan ni semua kan. Awak maafkan saya tak?” cepat-cepat Haikal menukar topik perbualan. Dia tidak mahu dengan isu sensitif seperti itu membuatkan hubungannya bersama Isfahani semakin renggang.
“Hmmm..” balas Isfahani seraya menganggukkan kepala.
“Ikhlas ke tak ni?”
“Ikhlas....”
Friend??” soal Haikal sambil menghulurkan salam perkenalan.
Eh, kita memang dah kawan kan?” tanya Isfahani kehairanan. Dah berkawan, nak kawan apa lagi?
No. Itu kawan sebab terpaksa. Saya nak kita berkawan sebab kita memang nak berkawan...” terang Haikal.
“Peliklah awak ni... okey, kita kawan.” Balas isfahani seraya menyambut huluran salam perkenalan daripada Haikal. Hari ini mereka berkawan dalam kata erti sebenar. Bukan terpaksa, bukan dendam. Berkawan kerana hati yang ingin mencipta silaturrahim.
Haikal tersenyum senang kerana akhirnya Isfahani sudi berkawan dengannya. Tidak perlulah hari-hari bertekak. Tapi, boleh ke tak bertekak? Sebab Isfahani ni lain macam sikit. Ada aja hal yang boleh di buat gaduh. Tak apalah. Janji Isfahani sudi terimanya. Dia tersenyum sendirian.
Isfahani mengamati wajah Haikal. Senyuman yang terbit di wajah Haikal sedikit menggoyahkan hati kecilnya. Dia merasa semakin hairan dengan hatinya kini. Dulu kata tak nak bercinta, sekarang semcam aje perasaan yang datang menyapa ni? Dia tertanya sendirian.
Mereka berbual dan kadang-kadang bergelak ketawa apabila Haikal membuat lawak. Namun, di satu sudut yang terlindung, kelihatan satu pandangan amarah yang terlahir dari mata yang cantik itu. Segera dia berlalu menaiki rumah dan menuju ke bilik.

KURANG AJAR kau, Is. Kau nak main api dengan aku?” marah Sofi. Dia mundar-mandir di dalam bilik yang terasa semakin panas apabila digabung dengan kemarahan hatinya.
“Aku tak boleh biarkan kau rampas Haikal dari aku. Dia hak aku. Selamanya hak aku!”
Terbayang-bayang di matanya melihat keceriaan yang terpamer di wajah Haikal. Selama ini dia cuba juga menggembirakan hati Haikal. Namun Haikal tidak pernah tertarik dengannya. Sudah puas dia cuba menarik perhatian Haikal. Haikal seperti bermain tarik tali dengannya.
Adakala Haikal seakan menyerah kepadanya. Dan adakala Haikal seperti benci melihat dirinya. Dia segera berdiri dihadapan cermin panjang yang terletak di tepi almari. Dia mengamati dirinya dari atas sehingga ke bawah.
Wajah yang bersih tanpa ada secalit parut pun. Bibirnya yang mulus terbentuk cantik. Matanya yang menawan. Badannya yang mempunyai bentuk yang menarik. Pemakaiannya sangat up-to-date dengan peredaran zaman. Haikal tidak tertarikkah dengan rupanya?
Kenapa Haikal begitu sukar di tangkap? Adakah Haikal mendekatinya kerana harta? Ah, mana mungkin. Haikal anak orang kaya. Malah lagi kaya dari keluarganya. Tapi, kenapa Haikal tidak suka kepadanya. Kenapa Haikal tidak pernah nampak ketulusan hatinya. Dia amat mencintai Haikal.
Tidak! Dia tidak akan membenarkan sesiapa pun merampas Haikal termasuklah Isfahani. Jika dia harus berdepan dengan Isfahai demi mempertahankan cintanya, dia akan lakukan. Kerana cintanya terhadap Haikal, dia rela menjadi pembunuh! Segera dia mencapai tuala dan menuju ke bilik mandi. Mahu menyejukkan hatinya yang semakin panas membara.

MESRA SEMACAM je korang berdua?” usik Qila apabila melihat kelibat Isfahani dan Haikal menaiki rumah mak tok dengan gelak tawa.
“Saya dengan Isfahani dah berbaik..” balas Haikal yang sudah duduk di sebelah Borhan yang begitu khusyuk menonton tv. Haikal juga sudah menonton tv.
Isfahani segera duduk di sebelah Qila. Tangannya laju saja mencubit pinggang Qila.
“Jangan nak buat gosip tak bertauliah dekat sini, ek?” bisik Isfahani.
Qila yang menjelir lidah tanda tidak peduli dengan kata-kata Isfahani itu.
“Tahu dek cik kak dekat bilik tu, mengamuk tak tentu pasal pulak.” Bisik Isfahani lagi. Bimbang jika Haikal mendengar dia mengutuk kekasihnya itu. Ops! Terkutuk pulak.
“Biarlah dia. Hati kalau dah tak suka, mana boleh paksa.... cinta tak akan bertepuk sebelah tangan kalau tak ada yang tukang menepuknya..” balas Qila juga berbisik.
“Apa kau merepek ni?” balas Isfahani sedikit meninggi. Haikal dan Borhan sudah terpinga-pinga apabila terdengar jeritan Isfahani.
Isfahani hanya tersenyum sumbing. Segera Isfahani menarik Qila menuju ke dapur.
“Kau jangan merepek boleh tak?” marah Isfahani.
“Apa merepeknya? Aku cakap benda betul. Aku tahu kau suka Haikal, kan. Dari pandangan mata kau, aku dah tahu.” Balas Qila bersahaja. Saat itu, mereka tidak tahu Sofia berada di dalam bilik air sedari tadi.
Sofia mendengar setiap butir percakapan Qila. Isfahani sukakan Haikal? Ah!, aku tak boleh biarkan. Lalu, dia segera keluar dari bilik mandi yang tiba-tiba menjadi panas baginya.
Isfahani dan Qila terkejut apabila melihat Sofia yang baru keluar dari bilik mandi. Mukanya masam mencuka kalah asam jawa masamnya.
Isfahani sudah menjeling-jeling Qila seakan memberitahu dia, ‘Weh, kan dah kantoi??’
Qila hanya terkulat-kulat menutup debar di dada. Dia hanya memerhati susuk tubuh Sofia yang menuju ke bilik mereka. Seketika....
DUMM!!!
Bunyi dentuman kuat dari bilik Isfahani. Mereka semua terkejut dengan reaksi Sofia. Tiba-tiba terdengar jeritan mak tok dari arah belakang.
“Is, bunyi apa kuat sangat tu. Macam nak runtuh rumah mak tok dengar...”
“Err.. bunyi... err, Is terlanggar pintu mak tok. Tak perasan.”
“Ha, eloklah tu. Anak dara pergi mandi cepat. Nak maghrib dah ni. Apalah nak jadi dengan kamu ni..” bebel mak tok dari belakang. Belakang rumah mak tok ada kebun kecil. Ada cili, lobak, bendi dan macam-macam lagi. Kelihatan semuanya segar-segar kerana mak tok begitu mahir menjaga tanamannya.
“Err.. baiklah mak tok...” balas Isfahani. Dia segera memadang Qila.
“Jadi gulai ayamlah kita lepas ni, Qila..” Qila segera mengangguk menyetujui kata-kata Isfahani.

2 comments:

  1. update lha lagi . :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous: tq. but tinggalkan nama. jangan biar Anonymous aje :)

      Delete

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,