AZAN subuh
berkumandang menandakan sudah tiba masanya seluruh umat Islam bangun dan
mengerjakan solat. Rumah Haji Brahim sudah terang-benderang. Mereka sedang
membersihkan diri untuk menunaikan kewajipan yang satu itu.
Yazid Shah tersedar daripada
tidur apabila pintu kamarnya diketuk dari luar. Kedengaran suara Haji Brahim
memanggilnya untuk solat berjemaah. Dia hanya menyahut sebelum bangun untuk
membersihkan diri. Dikerling tubuh kecil molek disebelahnya. ‘Dah jadi laki
orang rupanya aku ni. Macam tak percaya pulak!’ Yazid Shah menggeleng perlahan.
Tuala yang disidai di ampaian dicapai dan melangkah ke bilik mandi.
Setelah beberapa minit
menyegarkan badan dan mengambil wuduk, dia keluar untuk memakai pakaian yang
lebih sesuai. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul enam dua puluh minit pagi.
Isterinya dikerling sekali lagi. ‘Masih tak bangun-bangun lagi?’
“Sayang... Bangun. Dah
masuk solat subuh ni. Nanti terlambat pula. Abah dah tunggu kita dekat luar
tu...”
Masih tiada sahutan. Cuma
tubuh isterinya sahaja yang berkalih ke kiri. Hujan-hujan begini memang syok
tidur berterusan. Akan tetapi, kewajipan kepada Allah S.W.T lebih penting. Dia
tidak berputus asa. Sekali lagi dia mencuba mengejutkan Hanna Dayana.
“Sayang....”
“Dah subuh ni...”
sambungnya lagi. Yazid Shah menggaru kepala. ‘Payahnya nak kejut budak kecik
ni...’
Dengkuran halus
isterinya menyakitkan hatinya. Lantaran
itu, tuala yang tersarung di tubuhnya sebentar tadi dibaling ke wajah Hanna
Dayana. Kuat.
Hanna Dayana yang
terkejut, terus bangun secara mendadak. Terkejut plus mamai.
“Tuan...!” kata Hanna
Dayana yang memberi tabik hormat kepada Yazid Shah. Namun matanya masih
terkatup rapat.
Yazid Shah kehairanan.
Dia melambai-lambai tangannya di hadapan Hanna Dayana namun lambaiannya itu tidak
mendapat reaksi yang positif. Senyuman nakal terukir di bibir. ‘Ni mesti
mengigau ni...’
“Hanna Dayana....”
“Saya, Tuan...” sahut
Hanna Dayana yang masih terpejam.
“Apa yang special hari
ni??” soal Yazid Shah serius. Namun di hati dia sudah mengeledak ketawa melihat
tingkah Hanna Dayana yang sangat pelik dari pandangan mata kasarnya. Hanna
Dayana, gadis yang kuat mengigau!
“Special? Special macam
mana tu, Tuan?”
Yazid Shah menepuk dahi.
‘Ya Allah... Ada juga orang mengigau sampai macam ni? Siap boleh layan orang
berbual lagi...’
Dia mahu terus mengusik
Hanna Dayana. Lantas tangannya dibawa ke pipi Hanna Dayana. ‘Kejap lagi boleh
ambil wuduk semula...’ desis hatinya.
“Special sebagai seorang
suami dan isteri...” ucapnya lembut. Sengaja dia mahu mengusik Hanna Dayana.
Senyuman nakal terus-terusan terbit dibibirnya.
Hanna Dayana sudah
menggaru kepala sebelum dia merasakan ada sentuhan panas hinggap di pipinya.
Matanya dicelikkan sebelum tersembul wajah Yazid Shah yang begitu hampir
dengannya.
“Abang....!” jerit Hanna
Dayana seraya menolak Yazid Shah ke lantai.
Yazid Shah mengaduh
kesakitan.
“Hanna ni suka main
kasarlah...!” gumamnya geram. Apabila dia geram atau sakit hati dengan Hanna
Dayana, pasti dia akan memanggil gadis itu dengan panggilan nama. Bukan lagi
panggilan romantik de amour itu.
“A... Abang buat apa
tadi?” soal Hanna Dayana cuak. Dia melihat tubuhnya yang masih tersarung baju
tidur berwarna merah jambu yang dipakainya semalam. Dia menghela nafas. ‘Nasib
baik tak ada apa-apa...’
“Apa, apa, apa??” soal
Yazid Shah kembali.
“Ta... Tadi tu apa??”
“Entah...” balas Yazid
Shah sambil menjongket bahu.
“Entah??!” Hanna Dayana
mengetap bibir. Lantaran itu, dia mencengkam bahu Yazid Shah tanpa sedar.
Yazid Shah tersenyum
nipis. ‘Tak boleh pegang-pegang konon. Habis ni siapa yang pegang siapa?’
“Ish! Apa pegang-pegang
orang ni...! Kata tak boleh pegang-pegang. Batal air sembahyang abang!”
balasnya selamba. Serentak itu, tangannya sempat menunjal kepala Hanna Dayana
dan terus melangkah ke bilik mandi untuk mengambil wuduk semula.
Hanna Dayana
terkulat-kulat cuba memahami situasi pantas sebentar tadi. Mulutnya ternganga
luas. ‘Aku pegang dia ke tadi? Alamak! Malunya! Kenapalah tangan ni boleh
pegang dia pulak!’ bebelnya di dalam hati sebelum dia menjerit kerana dia sudah
melanggar perjanjian yang dia buat sendiri!
Yazid Shah yang berada di
bilik mandi mengegek ketawa apabila mendengar jeritan dan bebelan Hanna Dayana.
Dia tersenyum puas kerana dapat mengenakan budak kecil itu. Perlahan tangannya
menyentuh bahu yang dipegang oleh Hanna Dayana sebelum dia kelam-kabut
mengambil wuduk sekali lagi sebaik sahaja terdengar jeritan bekas komando di
dalam kamarnya.
“Tak siap-siap lagi
budak-budak ni? Malam nanti pun boleh sambung! Cepat sikit. Subuh nak habis
waktu ni! Ish!”
“HANNA mana, Yazid?” soal Haji Brahim sebaik sahaja
menantunya duduk di kerusi meja makan untuk bersarapan.
“Hanna sambung tidur
lepas solat subuh tadi, bah...”
Haji Brahim menggeleng
perlahan. “Dah jadi isteri orang pun masih fikir tidur? Perangai langsung tak
berubahlah budak bertuah ni...” bebel Hajah Asmah yang sedang membancuh air
Nescafe.
“Kamu kena tegas sikit
dengan Hanna tu. Jangan manjakan sangat. Dia tu memang liat nak bangun pagi. Sepatutnya
lepas solat tadi, bantu ibu dekat dapur. Tapi dia boleh buat taik mata pula!”
Yazid Shah hanya
tersenyum nipis. “Err... Abah, Yazid tanya sikit boleh?” soal Yazid Shah
takut-takut.
“Ish! Tanya ajelah. Abah bukan
makan orang pun...” balas Haji Brahim bersahaja.
“Ha... Hanna tu memang
tidur mengigau ke??”
“Ya Allah... Dia buat
perangai lagi ke??”
Yazid Shah kerut kening. Tidak
faham. “Buat? Buat apa, bah?”
“Hanna tu memang macam
tu. Kalau kita sergah dia masa tidur, memang dia kalut. Tiap kali abah sergah
dia, dia akan bangun dan perasan sangat yang dia tu tengah berhadapan dengan anggota
tentera. Dia tabiknya pada kita. Tapi yang kelakarnya tu, mengigau pun masih
boleh dengar apa kita cakap. Jawab apa kita tanya...”
Yazid Shah tergelak
kecil. Patutlah....
“Dia teringin nak jadi
tentera kot, bah...”
“Tak ada maknanya. Dia tu
nampak aje kasar, garang. Tapi sebenarnya lembik! Manja tak bertempat. Kamu sabar
ajelah dengan perangai dia nanti.” balas Haji Brahim.
“Dia menurun perangai
abah kamu, Yazid. Sebab tu jadi macam tu...” kata Hajah Asmah yang ketika itu
sedang memasukkan pakaian kotor ke dalam mesin basuh.
“Ibu kamu tu sebenarnya
cemburu abah lebihkan Hanna.” Bisik Haji Brahim perlahan namun kedengaran jelas
di telinga Hajah Asmah.
“Saya dengar tu, bang!”
balas Hajah Asmah yang sudah bercekak pinggang.
Yazid Shah ketawa geli
hati.
“Malam ni abah kena tidur
luarlah??” soal Yazid Shah.
“Nampaknya begitulah....!”
YAZID
SHAH menggelengkan kepala. ‘Dah pukul sebelas pagi,
masih tak bangun-bangun lagi??’
Dia menghampiri katil dan
dengan sengaja dia menepuk-nepuk bantal kepalanya sekuat hati sehingga Hanna
Dayana sedar dari mimpi indahnya.
Hanna Dayana menggerakkan
mata. ‘Siapa pulaklah yang kacau aku nak tidur ni? Menyibuk betullah!’ marahnya
di dalam hati.
Segera Hanna Dayana
bangun dan hampir dia tersungkur ke lantai apabila melihat Yazid Shah hanya
memakai seluar pendek berwarna hitam. ‘Argh!! Aurat!’ Matanya terus dipejam
rapat.
“Apa ni??” soal Hanna
tidak puas hati.
“Apanya??”
“Kenapa buka baju? Tak malu
ke??”
“Kenapa nak malu pulak? Ni
badan abang. Bukan badan sayang.”
“Memanglah bukan badan
Hanna. Tapi itu kan aurat abang. Malulah sikit!”
“Hahaha....”
“Kenapa gelak pulak?!”
“Mananya abang tak gelak.
Sayang ni pun boleh tahan sengal ek? Sayang kan dah jadi isteri abang yang sah.
Aurat pun dah halal dah...”
‘Aik? Yeke? Tak perasan
pulak! Sengalnya aku ni...’ “Err... Tapi kita kahwin bukan dasar suka sama
suka. So, itu maknanya kita masih ada batas-batas yang perlu di jaga!”
Suasana sepi seketika. ‘Mesti
mamat ni dah sedar dan insaf dengan ceramah free aku agaknya...’ Dengan
perlahan-lahan dia membuka matanya namun nafasnya seakan berhenti apabila
melihat Yazid Shah betul-betul hampir dengannya. Kurang seinci jarak antara
mereka. Hanna Dayana mula menggelabah. Sebab jantung pun sibuk nak berjoget
dangdut!
“Err.....”
“Kenapa? Seksi?” soal
Yazid Shah selamba. Dia menyimpan senyum. Puas hatinya dapat mengusik Hanna
Dayana.
Hanna Dayana kelihatan
tergagap-gagap untuk membalas pertanyaan dan tomahan suaminya itu. ‘Seksi
sangat ke? Err... seksilah jugak. Argh!! Mata aku dah melebih ni!!’
“Ini tak ada dalam
perjanjian kita. Jadi, abang boleh buka baju atau telan....” kata-kata Yazid
Shah terhenti di situ kerana dia tahu Hanna tahu akan maksudnya.
‘Apa maksud kau telan....
telanjang ke? Arghh! Mamat ni pun! Agak-agaklah... malu ni, malu!’
“Err... Err... Ya, bu!!
Eh, ibu panggil Hannalah. Hanna pergi bawah dulu ek.” Balas Hanna gugup. Laju kakinya
menuruni katil dan berlari ke luar namun langkahnya terhenti apabila mendengar
ketawa kuat dari kamarnya.
Hanna Dayana mengenggam
kedua-dua tangannya. ‘Argh!!!’
KELAKAR LA.
ReplyDelete:) Tq
ReplyDeletesmbng lgi♥
ReplyDeleteBab 17 dh update :D. jemputlah baca & komen :)
DeleteSambung lagi TT
ReplyDelete