"ADUH!!" jerit
Zarith kuat. Kak
Zati bergegas menuju
ke meja Zarith.
“Kenapa ni,
Zarith?” soal Kak
Zati.
“Pekerja akak
ni ketuk kepala
saya dengan buku
menu. Dia ingat
kepala saya ni
apa? Batu?!” soal
Zarith geram.
Kak Zati
segera memandang tajam
wajah Yana. Yana
sudah melampau!
“Apa
ni Yana?!” jerkah
Kak Zati.
Yana terkejut
apabila disergah Kak Zati.
Dia melihat wajah
Kak Zati ketika
ini seperti singa
lapar. Dalam kecut
perut, dia sempat
menyimpul senyum. Padan muka kau!
“Kamu sengaja
nak malukan akak ya?
Nak lingkupkan bisnes akak?”
marah Kak Zati
lagi.
“Erm... Yana
cu.... cuma minta
maaf aja dekat
dia. Tapi dia
marah-marah Yana. Yana
tak sengaja ter.....
terketuk kepala dia.”
balas Yana tergagap-gagap.
Tak sengaja?
Terketuk? Wah! Minah ni
dah lebih. Dah
sedap ketuk kepala
aku, boleh kata
tak sengaja??? Omel
Zarith.
“Tak sengaja
kepala otak kau!
Kau ingat kepala
aku ni bola
besbol ke?” marah
Zarith sambil menggosok
kepalanya.
“Habis saya
cakap baik-baik, awak
marah saya. Saya
geram. Saya capai
apa ajalah yang
sempat..” balas Yana
cuba menyelamatkan diri.
Zarith menjengkilkan
biji matanya. “Kau
ni kan......” Belum
sempat Zarith membalas
kata-kata Yana, Kak
Zati menyampuk.
“Zarith, akak
minta maaf bagi
pihak Yana. Tolong
jangan buat report.
Habis lingkup restoran
akak nanti..” Kak
Zati merayu.
Zarith tersenyum
sinis memandang Yana.
Ada ubi, ada
batas. Sekarang aku
nak balas!
“Baik.. Saya
takkan buat report.
Melainkan.....”
“Melainkan apa?”
soal Kak Zati
tidak sabar.
“Melainkan akak
pecat budak ni!”
Zarith menunding jari
ke arah Yana.
Yana dan Kak
Zati terpana.
“Pe...... Pecat?!!
Awak siapa nak
suruh Kak Zati
pecat saya?” tukas
Yana.
“Macam mana ,
Kak Zati? Kalau
tak, saya terpaksa
buat report. Dia
cuba menjatuhkan maruah
saya dikhalayak ramai.
Dia juga mencederakan
saya.” Zarith mengugut.
Kak Zati
mejadi serba salah.
Dia tidak sampai
hati mahu memecat
Yana tetapi dia
juga amat sayangkan
restorannya ini. Jika
Zarith benar-benar membuat
report, bagaimana nasibnya
kelak? Kak Zati
memusingkan badannya dan
memandang Yana.
“Yana... Akak
minta maaf. Akak
terpaksa jaga reputasi
restoran akak. Akak.....
akak terpaksa pecat
Yana. Maafkan akak,
Yana...” Kak Zati
merintih. Kasihan Yana.
Mata Yana
sudah berkaca dengan
air mata. Nasi
sudah menjadi bubur.
Dia harus terima.
Dia mengenggam tangan
Kak Zati.
“Tak apa, Kak
Zati. Yana faham..
Lagipun, ini memang
salah Yana. Tidak
sepatutnya Yana buat
masalah dekat sini.
Akak cuma menjaga
hak akak sahaja.
Tak apa... Terima
kasih ya kak
sudi terima Yana bekerja dekat
sini walaupun cuma
sebulan. Banyak pengalaman
yang Yana berlajar
dekat sini...” balas
Yana lembut. Dia
tidak mahu menangis
depan lelaki itu.
Dia tidak mahu
lelaki itu mengejeknya.
Yana berlalu
ke bilik locker dan
mengambil beg silangnya.
Seketika, dia sudah
hilang dari pandangan
Zarith dan Kak
Zati. Zarith tersenyum
menang. Hatinya puas
dapat mengajar minah bajet itu.
jahat jugak ye si zarith ni....aduh panas betul hati yg membaca ni pon...
ReplyDeleteZalimnya Zarith tu, benci saya .Sedih pulak baca ceriter ni.Best.
ReplyDelete