DISEBABKAN ingin memujuk Hanna Dayana yang masih mogok,
dia membawa anaknya itu ke GIANT.Pada awalnya, Hanna Dayana merengek kerana
hanya membawanya ke GIANT.Namun setelah beberapa minit berjalan, rajuk anaknya
hilang.Begitu mudah mahu memujuk Hanna Dayana.Iyalah.GIANT zaman sekarang bukan
seperti dahulu, hanya menjual barang basah sahaja.Kini, GIANT sudah mempunyai
bangunan besar yang turut menempatkan peniaga menjual pelbagai
barangan.Antaranya menjual pakaian, kasut, kedai makan yang begitu memudahkan
pelanggan datang berbelanja di satu tempat sahaja.
“Abah.Hanna
nak pergi tengok baju kejap eh?Tapi abah belanja tau? He he he....”
Belum
sempat Haji Brahim berkata-kata, anaknya sudah melangkah laju menuju ke kedai
menjual pakaian.Haji Brahim hanya mampu menggeleng. Haji Brahim mengajak Hajah
Asmah duduk di medan selera yang berada tidak jauh dari kedai pakaian yang
ditujui anaknya. Dia akan menunggu anaknya di situ.
Hanna
Dayana memasuki kedai pakaian Dyna Jaya itu untuk membelek-belek baju yang
berkenan di hatinya. Di amati baju itu satu persatu.
“Hmm,
boleh tahan murah.Sehelai kemeja baru RM39.90. Kalau ambil tiga helai, abah
marah tak?”Tanya sendirian.Hanna Dayana masih lagi leka melihat baju-baju yang
berada di dalam kedai tersebut sehingga dia tidak sedar dia telah menyepak
sesuatu.
“Aduh!”
jerit satu suara garau.
Hanna
Dayana memandang ke bawah.Seketika terbeliak matanya melihat ‘sesuatu’ itu.
Lelaki
itu bangun sambil menggosok-gosok tubuhnya yang baru di tending oleh perempuan
yang tidak di kenalinya.
“Awak ni
rabun atau buta???” soal lelaki itu serius.
Hanna
Dayana tercengang.Kacaknya. Tapi mulut jahat!
“Saya
minta maaf..”
“Maaf?Awak
ingat badan saya ni bantal untuk awak tendang sesuka hati?” soal lelaki itu
tidak puas hati.
Hanna
Dayana mencebik. Ek eleyh mamat ni. Aku kan dah minta maaf tadi. Lagi nak
kecoh.Siapa suruh kau duduk bawah tu?kata hatinya.
“Laa,
saya ingat awak bola golf tadi.Itu yang saya tendang.Bukan ke?” Hanna Dayana
sengaja menambah bara di hat lelaki itu.
Lelaki
itu mengetap bibir.Baru sahaja lelaki itu ingin membalas kata-kata Hanna
Dayana, dia mendengar seseorang memanggil.
“Yazid.Yuhuuu.You
pergi mana tadi?Puas I cari tau...” rengek wanita itu sambil memeluk lengan
lelaki itu.Yazid namanya.Terbeliak mata Hanna Dayana melihat pemakaian wanita
itu.Blouse ungu tanpa lengan bersama skirt pendek dan sendat berwarna
hitam.Mukanya pula bertepek bedak seinci agaknya. Putih melepak! Lelaki ni anak
ikan dia kot. Teka Hanna Dayana sendirian.
“Hello,
miss? Ada apa masalah tengok I macam tu? I tahu I cantik.” kata wanita itu
riak.Hendak termuntah Hanna Dayana mendengarnya.Angkat bakul sendiri.
Kelihatan
Yazid sedikit rimas dengan tingkah wanita yang erat memeluknya. Erk! Lelaki
rimas di peluk?Pelik.
“Eh...
Saya menganggu awak berdua pula.Saya mintak diri dulu.Saya sebenarnya nak cari
baju tapi tadi tertendang ‘bola golf’ pula. Itu yang meroyan tu..” kata Hanna
Dayana bersahaja.
Kelihatan
wanita seksi itu mengerut dahi. Kemudian dia memandang wajah Yzaid penuh tanda
tanya. Pasti wanita itu pening dengan kata-kata Hanna Dayana tadi.
“Okeylah.Jumpa
lagi. Bye....” lambai Hanna Dayana kemudian cepat-cepat beredar dari situ.
“ABANG BRAHIM??” sapa
satu suara.
Haji
Brahim pantas menoleh.Dia mengerut dahi.Siapa pula lelaki yang menegurnya ini.
“Ya?
Awak siapa?” Tanya Haji Brahim lembut.
“Abang
Brahim dah tak kenal saya?”
Makin
berkerut dahi Haji Brahim.
“Sayalah.Kamarul.Dulu
satu Universiti dengan abang.Universiti Tun Abdul Razak.Ingat tak?” soal lelaki
yang menamakannya sebagai Kamarul.
Kelihatan
Haji Brahim seperti cuba mengingati lelaki berada di hadapannya itu. Seketika,
wajah Haji Brahim bertukar ceria.
“Kamarul.
Arul! Lelaki playboy dekat U dulu. Ingat-ingat..” kata Haji Brahim dalam tawa.
Kamarul
juga turut ketawa apabila mengingati perangai lamanya suatu ketika dahulu.Namun
perangai itu sudah lama ditinggalkan semenjak dia menemui isterinya,
Aisyah.Aisyahlah wanita yang mengubahnya seratus peratus seperti sekarang.
“Kenalkan
ini isteri abang.Asmah. Hajah Asmah...” Haji Brahim memperkenalkan Hajah Asmah
kepada Kamarul.Hajah Asmah tersenyum memandang sahabat suaminya itu.
“Ini
pula cinta hati saya.Aisyah.Semenjak saya berjumpa dengan dia, saya terus
berubah.Dialah yang membuatkan saya berubah.” kata Kamarul seraya memandang
wajah isteri yang dicintainya itu.
“Eh,
marilah.Duduk dengan kami.Berbual-bual. Abang tengah tunggu anak abang ni.
Katanya nak beli baju. Tapi dari tadi tak muncul-muncul...”
“Anak
abang berapa orang?Saya ada anak seorang saja. Bujang pula tu. Bila dah bujang
ni, faham-faham ajelah perangai dia. Mana tumpah kuah, kalau tak ke nasi. Tak
gitu, yang..” kata Kamarul cuba mengusik isterinya.Isterinya kelihatan
malu-malu.Dia kenal benar perangai isterinya yang satu itu.Isterinya suka
mendiamkan diri jika tidak kenal dengan kenalannya.Tetapi jika sudah kenal,
suara isterinya saja yang paling kuat bergema.
“Iyelah.Mana
tumpah kuah kalau tak ke nasi. Betul cakap kamu tu, Arul..” balas Haji Brahim
beserta senyuman.
“Anak
abang berapa orang?” soal Kamarul kembali kepada topik perbualan mereka
sebentar tadi.
“Anak
abang ada tiga orang.Dua perempuan, seorang lelaki.Yang lelaki dah
berkahwin.Yang perempuan tengah belajar sekarang.Dan yang paling bongsu, anak
perempuan abang baru tamat tingkatan enam.Masih lagi menganggur.” kata Haji
Brahim bersahaja.
Tepukan
perlahan dari Hajah Asmah mengundang tawa Haji Brahim.Memang mulutnya jenis
tidak tahu diam. Hendak buat macam mana lagi.
“Masih
ada anak dara lagi rupanya..Bolehlah berkenalan dengan anak teruna kami.Umur
pun baru dua puluh enam.Kerja pun tak seberapa.Cuma kerani pejabat saja.” kata
Kamarul merendah diri.
“Tak
apalah.Janji kerja halal.Bukan senang hendak jumpa lelaki zaman sekarang yang
tidak terlalu memilih pekerjaan.Lelaki zaman sekarang terlalu memilih
pekerjaan. Kadang-kadang tidak setimpal dengan kelulusan yang mereka miliki..”
ujar Haji Brahim memberi pendapat.
Kamarul
menganggukkan kepala tanda bersetuju dengan pendapat sahabat lamanya yang sudah
di anggap seperti abangnya sendiri.Dahulu mereka menyewa seruma.Sebab itu,
mereka menjadi rapat.Namun setelah Haji Brahim tamat pengajian, sudah lama juga
mereka tidak berjumpa.Tetapi hari ini, mereka berjumpa juga setelah
berpuluh-puluh tahun.
“Abah.....”
Khayalan
Kamarul terhenti sebaik sahaja mendengar satu suara dibelakangnya.Lantas dia
berpaling.
“Itulah
anak kami, Arul. Hanna Dayana..”Haji Brahim memperkenalkan anaknya kepada
Kamarul.
“Papa...”
terdengar jeritan lagi satu suara.
“Dan
ini pula anak teruna kami. Yazid Shah..”
Hanna
Dayana dan Yazid Shah saling berpandangan.
“Awak???”
BEST.
ReplyDeleteTerima kasih. Bab 4 akan di update
Delete