Pages

Peminat Novel

Blog Page

15 Jan 2013

Bab 3: Hanna Dayana & Yazid Shah



DISEBABKAN ingin memujuk Hanna Dayana yang masih mogok, dia membawa anaknya itu ke GIANT.Pada awalnya, Hanna Dayana merengek kerana hanya membawanya ke GIANT.Namun setelah beberapa minit berjalan, rajuk anaknya hilang.Begitu mudah mahu memujuk Hanna Dayana.Iyalah.GIANT zaman sekarang bukan seperti dahulu, hanya menjual barang basah sahaja.Kini, GIANT sudah mempunyai bangunan besar yang turut menempatkan peniaga menjual pelbagai barangan.Antaranya menjual pakaian, kasut, kedai makan yang begitu memudahkan pelanggan datang berbelanja di satu tempat sahaja.
“Abah.Hanna nak pergi tengok baju kejap eh?Tapi abah belanja tau? He he he....”
Belum sempat Haji Brahim berkata-kata, anaknya sudah melangkah laju menuju ke kedai menjual pakaian.Haji Brahim hanya mampu menggeleng. Haji Brahim mengajak Hajah Asmah duduk di medan selera yang berada tidak jauh dari kedai pakaian yang ditujui anaknya. Dia akan menunggu anaknya di situ.
Hanna Dayana memasuki kedai pakaian Dyna Jaya itu untuk membelek-belek baju yang berkenan di hatinya. Di amati baju itu satu persatu.
“Hmm, boleh tahan murah.Sehelai kemeja baru RM39.90. Kalau ambil tiga helai, abah marah tak?”Tanya sendirian.Hanna Dayana masih lagi leka melihat baju-baju yang berada di dalam kedai tersebut sehingga dia tidak sedar dia telah menyepak sesuatu.
“Aduh!” jerit satu suara garau.
Hanna Dayana memandang ke bawah.Seketika terbeliak matanya melihat ‘sesuatu’ itu.
Lelaki itu bangun sambil menggosok-gosok tubuhnya yang baru di tending oleh perempuan yang tidak di kenalinya.
“Awak ni rabun atau buta???” soal lelaki itu serius.
Hanna Dayana tercengang.Kacaknya. Tapi mulut jahat!
“Saya minta maaf..”
“Maaf?Awak ingat badan saya ni bantal untuk awak tendang sesuka hati?” soal lelaki itu tidak puas hati.
Hanna Dayana mencebik. Ek eleyh mamat ni. Aku kan dah minta maaf tadi. Lagi nak kecoh.Siapa suruh kau duduk bawah tu?kata hatinya.
“Laa, saya ingat awak bola golf tadi.Itu yang saya tendang.Bukan ke?” Hanna Dayana sengaja menambah bara di hat lelaki itu.
Lelaki itu mengetap bibir.Baru sahaja lelaki itu ingin membalas kata-kata Hanna Dayana, dia mendengar seseorang memanggil.
“Yazid.Yuhuuu.You pergi mana tadi?Puas I cari tau...” rengek wanita itu sambil memeluk lengan lelaki itu.Yazid namanya.Terbeliak mata Hanna Dayana melihat pemakaian wanita itu.Blouse ungu tanpa lengan bersama skirt pendek dan sendat berwarna hitam.Mukanya pula bertepek bedak seinci agaknya. Putih melepak! Lelaki ni anak ikan dia kot. Teka Hanna Dayana sendirian.
“Hello, miss? Ada apa masalah tengok I macam tu? I tahu I cantik.” kata wanita itu riak.Hendak termuntah Hanna Dayana mendengarnya.Angkat bakul sendiri.
Kelihatan Yazid sedikit rimas dengan tingkah wanita yang erat memeluknya. Erk! Lelaki rimas di peluk?Pelik.
“Eh... Saya menganggu awak berdua pula.Saya mintak diri dulu.Saya sebenarnya nak cari baju tapi tadi tertendang ‘bola golf’ pula. Itu yang meroyan tu..” kata Hanna Dayana bersahaja.
Kelihatan wanita seksi itu mengerut dahi. Kemudian dia memandang wajah Yzaid penuh tanda tanya. Pasti wanita itu pening dengan kata-kata Hanna Dayana tadi.
“Okeylah.Jumpa lagi. Bye....” lambai Hanna Dayana kemudian cepat-cepat beredar dari situ.

“ABANG BRAHIM??” sapa satu suara.
Haji Brahim pantas menoleh.Dia mengerut dahi.Siapa pula lelaki yang menegurnya ini.
“Ya? Awak siapa?” Tanya Haji Brahim lembut.
“Abang Brahim dah tak kenal saya?”
Makin berkerut dahi Haji Brahim.
“Sayalah.Kamarul.Dulu satu Universiti dengan abang.Universiti Tun Abdul Razak.Ingat tak?” soal lelaki yang menamakannya sebagai Kamarul.
Kelihatan Haji Brahim seperti cuba mengingati lelaki berada di hadapannya itu. Seketika, wajah Haji Brahim bertukar ceria.
“Kamarul. Arul! Lelaki playboy dekat U dulu. Ingat-ingat..” kata Haji Brahim dalam tawa.
Kamarul juga turut ketawa apabila mengingati perangai lamanya suatu ketika dahulu.Namun perangai itu sudah lama ditinggalkan semenjak dia menemui isterinya, Aisyah.Aisyahlah wanita yang mengubahnya seratus peratus seperti sekarang.
“Kenalkan ini isteri abang.Asmah. Hajah Asmah...” Haji Brahim memperkenalkan Hajah Asmah kepada Kamarul.Hajah Asmah tersenyum memandang sahabat suaminya itu.
“Ini pula cinta hati saya.Aisyah.Semenjak saya berjumpa dengan dia, saya terus berubah.Dialah yang membuatkan saya berubah.” kata Kamarul seraya memandang wajah isteri yang dicintainya itu.
“Eh, marilah.Duduk dengan kami.Berbual-bual. Abang tengah tunggu anak abang ni. Katanya nak beli baju. Tapi dari tadi tak muncul-muncul...”
“Anak abang berapa orang?Saya ada anak seorang saja. Bujang pula tu. Bila dah bujang ni, faham-faham ajelah perangai dia. Mana tumpah kuah, kalau tak ke nasi. Tak gitu, yang..” kata Kamarul cuba mengusik isterinya.Isterinya kelihatan malu-malu.Dia kenal benar perangai isterinya yang satu itu.Isterinya suka mendiamkan diri jika tidak kenal dengan kenalannya.Tetapi jika sudah kenal, suara isterinya saja yang paling kuat bergema.
“Iyelah.Mana tumpah kuah kalau tak ke nasi. Betul cakap kamu tu, Arul..” balas Haji Brahim beserta senyuman.
“Anak abang berapa orang?” soal Kamarul kembali kepada topik perbualan mereka sebentar tadi.
“Anak abang ada tiga orang.Dua perempuan, seorang lelaki.Yang lelaki dah berkahwin.Yang perempuan tengah belajar sekarang.Dan yang paling bongsu, anak perempuan abang baru tamat tingkatan enam.Masih lagi menganggur.” kata Haji Brahim bersahaja.
Tepukan perlahan dari Hajah Asmah mengundang tawa Haji Brahim.Memang mulutnya jenis tidak tahu diam. Hendak buat macam mana lagi.
“Masih ada anak dara lagi rupanya..Bolehlah berkenalan dengan anak teruna kami.Umur pun baru dua puluh enam.Kerja pun tak seberapa.Cuma kerani pejabat saja.” kata Kamarul merendah diri.
“Tak apalah.Janji kerja halal.Bukan senang hendak jumpa lelaki zaman sekarang yang tidak terlalu memilih pekerjaan.Lelaki zaman sekarang terlalu memilih pekerjaan. Kadang-kadang tidak setimpal dengan kelulusan yang mereka miliki..” ujar Haji Brahim memberi pendapat.
Kamarul menganggukkan kepala tanda bersetuju dengan pendapat sahabat lamanya yang sudah di anggap seperti abangnya sendiri.Dahulu mereka menyewa seruma.Sebab itu, mereka menjadi rapat.Namun setelah Haji Brahim tamat pengajian, sudah lama juga mereka tidak berjumpa.Tetapi hari ini, mereka berjumpa juga setelah berpuluh-puluh tahun.
“Abah.....”
Khayalan Kamarul terhenti sebaik sahaja mendengar satu suara dibelakangnya.Lantas dia berpaling.
“Itulah anak kami, Arul. Hanna Dayana..”Haji Brahim memperkenalkan anaknya kepada Kamarul.
“Papa...” terdengar jeritan lagi satu suara.
“Dan ini pula anak teruna kami. Yazid Shah..”
Hanna Dayana dan Yazid Shah saling berpandangan.
“Awak???”

2 comments:

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,