“HANNA,
bangun. Dah tengah hari ni.Anak dara apa bangun lambat macam ni. Abah tak
pernah ajar, kan?” tegur Haji Brahim kepadanya anak bongsunya, Hanna
Dayana.Kelihatan anaknya mengeliat kecil ke kiri kemudian menyambung kembali
tidurnya.Hanna Dayana seakan dengar namanya di seru oleh abahnya yang garang
itu, namun entah kenapa dia terasa seperti bermimpi.Justeru itu, dia terus
menyambung tidurnya.
Haji
Brahim mula mengemas bilik Hanna Dayana.Bilik macam bilik anak jantan.
Bersepah! Bebel hatinya.Satu persatu baju dan seluar anaknya di ambil dan
dimasukkan ke dalam bakul baju untuk dibasuh. Kerja-kerja mengemas dan
mengejutkan anak bongsunya akan dikejut oleh Haji Brahim sendiri. Kerana selama
ini, jika dikejut oleh ibunya, Hajah Asmah tidak akan pernah di layan.
Kadang-kadang sehingga petang ibunya tidak mampu mengejut Hanna. Kerana Hanna
akan memekakkan telinga. Dia tahu ibunya tak akan sanggup memarahinya kerana
dia sudah berumur dua puluh tahun. Sudah mencapai akil baligh.
Haji
Brahim berpaling melihat susuk tubuh anaknya yang terbongkang di atas katil.Dia
buat tak dengar ye?Sini, suara bekas komando tentera nak memberi arahan.Haji
Brahim berdeham beberapa kali dan menarik nafas. Satu, dua, tiga...
“Hanna
Dayana Binti Haji Brahim!!” lantang dan kuat Haji Brahim memanggil nama Hanna.
Siap nama penuh dan berbinti lagi.
Semerta
Hanna bangun dari perbaringan dan berdiri di hadapan Haji Brahim sambil menabik
hormat.
“Ye, Tuan.Saya
Koperal Hanna Dayana Binti Haji Brahim ingin melaporkan keadaan cuaca Tuan!”
kata Hanna yang masih menutup mata.
Hampir
tergelak Haji Brahim apabila melihat tingkah anaknya itu.Namun, dia masih mahu
mengusik Hanna.Lantas, dia bersuara lebih tegas.
“Koperal
Hanna Dayana, sila laporkan keadaan cuaca kepada saya.”
“Tuan.Hari
ini keadaan cuaca amat panas terik, Tuan. Saya tidak tahu di mana dan apa
puncanya Tuan. Tapi, yang pasti saya berasa sangat panas walaupun berada di
bawah kipas, Tuan.” Balas Hanna yakin.Matanya masih terkatup rapat.
Haji
Brahim tidak mampu menahan tawa.Lantas, telinga anak manjanya itu di piat.
“Kamu
perli abah ke, Hanna Dayana?”
“Aduh
Aduh. Sakit abah.”Hanna menjerit kesakitan.Perli? Perli apa pulak ni?
“Mana
ada Hanna perli abah?Abah mengigau ke?” soal Hanna Dayana selamba.
Makin
kuat pulasan di telinga Hanna.
“Amboi,
dia yang mengigau cakap bukan-bukan.Kata abah pulak ye.Anak dara apa tengah
hari masih atas katil lagi?” kata Haji Brahim yang sudah melepaskan pulasan di
telinga Hanna.
Hanna
menggosok telinganya yang perit.
“Ala,
abah ni. Chill la.Pagi masih muda.” Kata Hanna bersahaja.
Terjengil
biji mata abahnya mendengar kata-kata bersahaja anaknya. Mengikut perangai
siapalah, ni? Haji Brahim menggeleng perlahan.
“Sudah,
pergi mandi.Lepas tu makan. Abah pun tak tahu nak suruh kamu sarapan atau makan
tengahari..” bicara Haji Brahim yang sedang mengemas katil Hanna. Tidur macam
gajah tak cukup ruang! Sempat lagi Haji Brahim mengutuk anaknya sendiri.Ish,
memang mengikut perangai akulah.Sebab aku pun selamba aje mengata anak
sendiri.Sekali lagi Haji Brahim menggeleng.
best.....
ReplyDeletetq baby mio :)
Delete