Pages

Peminat Novel

Blog Page

14 Jan 2013

Bab 1: Hanna Dayana & Yazid Shah




“HANNA, bangun. Dah tengah hari ni.Anak dara apa bangun lambat macam ni. Abah tak pernah ajar, kan?” tegur Haji Brahim kepadanya anak bongsunya, Hanna Dayana.Kelihatan anaknya mengeliat kecil ke kiri kemudian menyambung kembali tidurnya.Hanna Dayana seakan dengar namanya di seru oleh abahnya yang garang itu, namun entah kenapa dia terasa seperti bermimpi.Justeru itu, dia terus menyambung tidurnya.
Haji Brahim mula mengemas bilik Hanna Dayana.Bilik macam bilik anak jantan. Bersepah! Bebel hatinya.Satu persatu baju dan seluar anaknya di ambil dan dimasukkan ke dalam bakul baju untuk dibasuh. Kerja-kerja mengemas dan mengejutkan anak bongsunya akan dikejut oleh Haji Brahim sendiri. Kerana selama ini, jika dikejut oleh ibunya, Hajah Asmah tidak akan pernah di layan. Kadang-kadang sehingga petang ibunya tidak mampu mengejut Hanna. Kerana Hanna akan memekakkan telinga. Dia tahu ibunya tak akan sanggup memarahinya kerana dia sudah berumur dua puluh tahun. Sudah mencapai akil baligh.
Haji Brahim berpaling melihat susuk tubuh anaknya yang terbongkang di atas katil.Dia buat tak dengar ye?Sini, suara bekas komando tentera nak memberi arahan.Haji Brahim berdeham beberapa kali dan menarik nafas. Satu, dua, tiga...
“Hanna Dayana Binti Haji Brahim!!” lantang dan kuat Haji Brahim memanggil nama Hanna. Siap nama penuh dan berbinti lagi.
Semerta Hanna bangun dari perbaringan dan berdiri di hadapan Haji Brahim sambil menabik hormat.
“Ye, Tuan.Saya Koperal Hanna Dayana Binti Haji Brahim ingin melaporkan keadaan cuaca Tuan!” kata Hanna yang masih menutup mata.
Hampir tergelak Haji Brahim apabila melihat tingkah anaknya itu.Namun, dia masih mahu mengusik Hanna.Lantas, dia bersuara lebih tegas.
“Koperal Hanna Dayana, sila laporkan keadaan cuaca kepada saya.”
“Tuan.Hari ini keadaan cuaca amat panas terik, Tuan. Saya tidak tahu di mana dan apa puncanya Tuan. Tapi, yang pasti saya berasa sangat panas walaupun berada di bawah kipas, Tuan.” Balas Hanna yakin.Matanya masih terkatup rapat.
Haji Brahim tidak mampu menahan tawa.Lantas, telinga anak manjanya itu di piat.
“Kamu perli abah ke, Hanna Dayana?”
“Aduh Aduh. Sakit abah.”Hanna menjerit kesakitan.Perli? Perli apa pulak ni?
“Mana ada Hanna perli abah?Abah mengigau ke?” soal Hanna Dayana selamba.
Makin kuat pulasan di telinga Hanna.
“Amboi, dia yang mengigau cakap bukan-bukan.Kata abah pulak ye.Anak dara apa tengah hari masih atas katil lagi?” kata Haji Brahim yang sudah melepaskan pulasan di telinga Hanna.
Hanna menggosok telinganya yang perit.
“Ala, abah ni. Chill la.Pagi masih muda.” Kata Hanna bersahaja.
Terjengil biji mata abahnya mendengar kata-kata bersahaja anaknya. Mengikut perangai siapalah, ni? Haji Brahim menggeleng perlahan.
“Sudah, pergi mandi.Lepas tu makan. Abah pun tak tahu nak suruh kamu sarapan atau makan tengahari..” bicara Haji Brahim yang sedang mengemas katil Hanna. Tidur macam gajah tak cukup ruang! Sempat lagi Haji Brahim mengutuk anaknya sendiri.Ish, memang mengikut perangai akulah.Sebab aku pun selamba aje mengata anak sendiri.Sekali lagi Haji Brahim menggeleng.

2 comments:

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,