“SAYANG.....” dengan selamba Am memeluk pinggang aku. Aku
sudah terkulat-kulat menahan malu. Sebab dia peluk aku depan orang ramai!
“Weh, Am. Tangan jangan menggatal
sangat..” tegur Ard.
“Kau
diam. Ini urusan aku dengan tomboy ni.”
Am semakin memeluk pinggangku erat.
Aku
sudah rimas. Malu satu hal. Lepas tu playboy
ni peluk aku macam aku adik dia pulak!
“Lepaslah,
weh!” marahku.
Am
sedikit mendekat dan berbisik, “Sekali kau buat taik dengan aku, sejuta kali
aku balas. Ini salah satunya.” kata Am sinis.
Aku
sudah mengetap bibir. Kurang ajar mamat
playboy!
“Tapi,
tak payahlah nak pegang-pegang. Kita bukan muhrim!”
“Eh, sejak bila pulak minah tomboy ni tahu pasal haram-haram
ni. Jadi tomboy, tak tahu pulak haram eh?” perli Am pedas.
Aku
sudah mengelegak.
“Kau jangan
kurang ajar, Am.” aku memberi amaran.
Ard
sudah standby helmet di tangan. Aku memberi arahan mata. Kalau mamat ni
melebih, hentak aje dengan helmet.
“Ha ha ha. Do I care? Sendiri buat,
sendiri tanggung..” kata Am seraya menunjal kepala aku kasar. Kemudian Am terus
berlalu meninggalkan aku dan Ard.
“Melampau
betullah mamat tu! Aku rasa nak
hempuk dia pakai helmet je!” marah Ard.
LANGKAH kaki Am
terhenti sebaik sahaja melihat sesusuk tubuh yang menarik perhatiannya. Cantik!
puji Am. Dia segera mendekati gadis itu.
Misi playboy bermula sekarang!
“Hai,
adik manis..” tegur Am yang sudah menghampiri gadis itu.
Gadis
itu menguntum senyuman manis.
“Pelajar
baru ke?” soal Am lagi.
“Haah.
Baru daftar dua hari lepas. Sekarang ni tengah orientasi. Abang?” soal gadis
manis itu.
“Oh...
abang dah tahun akhir. Ambil course
apa?”
“Courses bisnes..”
“Oh,
bakal usahawanlah ni?”
Gadis
itu hanya tersenyum.
“Nama
siapa?” soal Am kembali.
“Aliesha
Maisarah... panggil Sarah aje..”
“Cantik
nama. Secantik tuannya. Nama abang Am Adli. Panggil abang Am aje..” kata Am
tersenyum lebar. Jerat nak masuk ni.
“Oh,
abang Am... eh, saya masuk dewan dulu
ye.” Sarah meminta diri namun di tahan oleh Am.
“Nanti
dulu. Boleh abang mintak nombor
Sarah? Senang nak berhubung nanti..”
“Boleh.
abang ambil nombor saya...” balas Sarah.
Am
segera mengeluarkan telefon bimbitnya dan mula menekan punat telefon apabila
Sarah menyebut nombor telefonnya.
“Orite, terima kasih adik manis. Nanti
abang call ya?” Am memberi ayat manis untuk gadis itu. Kelihatan Sarah sudah
tersipu-sipu malu. Am tersenyum sinis. Mangsa sudah ,masuk perangkap.
“Masuklah
dewan cepat. Nanti kena marah pula. Pensyarah dekat sini garang-garang tau.
Nanti kita jumpa lagi ye.” kata Am seraya mengenyitkan mata. Hatinya sudah
ketawa terbahak-bahak. Aku memang handal mengayat perempuan.
“KAK SHA!!!!” jerit satu suara.
Aku
segera menoleh. Sarah? Aku segera menghampiri Sarah.
“Sarah?
Anak Pak Ngah kan?” aku bertanya untuk kepastian.
“Iyelah.
Sarahlah ni. Kak Sha belajar dekat sini ke?” Tanya Sarah.
Aku
pantas mengangguk.
“Sarah buat apa dekat sini?”
“Sarah
belajar dekat sini kak. Sarah ambil courses bisnes..” kata Sarah teruja. Aku
lagi teruja. Dapat jumpa sepupu sendiri dekat kolej ni.
“Siapa
ni?” tegur Ard tiba-tiba. Aku segera menepuk dahi. Oh boy! Lupa pulak nak
kenalkan.
“Beb, ni sepupu belah ayah aku. Aliesha
Maisarah. Sarah, ni kawan sehidup semati Kak Sha, Ard..” aku memperkenalkan
merekan antara satu sama lain.
“Hai,
Kak Ard..” sapa Sarah.
“Hai, baby girl. Cantik gila sepupu kau, Sha.
Kau pun kalah.” usik Ard. Aku dah panas hati. Segera aku menyekeh kepala Ard.
Ard mengaduh kesakitan.
“Cakap
tu baik sikit. Ada kau makan guna straw kang.”
aku mengugut Ard. Ard hanya tersengih. Ada dikatanya muka aku tak cantik? Hello, bukan tak cantik. Sweet aje okey!
“Sarah
tinggal hostel ke rumah sewa?” aku mula menyoal.
“Papa
suruh Sarah tinggal hostel, Kak Sha. Tapi Sarah nak duduk luar. Tak bestlah duduk
hostel. Tak bebas..” balas Sarah.
Aku
menjengilkan biji mata. “Amboi, sambung belajar sebab nak hidup bebas ke?”
“Eh tak, tak, tak... Maksud Sarah tak ada
privasi la Kak Sha. Belum tentu Sarah sebulu dengan geng-geng Sarah tu..” Sarah
menerangkan maksudnya tadi.
Aku
menangguk tanda bersetuju dengan kata-katanya. Iyelah, semua dari berlainan
negeri. Macam-macam ragam. Belum tentu dapat serasi untuk jangka masa yang
lama.
“Kalau
macam tu, Sarah duduk dengan kitaoranglah, betul tak Sha?” soal Ard.
Aku mengangguk
lagi.
“Haah.
Duduk dengan kitaorang ajelah. Kitaorang menyewa dengan kawasan sini-sini jugak. Kalau nak, Sarah beritahu Pak
Ngah. Beritahu Kak Sha belajar dekat sini jugak.
Mungkin dia tak risau sangat..” terangku.
Sarah
sudah tersenyum kesukaan. Iyelah, budak baru nak merasa hidup sendiri tanpa ibu
bapa. Memang beginilah gayanya. Macam aku jugak masa baru mula-mula masuk ke kolej.
Excited kemain lagi!
“Nanti
Sarah telefon papa. Terima kasih Kak Sha, Kak Ard..” balas Sarah.
Aku dan
Ard hanya menganggukkan kepala.
“Eh, Abang Am!!” Sarah memanggil
seseorang.
Aku
dengan Ard saling berpaling. Am? Macam pernah dengar je nama tu?
Aku dan
Ard pantas berpaling melihat empunya badan. Seketika, ternganga mulut kami.
Sarah kenal Am?
“Sarah
kenal mamat tu?” aku menyoal.
“Baru
aje kenal tadi. Tadi sarah terjumpa dia dekat depan dewan masa Sarah nak masuk
orientasi. Handsomekan abang tu?”
Sarah mula menggedik.
Am
melangkah menghampiri kami. Dia langsung buat tak nampak aku depan mata dia ni.
Buta ke apa?
“Hai,
adik manis...” tegur Am. Sarah sudah tersipu-sipu malu.
“Hai,
abang Am...” balas Sarah malu-malu.
Aku
sudah mengecilkan mata. Meminta penjelasan mamat
playboy ini. Dia masih lagi beriak sahaja. Eii, geramnya!
“Sarah
buat apa dekat sini?” soal Am.
“Oh,
Sarah jumpa sepupu Sarah. Kenalkan, ini Kak Sha..” kata Sarah sambil menunjuk
ke arahku.
“Sepupu?”
soal Am terkejut.
“Kenapa,
abang?” soal Sarah kembali.
“Tak
ada apa-apa. Macam tak percaya pulak
Sha ni sepupu Sarah. Jauh panggang dari api. Sarah lagi cantik dari Kak Sha...”
kata Am sinis.
Ard
berbisik dekat telingaku, “Kan aku dah kata, sepupu kau lagi lawa...”
“Kau ni
memang nak kena makan guna straw kan?” marahku juga berbisik. Ard tersenyum
sumbing. Gerun dengan ugutan Sha. Sha cakap memang dia buat.
“Kami
dah kenal dah Sarah..” jawab Ard bagi pihak aku.
“Oh,
dah kenal ye? Baguslah. Boleh jadi kawan Sarah dekat sini..” balas Sarah ceria.
“Boleh
aje adik manis. Abang sanggup lakukan apa saja untuk Sarah...” ayat manisnya
sudah keluar.
Sarah
sudah tersipu-sipu malu. Aku mengecilkan mata tanda memberi amaran kepada Am.
“Okeylah.
Sarah pergi dulu ye. Sarah ada orientasi kejap lagi. Jumpa lagi Kak Sha, Kak Ard,
Abang Am...” kata Sarah seraya berlalu meninggalkan kami.
Am
sudah mahu beredar namun aku sempat menarik lengannya.
“Kau
jangan nak main-mainkan sepupu aku..” aku memberi amaran. Melihat dari wajah Am,
aku sudah tahu Am mahu ‘usha’ Sarah. Aku
tak akan biarkan sepupu aku merana sebab mamat
playboy ni!
“Kau ni
apehal? Ini urusan aku. Suka hati akulah!” bentak Am.
“Tapi
dia adik sepupu aku! Aku tak akan biarkan kau mempermainkan dia. Kalau kau
main-mainkan perasaan dia. Kau akan berhadapan dengan aku.” aku mula memberi
amaran.
“Do I care???” itu sahaja yang keluar
dari mulut Am. Am segera menepis tangan aku kemudian berlalu menuju ke kafe.
Aku merengus geram. Aku kena beri amaran kepada Sarah!
jahat betul Am ni! Ish! Geram!
ReplyDeleteJahat kan Am ni. Kita pulak yg geram..grrr.. :P
Deletenak lagiii .
ReplyDeleteAnonymous.. :) Tapi kalau boleh tinggalkan lah nama. Jangan letak Anonymous aje. mcm halimunan pulak. ngee :D
Delete