Pages

Peminat Novel

Blog Page

24 Nov 2012

MINI NOVEL : AKU TOMBOY, DIA PLAYBOY (Bab 4)

“SAYANG.....” dengan selamba Am memeluk pinggang aku. Aku sudah terkulat-kulat menahan malu. Sebab dia peluk aku depan orang ramai!
Weh, Am. Tangan jangan menggatal sangat..” tegur Ard.
“Kau diam. Ini urusan aku dengan tomboy ni.” Am semakin memeluk pinggangku erat.
Aku sudah rimas. Malu satu hal. Lepas tu playboy ni peluk aku macam aku adik dia pulak!
“Lepaslah, weh!” marahku.
Am sedikit mendekat dan berbisik, “Sekali kau buat taik dengan aku, sejuta kali aku balas. Ini salah satunya.” kata Am sinis.
Aku sudah mengetap bibir. Kurang ajar mamat playboy!
“Tapi, tak payahlah nak pegang-pegang. Kita bukan muhrim!”
Eh, sejak bila pulak minah tomboy ni tahu pasal haram-haram ni. Jadi tomboy, tak tahu pulak haram eh?” perli Am pedas.
Aku sudah mengelegak.
“Kau jangan kurang ajar, Am.” aku memberi amaran.
Ard sudah standby helmet di tangan. Aku memberi arahan mata. Kalau mamat ni melebih, hentak aje dengan helmet.
Ha ha ha. Do I care? Sendiri buat, sendiri tanggung..” kata Am seraya menunjal kepala aku kasar. Kemudian Am terus berlalu meninggalkan aku dan Ard.
“Melampau betullah mamat tu! Aku rasa nak hempuk dia pakai helmet je!” marah Ard.

LANGKAH kaki Am terhenti sebaik sahaja melihat sesusuk tubuh yang menarik perhatiannya. Cantik! puji Am. Dia segera mendekati gadis  itu. Misi playboy bermula sekarang!
“Hai, adik manis..” tegur Am yang sudah menghampiri gadis itu.
        Gadis itu menguntum senyuman manis.
“Pelajar baru ke?” soal Am lagi.
“Haah. Baru daftar dua hari lepas. Sekarang ni tengah orientasi. Abang?” soal gadis manis itu.
“Oh... abang dah tahun akhir. Ambil course apa?”
Courses bisnes..”
“Oh, bakal usahawanlah ni?”
Gadis itu hanya tersenyum.
“Nama siapa?” soal Am kembali.
“Aliesha Maisarah... panggil Sarah aje..”
“Cantik nama. Secantik tuannya. Nama abang Am Adli. Panggil abang Am aje..” kata Am tersenyum lebar. Jerat nak masuk ni.
“Oh, abang Am... eh, saya masuk dewan dulu ye.” Sarah meminta diri namun di tahan oleh Am.
“Nanti dulu. Boleh abang mintak nombor Sarah? Senang nak berhubung nanti..”
“Boleh. abang ambil nombor saya...” balas Sarah.
Am segera mengeluarkan telefon bimbitnya dan mula menekan punat telefon apabila Sarah menyebut nombor telefonnya.
Orite, terima kasih adik manis. Nanti abang call ya?” Am memberi ayat manis untuk gadis itu. Kelihatan Sarah sudah tersipu-sipu malu. Am tersenyum sinis. Mangsa sudah ,masuk perangkap.
“Masuklah dewan cepat. Nanti kena marah pula. Pensyarah dekat sini garang-garang tau. Nanti kita jumpa lagi ye.” kata Am seraya mengenyitkan mata. Hatinya sudah ketawa terbahak-bahak. Aku memang handal mengayat perempuan.

“KAK SHA!!!!” jerit satu suara.
Aku segera menoleh. Sarah? Aku segera menghampiri Sarah.
“Sarah? Anak Pak Ngah kan?” aku bertanya untuk kepastian.
“Iyelah. Sarahlah ni. Kak Sha belajar dekat sini ke?” Tanya Sarah.
Aku pantas mengangguk.
 “Sarah buat apa dekat sini?”
“Sarah belajar dekat sini kak. Sarah ambil courses bisnes..” kata Sarah teruja. Aku lagi teruja. Dapat jumpa sepupu sendiri dekat kolej ni.
“Siapa ni?” tegur Ard tiba-tiba. Aku segera menepuk dahi. Oh boy! Lupa pulak nak kenalkan.
Beb, ni sepupu belah ayah aku. Aliesha Maisarah. Sarah, ni kawan sehidup semati Kak Sha, Ard..” aku memperkenalkan merekan antara satu sama lain.
“Hai, Kak Ard..” sapa Sarah.
“Hai, baby girl. Cantik gila sepupu kau, Sha. Kau pun kalah.” usik Ard. Aku dah panas hati. Segera aku menyekeh kepala Ard. Ard mengaduh  kesakitan.
“Cakap tu baik sikit. Ada kau makan guna straw kang.” aku mengugut Ard. Ard hanya tersengih. Ada dikatanya muka aku tak cantik? Hello, bukan tak cantik. Sweet aje okey!
“Sarah tinggal hostel ke rumah sewa?” aku mula menyoal.
“Papa suruh Sarah tinggal hostel, Kak Sha. Tapi Sarah nak duduk luar. Tak bestlah duduk hostel. Tak bebas..” balas Sarah.
Aku menjengilkan biji mata. “Amboi, sambung belajar sebab nak hidup bebas ke?”
Eh tak, tak, tak... Maksud Sarah tak ada privasi la Kak Sha. Belum tentu Sarah sebulu dengan geng-geng Sarah tu..” Sarah menerangkan maksudnya tadi.
Aku menangguk tanda bersetuju dengan kata-katanya. Iyelah, semua dari berlainan negeri. Macam-macam ragam. Belum tentu dapat serasi untuk jangka masa yang lama.
“Kalau macam tu, Sarah duduk dengan kitaoranglah, betul tak Sha?” soal Ard.
Aku mengangguk lagi.
“Haah. Duduk dengan kitaorang ajelah. Kitaorang menyewa dengan kawasan sini-sini jugak. Kalau nak, Sarah beritahu Pak Ngah. Beritahu Kak Sha belajar dekat sini jugak. Mungkin dia tak risau sangat..” terangku.
Sarah sudah tersenyum kesukaan. Iyelah, budak baru nak merasa hidup sendiri tanpa ibu bapa. Memang beginilah gayanya. Macam aku jugak masa baru mula-mula masuk ke kolej. Excited kemain lagi!
“Nanti Sarah telefon papa. Terima kasih Kak Sha, Kak Ard..” balas Sarah.
Aku dan Ard hanya menganggukkan kepala.
Eh, Abang Am!!” Sarah memanggil seseorang.
Aku dengan Ard saling berpaling. Am? Macam pernah dengar je nama tu?
Aku dan Ard pantas berpaling melihat empunya badan. Seketika, ternganga mulut kami. Sarah kenal Am?
“Sarah kenal mamat tu?” aku menyoal.
“Baru aje kenal tadi. Tadi sarah terjumpa dia dekat depan dewan masa Sarah nak masuk orientasi. Handsomekan abang tu?” Sarah mula menggedik.
Am melangkah menghampiri kami. Dia langsung buat tak nampak aku depan mata dia ni. Buta ke apa?
“Hai, adik manis...” tegur Am. Sarah sudah tersipu-sipu malu.
“Hai, abang Am...” balas Sarah malu-malu.
Aku sudah mengecilkan mata. Meminta penjelasan mamat playboy ini. Dia masih lagi beriak sahaja. Eii, geramnya!
“Sarah buat apa dekat sini?” soal Am.
“Oh, Sarah jumpa sepupu Sarah. Kenalkan, ini Kak Sha..” kata Sarah sambil menunjuk ke arahku.
“Sepupu?” soal Am terkejut.
“Kenapa, abang?” soal Sarah kembali.
“Tak ada apa-apa. Macam tak percaya pulak Sha ni sepupu Sarah. Jauh panggang dari api. Sarah lagi cantik dari Kak Sha...” kata Am sinis.
Ard berbisik dekat telingaku, “Kan aku dah kata, sepupu kau lagi lawa...”
“Kau ni memang nak kena makan guna straw kan?” marahku juga berbisik. Ard tersenyum sumbing. Gerun dengan ugutan Sha. Sha cakap memang dia buat.
“Kami dah kenal dah Sarah..” jawab Ard bagi pihak aku.
“Oh, dah kenal ye? Baguslah. Boleh jadi kawan Sarah dekat sini..” balas Sarah ceria.
“Boleh aje adik manis. Abang sanggup lakukan apa saja untuk Sarah...” ayat manisnya sudah keluar.
Sarah sudah tersipu-sipu malu. Aku mengecilkan mata tanda memberi amaran kepada Am.
“Okeylah. Sarah pergi dulu ye. Sarah ada orientasi kejap lagi. Jumpa lagi Kak Sha, Kak Ard, Abang Am...” kata Sarah seraya berlalu meninggalkan kami.
Am sudah mahu beredar namun aku sempat menarik lengannya.
“Kau jangan nak main-mainkan sepupu aku..” aku memberi amaran. Melihat dari wajah Am, aku sudah tahu Am mahu ‘usha’  Sarah. Aku tak akan biarkan sepupu aku merana sebab mamat playboy ni!
“Kau ni apehal? Ini urusan aku. Suka hati akulah!” bentak Am.
“Tapi dia adik sepupu aku! Aku tak akan biarkan kau mempermainkan dia. Kalau kau main-mainkan perasaan dia. Kau akan berhadapan dengan aku.” aku mula memberi amaran.
Do I care???” itu sahaja yang keluar dari mulut Am. Am segera menepis tangan aku kemudian berlalu menuju ke kafe. Aku merengus geram. Aku kena beri amaran kepada Sarah!

4 comments:

  1. jahat betul Am ni! Ish! Geram!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jahat kan Am ni. Kita pulak yg geram..grrr.. :P

      Delete
  2. Replies
    1. Anonymous.. :) Tapi kalau boleh tinggalkan lah nama. Jangan letak Anonymous aje. mcm halimunan pulak. ngee :D

      Delete

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,