“Happy Anniversary, auntie...
Ini untuk auntie, uncle...” Haikal
menghulurkan beg kertas berisi hadiah kepada mama Sofia, Datin Sarimah.
“Thank you, Haikal. Buat susah kamu aja.”
Datin Sarimah menyambut huluran tersebut.
“Tak ada
susahnya, auntie. Sofi yang tolong
pilihkan. Haikal tak tahu nak belikan apa untuk auntie dan uncle.” Haikal cuba berbahasa.
“Sudah. Mari
kita makan. Sofi, ajak Haikal makan.” arah papa Sofi, Datuk Fuad dari arah
tangga. Haikal menyalami Datuk Fuad.
Mummynya selalu berpesan, sentiasa menghormati mereka yang lebih tua.Sehingga ke hari ini, Haikal masih mengingati pesanan mummy. Sudah lama rasanya dia tidak menjenguk mummy. Semenjak dia bergelar mahasiswa, dia sudah mula duduk sendiri dirumah banglo pemberian daddy sempena harijadinya. Pada awalnya, mummy tidak bersetuju kerana bimbang tiada siapa menjaga Haikal. Tetapi, setelah Haikal berkata dia mahu hidup berdikari, akhirnya mummynya membenarkan dengan syarat dia kerap menjenguk mummy. Haikal segera berjanji namun dek kesibukannya sebagai pelajar membataskan waktunya untuk menjenguk mummy. Kasihan mummy. Pasti mummy merindui dirinya. Haikal akan jenguk mummy nanti. Desis hatinya.

Mereka menuju ke
ruang makan. Santapan yang dihidangkan amat menyelerakan. Chicken chop bersama
kuah blackpaper yang dituang diatas ayam, sedikit salad dan juga sejag air oren
membangkitkan seleranya. Perut Haikal yang tidak sempat menjamah apa-apa dari
pagi tadi mula berkeroncong.
“Auntie yang masak ni tau.” Datin Sarimah
mula menceriakan suasana.
“Yeke? Patutlah nampak sedap...” bicara
Haikal.
“Sayang, my mom yang masak mestilah sedap. Kan
mama?” soal Sofia kepada ibunya. Datin Sarimah tersenyum manis. “Makanlah
Haikal, jangan malu-malu”
“Haikal, uncle dengar kamu tukar kolej, ya?”
Datuk Fuad mula berbicara setelah agak lama menikmati Chicken chop buatan
isterinya. Memang sedap, desis hatinya.
“Ha’ah, uncle.” jawab Haikal sepatah.
“Kenapa?” Datin
Sarimah pula bertanya. Haikal menjadi serba salah untuk menjawab. Takkan hendak
beritahu bahawa dia tidak selesa berada disisi Sofia. Sengaja menempah bala.
“Saja aja Haikal nak bertukar angin, auntie”
balas Haikal walaupun dirasakan jawapannya tidak logik.
“Patutlah Sofi
ni beria-ia mahu uncle tukarkan dia
ke kolej lain. Mengikut kamu rupanya..” Datuk Fuad menggeleng kepala dengan
sikap dua pasangan ini. Tidak boleh berenggang sedikit.
“Ala, papa ni.
Sofi Cuma tidak mahu Haikal jauh dari Sofi. Sebab tu, Sofi suruh papa tukarkan
Sofi. Sofi nak Haikal sentiasa di depan mata Sofi. Kan sayang?” Sofia memandang Haikal penuh
kasih. Tidak mungkin dia akan membiarkan Haikal berjauhan darinya. Kasihnya
terhadap Haikal terlalu utuh.
“Haikal, bila
lagi you all nak kahwin? Auntie dah tak sabar nak timang cucu..”
soal Datin Sarimah teruja.
“Uhuk! Uhuk!”
Haikal tersedak mendengar pertanyaan Datin Sarimah. Kahwin? Tidak! Dia tidak
mahu berkahwin dengan Sofi. Dia hanya cintakan Isfahani.
“Ya Allah, budak
ni. Tersedak pula dia.” bicara Datin Sarimah yang tidak mengesyaki apa-apa.
Sofia segera menghulurkan segelas air kepada Haikal. Haikal dengan rakus
meminum air itu.
“Sudah, kita
makan dulu. Nanti kita cerita. Awak ni Imah, terkejut budak tu. Ada awak pergi
tanya soal kahwin masa makan.” kata Datuk Fuad. Haikal hanya tersenyum sumbing.
MALAM itu Isfahani
sukar melelapkan mata. Dia memusing ke kiri dan ke kanan namun matanya tetap
tidak mahu tidur. Isfahani bingkas bangun dari pembaringan. Dia melihat Qila
sudah nyenyak. Tersenyum-senyum Qila. Pasti dia sedang bermimpikan Kamil. Sejak
berkenalan atas pertolongan Borhan hari itu, hubungan mereka semakin akrab.
Kerap juga mereka keluar berdua.
Dalam dia leka melihat Qila, ingatannya kembali menerjah kepada kejadian petang tadi. Haikal bersama seorang perempaun cantik tapi gedik. Menyampah aku. Kalau aku jumpa minah tu, aku cekik-cekik leher dia. Melentik sangat dekat Haikal. Eh? Kenapa aku nak cekik minah tu pulak? Haikal bukan boyfriend aku pun. Takkan aku jealous kot? Wahai hati, kenapa kau nak dup-dap, dup dap time aku sebut nama Haikal? soalnya sendiri. Dia semakin binggung dengan perasaan yang dia rasakan kini. Isfahani berbaring semula dan memejamkan mata. Tidak mahu memikirkan Haikal yang membuatkan otak dan hatinya semakin pelik!

wahhh.not bad cerita awak. tak sabar tggu next bab. hehe. btw sy buat entry pasal ni.
ReplyDeletehttp://www.kisahemasputih.com/2012/09/e-novel-sungguh-aku-cinta-kamu.html
Thanks Emas Putih..heeee... saya masih belajar... jadi mana yang kurang, dapat ditegur and diperbaiki..
ReplyDeleteBydway, thx yaa sudi buat entry pasal e-novel sy.. Saya terkejut gila (walaupun just entry). tp sy ttp suka :)
Tq,tq and tq ^^
ala, sikit nye bab ni..xpe sambung2
ReplyDelete