Pages

Peminat Novel

Blog Page

14 Sept 2012

Bab 7: Sungguh, Aku Cinta Kamu




Happy Anniversary, auntie... Ini untuk auntie, uncle...” Haikal menghulurkan beg kertas berisi hadiah kepada mama Sofia, Datin Sarimah.
Thank you, Haikal. Buat susah kamu aja.” Datin Sarimah menyambut huluran tersebut.
“Tak ada susahnya, auntie. Sofi yang tolong pilihkan. Haikal tak tahu nak belikan apa untuk auntie dan  uncle.” Haikal cuba berbahasa.
“Sudah. Mari kita makan. Sofi, ajak Haikal makan.” arah papa Sofi, Datuk Fuad dari arah tangga. Haikal menyalami Datuk Fuad. 

Mummynya selalu berpesan, sentiasa menghormati mereka yang lebih tua.Sehingga ke hari ini, Haikal masih mengingati pesanan mummy. Sudah lama rasanya dia tidak menjenguk mummy.  Semenjak dia bergelar mahasiswa, dia sudah mula duduk sendiri dirumah banglo pemberian daddy sempena harijadinya. Pada awalnya, mummy tidak bersetuju kerana bimbang tiada siapa menjaga Haikal. Tetapi, setelah Haikal berkata dia mahu hidup berdikari, akhirnya mummynya membenarkan dengan syarat dia kerap menjenguk mummy. Haikal segera berjanji namun dek kesibukannya sebagai pelajar membataskan waktunya untuk menjenguk mummy. Kasihan mummy. Pasti mummy merindui dirinya. Haikal akan jenguk mummy nanti. Desis hatinya.
Mereka menuju ke ruang makan. Santapan yang dihidangkan amat menyelerakan. Chicken chop bersama kuah blackpaper yang dituang diatas ayam, sedikit salad dan juga sejag air oren membangkitkan seleranya. Perut Haikal yang tidak sempat menjamah apa-apa dari pagi tadi mula berkeroncong.
Auntie yang masak ni tau.” Datin Sarimah mula menceriakan suasana.
Yeke? Patutlah nampak sedap...” bicara Haikal.
“Sayang, my mom yang masak mestilah sedap. Kan mama?” soal Sofia kepada ibunya. Datin Sarimah tersenyum manis. “Makanlah Haikal, jangan malu-malu”
“Haikal, uncle dengar kamu tukar kolej, ya?” Datuk Fuad mula berbicara setelah agak lama menikmati Chicken chop buatan isterinya. Memang sedap, desis hatinya.
“Ha’ah, uncle.” jawab Haikal sepatah.
“Kenapa?” Datin Sarimah pula bertanya. Haikal menjadi serba salah untuk menjawab. Takkan hendak beritahu bahawa dia tidak selesa berada disisi Sofia. Sengaja menempah bala. “Saja aja Haikal nak bertukar angin, auntie” balas Haikal walaupun dirasakan jawapannya tidak logik.
“Patutlah Sofi ni beria-ia mahu uncle tukarkan dia ke kolej lain. Mengikut kamu rupanya..” Datuk Fuad menggeleng kepala dengan sikap dua pasangan ini. Tidak boleh berenggang sedikit.
“Ala, papa ni. Sofi Cuma tidak mahu Haikal jauh dari Sofi. Sebab tu, Sofi suruh papa tukarkan Sofi. Sofi nak Haikal sentiasa di depan mata Sofi.  Kan sayang?” Sofia memandang Haikal penuh kasih. Tidak mungkin dia akan membiarkan Haikal berjauhan darinya. Kasihnya terhadap Haikal terlalu utuh.
“Haikal, bila lagi you all nak kahwin? Auntie dah tak sabar nak timang cucu..” soal Datin Sarimah teruja.
“Uhuk! Uhuk!” Haikal tersedak mendengar pertanyaan Datin Sarimah. Kahwin? Tidak! Dia tidak mahu berkahwin dengan Sofi. Dia hanya cintakan Isfahani.
“Ya Allah, budak ni. Tersedak pula dia.” bicara Datin Sarimah yang tidak mengesyaki apa-apa. Sofia segera menghulurkan segelas air kepada Haikal. Haikal dengan rakus meminum air itu.
“Sudah, kita makan dulu. Nanti kita cerita. Awak ni Imah, terkejut budak tu. Ada awak pergi tanya soal kahwin masa makan.” kata Datuk Fuad. Haikal hanya tersenyum sumbing.
MALAM itu Isfahani sukar melelapkan mata. Dia memusing ke kiri dan ke kanan namun matanya tetap tidak mahu tidur. Isfahani bingkas bangun dari pembaringan. Dia melihat Qila sudah nyenyak. Tersenyum-senyum Qila. Pasti dia sedang bermimpikan Kamil. Sejak berkenalan atas pertolongan Borhan hari itu, hubungan mereka semakin akrab. Kerap juga mereka keluar berdua. 

Dalam dia leka melihat Qila, ingatannya kembali menerjah kepada kejadian petang tadi. Haikal bersama seorang perempaun cantik tapi gedik. Menyampah aku. Kalau aku jumpa minah tu, aku cekik-cekik leher dia. Melentik sangat dekat Haikal. Eh? Kenapa aku nak cekik minah  tu pulak? Haikal bukan boyfriend aku pun. Takkan aku jealous kot? Wahai hati, kenapa kau nak dup-dap, dup dap time aku sebut nama Haikal? soalnya sendiri. Dia semakin binggung dengan perasaan yang dia rasakan kini. Isfahani berbaring semula dan memejamkan mata. Tidak mahu memikirkan Haikal yang membuatkan otak dan hatinya semakin pelik!

3 comments:

  1. wahhh.not bad cerita awak. tak sabar tggu next bab. hehe. btw sy buat entry pasal ni.

    http://www.kisahemasputih.com/2012/09/e-novel-sungguh-aku-cinta-kamu.html

    ReplyDelete
  2. Thanks Emas Putih..heeee... saya masih belajar... jadi mana yang kurang, dapat ditegur and diperbaiki..

    Bydway, thx yaa sudi buat entry pasal e-novel sy.. Saya terkejut gila (walaupun just entry). tp sy ttp suka :)

    Tq,tq and tq ^^

    ReplyDelete
  3. ala, sikit nye bab ni..xpe sambung2

    ReplyDelete

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,