Istimewa buat Aisyah yang comel tapi ganas! =P
Abang rindu Aisyah sangat-sangat. Harap Aisyah suka ya
dengan pemberian abang ni (^^,)
Salam pertemuan,
Ahmad Luqman
BERULANG-ULANG kali aku baca kad ‘Salam
Pertemuan’ yang diberikan oleh Abang Luqman. Ye ke tak ye Abang Luqman ni? Dia
memang betul-betul rindukan aku ke dia nak main-mainkan aku? Bulan ‘April Fool’ dah lepas kalau dia nak
kenakan aku. Tapi kalau dah bagi kad dengan coklat ni takkan dia nak main-main
pulak kan? Maknanya dia betul-betul rindukan aku lah? Aku pun... rindukan...
dia... sebenarnya... ewah!
Ard
pula tergeleng-geleng melihat perangai aku. “Hari tu kau mabuk cinta dengan
surat dari secret admirer kau tu.
Sekarang ni kau angau dengan kad salam pertemuan Abang Luqman la pula. Sha,
Sha...”
Ard
mula membebel macam mak nenek! Aku pekakkan telinga je. Yelah, kali pertama dua
orang lelaki sekali gus bagi sesuatu yang aku rasakan sangat istimewa. Mahunya
aku tak jakun?
“Aisyah!”
panggil satu suara. Aku menoleh. Terkejut aku melihat Abang Luqman berjalan ke
arahku. Aku dengan pantas terus menyimpan kad yang Abang Luqman berikan kepada
aku pagi tadi. Muka aku memang serius menggelabah!
“Ye,
Abang Luqman....” jawabku. Muka aku maniskan dengan senyuman lebar.
Ard
sempat menyiku lenganku tanda isyarat, ‘tu ke Abang Luqman kau?’
Aku
faham sangat bahasa isyarat Ard ni. Yelah, kami kawan baik sejak dari semester
pertama lagi. Cerita suka duka semua kita orang kongsi bersama. Jadi, aku faham
sangat perangai dia. Dia pun faham sangat perangai aku.
Aku
hanya memberi anggukan perlahan tanda mengiakan ‘bahasa isyarat’ Ard.
Abang
Luqman yang baru tiba terus duduk di sebelahku. Waktu ni kita orang duduk dekat
meja bulat yang selalu menjadi port budak-budak buat study group. Aku mula-mula memang berniat
nak discuss assignment dengan Ard
tapi disebabkan kepala asyik teringat kad Abang Luqman tu buatkan aku hilang
ingatan pada assignment yang aku nak
buat bersama Ard.
“Hah...
berangan apa tu?” sergah Abang Luqman tiba-tiba.
“Hah?” aku yang
seperti sedar dari mimpi hanya memandang muka Abang Luqman. Wajahnya yang
berseri-seri dengan senyuman sedikit menyentakkan jantung. Serius, sekarang
jantung aku mula menari-nari tidak seirama. Kejap joget dangdut, kejap lagi bershuffle. Hai laa...
“Abang
tanya, Sha berangankan apa? Berangankan siapa? Ingat dekat boyfriend eh?” usik Abang Luqman.
Aku
pandang muka Ard sekilas kemudian kembali memandang Abang Luqman.
“Haah.
Aisyah teringatkan buah hati Aisyah ni...” balasku membalas gurauannya.
Kulihat
muka Abang Luqman terus berubah keruh. Aik? Kenapa ni? Tadi elok je ceria?
“Aish... Aisyah gurau jela. Siapalah nak
kan Aisyah ni, bang. Muka tak cantik, perangai tak semenggah pula tu. Kalau ada
yang nak dekat Aisyah, memang Aisyah akan suruh dia fikir dua tiga kali jugak.
Betul ke nak dekat Aisyah yang entah apa-apa ni...” terangku panjang lebar.
Tiba-tiba
muka Abang Luqman kembali ceria. Aku dan Ard saling berpandangan. Apa kes ni??
Namun aku tidak ambil pusing. Mungkin begini sikap Abang Luqman. Sekejap
mendung, sekejap cerah. Biarkanlah...
“Alah...
muka tu tak penting. Yang penting, hati. Hati kena baik. Perangai pula boleh
diubah pelan-pelan. Kalau takde yang nak kan Aisyah, abang kan ada?” balas
Abang Luqman bersama senyuman manis.
Lagi
hairan aku melihat sikap dia. Apa maksud dia; ‘Abang kan ada?’
“Merepeklah
abang ni...” aku cuba menyangkal teka-teki yang bermain-main di fikiran.
Muka
Abang Luqman kembali mendung. Pula dah mamat
ni? Semacam betullah perangai.
“Hai,
saya Ard. Saya ni kawan sebilik, sebantal dan sekatil Sha. Opsss... maksud saya
Aisyah...” Ard memperkenalkan dirinya kepada Abang Luqman. Mungkin dia juga
berasa hairan melihat reaksi Abang Luqman yang kerap sangat bertukar ‘mood’.
“Luqman. Abang
Luqman. Ard sebaya Aisyah, ya?” mood Abang
Luqman kembali ceria. Aku tergeleng-geleng memikirkan sikap Abang Luqman
sebentar tadi.
“Haah.
Kami sebaya. Satu fakulti pulak tu. Abang dah lama kenal Aisyah?” Ard mula
mengorek rahsia. Tiba-tiba aku jadi berminat pula mahu mendengar cerita Abang
Luqman ni. Dia betul-betul ingat aku ke tak ek?
Abang
Luqman senyum lebar. “Mestilah abang ingat. Kalau Ard nak tahu, Aisyah masa sekolah
dulu macam lelaki tau... dengan kain senteng sampai buku lali, beg ala-ala
askar tu, terjerit-jerit. Satu sekolah kenal siapa Aisyah ni tau. Tomboy comel yang belagak nak jadi
lelaki...” cerita Abang Luqman.
Aku
sudah tersipu-sipu malu. Aku takde cerita dekat Ard pun macam mana aku masa
sekolah dulu. Ha ha ha! Kantoi!
“Yeke,
bang? Aisyah ni memang perasan tak sudah. Dia belagak nak jadi jantan sangat...”
kutuk Ard.
Terjengil
mataku mendengar kutukan Ard. Kurang masam punya kawan! “Eh... kau ni Ard.
Melebih pulak eh? Mengata orang. Dia pun lebih kurang sama je.” aku membentak,
pura-pura marah. Alah, aku sikit pun tak terasa hati dengan kata-kata Ard.
Memang beginilah aku sejak dari bangku sekolah lagi. Jadi, apa yang nak
dihairankan?
Abang
Luqman ketawa. Aku tak tahu apa yang lucu sangat sampai dia boleh gelak sakan
macam ni. “Dah kenapa abang ni duk gelak-gelak?” soalku sedikit tidak puas
hati.
Abang
Luqman masih gelak. “Mana tak gelak. Korang berdua ni macam anjing dengan kucing...”
“Alah...
belum lagi abang tengok Aisyah gaduh dengan Am. Lebih dari anjing dengan
kucing. Macam Gorilla dengan Dinasour!” cerita Ard tiba-tiba.
Mencerlung
mataku memberi amaran kepada Ard supaya jangan lebih-lebih membuka cerita. Ard
hanya mencebik.
Abang
Luqman ternyata terkejut dengan cerita Ard. “Siapa Am tu?” soal Abang Luqman
ingin tahu.
“Ha...
takde siapa-siapa. Tak penting pun...” aku memberi alasan.
Mata
Abang Luqman yang memandang tepat ke dalam mataku membuatkan jantungku semakin
tidak keruan. Bersungguh-sungguh aku menyakinkan bahawa ‘Am’ itu bukan sesiapa
bagi aku. “Betul. Tak penting pun....”
“Betul
ni?” soal Abang Luqman meminta kepastian.
“Betul....”
“Okey.
Abang tak suka Aisyah berkawan dengan sebarangan orang. Abang betul-betul tak
suka. Abang serius ni...” tekan Abang Luqman.
Aku
terdiam. Apa maksud Abang Luqman?
JAUH dari sudut koridor, berdirinya Am. Dia
mendengar dengan jelas yang Sha berkata dia langsung tak penting dalam diri
Sha. Am mendengus kuat.
Entah
kenapa, hati ini menjadi sakit melihat Sha berbual mesra dengan lelaki yang tidak
dikenali itu. Siapa lelaki itu? Apa hubungan lelaki itu dengan Sha? Kenapa
mereka kelihatan mesra? Secara tiba-tiba terbit rasa cemburu dalam hati Am.
Sebelum
ini, Sha hanya akan memberi tumpuan kepadanya biarpun mereka hanya bergaduh dan
bertekak. Itu sudah cukup puas bagi Ard. Tapi sekarang, dia seperti dapat
merasakan yang Sha sudah jauh daripadanya. Dia tidak suka dengan perasaan yang
tiba-tiba hadir, namun dia tidak mampu menyangkal perasaan itu. Biarpun dia
belum tahu apa maksud ‘rasa’ yang dia alami ketika ini.
“Aku
akan buat surat cinta banyak-banyak untuk kau, Sha. Biar kau jatuh cinta pada
aku. Ini balasan untuk kau sebab kau berani layan jantan lain...” melucut
kata-kata itu dari mulut Am.
Tidak
mahu hati terus sakit melihat kemesraan di depan mata, laju kakinya melangkah menuju
ke kedai buku. Hatinya nekad mahu mencuri hati Sha!
Ohhh surat cinta 2 dr am lah yek..hahaha..
ReplyDeleteAah. Kononnya nak buat Sha 'jatuh cinta' dekat dia. Tapi tiba-tiab dia pulak yang macam 'jatuh cinta' hehehe.
DeleteAnyway, thx komen :)
Wahh
ReplyDelete.akhirnya new entry.. best
Terima kasih :)
DeleteEmm, nanti tinggalkan nama ya?
Anyway, thx komen :)
kak..cepat wat episod 15 eh..x sabar
ReplyDeletebest sangat..
ReplyDelete