Pages

Peminat Novel

Blog Page

5 May 2013

MINI NOVEL : AKU TOMBOY, DIA PLAYBOY (Bab 9)



EH? Itu bukan ke......”
Aku mengikut arah mata Ard yang memandang sesuatu. Eh?
“Sarah??” ujar kami serentak. Dan mata aku makin mengecil dan mengecil melihat tangannya dipegang oleh.... Am?
“Ni dah melampau ni!” aku mula nak bertukar jadi Narutto dah ni. Suka hati je pegang tangan anak dara orang. Hari tu Si Playboy ni sedap-sedap peluk pinggang aku. Sekarang ni duk pegang tangan Sarah pulak. Memang melampau ni.... Si Sarah ni pun satu. Baru minggu lepas aku bagi amaran. Hari ni dia boleh bercinta pulak dengan playboy ni. Janji tak boleh pakailah minah ni. Aku bergegas menuju ke arah mereka yang sedang melangkah ke kafe. Ard yang melihat langkah aku yang seperti nak buat pecut 100 meter terus mengejar dari belakang.
Aku tiba di hadapan mereka yang sedang asyik bercinta sampai aku berdiri tegak depan dia orang pun dia orang tak nampak. Tak nampak atau buat-buat tak nampak?
“Ehem-ehem...” aku berdeham. Keadaan masih sama. Langsung mangkuk dua orang ni tak menoleh menengok aku. Eh, eh. Pekak pulak ke?
“Ehem-ehem...!” aku sengaja menguatkan volume suara. Pekak sangat kan?
“Eh, Kak Sha...” sapa Sarah terkejut. Tangannya yang ketika itu sedang mengelus rambut Am terus diletakkan ke bawah meja. Mesti dia nak sorok apa yang aku nampak tadi. Tak payah nak sorok-soroklah Sarah oii. Aku belum buta lagi...
“Kak Sha, Kak Ard dah... dah makan? Nak makan sekali ke? Meh lah ma... makan sekali. Sarah dengan Am baru je oder makanan....” ujar Sarah takut-takut. Ya, takut kerana rahsianya sudah hampir terbongkar.
“Tak payah! Kalau Kak Sha nak makan sekalipun, Kak Sha akan makan Sarah!” sinis sekali kata-kata aku. Terang-terangan dia cuba menyembunyikan kesalahan dia. Mana aku tak marah. Kalau jadi apa-apa pada dia, apa aku nak jawab pada Pak Ngah? Sedangkan Pak Ngah sudah memberi seratus peratus kepercayaan kepada aku untuk menjaga Sarah. Tetapi tidak sampai sebulan Sarah duduk dengan aku, dia sudah berani membuat perkara yang tidak sepatutnya seorang pelajar lakukan. Ini baru pegang-pegang tangan. Kalau lebih dari pegang-pegang tangan bagaimana? Ya Allah, jauhkanlah mereka daripada niat yang tidak baik.
Aku mengamati wajah Am yang bersahaja itu. Langsung tidak berasa bersalah dengan apa yang dia lakukan ini. Ah, playboy macam dia perasaan apa yang dia ada? Perasaan nak melukakan hati gadis lurus seperti Sarah ini. Dan tak sangka Sarah termakan pujuk rayu Am. Walhal masing-masing sudah diberi amaran tetapi seolah-olah amaran itu masuk telinga kanan dan dengan mudah keluar telinga kiri. Memang tak mendengar kata!
Ard menepuk bahuku tanda menyuruh aku bersabar. Dia sangat mengenali sikap aku yang akan mengamuk tidak kira di mana saja mereka berada. Demi menjaga reputasi aku dan dia, dan juga reputasi Sarah dan Am, Ard cuba mendamaikan. “Sarah, kita balik sekarang. Berbincang dekat rumah. Mari...” Ard memujuk Sarah supaya mengikut kami pulang ke rumah. Ya, perhitungan harus di buat. Namun aku harus menyelesaikan hal ini bersama Sarah dahulu sebelum berhadapan dengan Am. Ternyata lelaki ini mencabar amarannya.
“Ba.. baik Kak Ard...” balas Sarah tergagap-gagap. Gerun melihat wajah Kak Sha yang garang itu. Pasti dia akan dimarah teruk dan pasti hal ini akan sampai ke pengetahuan papanya. Dan sudah semestinya dia akan kembali duduk di hostel atau tidak dibenarkan belajar di kolej itu lagi.
“Jom, Sha. Kita bincang dekat rumah. Tak elok buat kecoh dekat sini...” Ard memujuk aku pula. Mujurlah aku ada sahabat sebaik Ard. Dapat meredakan suasana yang tegang. Wajah Am ku pandang tajam sebelum berkata-kata, “Kau ada perhitungan dengan aku!”
Am tersengih cuma. Melihatkan senyuman selamba Am itu membuatkan hati aku kian panas. Tak apa, tahulah aku nak ajar kau macam mana. Dasar playboy!

SEPANJANG perjalanan pulang, aku hanya mendiamkan diri saja. Ard menawarkan diri untuk memandu kerana dia tahu aku pasti lalai jika dibiarkan memandu. Manakala Sarah pula diam membatu di belakang. Aku menjeling sekilas wajah Sarah dari arah cermin pandang belakang. Kalau bukan status sepupu, memang aku sudah menampar pipi gadis itu. Awal-awal lagi aku sudah memberi amaran supaya jangan mendekati Am. Tetapi Sarah degil. Dia biarkan dirinya hanyut dalam janji palsu lelaki itu. Jika satu hari Sarah ditinggalkan, bagaimana? Apa yang harus aku lakukan sebagai kakak sepupunya sedangkan sebelum ini aku sudah memberi peringatan kepadanya.
Sebaik tiba di hadapan rumah, aku terus masuk ke rumah untuk menyelesaikan masalah yang baru muncul ini. Nampaknya Sarah harus diberi peringatan berterusan supaya dia sedar yang dia sudah silap percaturan dengan membiarkan hatinya jatuh kasih kepada lelaki bernama Am itu.
“Kak Sha tak sangka Sarah tipu Kak Sha. Baru minggu lepas Kak Sha bagi amaran jangan dekat dengan Am tu. Tapi tak sampai sebulan, Sarah dengan dia bercinta. Apa ni, Sarah? Sarah dah lupa janji Sarah pada Kak Sha? Sarah lupa janji Sarah pada Pak Ngah? Sarah nak malukan Pak Ngah ke?” soalku geram. Tak salah bercinta, tetapi biarlah pelajaran menjadi keutamaan. Jika dilihat dari layanan Sarah kepada Am, nampaknya rasa cinta mendahului daripada pelajaran. Aku tak nak Sarah terus hanyut dalam hubungan yang belum pasti.
“Memang Sarah dah janji dengan Kak Sha, dengan papa. Tapi Kak Sha tahu kan cinta tak boleh dipaksa. Sarah tak tahu macam mana Sarah boleh suka dekat Abang Am. Sarah minta sangat, Kak Sha bagilah peluang pada Sarah untuk menyayangi Abang Am. Sarah betul-betul cintakan Abang Am...” jelas Sarah merayu.
“Huh! Baru seminggu couple, dah ada rasa cinta? Hebat betul ayat Si Playboy tu ya?” ujarku sinis sekali. Hati aku memang sakit. Bukan kerana aku cemburu tetapi kerana dia berjaya mempergunakan adik sepupu aku. Aku tak akan biarkan perkara ini terus berlaku.
“Sarah. Kak Ard faham cinta tu lahir dari hati. Cinta bukan paksaan. Tapi Sarah baru kenal Am tu, sayang. Kami tak nak Sarah dipermainkan. Am tu playboy. Semua orang tahu perangai dia. Kak Sha cuma tidak mahu Sarah kena tipu saja...” terang Ard pula. Aku tahu Ard pun tidak suka dengan apa yang dia nampak di kafe tadi, namun cara pujukan Ard lebih lembut berbanding aku.
“Ah, Kak Ard dengan Kak Sha cemburukan sebenarnya? Cemburu sebab Abang Am pandang Sarah sorang je. Sedangkan Kak Sha dan Kak Ard dah lama belajar dekat sini. Kan?” teka Sarah tak semena-mena.
Aku hampir tergelak mendengar kata-kata Sarah tadi. Come on, lah. Ingat aku hadap sangat dengan Si Playboy tu? Kalau bukan kau tu adik sepupu aku, memang aku tak ambil port pun. Lantak kaulah nak bercinta dengan sesiapa pun. Yang kecewa nanti, kau. Yang patah hati, melalak-lalak tu, kau. Tapi sebab kau tu adik sepupu aku, darah daging aku. Aku wajib mengingatkan kau. Sarah... Sarah... Ard hanya menggeleng. Pasti dia juga mahu mengegek ketawa mendengar kenyataan Sarah.
“Sarah, Kak Sha dan Kak Ard langsung tak cemburu. Tak dapat cinta dia pun tak apalah. Sebab Kak Sha tahu perangai sebenar dia. Tak apa, Sarah nak bercinta juga, silakan. Kalau satu hari nanti dia main-mainkan perasaan Sarah, masa tulah Sarah sedar apa yang Kak Sha cakapkan ni fitnah atau kenyataan. Kak Sha tak boleh nak halang kalau Sarah tetap berdegil juga. Cuma Kak Sha boleh nasihatkan jaga diri Sarah baik-baik. Bercinta-cinta juga. Pelajaran jangan lupa. Ingat, kita di sini kerana ibu bapa kita. Bukan kerana orang yang tiada kaitan langsung dalam hidup kita. Sarah faham kan apa maksud Kak Sha??” soalku. Biarlah... Biarlah jika dia mahu bercinta. Aku sebagai kakaknya akan tetap mengawasi tingkah laku mereka, lebih-lebih Si Am. Lelaki itu harus diawasi setiap masa. Tetapi aku tetap nak berjumpa juga dengan dia. Aku mahu memberi amaran dan perringatan sekeras-kerasnya supaya tidak mempermainkan perasaan sepupu aku.

2 comments:

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,