Pages

Peminat Novel

Blog Page

5 May 2013

MINI NOVEL : AKU TOMBOY, DIA PLAYBOY (Bab 8)




“SARAH... Kak Sha nak cakap sikit...” tanpa dipelawa, aku terus masuk ke bilik Sarah dan duduk selari dengan Sarah atas katil. Kulihat Sarah ketika itu sedang tersenyum-senyum depan telefon bimbitnya. BerSMS dengan Am la tu!
Tujuan utama aku ke bilik Sarah ni untuk memberi peringatan kepada Sarah tentang Si Am tu. Walaupun dia cuma sepupu aku, namun kasih-sayang aku kepada saudara aku tidak pernah berbelah-bagi. Sarah ini sudah ku anggap seperti adik kandungku sendiri. Bak kata pepatah; cubit peha kanan, peha kiri terasa sakitnya. Aku tidak mahu Sarah jatuh cinta dengan Am sehingga dia lalai dan akhirnya mengundang kekecewaan kepadanya. Pasti aku juga akan turut bersedih kerana aku tak mampu mengawal hati Sarah daripada jatuh cinta kepada Am. Bukannya Am tidak layak untuk dicintai tetapi mungkin Am bukan pilihan yang tepat untuk Sarah mencurahkan kasih-sayang.
“Ada apa, Kak Sha?” teguran Sarah mematikan lamunanku. Panjang sungguh aku mengelamun sampai jatuh cintalah, kecewalah. Entah-entah Sarah anggap Am tak lebih dari seorang abang je. Aku pulak yang melebih-lebih berkhayal.
“Akak tak suka cakap kalis-kalis. So, akak straight to the point jelah, ye? Sarah dengan Am tu ada apa-apa ke?”
Tawa Sarah menguasai bilik dia. Eh? Aku tanya dia boleh bantai gelak pulak? Nasib baiklah kau ni pangkat sepupu, anak Pak Ngah. Kalaulah kau ni adik aku, dah lama aku ketuk-ketuk kepala kau tu tau tak?!
Apesal Sarah gelak? Akak tak buat lawak okey. Cepat jawab. Soalan cepumas ni....” aku mendesak. Kalau dia kata; Kak Sha, kami memang ada hubungan istimewa. Sekarang jugak aku ketuk kepala Si Sarah ni... Tapi kalau dia kata; Ish, akak ni. Sarah mana ada apa-apa hubungan dengan Abang Am. Kawan jelah. Aku tetap akan ketuk kepala dia sebab jawapan dia gedik ya amat! Takpe, aku bagi peluang untuk dia jawab.
“Hmmm....” Sarah tak jawab soalan aku, tapi dari tadi duk sengih-sengih macam kerang busuk!
“Sebenarnya....”
“Kejap-kejap...” aku mencelah. “Kita panggil Kak Ard, biar dia jadi saksi apa yang Sarah bakal mengaku nanti...”
Sarah hanya menjongket bahu.
“Ard!!” teriakku. Aku memang begini. Malas nak berjalan kalau nak panggil orang. Jadi, aku akan jerit sekuat-kuatnya sampailah orang yang dipanggil tu datang menghadap aku. Chewah! Ayat tak boleh blah!
“Ye, ye... I’m coming...!” balas Ard yang mungkin tengah terbongkang dalam bilik. Tak sampai 30 saat, dia dah muncul dalam bilik Sarah. Amboi, lajunya mengalahkan Superman! Hero pujaan aku tu!
“Ni, Si Sarah nak buat statement berani mati. Jadi aku nak kau dengar dengan jelas dan jadi saksi setiap apa yang dia cakap... Faham?” aku mula memberi arahan. Walapun aku tahu Ard sebenarnya BLUR, tapi aku tetap nak dia faham apa yang aku cuba sampaikan. “Faham tak ni?”
“Faham-faham.” balas Ard sepatah seraya menggaru kepala dia. Aku menjeling sekilas. Banyak kutu ke apa??
“Baiklah, Cik Sarah. Berbalik kepada soalan saya tadi. Apakah hubungan Cik Sarah dan Encik Am??” soalku serius tetapi tak sampai sesaat, meletus ketawa Ard membuatkan aku dan Sarah terpinga-pinga. Tang mana yang lawak ni oii??
“Dah kenapa kau pulak yang gelak ni???” soalku tak puas hati. Orang nak mula edisi siasat, dia boleh gelak macam tengah tengok kartun Sin Chan pulak. Bikin panas ajelah!
Sorry, sorry. Aku bukan apa. Bila kau tanya Sarah dengan nada yang serius macam tu buat aku terfikir, kau ni nak jadi peguam atau engineer?”
“Laa... Apasal pulak? Aku kenalah serius sebab kau kan saksi. Kau tahu tak saksi tu ibarat kaset yang boleh direwind bila diperlukan. Kiranya kaset tu aset penting! Jadi, aku tak naklah rosakkan kaset aku dengan nada atau soalan entah apa-apa. Takut lari daripada tajuk sebenar...”
Cheh!! Kau samakan aku dengan kaset? Tak patut betullah...” bentak Ard. Aku hanya mampu sengih.
Sarah yang diam melihat drama sebabak, mula mencelah. “Kak Sha, Kak Ard. Kenapa ni? Sarah tak fahamlah. Kenapa Kak Sha tanya soalan tu dekat Sarah?” soal Sarah ingin tahu. Aku memandang Sarah sebelum kembali memandang Ard. Disebabkan aku telah menyamakan Ard dengan kaset, Ard buat tak tahu je yang aku tengah pandang dia. Tak kisahlah, janji dia mampu jadi ‘kaset’ yang berjaya.
“Akak cuma nak tahu. Baik Sarah jawab sebelum akak beritahu Pak Ngah...” ugutku. Bukannya betul-betul aku nak memberitahu Pak Ngah, cuma mahu menggertak Sarah saja. Supaya dia mengaku dengan telus. Ewah!
“Kak Sha! Mana aci!!” bentak Sarah bersama memek muka tidak puas hati.
“Aci kat india, lah!” balas Ard selamba. Aku pantas menoleh tengok Ard. Mujur dia kata Aci dekat India. Kalau dia kata Aci dekat China, memang aku hempuk kepala dia.
“Aci tak aci. Sekarang Kak Sha nak tahu. Sarah sekarang bawah tanggungjawab akak. Akak tak mahu Sarah berkawan dengan sebarang orang sehingga boleh melalaikan Sarah dari tujuan sebenar Sarah masuk ke kolej ni. Baik buat pengakuan jujur sebelum akak betul-betul call Pak Ngah...” aku menggertak lagi. Bukan apa, aku nak dia mengaku supaya senang sikit aku nak bagi ceramah 2 hari 1 malam aku tu. Aku kalau bagi ceramah dekat orang memang power. Cuma apabila sendiri yang kena ceramah, rasa macam nak sumbat telinga dengan earphone aje!
Sarah mencebik dan menjeling tajam. Amboi, itu panahan asmara ke panahan maut? Macam nak tertembus aku tengok jelingan dia.
“Sarah mana ada apa-apa dengan Abang Am. Sarah kawan je dengan dia. Takkan tu pun tak boleh...” balas Sarah dengan nada yang macam nak telan orang. Tapi... ingat aku takut???
“Betul ni??” aku menduga. Manalah tahu Sarah berniat menipu aku ke. Walaupun muka dia suci tanpa niat nak menipu, aku tetap kena mencari jawapan yang memuaskan hati. Tak naklah Sarah ni bercinta dengan Si Am tu. Boleh merana badan dibuatnya.
“Betullah. Ingat Sarah ni jahat sangat sampai nak tipu-tipu orang?” perli Sarah. Hati ni macam nak terasa, tapi buat apa aku nak terasa. Aku cuma nakkan kepastian bukan kata-kata perlian.
“Mana tahu. Rambut sama hitam, hati lain-lain...” hambek! Sedas aku bagi. Terus muncung bibir Sarah. Dah macam rupa itik pun ada! Ha ha ha!
“Kak Sha ni... Tak baik tau tuduh Sarah macam tu. Sarah anak yang baik tau. Apatah lagi kawan yang baik. Lagi-lagi sepupu sendiri, takkan Sarah nak buat jahat pulak...” Sarah merungut.
“Ye, ye. Kak Sha tau...” balas aku perlahan. Aku pandang Ard. Ard angkat-angkat kening pada aku. Apahal pulak dengan minah ni? Main angkat-angkat kening. Ingat ni pertandingan Ratu Kening ke apa?
“Kau ni kenapa Ard?” soalku setelah berhempas-pulas memikirkan tujuan Ard mengangkat keningnya kepadaku.
“Aku nak kata kau ni poyo, takut kau marah. Kau jugak yang cakap tadi, tak nak ‘kaset’ kau ni rosak disebabkan soalan yang entah apa-apa. Sekarang ni kepala aku macam nak pecah dengar korang berdua berbual. Sebenarnya kau nak suruh aku simpan apa dalam ‘kaset’ kau ni???” soal Ard sambil mengoyangkan kepalanya.
“Eh! Terlupa pulak. Maaflah ye, Cik Kaset. Baiklah, berbalik kepada soalan tadi. Sarah memang tak ada apa-apa hubungan dengan Am?”
“Laa... Kan Sarah dah mengaku tadi...” tekan Sarah.            
“Jawapan Sarah tak kukuh, sayang...” balasku sedikit berlembut. Bimbang pula hal ini menjadi pertengkaran kami berdua. Daripada nada Sarah menjawab, macam bakal bergaduh je?
“Tak ada apa-apa hubunganlah, Kak Sha. Sarah kan baru aje kenal Abang Am tu. Takkan nak tangkap cintan pulak...” perli Sarah lagi. Aku hanya tersenyum.
“Kak Sha bukan nak masuk campur urusan Sarah. Jauh sekali nak mengongkong Sarah. Cuma Kak Sha menjalankan tanggungjawab Kak Sha sebagai sepupu atau penjaga amanah Pak Ngah. Kak Sha tak nak Sarah terlalu bebas sampai Sarah lupa janji Sarah pada Kak Sha dan Pak Ngah. Tak salah nak berkawan, cuma biarlah berkawan dengan orang yang bersesuaian dengan kita... Lagipun....” belum habis aku memberi ceramah 2 hari 1 malam aku tu, Sarah dengan pantas mencelah.
“Kenapa, Abang Am tu bukan orang baik-baik ke? Dia orang jahat ke? Jahat yang macam mana dia buat sampai Sarah tak boleh berkawan dengan dia??”
Tu dia! Bertubi-tubi soalan dia bagi dekat aku. Aku pun tak tahu nak jawab soalan yang mana dulu. Jadi langkah yang lebih selamat, aku berkata, “Bukan tu maksud Kak Sha. Dia bukan orang jahat, jauh sekali penjenayah. Cuma dia... dia tu playboy sikit. Kaki perempuan. Pantang nampak perempuan dahi licin, dia nak try.”
“Dahi Sarah ni licin sangat ke, Kak Sha?” soal Sarah sambil melihat dahinya di cermin yang bertentangan dengan katilnya. Nah... Soalan yang membuatkan aku rasa nak hantuk kepala Sarah dekat dinding. Ard pula sudah menepuk dahi tatkala mendengar soalan ‘sengal’ Sarah.
“Bukan macam tu. Maksud Kak Sha, pantang nampak perempuan cantik, lawa macam Sarah ni, mulalah nak cucuk jarum. Nak mengurat. Faham?” terangkan sambil mengurut dada. Sabarlah wahai hati.
“Oh.....” balas Sarah yang sudah tersenyum sumbing. Aku mampu menggeleng kepala. Macam-macam perangai blur Si Sarah ni keluar.
“Kak Sha jangan risaulah. Pandailah Sarah jaga diri. Lagipun kita orang baru je kenal-kenal. Belum ada niat nak declare pun. Jangan risau, okey?” Sarah cuba menyedapkan hati aku.
Aku mengeluh. Haii... Suka hati kaulah Sarah oii. Aku nasihat kau tak nak dengar. Jangan kena tipu sudah. Tapi kalau Am main-mainkan perasaan kau, aku tak akan lepaskan Si Playboy tu! Aku menoleh memandang Ard berharap dia mampu menyimpan kata-kata Sarah tadi. Dan Ard mengangguk kepala tanda dia faham akan pandangan aku tu.

1 comments:

  1. best.. am gn sya comel sgt. si sya mmg brani mati la duk kaco si am tuh hahahah lawak gud job xD

    ReplyDelete

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,