TIBANYA di
Tesco, Yazid Shah sengaja mengambil kesempatan dengan memegang erat tangan
Hanna Dayana. Hanna Dayana merengus perlahan setiap kali tangannya ditarik
apabila dia berdiri jauh dari Yazid Shah.
“Abang!
Kan Hanna dah kata, tak boleh pegang-pegang. Abang ni tak faham bahasa ke hah?”
soal Hanna Dayana, geram.
“Sayang
ingat abang nak pegang sayang sangat ke? Tapi disebabkan sayang mungkir janji,
tu yang abang langgar je perjanjian kita...” balas Yazid Shah selamba.
“Laa..
Perjanjian apa lagi. Abang bagi dua perjanjian aje kan? Pertama, kena panggil
abang, abang. Kedua, kena jadi pasangan paling ROMANTIK di dunia...” sengaja
dia menekankan perkataan romantik itu.
Yazid
Shah mengangguk. “Betul tu. Tapi sayang tak bahasakan diri sayang dengan
panggilan sayang. Dari awal kita kahwin abang diamkan je. Asyik-asyik Hanna
saja. Jadi....” Yazid Shah sengaja memeluk pinggang Hanna Dayana dan tersenyum
nakal sebelum menyambung kata, “Abang boleh pegang sayang dekat mana aje abang
suka...” bisiknya perlahan namun lunak sehingga meremang bulu roma Hanna
Dayana.
Hanna
Dayana mula gelisah. Hendak lari sudah tidak boleh, kerana Yazid Shah begitu
kejap memeluk pinggangnya.
“Err....”
dia gugup. Tidak tahu mahu membalas apa. Sentuhan Yazid Shah itu
mendebarkannya. Tapi sangat mendamaikan. Ah! Dia tidak boleh beralah.
Perjanjian tetap perjanjian. Dan dia tidak mahu Yazid Shah mengambil kesempatan
ke atasnya. Lagi pula, orang-orang yang membeli-belah di sini sudah melihat
mereka semacam. Bimbang pula kena tangkap di tengah-tengah Tesco ni!
“Sayang
tak suka, okey. Dah lepas! Sayang dah tukar panggilan, kan?”
Senyuman
nakal Yazid Shah semerta berubah kelat. Baru sahaja dia mahu bermanja-manja,
dia sudah di reject! ‘Manja? Ah, hilang akallah kau ni Yazid!’
“Okey-okey.
Abang tak pegang lagi. Tapi kalau sayang tak ikut perjanjian tu, lebih daripada
tu abang boleh buat.” Ugut Yazid Shah.
“Eii...
Banyak cakaplah abang ni. Cepatlah cari barang. Nanti mama cakap apa pula kita
keluar tak balik-balik...”
“Alah...
Kita kan dalam mood pengantin baru. Mama fahamlah...” balas Yazid Shah seraya
mengenyitkan mata.
Hanna
Dayana pantas mencubit pinggang Yazid Shah. Menyeringai Yazid Shah di situ.
“Main-main
eh! Dah, pergi ambil troli cepat...” arah Hanna Dayana tegas.
Yazid
Shah tergelak kecil sebelum menuju ke kawasan yang menempatkan troli dan
mengambil sebuah troli dan mula berjalan perlahan memasuki pasaraya Tesco itu.
Menonong
Hanna Dayana tanpa mempedulikan Yazid Shah. Dia mahu kerjanya cepat siap. Malas
mahu melayan kerenah Yazid Shah yang semakin pelik. Dia mencapai barang-barang yang
diperlukan. Sesekali dia menjeling tajam tatkala Yazid Shah mengambil barang
yang diambilnya lebih daripada satu. Jika dia mengambil gula pasir satu kilo,
Yazid Shah akan mengambilnya dalam kuantiti dua. Jadi kesemuanya akan menjadi
tiga. Sehinggalah ke bahagian Milo dan Nescafe. Hanna Dayana sudah tidak tahan
kerana Yazid Shah seperti mempermainkannya.
“Abang
ni kenapa??” gumam Hanna Dayana, geram.
Yazid
Shah mengerut kening seraya mendongak kepala.”Kenapanya?”
“Abang
jangan kacau sayang boleh tak?”
“Bila
masa abang kacau sayang ni??”
Bibir
Hanna Dayana dimuncungkan ke arah barang-barang yang diambil oleh Yazid Shah
itu. “Tu... tu apa tu? Bukan kacau ke namanya? Dalam kertas ni mama tulis satu,
kenapa abang nak ambil sampai dua tiga??”
Mata
Yazid Shah terarah kepada barang yang ditunjuk oleh Hanna Dayana. “Laa, satu je
ke? Selalu mama beli dua tiga. Kadang-kadang sampai lima!” beria-ia Yazid Shah menunjukkan
kelima-lima jarinya dihadapan mata Hanna Dayana.
Hanna
Dayana segera menepis tangan Yazid Shah. Dia mengetap bibir. Boleh pulak Yazid
Shah memperlinya.
“Fine!
Tambahlah lagi, genapkan sepuluh!” balasnya geram dan kemudian berlalu ke kaunter.
Sebal hatinya kerana Yazid Shah tidak sudah-sudah mengenakannya. Hilang terus
moodnya untuk berjalan-jalan selepas membeli keperluan dapur.
Yazid
Shah menolak troli selaju mungkin untuk menyaingi Hanna Dayana. ‘Ah! Takkan
budak kecil ni merajuk pulak?’ Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tidak tentu
arah dibuatnya apabila Hanna Dayana seakan tidak nampak kehadirannya disisi
gadis itu.
“FUHH... Penatnya...” rungut
Yazid Shah setelas melabuhkan duduk di sofa.
Hanna
Dayana mencebik. ‘Penat konon! Setakat tolak troli nak penat apanya??’
“Eh,
dah balik?” sapa Puan Aisyah yang baru turun dari tingkat atas.
“Emm...
baru je sampai, ma. Papa mana?” soal Yazid Shah yang sudah merebahkan badan di
atas sofa. Penatnya!
“Papa
ada meeting penting pula dekat luar. Baru sekejap tadi papa keluar. Tak berselisih
ke?” soal Puan Aisyah yang membantu menantunya mengangkat barang ke dapur.
“Tak
perasan pula. Meeting ke dating? Mama kena jaga papa betul-betul... kalau tak...”
“Ish,
budak ni! Nak sangat ke mama tiri baru?” pintas Puan Aisyah cepat. Yazid Shah
hanya gelak.
“Abang
tu memang, ma. Entah-entah dalam hati tu pun ada niat nak madukan Hanna...”
ucap Hanna Dayana yang sudah duduk di sofa disisi suaminya. Saja dia berkata
begitu untuk ‘memanaskan’ suasana.
Yazid
Shah terus bangun dari pembaringan sebaik sahaja mendengar kata-kata Hanna
Dayana. Pantas tangan Hanna Dayana dicapai dan digenggam erat. Entah kenapa,
dia berasa kurang senang dengan tanggapan isterinya itu.
“Sumpah,
sayang. Abang tak ada niat nak cari isteri lain. Apatah lagi nak madukan
sayang... abang sayangkan sayang sorang je...” ucap Yazid Shah
bersungguh-sungguh.
Hanna
Dayana mendekatkan sedikit wajahnya, “Abang ni pun. Janganlah nak over sangat! Orang
main-main ajelah! Lepaslah!” Hanna Dayana menarik tangannya tetapi semakin
kejap pula Yazid Shah memegang tangannya.
“Tak
sayang. Abang tak akan lepaskan sayang. Abang tak akan cari lain. Percayalah...”
kata Yazid Shah lagi. Dia sudah tidak peduli jika Hanna Dayana memikirnya gila
atau sengaja mencari fasal. Cuma dia tidak mahu Hanna Dayana berfikir yang dia
mahu mencari isteri baru.
Hanna
Dayana merentap tangannya. Matanya dicerlung kepada Yazid Shah. ‘Over gila
mamat ni!’
“Untunglah
kamu, Hanna. Yazid sayang sangat-sangat dekat Hanna...” jerit Puan Aisyah dari
dapur.
“Abang
ni kenapa?” soal Hanna Dayana tegang. Mukanya sudah merah menahan marah. ‘Kita
main-main aje. Dia melebih-lebih pulak!’
“Betul,
sumpah. Abang tak akan cari lain...”
“Abang
nak kahwin lain pun ada sayang kisah ke? Kita kahwin pun sebab terpaksalah!”
tekan Hanna Dayana namun masih mengawal suaranya.
Bagaikan
baru tersedar dari mimpi, Yazid Shah terus terdiam. Dia menarik nafas panjang. “Betullah.
Kita kahwin sebab terpaksa. Abang sedar. Abang tak layak untuk cinta sayang...”
ucapnya lemah dan terus bangun menuju ke kamar. Tanpa sedar meniti ayat itu
dari bibirnya.
Hanna
Dayana kaku. Kata-kata yang dilontarkan oleh Yazid Shah sedikit mencederakan
hati kecilnya. Dia terasa sakit dengan kata-kata itu. ‘Tidak layak? Cinta? Apa
maksud dia?’
<3 love. sambung lagi :D
ReplyDeleteTerima kasih.... :)
DeleteAkan disambung dalam masa terdekat ni sebelum dihentikan untuk manuskrip penuh :)
Thanks komen cuma jangan lupa tinggalkan nama atau jejak ;)