PAGI itu
Yana datang ke pejabat agak awal daripada biasa. Ini semua kerana dirinya di
denda. Mahu tidak mahu dia terpaksa juga
kerana dia tidak mahu Tuan Zarith menjadi Hulk pagi-pagi buta.
Dia menuju ke pantri untuk
menyediakan minuman pekerja-pekerja di syarikat ini. Air buatannya sering
mendapat pujian dari pekerja-pekerja di sini. Hatinya sedikit sebanyak menjadi
bangga. Tengoklah tangan siapa, kan? Tapi, Tuan Zarith langsung tidak pernah
memuji. Huh! Kalau tak sedap, kenapa mintak
selalu? Bebel hatinya.
Setelah siap membancuh,
dia mula menuju ke bilik Tuan Zarith. Dia mahu mengemas apa yang patut. Dia
tidak mahu Zarith berasa tidak selesa berada di biliknya. Nanti di katanya
makan gaji buta. Dia kan tak suka pekerjanya makan gaji buta.
Mula-mula dia mengelap
meja bos kesayanganya itu. Bimbang juga berhabuk. Mahu mengamuk Tuan Zarith tu
karang. Setelah berpuas hati menyusun fail dan mengemas sedikit kedudukan
peralatan di meja Zarith, dia beralih pula ke bahagian tempat perbincangan khas
jika Zarith ingin membuat perbincangan secara tertutup dengan pekerjanya.
Untunglah Kak Ida, kan.
Kerja sektari tapi duduk goyang kaki. Hanya diperlukan jika Tuan Zarith
betul-betul perlukan Kak Ida. Yang ruginya, aku ni hah. Awal-awal dulu mintak kerja pembancuh air je, terus dinaikkan pangkat tak
bertauliah jadi asisstant Tuan Zarith. Penat nak melayan kerenah gila dia tu, desis
hati Yana.
Dia terus mengemas bilik
Zarith. Sekali-sekala dia menyanyi kecil. Bosan tiada muzik semasa membuat
kerja. Justeru itu, dia menyanyi-nyanyi untuk menghiburkan hati. Lagipun, Tuan
Zarith masih belum sampai. Jadi, ini kesempatannya mengeluarkan bakat yang
sudah lama terpendam. Dalam dia asyik menyanyi lagu yang sumbang-mambang itu,
dia tidak perasan kelibat Zarith sudah betul-betul berdiri di hadapannya.
Zarith tersenyum melihat
telatah Yana. Dia berada di dunianya sendiri. Sesampai sahaja dia di hadapan
bilik, dia terdengar seseorang menyanyi. Di sangkakan Kak Ida, setiausahanya
itu. Tetapi Kak Ida tidak gemar bernyanyi. Jadi, siapa yang bernyanyi dengan
riang di dalam biliknya itu? Segera dia membuka perlahan pintu bilik dan
ternyata Yana yang sedang bernyanyi. Adakalanya Yana terjoget-joget mengikut
lagu yang dinyanyikannya. Dia ketawa kecil.
Yana seakan terdengar
suara seseorang yang sedang ketawa. Semerta badannya berhenti berjoget. Dia
terus terkaku di situ. Seketika, dia berdeham kemudian memalingkan wajah. Gulp!
Tuan Zarith. Secara tiba-tiba dia rebah. Saja buat-buat pengsan. Nak tutup malu
punya pasal.
“Eh, Yana...” Zarith segera berlari mendapatkan Yana yang sudah
rebah di lantai. Budak ni nampak hantu ke? Tiba-tiba aja pengsan, soal hatinya.
“Yana... yana..” panggil
Zarith lagi sambil menepuk-nepuk perlahan pipi Yana. Yana masih lagi membisu.
Tetapi degupan jantungnya sudah tidak seirama. Kadang-kadang laju tanpa arah.
Kadang-kadang perlahan macam mahu mati. Dia tidak mahu bangun. Jika sepuluh jam
dia terpaksa berpura-pura pengsan untuk menutup malunya, pasti dia akan
lakukan.
“Sa...... Zarith!!!”
jerit satu suara.
Zarith berpaling. Yana
semerta terbangun. Suara itu sangat memeranjatkannya. Suara Cik Lisa!
“You buat apa ni?” jerkah
Lisa.
Segera Lisa menghampiri
Yana dan menarik kasar tangan Yana.
“You buat apa dengan boyfriend I hah? You nak menggedik?!”
pekik Lisa. Sebal hatinya ketika ini. Dia fikir mahu memberi kejutan kepada
Zarith. Dia mahu memujuk Zarith supaya menerimanya semula. Akhirnya, dia yang
terkejut. Zarith bersama seorang perempuan. Dengan budak tea lady?
“Sa.. saya...” Yana tidak
tahu nak terangkan bagaimana. Bukan niatnya mahu mengambil kesempatan ke atas
Zarith. Dia cuma malu saja apabila Zarith melihatnya terkinja-kinja sebentar
tadi.
“Kau memang perempuan tak
tahu malu, kan?!” kata Lisa seraya menampar kuat pipi Yana. Zarith kelihatan
terkejut. Tindakan Lisa terlalu pantas. Tidak sempat dia mahu menghalang.
Hatinya yang geram dengan Lisa semakin mengeledak dengan tindakan Lisa terhadap
Yana.
Segera dia menarik Yana
menghampirinya. Dia tidak tegar melihat wanita yang mula menapak di hatinya
disakiti. Ya, dia mencintai Yana. Sudah puas dia menilai hatinya semalaman, dan
ternyata di dalam mimpinya hanya terlihat wajah Yana sahaja. Hilang sudah wajah
Lisa yang dahulunya menemani malam tidurnya. Dia yakin dengan perasaanya itu.
Kerana dia berasa sakit apabila melihat Yana disakiti. Bak kata pepetah, cubit
paha kanan, peha kiri terasa sakitnya.
“You tak ada hak nak
tampar pekerja I. Siapa suruh you datang sini? Sekali you keluar dari hidup,
jangan mimpi you boleh kembali!” Marah Zarith.
“Betina ni cuba rampas
you dari I. Dulu you tak macam ni pun. You dah lupa ke janji kita? Sehidup
semati bersama??” Lisa cuba memujuk.
“I rasa you yang dah
lupa. I tak pernah lupa. You yang pergi tinggalkan I. Sekarang you nak salahkan
I pulak?” balas Zarith sinis.
“I ada sebab, Zarith...”
balas Lisa perlahan. Ah, hatinya semakin tidak keruan. Bagaimana dia mahu
berterus-terang. Dia tidak mahu dengan kebenaran itu, Zarith terus hilang
darinya. Dia mahukan Zarith!
“Sebab apa, Lisa?
Cukuplah Lisa. Cinta I dah lama mati saat you pergi tinggalkan I...” melirih
suara Zarith. Dia kesal. Dia pernah menyayangi wanita itu. Sedikit sebanyak
hatinya berasa kasihan. Tetapi, dia sudah tidak mahu mempunyai apa-apa hubungan
lagi dengan Lisa.
Lisa geram kerana Zarith
sudah membuangnya secara terang-terangan. Segera dia bergerak menghampiri Yana.
Dia mahu mengerjakan budak itu sekali lagi, tetapi Zarith sempat menghalang. Zarith
menolak kuat badan Lisa sehingga Lisa terjatuh ke lantai.
Yana masih lagi tergamam dengan tindakan Lisa
tadi. Dia memegang pipinya yang masih lagi kebas. Kuat juga penangan Cik Lisa
ni, desis hati Yana.
“You jangan cuba nak
apa-apakan Yana. Sekali you sentuh Yana. I bunuh you!” ugut Zarith.
Lisa merengus manakala
Yana terkaku. Dia memerhati wajah bengis tuannya itu. Sebanyak ini Zarith
mempertahankannya? Hatinya sedikit lega kerana Zarith sudi melindunginya.
“Kenapa you nak
mempertahankan budak ni? Dia bukan
siapa-siapa dengan you. I yang patut you ambil berat. Bukan dia!” tepat tundingan
jari menunjuk ke arah Yana. Yana segera menundukkan kepala. Takut melihat
renungan tajam wanita itu.
“Since when I kena ambil berat pasal you? Huh! Untuk pengetahuan
you, cinta I pada you dah tak ada. Zero.
Sekarang, Yana yang I cinta. Hanya dia!” balas Zarith yakin. Dia ingin Yana
tahu bahawa kata-katanya memang benar. Dia memang mencintai Yana.
Lisa terkejut. Yana
tergamam. Cinta? Yana memandang wajah Zarith tanpa kelip. Dia cintakan aku?
Sebelah hatinya berasa tenang dengan pengakuan Zarith tetapi sebelah hatinya
berasa gerun dengan wanita di hadapan Zarith itu. Dapat dirasakan ketika ini,
Lisa seperti mahu membunuhnya sahaja.
Di balik pintu bilik
Zarith, berdirinya Fendi. Dia baru sahaja tiba di pejabat. Dia segera menuju ke
bilik Zarith apabila mendengar riuh-rendah di bilik sahabatnya itu. Dan dia
terkejut dengan kenyataan Zarith. Dia mendengar dengan jelas pengakuan Zarith.
“Sekarang, Yana yang I
cinta. Hanya dia!” ternigang-ngiang ayat itu menampar masuk ke telinganya.
Zarith cintakan Yana? Aku tak boleh biarkan, kata hatinya. Segera dia berlalu
meninggalkan bilik itu.
“What?! You hilang akal ke apa? Dia tak layak untuk you. I yang
lebih layak. Perempuan ni just tea lady
aje!” pekik Lisa. Dia sudah hilang
sabar. Hilang sabar kerana budak hingusan seperti Yana berjaya mencuri hati
Zarith. Jika dilihat dari penampilan Yana, nampak sangat tidak layak bersama
Zarith. Dia lebih lawa, malah lebih serasi digandingkan bersama Zarith.
“No, I tak hilang akal. Memang I cintakan dia. I really love her. Sekarang you dah tahu kan? You jangan cuba-cuba
ganggu Yana. Now,you can get out!”
halau Zarith tegas.
Sekarang tumpuannya
hanyalah Yana. Dia dapat melihat dengan jelas reaksi Yana apabila dia
memberitahu isi hatinya kepada Lisa. Dia mahu berterus-terang kepada Yana. Dia
mahu Yana menerimanya jika Yana juga mempunyai perasaan sama sepertinya.
“Tunggu apa lagi.
Keluarlah!” jerkah Zarith. Yana terkejut dengan jerkahan Zarith. Marah betul
Zarith kepada Cik Lisa. Lisa segera melangkah keluar dengan penuh dendam. Aku
tak akan lepaskan kau, Zarith.
“Yana, awak tak apa-apa?”
soal Zarith sebaik sahaja kelibat Lisa hilang dari pandangannya. Segera dia
memegang pipi mulus Yana. Kasihan dia melihat Yana. Sudahlah kena tampar, lepas
itu dengar luahan hatinya pula. Pasti Yana terkejut. Dia ketawa kecil.
“Ke... kenapa tuan ke..
ketawa?” soal Yana gagap. Saat ini dapat dirasakan mukanya sudah merah tebal
seinci dari wajah biasa. Malunya, desis hatinya.
“Muka awak macam kena ciumlah...
merah padam..” usik Zarith sambil mengusap lembut pipi Yana. Seketika pandangan
mereka bertaut. Yana melihat renungan Zarith. Dapat dirasakan keihklasan hati
Zarith mencintai dirinya. Cintakah aku kepadanya?
Zarith memandang Yana
dengan pandangan penuh kasih. Dia benar-benar mencintai Yana. Dia sanggup
mengorbankan nyawanya demi Yana. Akhirnya dia tersenyum.
“I love
you, Yana..” kata-kata keramat itu seperti menghentikan hembusan nafas
Yana. Dia seperti kekurangan oksigen akibat kata-kata maut tuannya tadi.
Degupan jantungnya kembali tidak seirama. Kelihatan dia sedikit menggelabah.
Lucu Zarith melihat wajah Yana.
“Err.. eh, saya keluar dulu Tuan Zarith...”
segera Yana mengambil kain lap dan melanglah ke arah pintu. Sebaik sahaja dia
ingin memulas tombol pintu, Zarith bersuara.
“Apa yang saya cakap
dengan Lisa tadi memang betul. Saya betul-betul cintakan awak. Saya tidak
pernah silap dengan perasaan saya. Dan saya harap awak juga mencintai saya..”
kata Zarith.
Yana masih lagi terkaku.
Hatinya meronta-ronta ingin memberitahu bahawa Zarith juga sudah berada di
hatinya, namun dia mahu. Belum pernah dia meluahkan rasa kepada seseorang. Dan
hari ini, tuannya meluahkan perasaan kepadanya. Apa yang dia rasa? Gembira! Tetapi
dalam masa yang sama dia takut dengan ancaman Cik Lisa. Dia risau jika Cik Lisa
membuat sesuatu di luar jangkaan.
“Err.... saya keluar
dulu..” dengan segera Yana meminta diri. Hatinya semakin berdegup kencang.
Zarith menghela nafas lega. Akhirnya dia mengakui dia mencintai Yana. Dia mahu
memikat hati Yana supaya menerimanya. Jika dia tidak mahu? Ah, paksa aje! Desis hatinya. Dia tersenyum
bahagia. Yana, I really love you!
HENTAKAN di meja mengejutkan pelanggan di restoran itu.
Segera Lisa cuba menenangkan Fendi. Sebentar tadi, sebaik sahaja Lisa keluar
dari bilik Zarith, dia menerima panggilan dari Fendi. Fendi mahu menemuinya.
Dengan pantas, Lisa bergerak menuju ke tempat perjumpaan mereka.
Dia melihat seraut wajah
Fendi. Belum pernah Fendi bereaksi seperti ini. Apakah benar Fendi mencintai Y ana? Dapat di lihat dari wajah Fendi seperti
sedang menahan amarah.
“You cintakan Yana?” soal
Lisa ingin tahu.
Fendi terkejut dengan
pertanyaan Lisa. Cinta? Betul ke aku cintakan Yana? soalnya sendirian.
“Fendi, betul you
cintakan Yana?” soal Lisa lagi.
“I don’t know. Tapi I sakit hati bila dengar Zarith cakap dia
cintakan Lisa. I tak tahu. I tak tahu..” kata Fendi berserta gelengan kepala.
Dia sendiri keliru dengan perasaannya. Namun dia senang dengan kehadiran Yana.
Semenjak dia mengenali Yana, dia tidak lagi berfoya-foya dengan perempuan lain.
Kelab malam pun dia sudah lama tidak pergi. Benarkah Yana yang mengubah dirinya
selama ini. Dan benarkah dia mencintai Yana? Dia buntu.
“Kalau you sakit hati,
maknanya you love her. You cintakan
Yana! Kenapalah you ni lembab sangat nak tahu perasaan sendiri!” marah Lisa.
Fendi ni lembablah. Cuba
dari awal Fendi dapat tahu akan perasaannya, sudah tentu sekarang Yana di
genggamannya. Tetapi sekarang semuanya sudah terlambat. Zarith mencintai Yana.
Lisa tahu Zarith seorang yang setia. Jika dia mencintai seseorang, dia akan
setia di samping wanita itu. Cuma dia sahaja yang bodoh mempercayai lelaki di
hadapannya ini. Kerana lelaki ini, dia terpaksa membawa diri bersama anak yangdikandungnnya.
Kerana lelaki ini, Zarith membenci dirinya. Tetapi, mujur Fendi mahu
membantunya memilik Zarith kembali. Dia akan pastikan Zarith menjadi miliknya
semula.
“So, apa plan you?” Fendi
mula menyoal. Dia mahukan Yana. Benarlah kata Lisa. Dia terlalu lambat
mengetahui perasaannya terhadap Yana. Jika tidak, pasti Yana sudah menjadi
miliknya. Pasti Zarith tidak akan menganggu Yana. Ah, kenapalah bodoh sangat
aku ni! Gerutu hatinya.
Lisa hanya tersenyum
sinis. Dia sudah mempunyai rancangan untuk menghancurkan hubungan yang baru
terjalin antara Zarith dan Lisa.
YANAkelihatan
gelisah. Dia ke kiri, ternampak Zarith. Dia pandang kanan, nampak Zarith. Dia
mahu ke bilik air, ternampak juga muka Zarith. Muka Zarith seolah-olah sudah
menjadi wallpaper di dinding syarikat
Zarith. Yana mengeluh. Kenapa dengan mata ni? Semua tempat nampak muka dia?
Lagi-lagi bila dia dah luahkan perasaan, lagi tak keruan hidup aku. Desis
hatinya.
Bunyi mesej masuk
menghentikan lamunannya. Segera dia mencapai telefon yang berada poket seluar.
Dia membuka mesej tersebut dan mula membaca.
Yana
sayang, nanti kita lunch sama-sama ye? Love you! :D
Gulp! Pegangan telefon
terlepas sebaik sahaja membaca mesej itu. Kak Idayang baru sahaja keluar dari
bilik air segera menghampiri Yana yang pucat seperti tiada darah.
“Kenapa ni Yana?” soal
Kak Ida risau. Dia melihat telefon bimbit warna pink milik Yana yang terdampar
di atas lantai. Segera dia mengambil telefon tersebut.
Seketika terbeliak biji
matanya melihat mesej di dalam telefon itu. Bukan niatnya mahu menyibuk
mengambil tahu perihal orang lain. Tetapi, keadaan Yana merisaukannya.
“Amboi, ber‘ i love you’ nampak?” usik Kak Ida. Dia
sudah menjangka akan hal ini. Dia tahu Tuan Zarith menaruh hati kepada Yana.
Sebab itu, dia berasa khuatir dengan kepulangan Lisa akan mengeruhkan lagi
keadaan.
“Err... Kak Ida!” pantas
Yana merampas telefon bimbit yang berada di tangan Kak Ida.
“Eh, errr... Tuan Zarith salah hantar mesej la tu..” Yana cuba
berdalih. Hatinya semakin berdegup pantas apabila Kak Ida sudah mengetahu
perkara ini.
“Salah hantar mesej
konon. Tu, tu. Akak nampak Yana sayang. Bukan tu nama Yana ke?” usik Kak Ida
lagi. Lucu dia melihat wajah gelisah Yana. Yana ni budak baik. Dia pun setuju
sangat kalau Tuan Zarith memilih Yana berbanding Lisa. Walaupun Lisa pernah
menjadi kekasih Tuan Zarith. Tetapi entah mengapa semenjak Lisa menghilang
diri, dia turut tidak berkenan dengan Lisa. Baginya, Lisa lansung tidak layak
memiliki cinta Tuan Zarith yang terlalu baik dan setia itu.
Dilihatnya muka Yana
sudah merona merah. Malulah tu! Seketika, bunyi mesejmasuk lagi. Segera Kak Ida
merampas kembali telefon itu dan membaca dengan nada yang sedikit kuat namun
hanya mereka berdua sahaja yang mendengar.
Jangan
buat muka terkejut my princess. I really love you. Deep from my heart. Smile..
:)
Muka Yana menjadi dua kali ganda merahnya. Tersipu-sipu malu
dibuatnya. Segera Kak Ida mendekatkan diri kepada Yana dan mula berbisik
sesuatu.
“Akak tahu Yana sukakan
Tuan Zarith. Mengaku ajelah. Sebelum
di kebas orang. Tuan Zarith tu handsome
tau! Ramai pekerja kita yang berkenan tu!” usik Kak Ida kemudian berlalu
meninggalkan Yana.
Yana tersenyum senang.
Hatinya bahagia bukan kepalang. Dia akan mengaku tentang perasaannya. Akhirnya,
dia mengemas bilik pantri itu sambil menyanyi lagu-lagu cinta yang penuh
romantik. Alahai, memang beginikah perangai orang yang jatuh cinta?
nak lg boleh....tq.
ReplyDeleteHehehe....sweet pulak si Zarith ni..*blushing blushing** aduhyai!! Nasihat farra buat Fendi dan Lisa, better korng kahwin then jaga anak korng tu..ish! Tk pyh nk susahkan hidup org lain yg tgh happy ....buat akak, hrp novel ni dpt sambutan yg meriah Ka BaBom!! B-)
ReplyDeleteFarra.. janganla.. nanti Yana tu blushing jugak :P
DeleteNovel ne penulis nye sape?. Hehe
ReplyDeleteNama penulisnya Fatin Liyana (Dr.B)
DeleteGoyang Casino Hotel - Las Vegas
ReplyDeleteGoyang Casino Hotel apr casino is the official name of the property for its gaming facilities in the gri-go.com resort Las 출장샵 Vegas. 토토 The resort's goyangfc gaming floor, casino, and spa are