Pages

Peminat Novel

Blog Page

10 Dec 2012

MINI NOVEL : AKU TOMBOY, DIA PLAYBOY (Bab 6)



DISEBABKAN hari ini hari minggu, jadi aku dengan Ard bercadang nak berjogging untuk mengeluarkan segala ‘lemaks’ yang sudah bermaharajalela di setiap inci tubuh kami. Melampau, kan?
Jadi, aku pun bersiap-siap macam tomboy of the year. Aku hanya memakai t-shirt hitam yang tertulis ‘Peace No War’, berseluar track juga berwarna hitam dan juga cap berwarna hitam. Tema of the world, black in town.
Ard pula hanya memakai baju t-shirt berwarna putih dan berseluar pendek paras lutut. Lagi gila kentang! Aku masih lagi tahu malu dari menunjuk aurat berlebihan.
Sarah pula ku lihat hanya memakai t-shirt merah hati berlambang bentuk ‘heart’ di baju dan juga berseluar track hitam. Rambutnya yang panjang mengurai di ikat kiri dan kanan. Alalala, comelnya.
“Okey, ready guys?” soalku kepada mereka.
Hip-hip ready, bos!” balas Ard dan Sarah sambil menabik spring kepada aku.
Yeah, let’s go! Tapi sebelum tu, jangan lupa kunci pagar. Kang balik menangis tak berlagu pulak tengok rumah kena geledah..” aku memberi peringatan kepada Ard. Sebab tugas mengunci rumah sudah diserahkan kepada Ard.
“Okey, bos..” kata Ard. Ard berlalu ke pintu rumah dan mula mengunci pintu. Kemudian dia menuju pula ke pagar luar dan mengunci dengan mangga yang besar dari biasa. Untuk keselamatan kami jugak. Brutal-brutal aku dengan Ard, seayu-ayu Sarah, kami masih lagi perempuan. Keselamatan diutamakan, kesihatan didahulukan. Ewah!
“Nak jogging dekat mana ni, Kak Sha?” soal Sarah sebaik sahaja aku menghidupkan kereta.
“Mana-mana ajelah Sarah oii. Janji boleh membuat segala lemak..” balasku.
“Kalau jogging dekat McD, okey tak?” soal Ard bersahaja.
“Oit, mak cik! Kalau jogging dekat McD, serupa juga tak jogging. Dah kau duduk melantak, nak jogging apanya?” kataku geram.
“Habis, dah kau kata dekat mana-mana je. Tu yang aku suggest jogging dekat McD. Tukar angin..” balas Ard selamba.
“Ada kena pergi tempat jogging jalan kaki ni...”
“Rilekslah. Jangan marah, nanti ini Aci kasi jual awak sama itu abang Bangla yang duduk rumah setinggan tu...” kata Ard dalam slang India plus Bangladesh sikit. Pening!
“Ini budak wa karate, tersorok dalam enjin kereta..” balasku pula dalam slang Cina. Hamek kau!
“Kamu dua orang ni bias enggak senyap? Kak Sha, jalan deh. Jangan di layan Kak Ard ni..” sampuk Sarah dalam slang Indonesia.
“Amboi!!!” kataku..
“Satu......” kata Ard.
Aku dengan Sarah pantas menyambut, “Malaysia!”
“Satu....”
“Malaysia...”
“Terima kasih!” kata Ard mengakhiri semangat 1 Malaysia kami.
Aku mula memusing stereng menuju ke jalan besar. Here we go!

“PENATNYA.... dah lama Sarah tak jogging macam ni..” ucap Sarah seraya melabuhkan punggung di sebelah aku di atas bangku yang berada di taman rekreasi itu.
“Ini baru sikit. Kejap lagi kita buang ‘lemaks’ kita lagi...” balas Ard yang sedang membuat senaman ringan. Beginilah Ard. Selepas berhempas-pulas berlari, dia akan membuat senaman ringan sebelum duduk. Katanya tak baik duduk selepas berlari. Nanti punggung besar! Yeke? Boleh di terima pakai ke? Entahlah, sebab dah bertahun aku duduk selepas berjogging. Maintain aje aku tengok.
“Eh, Abang Am...” tegur Sarah.
Aku dan Ard pantas menoleh ke belakang. Dia lagi?! Apalah malang nasib aku kena jumpa dia.
“Hai, Abang Am...” sapa Sarah manja. Amboi, melebih pulak adik sepupu aku ni.
“Hai. Sarah pun ada dekat sini. Eh, kau orang pun ada dekat sini? Macam kembar pulak. Ke mana je mesti berdua.” Perli Am.
“Okey berdua. Daripada sorang tapi teringin nak mendua, mentiga.” Perli aku balik. Padan muka kau.
Berubah terus muka Am apabila kata-kata maut aku lemparkan kepadanya. Namun dia masih tersenyum. Muka Sarah dipandangnya.
“Sarah, jom teman abang jogging...”
Berseri-seri wajah Sarah apabila Am mengajaknya bersenam bersama. Gatal!
Sorry, bro. Dia datang dengan aku. Jadi, dia bawah tanggungjawab aku..” aku menerangkan perkara sebenar kepada Am. Memang benar Sarah di bawah tanggungjawab aku semenjak Sarah duduk serumah dengan aku. Amanat Pak Ngah harus dijaga dengan baik.
Am menggumam. Melampau betul minah tomboy ni. Bila nak dapat kalau susah sangat nak ‘ayat’ budak kecik ni, getus hati Am.
“Apa kata Abang Am join kita orang jogging. Baru best..” cadang Sarah.
Aku tergamam, Ard kaku. Bala baru dah datang.
“Boleh ek, Kak Sha...” pujuk Sarah sambil membuat muka ayu. Alahai! Lemah lutut.
“Yela, yela. Tapi dia depan, kita dekat belakang..” aku memberi arahan.
“Tapi, kenapa?” soal Sarah seperti tidak puas hati dengan arahan aku. Budak kecik ni kan...
“Nanti dia tengok ‘pom-pom’ kitalah. Dia tu mata keranjang, tahu tak..” kataku berbisik ke telinga Sarah.
Sarah mengangguk. Mungkin faham, mungkin juga bersetuju dengan statement aku.
“Okey, jom!” ajak Sarah teruja. Dia terus berlari meninggalkan aku, Ard bersama-sama dengan Am.
Am memandang aku dengan pandangan sinis.
Watch out, girls..” ujar Am seraya berlari laju menuju ke Sarah.
Watch out, girls...” aku mengulang kata-kata Am berserta memek muka menyampah!

SEPANJANG larian kami, Am seakan-akan menghalang laluan aku untuk mendekati Sarah. Bila aku ke kiri, dia akan ke kiri. Bila aku ke kanan, dia akan ke kanan. Geramnya!
Peluang yang ada aku ambil sehabis baik. Aku berlari ke kiri, Am juga berlari ke kiri. Kesempatan yang ada, aku hargai sebaik mungkin. Sebaik sahaja dia ke kiri, kaki kanan aku bergerak ke kehadapan, dan sangat malang apabila kaki Am terlanggar kaki aku dan akhirnya jatuh tergolek dekat situ.
Sarah terkejut, Ard terdiam dan aku pula hanya membuat muka selamba. Seselamba yang mungkin.
“Kenapa, bro. terlanggar batu besar ke?” soalku sinis.
Am mengaduh kesakitan. Lututnya terluka kerana terjatuh di atas jalan.
“Abang Am! Kaki abang luka..” jerit Sarah. Sarah cuba membantu Am bangun. Aku dengan Ard melihat sahaja tanpa reaksi.
“Macam mana boleh jatuh ni?” soal Sarah risau. Dia memapah Am supaya duduk di bangku yang berhampiran.
“Tak tahulah. Mungkin ada tikus yang mengedik nak gigit kaki abang..” perli Am. Am memandang tepat ke arahku. Aku hanya buat muka biasa saja.
“Kita pergi klinik. Nampak teruklah luka abang ni...” kata Sarah.
“Tak payahlah. Sikit aja ni. Nanti balik abang sapu ubat, baiklah.” Terang Am.
Thanks sebab sudi tolong abang...” kata-kata Am itu membuat Sarah kembang setaman, manakala aku dengan Ard terasa ingin mengeluarkan segala isi perut ke muka Am. Geli!
“Sama-sama...” jawab Sarah malu-malu.
“Sudah?” soalku tiba-tiba.
“Apa yang sudah?” soal Am pelik. Apa kena minah ni?
“Sudah puas menggatal dengan anak dara orang?” soal Sha lagi. Ard aku lihat hanya menganggukkan kepala sejak tadi.
“Kau!” kata Am kasar.
“Apa-apa?” soalku pula.
Sarah yang terpinga-pinga mula menyoal.
“Kenapa ni Abang Am, Kak Sha? Bergaduh pula. Kata kawan...” ujar Sarah sedikit pelik melihat hubungan Am dengan Sha. Seperti anjing dengan kucing!
Eh, mana ada abang bergaduh. Abang bergurau aje. Betul tak, Sha..” balas Am seraya bangun dari duduk dan memeluk bahu aku. Am tersenyum sinis kepadaku, seakan-akan ingin memberitahu, ‘the game have began’.
Aku hanya mampu mengukir senyuman ikhlas walapun sememangnya sangat tidak ikhlas! Ard pula hanya membatukan diri. Apa kena dengan kawan aku sorang ni. Dari tadi diam je. Kena sampuk hantu jogging ke apa?
Sarah yang tidak mengesyaki apa-apa, kelihatan teruja.
“Hah, macam nilah namanya kawan. Abang Am peluklah Sarah jugak..” rengek Sarah kepada Am.
Am tersenyum lebar. Rezeki jangan di tolak. Baru sahaja tangan kanannya ingin melabuh di atas bahu Sarah, Ard menjerit kuat.
“Aduh! Perut aku!” teriak Ard.
Sarah mengelabah menghampiri Ard manakala aku menunjukkan ibu jari kepada Ard isyarat ‘bagus’ dan Am pula menahan marah di dada. Baru nak manja-manja. Spoil betullah, bentak hatinya.
Eh, kenapa ni Kak Ard?” Soal Sarah panik.
“Akak sakit perutlah. Jomlah kita balik...”
“Kak Sha, jom kita balik. Teruk sangat sakit perut Kak Ard ni. Kak Ard period kot..” kata Sarah yang lupa kehadiran Am di situ.
Ish, budak ni. Kan ada lelaki dekat sini. Malulah!” marah Ard.
Opss. Sorry..”
“Jom, jom....” kataku pula. Aku segera memapah dengan meletakkan tangan kanan ke bahu dan aku memeluk pinggang Ard. Berat betullah minah ni. Sakit tipu-tipu aje kot. Janganlah dok beratkan badan tu!
“Abang Am boleh balik sendiri ke? Tak nak Sarah hantarkan?” tanya Sarah yang prihatin.
“Tak apa, abang boleh balik sendiri. Thanks.” Senyuman manis di ukir semanis mungkin.
“Okey, nanti kita jumpa lagi ek?”
“Okey, adik manis. Nanti abang call okey.” Kata Am.
Sarah tersenyum nipis dan mula mengatur langkah menuju ke kereta Sha.
Am hanya melihat dari ekor mata. Tak apa, Sha. Hari ni hari kau. Dah dua kali kau malukan aku. Esok kau akan kena. Am mengukir senyuman sinis.

5 comments:

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,