“Sarah!!”
jerit Faiz dari kamar.
“Ye
tuan…” sahut Sarah sambil terkocoh-kocoh menuju ke kamar tuannya yang garang
macam singa.
“Kau
buat apa dengan baju aku ni hah?!” jerkah Faiz sebaik sahaja kelibat Sarah
muncul dikamarnya. Habis bajunya bertompok-tompok warna putih. Pasti berendam
dengan clorox.
Aduh!
Mati aku. Tulah kau, Sarah. Bergayut sakan dengan Fatin. Sampai kau lupa yang
kau letak clorox dalam mesin basuh. Yang tangan ni gatal-gatal terus sumbat
baju tuan singa ni kenapa? Dalam tak
sedar, Sarah mengetuk kepalanya sendiri.
“Ha,
dah tau salah. Pandai pulak nak ketuk kepala? Kau ingat baju aku ni baju dekat
pasar malam macam kau tu ke? Lima helai sepuluh ringgit...” kata Faiz yang
masih bernada tinggi. Dia kenal sangat dengan sikap Sarah. Jika Sarah membuat
kesalahan, pasti kepalanya yang akan jadi mangsa.
“Err...errr...
Maafkan saya tuan singa. Eh!
Tuan....” terlepas ‘tuan singa’ la pulak.
Mampus kau, Sarah!
“Tuan singa kau panggil aku?!” jerkah
Faiz. Ini dah melebih ni. Suka-suka panggil aku tuan singa?
“Dah
tuan garang sangat macam singa. Saya panggillah tuan, tuan singa..” balas Sarah selamba.
“Amboi,
dah berani menjawab pulak! Ni siapa
yang nak ganti baju aku ni? Gaji kau pun belum cukup nak ganti balik baju mahal
aku ni. Kau nak aku pecat kau ke?” soal Faiz sambil merenung tajam wajah Sarah.
Erk!
Pecat? Sarah pantas menggelengkan kepala. Kalau dia pecat aku, aku nak kerja
mana? Dahlah susah nak cari kerja sekarang. Dengan kelulusan setakat 5C 4D, kerja
apa yang aku boleh mintak. Amboi,
kurang bijaknya kau ni Sarah. Teruk benar keputusan SPM kau? Soalnya sendiri.
“Tu.....
tuan... Janganlah pecat saya. Saya sanggup buat apa saja asalkan tuan tak pecat
saya....” rayu Sarah.
Faiz
berfikir. Seketika, dia tersenyum sinis. Rancangan nakalnya mula menjelma.
“Baik...
aku takkan pecat kau. Tapi, dengan syarat..” ayat Faiz tergantung di situ.
Syarat?
Syarat apa pulak ni? Jangan dia suruh aku buat bukan-bukan sudah. Ada yang kena
karate dengan aku.
“Sya...
syarat apa tuan?” soal Sarah tergagap-gagap.
Faiz
mula mendekati Sarah. Dia melirik matanya ke arah Sarah. Sengaja ingin mengusik
Sarah.
“Aku
nak......” tangannya mula berjalan ke tangan Sarah.
Sarah
tersentak. Gila apa tuan aku ni? Sarah menepis tangan Faiz. Seketika, terdengar
gelak kuat dari mulut Faiz. Chet! Dia
saja usik aku!
“Ha ha
ha... tau takut. Lain kali jangan nak cari pasal dengan aku. Aku nak kau masak
makanan special malam ni. Ada event penting malam ni...” kata Faiz
sambil menyarung baju kemeja yang di ambilnya dalam almari ke tubuhnya.
Sarah
segera berpaling ke tempat lain. Selamba derk
je tuan singa ni pakai baju depan aku. Dia tak tahu malu ke?
“Kau
dengar tak apa aku cakap ni?” soal Faiz sekali lagi.
Sarah
segera menganggukkan kepala. “Tuan nak menu special
yang macam mana tu?” soal Sarah.
Faiz
merengus. Lembab betullah orang gajinya ini.
“Ala...
ikut kaulah nak special mana pun. Aku tau kau masak. Lagi satu, pakai baju
cantik-cantik sikit...”
Baju
cantik? Nak buat apa pulak? Aku cuma
orang gaji aja.
“Tak
payah nak melawa sangatlah, Tuan. Saya orang gaji aja dekat rumah ni. Saya
duduk dapur aja sudahlah...” sangkal Sarah.
Degil
pulak dia ni. Aku nak dinner dengan
kaulah! Jerit hati Faiz.
“Pakai
ajalah! Cuba jangan nak melwan cakap aku..” marah Faiz
Sarah
mencebik. Baik tuan singa.
“Dah.
Aku nak gerak pergi kerja ni. Kau kemas rumah apa yang patut. Aku tau balik
nanti rumah berkemas, baju aku siap bergosok, makanan sedia terhidang atas
meja. Sesaat kau lambat, aku pecat kau!” ugut Faiz dan segera berlalu menuju ke
keretanya. Seketika, kedengaran enjin kereta Faiz mula meluncur laju menuju
jalan utama.
Sarah
merengus. Mengada-ngada punya tuan singa.
Banyak pulak arahan dia. Dia ingat aku orang gaji dia ke? Eh! Memang orang gaji
pun. He he he....
Sarah
mula mengemas rumah tuannya. Dia menyapu lantai, mengelap meja, cermin dan yang
sewaktu dengannya. Setelah, semua kerja dibahagian ruang tamu siap. Sarah
bergerak pula menuju ke dapur.
“Menu
apa aku nak masak malam ni ek? Event apa pulaklah tuan singa nak buat malam ni.” bebelnya seorang diri.
“Masak
ajalah spaghetti chicken. Aku tau dia memang gila dengan spaghetti aku ni.
Jangan ingat aku fail SPM, aku tak pandai masak tau!” bangga Sarah.
Seketika,
terdengar bunyi periuk belanga didapur milik Faiz. Setelah sejam berada
didapur, Sarah bergegas menuju ke biliknya. Dia bukan tidur disini. Dia cuma
menjaga rumah Faiz apabila Faiz pergi ke pejabat. Apabila jam menunjuk ke angka
enam petang, baru dia pulang setelah menyiapkan segala juadah makan malam untuk
tuannya.
Tetapi,
hari ini kelihatan sedikit pelik. Kenapa tuannya mahu dia menunggu untuk
meraikan event malam ni. Ah! Mungkin
kerana tiada siapa yang mahu membasuh pinggan nanti. Desis hatinya.
“Aku
nak pakai baju apa ni? Setakat ada baju kurung moden aja...” baju kurung moden
itu dibeli oleh Faiz sempena hari jadinya sebulan lepas. Kata Faiz, sebagai
hadiah kerana dia sanggup melayan kerenah Faiz. Kalau bukan kerana
kelulusan SPMnya yang teruk, pasti dia
sudah lari meninggalkan tuannya yang macam singa lapar itu.
Tepat
jam 8 malam, kelibat Faiz sudah
kelihatan. Sarah terkocoh-kocoh mendapatkan tuannya. Bimbang jika tuannya angin
tak tentu pasal. Pasti memalukan jika tetamu tuannya nampak dia dimarah.
“Eh!
Tuan sorang aja ke? Kata ada event
penting malam ni? Mana tetamu tuan?” soal Sarah kehairanan apabila melihat Faiz
balik seorang diri. Tak jadikah?
Faiz
terpegun melihat wajah manis dihadapannya. Sarah kelihatan ayu sekali dengan
baju kurung moden berwarna merah hati yang dibelinya sebulan lepas. Baru kini
Sarah memakainya setelah terperap lama didalam almari bilik Sarah. Dadanya
berdegup laju.
“Err..
tuan.. kenapa tuan tengok saya macam tu?” soal Sarah.
Faiz
yang tersedar mula mengelabah. “Err... takde
apa-apa. Mana baju aku?” soalnya bagi menutup malu.
“Baju
tuan dekat atas. Saya dah siap iron.
Tuan pakai cepat tau. Saya tunggu tetamu tuan dekat bawah..” kata Sarah seakan
memberi arahan. Faiz segera mengangguk dan berlalu menaiki tangga menuju ke
biliknya.
Sarah
menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kenapa pelik benar aku tengok tuan aku ni.
Pelik,pelik...
Setelah
sepuluh minit, Faiz turun dan menuju ke meja makan.
“Sarah,
jom makan. Aku dah lapar ni....” ajak Faiz.
Sarah
mengerut dahi. Takkan makan berdua je kot? “Tuan tak nak tunggu tetamu tuan
ke?”
Faiz
mula mengelabah. Ayat apa yang sesuai nak cakap dekat Sarah ni. “Err... kita
makan dululah. Nanti dah kenyang, senang nak layan tetamu.” balas Faiz walaupun
dirasakan jawapannya tidak logik .
Sarah
menjengkut bahu. Aku pun dah lapar ni. Sarah bergerak ke meja makan. Seketika,
dia terkaku apabila Faiz menarikkan kerusi untuknya.
“Err...
terima kasih tuan..” ucap Sarah.
Sarah
masih lagi mendiamkan diri apabila Faiz menyendukkan spaghetti ke dalam
pinggannya.
“Makanlah...”
lawa Faiz. Sarah terpana. Bicara tuannya ketika ini dirasakan cukup lembut.
Matanya yang mendamaikan, senyuman yang tidak pernah lekang dari bibir.
Membuatkan Sarah seolah-olah berada diawang-awangan.
“Sarah.....”
sapa Faiz apabila melihat Sarah kaku disitu. Faiz menyimpul senyum. Mesti dia
terkejut beruk tengok layanan aku.
“Eh!
Err... baik tuan. Saya makan. Tuan pun makanlah...” lawa Sarah juga.
Seketika,
suasana meja makan itu senyap sunyi. Hanya kedengaran bunyi garfu berlaga
dengan pinggan.
Setelah
selesai makan, Faiz menuju ke ruang tamu. Dia menghidupkan radio dan memasukkan
cd lagu yang romantik. Kedengaran perlahan penyanyi itu menyanyikan lagu
kegemarannya. Lagu Sedetik Lebih, nyanyian Anuar Zain.
Sarah
yang mendengar bait-bait lirik lagu dari dapur mula kehairanan. Apa mimpi pulak tuan singa ni bukak lagu jiwang-jiwang malam ni. Ni mesti tengah hangat bercinta.
Lantaklah. Baik aku cepat-cepat siapkan kerja aku. Lepas tu terus balik. Seram
sejuk pulak aku tengok perangai tuan
aku malam ni. Dia meneruskan acara membasuh pinggan di dapur.
“Sarah......”
panggil Faiz lembut.
Sarah
yang mendengar namanya dipanggil segera menuju ke ruang tamu.
“Ye,
tuan.. Tuan nak air panas ke?” soal Sarah.
Faiz
menggelengkan kepala. Dia menghampiri Sarah dan menarik Sarah supaya duduk
bersamanya di atas sofa. Sarah hanya menurut.
Faiz
melepas keluhan. “Sarah... Saya bukan seorang yang pandai bermain dengan
kata-kata manis. Saya juga bukan seorang yang romantik. Saya tak tahu cara nak
memikat perempuan. Jadi, awak dengar baik-baik apa yang saya nak cakapkan ni.
Saya cakap sekali aje. Tiada ulang
tayang....”
Sarah
mengerut dahi. Tidak faham apa yang dibicarakan oleh tuannya itu.
“Sa...saya...
sebenarnya... su...sukakan awak!” Fuh!
Lega bila dah diluahkan.
Sarah
terkedu. Dia suka aku? Sarah seakan tidak percaya dengan luahan hati tuannya.
“Tu..tuan..
saya tak silap dengar ke? Tuan maksudkan saya ke?” soal Sarah bertubi-tubi.
Faiz
menganggukan kepala tanda mengia-iakan kata Sarah. “Awak tak silap dengar.
Memang saya maksudkan awak, Sarah... Saya nak melamar awak menjadi isteri
saya...”
“Ta...
tapi kalau tuan sukakan saya, kenapa tuan selalu marah saya?” soalnya apabila
memikirkan kejadian dia kerap dimarah oleh tuannya.
Faiz
hanya tersenyum. “ Saya saja nak usik awak. He he he....” balas Faiz sambil
menayangkan gigi putihnya.
Membulat
mata Sarah mendengar pengakuan tuannya. Sengaja? Aduh! Nak pitam rasa dengar
pengakuan ‘jujur’ tuannya.
“Macam
mana, Sarah? Awak suka saya tak?” soal Faiz pula.
“Err....saya..saya..”
bicara Sarah tergagap-gagap.
“Awak
jangan nak malukan saya Sarah! Suka atau tak suka, awak tetap kena suka saya!”
desak Faiz.
Ek eleyh! Nak paksa-paksa orang pulak! Tapi comellah bila dia marah. He he he...
“Saya
pun suka dekat tuan.” balas Sarah malu-malu.
Faiz
sudah tersenyum riang. Gembira kerana Sarah menerimanya.
“Yahoo!!” jerit Faiz kuat.
Sarah
sudah tertawa senang. Rupanya tuannya menaruh hati terhadapnya. Aii.. Nasib
badan bercinta dengan tuan singa. Mesti menyinga hari-hari. He he he!!
tersgtlah ok dan best
ReplyDeletetq ^^,
DeleteSantai dan menghiburkan. best.
ReplyDeletesimple but nice..keep it up
ReplyDeleteBest dan simple.
ReplyDeleteBest dan simple.
ReplyDeleteBest dan simple.
ReplyDelete