“Farisha!” jerit
Hakimi sekuat hati. Geram melihat sikap tidak kisah Farisha apabila dipeluk
lelaki yang bukan muhrimnya. Tiada langsung perasaan malu. Hakimi bingkas
menarik Farisha keluar dari club jahanam
itu. Farisha merentap tangannya dan merenung tajam melihat Hakimi.
Kadang-kadang dia hairan, macam mana Hakimi tahu dia berada di mana sedangkan
keluarganya pun tidak tahu dia keluar. Hakimi yang memahami maksud renungan
Farisha mula menundukkan wajah. Dia tahu sekarang ini Farisha sangat marahkan
dirinya. Tapi apa yang dia boleh buat, dia cukup geram melihat adegan yang baru berlaku tadi.
Seolah-olah Farisah sudah tidak ada agama. “Kau apahal?! Kenapa kau tarik
tangan aku ha?! Kau siapa nak masuk campur urusan aku?!” jerkah Farisha
tiba-tiba. “Aku... Aku....” jawab Hakimi
tergagap. Apabila melihat Farisha
melenting begini, dia jadi takut membalas kata-kata wanita itu. “Kau apa?!”
jerit Farisha. “Ah! Aku tak suka kau berpelukan dengan lelaki bukan muhrim.
Berdosa tahu tak?!” jawab Hakimi dengan nada sedikt meninggi. Dia tidak peduli.
Dia harus tegas dengan Farisha. Kalau tidak makin menjadi perangai wanita itu.
Farisha terkedu. Tak pernah sekali pun budak nerd ni menengking dirinya. Kenapa hari ni? Kenapa perlu waktu dia
tengah bersuka ria? “Kau tengking aku Im? Kau tengking aku?!” soal Farisha
kasar. “Kau siapa nak masuk campur hal aku ha? Kau tak ada hak tahu tak? We nothing! Jadi, please stay away from me! Budak nerd!”
jerit Farisha sekuat hati sebelum berlalu pergi meninggalkan Hakimi yang masih
kaku di tepi jalan.
*****
Sudah seminggu
mereka tidak bertegur sapa. Tiada siapa yang ingin mengalah. Farisha dengan
keras kepalanya. Hakimi pula dengan egonya. Masing-masing buat hal sendiri.
Walaupun satu pejabat, mereka tidak bertegur sapa apatah lagi membalas senyum.
Tetapi Hakimi tetap mengawasi tingkah laku Farisha. Risau juga keselamatan
Farisha. Dengan perangainya seperti itu, tidak mustahil ada lelaki yang akan
mengambil kesempatan atas dirinya. Jadi, Hakimi sentiasa mengawasi pergerakan
Farisha cuma Farisha sahaja yang tidak tahu. Alasannya hanya satu, perasaan
sayang yang mula hadir dalam hatinya. Dia sendiri tidak tahu sejak bila dia
mempunyai perasaan seperti itu. Tetapi dia amat sayangkan wanita itu. Lagipun
mustahil Farisha akan suka kepadanya yang hanya seorang budak pejabat yang
menghantar surat. Tiada apa yang nak dibanggakan berbanding Farisha yang
berjawatan lebih tinggi daripadanya. Persahabatan ini terjalin sewaktu dia
ingin meminta pekerjaan di pejabat ini. “Eh, Im. Aku tengok kau dengan Sha tu
dah lama tak bertegur sapa. Kau orang bergaduh ke?” soal rakan karib Hakimi, Amran.
Hakimi hanya mendiamkan diri. Amran amat memahami akan kebisuan Hakimi. “Kau
gaduh pasal apa pulak kali ni?” soal Amran “Jangan pasal perangai dia yang
macam tak ada iman tu dah la” sambung Amran lagi. Siapa yang tidak kenal dengan
Intan Farisha. Wanita berkaliber tetapi sangat liar dan gaya hidupnya yang bebas.
“Betullah kau cakap, Am. Memang pasal tu. Semalam aku jumpa dia dekat club. Berpelukan dengan jantan! Sakit
hati aku Am” jawab Hakimi sayu. Amran memang sudah lama tahu akan perasaan
Hakimi terhadap majikannya. Sudah puas dia menasihati Hakimi supaya berterus
terang tentang perasaannya tapi Hakimi hanya buat tidak tahu sahaja. “Aku rasa
sudah tiba masa kau beritahu perasaan kau dekat dia. Biar dia tahu orang yang
dia herdik selama ni sayangkan dia.” kata Amran sambil menepuk perlahan bahu
Hakimi.
*****
“Intan Farisha!” jerit Hakimi dari tepi
koridor pejabatnya. Dia melangkah laju menghampiri Farisha yang hanya
mendiamkan diri di tepi jalan. “Aku ada hal sikit nak cakap dengan kau..” kata
Hakimi sesudah sampai di hadapan Farisha. Farisha masih lagi mendiamkan diri.
Hakimi menarik nafas panjang sebelum berbicara. Dia perlu berterus terang
tentang perasaannya. Dia tidak peduli jika Farisha menolaknya tetapi
sekurang-kurangnya dia lega. Perasaan dia telah di ketahui Farisha. “Sha, aku
nak mintak maaf dengan kau tentang hal tempoh hari. Aku takde niat nak masuk
campur urusan kau. Cuma aku tak suka kau berpelukan dengan lelaki. Kau tau kan
berdosa hukumnya?” pujuk Hakimi perlahan. “Peduli apa aku dengan dosa? Kau
siapa nak sibuk? Tak payah nak bagi ceramah free
kat aku la. Geli aku dengar tahu tak?” balas Farisha selamba. “Ye, aku tahu aku
bukan sesiapa bagi kau. Tapi kau kawan aku, Sha. Jadi mana yang salah, aku
patut tegur..” balas Hakimi. “Ah! Malas la aku nak layan kau. Aku gerak dulu”
balas Farisha sambil berlalu pergi. “Aku...Aku.. Aku cintakan kau!” jerit
Hakimi. Kaki Farisha terus berhenti melangkah dan sepantas kilat Farisha
menerpa ke arah Hakimi. “Kau cakap apa tadi?” soal Farisha kasar. “Aku cintakan
kau..” jawab Hakimi. Ya, dia cintakan Intan Farisha. Dia tidak silap menilai
perasaannya. “Hello, Mr.Hakimi
Ikhmal. Kau mimpi ke? Kau ingat kau layak ke nak bercinta dengan aku? Kau tu
budak pejabat je. So, please stop
dreaming! Budak nerd!” jawab
Farisha selamba tanpa memikirkan perasaan Hakimi. Hakimi terus menundukkan muka
dan cuba mencari kekuatan untuk membalas kata-kata Farisha sebentar tadi. “Yes, memang aku budak nerd. Tapi aku ikhlas cintakan kau.
Mungkin kau yang tak layak dapatkan cinta aku. Kau tengoklah nanti bila aku tak
ada dalam hidup kau, macam mana kau nak hadapi kehidupan kau yang mendatang.
Jangan sombong sangat, Sha. Satu je aku nak nasihatkan kau. Jangan terlalu
membenci orang, kelak kau yang akan merana. Maafkan aku selama aku berkhidmat
di syarikat kau. I’m resigned..”
balas Hakimi dan terus berlalu meninggalkan Farisha yang termangu dengan
kata-kata Hakimi.
*****
Beberapa
bulan kemudian...
“Sha,
remember. Malam ni kita ada party
tau. Celebrate birthday aku. Kau
jangan tak datang pulak..” soal kawan baik Farisha, Elly. “Of course, dear. Aku kan orang penting dalam party tu. Mana boleh kalau
tak datang. Tak fun la..” jawab
Farisha dan diikuti gelak oleh Elly. “Orite,
see you tonight, honey.. Daa..” balas Elly sebelum berlalu keluar dari
bilik Farisha. Farisha menyambung kembali kerjanya yang tergendala tadi.
Tiba-tiba dia teringatkan Hakimi. “Hakimi, kau apa khabar sekarang?” soal
Farisha seorang diri. “Ah! Malaslah aku nak fikir pasal dia. Buang masa aku
aje. Lebih baik aku fikir dress apa
aku nak pakai malam ni.” kata Farisha keriangan.
*****
“Hello, guys!” sapa Farisha kepada semua
tetamu yang hadir ke party Elly.
Mereka menari-nari dan berpelukan tanpa ada segan silu. Sudahlah berpelukan,
mereka juga berani meneguk air haram itu. Keadaan di club menjadi riuh dengan kehadiran mereka. Dalam keadaan mabuk,mereka
tidak sedar apa yang mereka lakukan. Yang mereka tahu, hanya keseronokan. Jam
menunjukkan ke angka 3.00 pagi. Akhirnya mereka membuat keputusan untuk pulang.
Dalam keadaan Farisha yang mabuk tidak mungkin dia dapat memandu kereta. “Sha, I hantar you balik?” pelawa Arshad, jejaka yang tidak lepas memeluk Farisha
dari tadi. “Why not, dear.. I pun dah
tak larat nak drive..” balas Farisha
antara sedar dan tidak. “Ok, jom kita naik kereta I..” kata Arshad sambil memeluk Farisha menuju ke kereta. Dalam
perjalanan balik, Arshad tidak puas memandang setiap inci tubuh Farisha. Sudah
lama dia impikan tubuh Farisha. Mungkin hari ini kesempatan untuk dirinya.
Arshad membelok keretanya melalui kawasan gelap. “Arshad, you nak bawa I pergi mana
ni? I nak balik la..” tanya Farisha
lemah. Dia sudah tidak berdaya lagi. Yang dia tahu, dia ingin segera sampai ke
rumah kerana kepalanya semakin berat. Arshad memberhentikan keretanya
betul-betul di kawasan semak. Tidak ada siapa yang dapat menghidu perbuatan
terkutuknya. “Sha, I sukakan you..” ucap Arshad sambil memeluk Farisha.
“Arshad,you buat apa ni? I nak balik la. Let me go!” jerit Farisha sekuat hati. “Kau ingat kali ni kau
boleh lepas? Aku dah lama tunggu saat ni..” kata Arshad yang tidak henti
mencium leher Farisha. Pang! Satu tamparan hinggap di pipi Arshad. Arshad menjadi
semakin berang dan bertindak lebih ganas dengan menampar pipi Farisha berulang
kali. “Kurang ajar punya perempuan. Apa yang aku nak tu bagi jela. Kau pun bukan
baik sangat. Dah macam takde maruah aku tengok. Lagi nak berlagak bagus!”
jerkah Arshad sekuat hati. Belum sempat dia mengapa-apakan Farisha, dia rasa
seperti ditarik. Satu tumbukan padu di arahkan pada mukanya. “Kau jangan nak
kurang ajar. Hormat sikit pada perempuan. Kalau kau tak puas hati, marilah..”
kata Hakimi sedikit menjerit. Entah dari mana munculnya Hakimi. Dia sendiri pun
binggung. Tapi yang dia tahu, Hakimi telah selamatkan dia dari lelaki durjana
itu. Arshad terus melarikan diri apabila terus-terusan di belasah Hakimi.
Hakimi menghampiri Farisha dan terus mengheret Farisha menaiki keretanya.
*****
Suasana
di dalam kereta menjadi sunyi. Hanya kedengaran esakan Farisha. “Im, terima
kasih... sebab.... sebab kau selamatkan aku. Kalau tak, tak tahu apa setan tu
buat dekat aku..” kata Farisha. Hakimi masih mendiamkan diri. Dia sangat marah
dengan Farisha kerana cepat mempercayai lelaki. “Im, aku... aku nak minta maaf
dengan kau..” sambung Farisha lagi. “Aku...” kata-kata
Farisha dipintas cepat oleh Hakimi. “Sudahlah, kau pun dah selamat sekarang.
Lain kali, jangan suka-suka naik kereta dengan lelaki yang kau tak kenal. Aku
hantar kau balik..” jawab Hakimi tegas. “I
love you, Im..” kata Farisha. Hakimi memberhentikan keretanya di tepi
jalan. “I love you, Im..” ulang
Farisha sekali lagi. Hakimi membiarkan Farisha meneruskan kata-katanya. “ I really do love you. Mungkin bagi kau tak masuk akal. Aku pun tak tahu sejak bila I’m in love but I really love you..”
ucap Farisha bersungguh-sungguh. Tanpa membalas kata-kata Farisha, Hakimi terus
memecut laju keretanya. Farisha kecewa. Adakah ini balasan terhadapnya kerana
menghina Hakimi dulu. Kini baru dia tahu perasaan kecewa apabila cinta di tolak
oleh orang yang dia cintai. Farisha pasrah. Perasaan Hakimi terhadapnya sudah
terkubur.
*****
Seminggu
kemudian...
bestnye! sweet je walaupon bdk nerd..harap sngt crte ni panjang lagi...:(
ReplyDeleteasl type rapat2 jer? pening kple lah nk bace dear..nasib pendek je cerpen nih....
ReplyDelete